majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan,...

21
MANUAL MPK BIL: 168 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL: PENGUMPULAN DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT LAMAN WEB/PORTAL RASMI

Upload: trannga

Post on 27-Aug-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

MANUAL MPK BIL: 168 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL:

PENGUMPULAN DAN

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT

LAMAN WEB/PORTAL RASMI

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN/OBJEKTIF MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI LAMAN WEB/PORTAL 6

4.0 CARTA BAHAGIAN 7

5.0 SUMBER KUASA 8

6.0 SKOP KERJA 8

7.0 PROSES KERJA 8

8.0 CARTA ALIR 15

9.0 PENUTUP 16

10.0 LAMPIRAN 16

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Pengumpulan dan pengemaskinian maklumat dalam Laman Web/Portal Rasmi adalah salah satu elemen penting dalam

meningkatkan prestasi perkhidmatan terutamanya hebahan maklumat berkaitan aktiviti dan perkhidmatan MPK. Penyampaian perkhidmatan MPK akan dapat berjalan lebih lancar sekiranya hebahan maklumat dapat dibuat secara efektif kepada kakitangan dan orang awam melalui Laman Web/Portal Rasmi. Walaupun terdapat garispanduan dan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh berlaku dan ini akan menjejaskan imej MPK secara keseluruhannya. Sebagai usaha penambahbaikan dan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, maka manual ini disediakan dengan tujuan pengumpulan dan pengemaskinian maklumat dalam Laman Web/Portal Rasmi dapat diselaraskan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Manual ini disediakan untuk menyatakan tanggungjawab dan peranan pasukan Laman Web/Portal Rasmi agar maklumat dapat disampaikan kepada kakitangan dan orang awam secara lebih berkesan. Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih Mohd Ikhsan B. Mukri Setiausaha MPK

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Kecemerlangan sesebuah organisasi boleh diukur melalui kualiti

perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh

itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK)

yang dikumpul daripada pelbagai proses kerja di setiap jabatan dan

bahagian ini akan memastikan dokumen/maklumat yang sama dan

standard menjadi rujukan kakitangan dalam menjalankan tugas masing-masing.

Sebagai menyahut seruan tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan Mohd

Ehsan bin Mukri bagi melaksanakan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik

[PATH] MPK 2013, Saya bersama kakitangan bersatu hati untuk membuat

perubahan dan penambahbaikan dengan menyediakan manual proses kerja dalam

setiap bidang tugas yang menjadi tanggungjawab Jabatan Teknologi Maklumat.

Tujuan Asas Manual Pengumpulan dan Pengemaskinian Laman Web/Portal

MPKlang disediakan adalah untuk memastikan setiap jabatan menyalurkan

maklumat menggunakan prosedur yang tepat dan melalui saluran yang betul.

Proses ini dapat memastikan maklumat yang dimuat naik ke Laman web/portal

adalah maklumat yang tepat dari sumber-sumber yang sah.

Adalah menjadi harapan saya perubahan dan penambahbaikan ini dapat

meningkatkan hasil kerja setiap kakitangan yang terlibat dan seterusnya

meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

“TOGETHER WE DO IT”

”Bersama Kita Berubah”.

Sekian, Terima kasih.

Nor Hasyimah binti Tamziz Pengarah Teknologi Maklumat

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 5

1.0 TUJUAN/OBJEKTIF MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang. 1.1 Panduan ini disediakan adalah untuk menggariskan kaedah

pengumpulan maklumat dan tatacara pengemaskinian Laman Web/Portal Rasmi bagi melancarkan aktiviti penambahbaikan dan penyelenggaraan Laman Web/Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK).

1.2 Ia juga membantu organisasi memantapkan perkhidmatan melalui Laman Web/Portal Rasmi yang efektif, maklumat yang tepat dan terkini serta kemudahan perkhidmatan atas talian yang lancar selaras dengan perkembangan teknologi global.

1.3 Selain itu, Laman Web/Portal Rasmi adalah sebagai cermin dan muka depan sesuatu organisasi yang dapat membantu meningkatkan imej Majlis dengan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan real-time.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Laman Web/Portal Rasmi merupakan satu medium komunikasi utama antara sesebuah organisasi dengan pelanggan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang membolehkan masyarakat berinteraksi secara maya untuk mendapatkan maklumat atau perkhidmatan.

2.2 Pembangunan sesebuah Laman Web/Portal Rasmi bertujuan untuk menyediakan kemudahan secara atas talian di samping meningkatkan kemahiran penggunaan internet di kalangan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat memperluaskan akses kepada maklumat dan sumber rujukan di kalangan orang awam.

2.3 Laman Web/Portal Rasmi MPK (www.mpklang.gov.my) menyediakan

maklumat terkini berkaitan Majlis dan perkhidmatan yang ditawarkan yang boleh dicapai secara atas talian oleh pengguna di samping meningkatkan kemahiran penggunaan internet dan memperluaskan akses kepada maklumat di kalangan masyarakat.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 6

2.4 Melalui Laman Web/Portal Rasmi, MPK dapat memanfaatkan penggunaan ICT ke arah menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan telus.

3.0 DEFINISI/SINGKATAN

3.1 Dalam Garis Panduan ini, definisi yang diguna pakai adalah seperti berikut:

3.1.2 Laman Web - lebih bersifat terbuka untuk dilayari oleh pengguna dan kandungan laman web adalah bersifat static

3.1.3 Portal - adalah aplikasi berasaskan web yang menyediakan

pelbagai perkhidmatan dan aplikasi. Portal adalah bersifat interaktif dan dinamik

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 7

4.0 CARTA BAHAGIAN

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PENDIDIKAN ICT

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Pengarah Teknologi Maklumat

Timb. Pengarah Teknologi Maklumat

Pegawai Teknologi Maklumat F41

Pembantu Tadbir N17

Pen. PegawaiTeknologi Maklumat F29

Pembantu Am Pejabat N1

Pen. PegawaiTeknologi Maklumat F29

Unit Pengurusan Maklumat Unit Pendidikan ICT

Juruteknik F17

Pekerja Rendah Awam R1

Operator Mesin Prosesan Data (OMPD) F11

Juruteknik F17

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 8

5.0 SUMBER KUASA

5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan Manual Pengumpulan dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi MPK adalah seperti berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976(akta 171). ii. Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 - Pengurusan Laman

Web/Portal Sektor Awam iii. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha

6.0 SKOP KERJA

6.1 Skop Kerja bagi pengurusan isi kandungan dan pengemaskinian

maklumat media sosial adalah seperti berikut:

6.1.1 Pasukan Tadbir Urus Laman Web/Portal Rasmi;

6.1.2 Komponen Utama Tadbir Urus Laman Web/Portal Rasmi;

6.1.3 Bidang Tugas Jabatan/Bahagian dan; 6.1.4 Tempoh Pengemaskinian Maklumat.

6.2 Skop kerja ini hendaklah diambil tindakan dan dipatuhi bagi

memastikan pemilihan isi kandungan dan pengemaskinian maklumat media sosial berjalan lancar serta mengikut prosedur yang ditetapkan.

7.0 PROSES KERJA

7.1 PASUKAN TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL RASMI MPK

7.1.1 Untuk memastikan tadbir urus Laman Web/Portal Rasmi agensi berjalan dengan lancar, Majlis Perbandaran Klang menubuhkan struktur (tadbir urus laman web/portal rasmi) yang merangkumi tiga (3) peringkat jawatankuasa:

i. Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman

Web/Portal Rasmi MPK

Menetapkan dasar dan prosedur pengurusan laman web agensi jawatankuasa pemandu ICT bertindak sebagai jawatankuasa induk pengurusan laman web.

ii. Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web/Portal

Rasmi MPK

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 9

Memastikan pengurusan kandungan laman web mengikut dasar yang ditetapkan yang di anggotai oleh wakil jabatan yang telah dilantik.Senarai keanggotaan adalah seperti di Lampiran 1.

iii. Jawatankuasa Teknikal Laman Web/Portal Rasmi

MPK

Memberi bantuan teknikal bagi pengurusan laman web agensi yang dianggotai oleh pasukan teknikal Jabatan Teknologi Maklumat.Senarai keanggotaan adalah seperti di Lampiran 2.

7.1.2 Pasukan Tadbir Urus Laman Web/Portal Rasmi perlu bersidang dalam tempoh setahun seperti berikut :

i. Jawatankuasa induk: 4 kali setahun ii. Jawatankuasa kerja: 4 kali setahun iii. Jawatankuasa Teknikal:12 kaki setahun

7.1.3 Carta Pasukan Tadbir Urus Laman Web/Portal Rasmi adalah

seperti Rajah 1

RAJAH 1: PASUKAN TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL RASMI MAJLIS PERBANDARAN KLANG

7.2 KOMPONEN UTAMA TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL RASMI

MPK

7.2.1 Laman Web/Portal Rasmi MPK mempunyai 3 komponen utama

seperti berikut:

JAWATANKUASA INDUK

PENGURUSAN LAMAN

WEB/PORTAL MPK

(JAWATANKUASA PEMANDU ICT)

JAWATANKUASA KERJA

PENGURUSAN LAMAN WEB/PORTAL MPK

JAWATANKUASA TEKNIKAL

LAMAN WEB/PORTAL MPK

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 10

i. Ketua Jabatan merupakan pemilik maklumat yang akan mengesahkan kesahihan maklumat-maklumat yang disediakan oleh jabatan.

ii. Pegawai maklumat merupakan pegawai yang telah dilantik oleh Ketua Jabatan bagi setiap jabatan untuk mengumpul maklumat yang telah di sahkan oleh pemilik maklumat sebelum diserahkan kepada pentadbir laman web/portal di Jabatan Teknologi Maklumat.

iii. Pentadbir laman web/portal yang telah dilantik akan menerima maklumat yang telah disahkan oleh ketua jabatan masing-masing selaku pemilik maklumat, sebelum di muatnaik ke Laman Web/Portal Rasmi MPK.

7.2.2 Carta Komponen Utama Tadbir Urus Laman Web/Portal Rasmi

adalah seperti Rajah 2.

RAJAH 2: KOMPONEN UTAMA TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL RASMI MPK

7.3 BIDANG TUGAS JABATAN

7.3.1 Setiap Jabatan bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat untuk tujuan hebahan dalam Laman Web/Portal Rasmi melalui ahli Jawatankuasa yang telah dilantik. Berikut adalah bidang tugas setiap Jabatan seperti Jadual 1.

Pemilik Maklumat

Pegawai Maklumat

(setiap jabatan)

Pegawai Teknologi

Maklumat (Pentadbir Laman

Web/Portal)

Menyediakan maklumat di peringkat Jabatan/Bahagian dan disahkan kesahihannya oleh Pemilik Maklumat Mengumpul maklumat yang telah luluskan/disahkan oleh Pemilik Maklumat untuk dihantar kepada Pegawai Teknologi Maklumat (Pentadbir Laman Web/Portal)

Menerima maklumat dari Jabatan/Bahagian untuk dimuatnaik ke Laman Web/ Portal MPK

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 11

JADUAL 1: BIDANG TUGAS SETIAP JABATAN

BIL PERKARA KANDUNGAN TINDAKAN

1. Profil MPKlang - Sejarah MPKlang

- Maklumat Asas MPKlang (Objektif, Wawasan & Misi)

- Piagam Pelanggan - Maklumat Ketua Jabatan - Maklumat Kawasan Pentadbiran

Majlis - Senarai Ahli Majlis

- Senarai Ahli Parlimen - Carta Organisasi - Pencapaian Piagam Pelanggan

Jabatan

Korporat/Jabatan Khidmat Pengurusan

2. Direktori - Ibu Pejabat - Pejabat Cawangan

- Kaunter Cawangan - Persatuan Kelab - Lain-lain

Jabatan Khidmat

Pengurusan

3. Maklumat Jabatan

- Fungsi Jabatan - Carta Organisasi - Maklumat Jabatan

- Aktiviti Jabatan - Senarai Kakitangan - Senarai Perkhidmatan

Semua Jabatan

4. Akta/Pekeliling - Akta Kerajaan Tempatan - Akta Berkaitan

- Pekeliling Berkaitan - Dasar/Garis Panduan/Polisi

Berkaitan

Jabatan Undang-

Undang dan Jabatan yang berkenaan

5. Maklumat Awam Klang

- Jabatan-Jabatan Kerajaan - Sekolah

- Hotel - Pusat Pelancongan

Jabatan Korporat

6. Kadar Sewa perkhidmatan

- Dewan - Pusat Sukan - Lain-lain

Jabatan Khidmat

Pengurusan

7. Ruangan Iklan - Iklan Tender Jabatan - Iklan Sebutharga Jabatan - Iklan Sewa Ruang Niaga/Gerai

- Jawatan Kosong - Lain-lain Iklan

Jabatan Berkenaan

8. Pembangunan ICT

- Maklumat-Maklumat ICT - Email MPKlang - Portal ICT - Senarai Perkhidmatan Online

- Statistik e-Perkhidmatan

Jabatan Teknologi

Maklumat

9. Program Kemasyarakat

- LA 21

- Program Bandar Selamat

Jabatan Korporat/Jabatan

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 12

an - Pembasmian Kemiskinan

- Murninet

Perancang Bandar

10. Ruangan Berita MPKlang

- Berita/Buletin MPKlang

- Aktiviti/Program MPKlang - Sorotan Penting - Keratan Akhbar

Jabatan Korporat/Jabatan

Komunikasi & Pengaduan Awam

11. Ruangan Pengumuman

- Program/Aktiviti/Acara - Banner/Poster - Senarai Perkhidmatan

Semua Jabatan

12. Galeri Foto / Audio / Video

- Gambar/Audio/Video Aktiviti MPKlang

Jabatan Korporat/Jabatan

Komunikasi & Pengaduan Awam

13. Hubungan Antarabangsa

- Maklumat Lawatan - Gambar

Jabatan Korporat/Jabatan

Komunikasi & Pengaduan Awam

7.4 TEMPOH PENGEMASKINIAN MAKLUMAT

7.4.1 Tempoh pengemaskinian maklumat dalam Laman Web/Portal Rasmi MPK adalah seperti Jadual berikut:

BIL KRITERIA KETERANGAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT

1. Berita Terkini/Peristiwa Terkini

Paparan berita dan peristiwa berkaitan MPK yang telah dilaksanakan

Sehari selepas peristiwa

2. Pengumuman/ Hebahan/Maklumat

Aktiviti/Program yang akan dilaksanakan

10 hari sebelum acara/aktiviti/program

Pengumuman yang berterusan

Mengikut keperluan

3. Keratan akhbar/Rencana/Buletin

Keratan akhbar/buletin MPK Setiap bulan

4.

Poster/Banner Aktiviti/Program yang akan dilaksanakan

10 hari sebelum acara/aktiviti/program

Hebahan kempen kesedaran awam yang berterusan

Mengikut keperluan

5. Tender/sebutharga/ jawatan kosong

Iklan tawaran/jawatan kosong

14 hari sebelum tarikh tutup

6. Statistik e-perkhidmatan

Statistik perkhidmatan online

Setiap bulan

7. Maklumat anggota pentadbiran dan pengurusan atasan

Pertukaran / lantikan baru 1 hari selepas pelantikan baru

8. Pencapaian Piagam Pelanggan

Balance score card Setiap bulan

9. Sorotan Penting Pengumuman/Hebahan kempen berkaitan

Mengikut keperluan

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 13

kesedaran awam yang berterusan

7.4.2Pengemaskinian kandungan Laman Web/Portal Rasmi adalah bagi menentukan kandungan maklumat laman web berguna untuk sepanjang masa di samping mempromosi perkhidmatan dan peluang-peluang yang ditawarkan oleh Majlis.

7.5 PROSEDUR PENGEMASKINIAN MAKLUMAT

7.5.1 Maklumat yang hendak dimuatnaik dalam Laman Web/Portal Rasmi perlu dihantar terus ke pentadbir Laman Web/Portal Rasmi atau melalui pegawai maklumat seperti yang dihuraikan dalam perkara 5.0.

7.5.2 Pengarah-pengarah Jabatan adalah bertanggungjawab terhadap maklumat yang diberikan. Jabatan Teknologi Maklumat tidak akan bertanggungjawab terhadap isi kandungan yang diberi dan juga sebarang penyalahgunaan hakcipta.

7.5.3 Pihak JTM akan berhubung dengan wakil tetap jabatan yang telah dilantik untuk Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web/Portal Rasmi MPK untuk mendapatkan maklumat seperti yang disenaraikan dalam perkara 6.0.

7.5.4 Pentadbir Laman Web/Portal Rasmi MPK berhak mengubah dan menolak untuk memuatkan maklumat yang disalurkan sekiranya tidak bersesuaian dan setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web/Portal Rasmi MPK.

7.5.5 Bahan maklumat yang diberi hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy dan hardcopy beserta borang permohonan.

7.5.6 Setiap jenis fail yang mengandungi gambar, video, carta, logo (simbol) atau bahan media berkaitan hendaklah dikumpul didalam satu folder dan setiapnya diberikan nama untuk kemudahan rujukan muatnaik susun atur.

7.5.7 Pihak JTM berhak menolak bahan yang tidak boleh dibaca atau dibuka sekiranya terdapat masalah format fail.

7.5.8 Semua maklumat berkaitan aktiviti/acara/program Majlis untuk tujuan hebahan perlu dihantar dalam bentuk soft copy sekurang-kurangnyasatu (1) minggu sebelum program berlangsung dan JTM berhak menolak bahan tersebut untuk dimuatkan ke Laman Web/Portal Rasmi MPK sekiranya maklumat lewat diterima.

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 14

7.5.9 Bahan dan maklumat yang diberikan hendaklah bersesuaian

dengan maklumat tetap jabatan dan berkaitan dengan aktiviti rasmi Majlis Perbandaran Klang dan sahaja. Walaubagaimanapun, hebahan program/acara/kempen khas boleh dibuat mengikut keperluan.

7.5.10 Maklumat bergambar hendaklah disediakan dalam format jpeg

atau psd. Manakala maklumat teks disediakan menggunakan perisian Microsoft Office/Powerpoint/Excel.

7.5.11 Bagi maklumat yang berkaitan pautan, alamat pautan yang

diberikan hendaklah jelas dan tepat untuk mengelakkan masalah broken link.

7.5.12 Bahan-bahan yang yang mengandungi perkara-perkara berikut

akan ditolak serta merta:

i. Mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak luarseperti pengimbas web, pembekal perkhidmatan dan sebagainya;

ii. Memaparkan isu-isu sensitif seperti isu agama, politik dan perkauman;

iii. Menyebarkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi; dan

iv. Memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej kerajaan.

7.5.13 Permohonan pengemaskinian maklumat perlu dibuat dengan

menggunakan borang permohonan seperti di Lampiran 3 dan borang maklum balas pengemaskinian maklumat adalah seperti di Lampiran 3A.

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 15

8. CARTAALIR

CARTA ALIR PERMOHONAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DALAM LAMAN

WEB/PORTAL RASMI MPK

Tidak lengkap

Lengkap

Pemohon mengisi Borang Permohonan

Semakan oleh Pegawai Penyelia Jabatan

Pengesahan oleh Ketua Jabatan

Menghantar borang ke JTM

beserta maklumat dalam salinan

softcopy&hardcopy

Diterima oleh pihak JTM

Mohon maklumat lengkap

daripada jabatan yang berkaitan

Pengesahan oleh

Ketua Jabatan JTM

Maklumat dihantar kepada pihak

SKALI WEB untuk proses

pengemaskinian

Maklumat dikemaskini dalam

Laman Web dalam tempoh 2

hari bekerja

Pemakluman dibuat oleh JTM

kepada Jabatan berkaitan

melalui Borang Maklumbalas

Semakan oleh

Pengawai

Penyelia Laman

Web (JTM)

Mula

Tamat

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 16

9. PENUTUP

9.1 Komitmen semua warga MPK dituntut dalam memastikan Laman Web MPK kekal sebagai Laman Web bertaraf 5 bintang dengan maklumat yang tepat, terkini dan real-time selaras dengan usaha Majlis dalam meningkatkan tahap kecekapan teknologi ICT di peringkat kakitangan dan warga Klang.

9.2 Pengendalian Laman Web/Portal Rasmi secara profesional juga amat

penting untuk mentransformasikan Laman Web MPKlang yang lebih menekankan kepada rekabentuk terkini, memenuhi kriteria, informasi yang tepat serta mesra pengguna.

1.0 LAMPIRAN

Page 17: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 17

LAMPIRAN 1

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA PENGURUSAN LAMAN WEB MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL

NAMA

JAWATAN

JABATAN

1. Encik Mohd Idwan B Ahmad Idris Pegawai Tadbir Khidmat

Pengurusan 2. Encik Razif B Kasrin Pembantu Tadbir

3. Puan Noraini Bt Mohamed Akauntan

Kewangan 4. Encik Mohd Jeffry B Mohd Annowar Pen.Akauntan

5. Puan Emil Shaqira Bt Abdul

Rahman

Penolong Jurutera

Kejuruteraan

6. Puan Mardiana Bt Bastian Penolong Jurutera

7. Encik Mohd Faiz B Ibrahim Pen.Pegawai Undang-

Undang

Undang-Undang

8. Tun Mohd Shahmi B Ahmad Zakaria Pen.Pegawai Undang-

Undang

9. Encik Yusri Bin Mustafa Pegawai Perancang

Bandar

Perancang Bandar

10. Encik Suhaimi Bin Sabilan Pen.Pegawai

Perancang Bandar

11. Puan Nurul Balkish Bt Suratman Pen.Pegawai Penilaian Penilaian &

Pengurusan Harta 12. Encik Arbae b Poniran Pen.Pegawai Penilaian

13. Cik Nur Fisya Bt Fishol Hamdi Arkitek

Bangunan 14. Encik Mohd Rashdan B Zakaria Pen.Peg. Senibina

15. Encik Norhizam B Yunus Pen.Pegawai Pertanian

Taman & Rekreasi

16. Puan Siti Hanis Emilda Bt Ismail Pembantu Tadbir

17. Puan Norliana Bt Alwi Pen.Peg.Kesihatan

Persekitaran

Perkhidmatan

Persekitaran

18. Encik Mohd Zakri B Mohd Jaafar Pembantu

Penguatkuasa

19. Encik Mazlan B Yahya Pereka Korporat

Page 18: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 18

20. Encik Maniarasan a/l Rajah Pembantu Tadbir Pelesenan &

Penjaja

21. Puan Suzana Bt Ibrahim Pen.Pegawai

Penguatkuasa

Penguatkuasaan

22. Encik Salleh Zaki B Talib Pem. Penguatkuasa

Kanan

23. Puan Fathihatul Diyana Bt Mohd

Sabdin

Pegawai Teknologi

Maklumat

Teknologi

Maklumat 25. Puan Ana Roziana Bt Razali Pen.Peg.Teknologi

Maklumat

26. Puan Lee Sin Nge Penolong Pengarah

Pusat Setempat

27. Encik Mohd Rizal B Mohd Nasir Pembantu Tadbir

28. Encik Mohamad Sofian B Yahya Timbalan Pengarah

Komunikasi &

Pengaduan Awam

Komunikasi &

Pengaduan Awam

29. Encik Masrizan B Abdul Rahim Pembantu Tabdir

30. Puan Wan Nor Hafizah Bt Amir Pen.Pegawai Penilaian Pesuruhjaya

Bangunan

31. Desmond Anthony Gerard Chee

Thin Loy

Pen.Pegawai Kesihatan

Persekitaran Kanan

Kesihatan

32. Puan Sharifah Nurainul Basirah Bt

Syed Mohmad Faudzi

Pen.Pegawai Kesihatan

Persekitaran

33. Puan Diana Bt Md Jani Penolong Juruaudit

Audit Dalam 34. Puan Siti Hajar Bt Daud Pembantu Tadbir

Page 19: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 19

LAMPIRAN 2

SENARAI AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGURUSAN LAMAN WEB

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL

NAMA

JAWATAN

JABATAN/AGEN

SI

1. Pn. Nor Hasyimah Bt Tamziz Pengarah

Teknologi

Maklumat

2. Pn. Fathihatul Diyana Bt. Mohd

Sabdin

Pegawai Teknologi

Maklumat

3. Puan Ana Roziana Bt Razali Pen.Peg.Teknologi

Maklumat

4. Cik Norafizah bt. Awalludin Pengurus Projek

SKALI WEB

Services

5. Cik Norshela bt. Fazin Content Personel

Page 20: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 20

LAMPIRAN 3

Page 21: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 21

LAMPIRAN 3A