hebahan & makluman waktu solat - pic.upm.edu.my · 09 ogos 2013 / 02 syawal 1434h ارتوڤ...

2
Mukasurat 02 Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di: [email protected] atau, hubungi kami di: PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582 FAKS: 03-89483742 HEBAHAN & MAKLUMAN 1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 09 Ogos 2013 / 2 Syawal 1434H : Drs Wan Aminurrashid bin Wan Abd Hamid. 2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 30 - 38 Surah al-Fussilat yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Asrul Effendy bin Abu Bakar (Al-Quran) & (Terjemahan) 3. Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan pada 24- 25 Ogos 2013 (Sabtu-Ahad) jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam Universiti, UPM. Yuran penyertaan staf RM70.00 /pelajar RM 60.00. Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Ustazah Siti Rohani (03-8946 8582) atau Mohd Firdaus (03-8946 8582). Penyertaan terbuka kepada staf dan pelajar UPM sahaja. 4. Pusat Islam Universiti, UPM akan memulakan Pengajian Kuliah Masjid yang telah ditangguhkan pada 16hb Ogos 2013 (Jumaat). 5. Pusat Islam Universiti, UPM akan memulakan Kelas Pengajian Dewasa pada pada 19hb Ogos 2013 (Isnin) dan Kelas Pengajian Kanak-Kanak bermula 24 Ogos 2013 (Sabtu). 6. Bagi pihak Jawatankuasa Aktiviti Ramadhan Masjid UPM 1434H/2013M (yang dianggotai oleh staf Pusat Islam Universiti, Jawatankuasa Kariah Serdang dan Jemaah Tetap Masjid UPM) sukacita merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan/derma yang telah diberikan bagi menjayakan aktiviti Ramadhan 1434H. Semoga Allah SWT memberikan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada tuan/puan. Kepada Allah SWT jua kita berharap agar segala niat suci kita diberi balasan dan beroleh keredaan di sisiNya. Pusat Islam Universiti juga mengucapkan ‘Jazakumullah Khairan Kathira’ atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan. MUTIARA AL-QURAN Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. (Surah Yasin – 65) SUBUH SYURUK 05:52 07:12 ZUHUR ASAR 13:22 16:40 MAGHRIB ISYAK 19: 28 20:40 IMSAK 05:42 WAKTU SOLAT Daerah Petaling dan kawasan yang sewaktu dengannya INFO SYAWAL Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Muslimin dan Muslimat Ikhlas dari: Pusat Islam Universiti, UPM dan Jawatankuasa Aktiviti Ramadhan Masjid UPM 1434H Maaf Zahir & Batin “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah Al-Baqarah ayat 185)

Upload: lyphuc

Post on 23-Jul-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HEBAHAN & MAKLUMAN WAKTU SOLAT - pic.upm.edu.my · 09 Ogos 2013 / 02 Syawal 1434H  ارتوڤ ربميم Mimbar Putra

Mukasurat 02 Minbar Putra/01/2013

Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di:

[email protected] atau, hubungi kami di:

PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,

43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL: 03-89468582 FAKS: 03-89483742

HEBAHAN & MAKLUMAN

1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 09 Ogos 2013 / 2 Syawal 1434H : Drs Wan Aminurrashid bin Wan Abd Hamid.

2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 30 - 38 Surah al-Fussilat yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Asrul Effendy bin Abu Bakar (Al-Quran) & (Terjemahan)

3. Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan pada 24-25 Ogos 2013 (Sabtu-Ahad) jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam Universiti, UPM. Yuran penyertaan staf RM70.00 /pelajar RM 60.00. Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Ustazah Siti Rohani (03-8946 8582) atau Mohd Firdaus (03-8946 8582). Penyertaan terbuka kepada staf dan pelajar UPM sahaja. 4. Pusat Islam Universiti, UPM akan memulakan Pengajian Kuliah Masjid yang telah ditangguhkan pada 16hb Ogos 2013 (Jumaat). 5. Pusat Islam Universiti, UPM akan memulakan Kelas Pengajian Dewasa pada pada 19hb Ogos 2013 (Isnin) dan Kelas Pengajian Kanak-Kanak bermula 24 Ogos 2013 (Sabtu). 6. Bagi pihak Jawatankuasa Aktiviti Ramadhan Masjid UPM 1434H/2013M (yang dianggotai oleh staf Pusat Islam Universiti, Jawatankuasa Kariah Serdang dan Jemaah Tetap Masjid UPM) sukacita merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan/derma yang telah diberikan bagi menjayakan aktiviti Ramadhan 1434H. Semoga Allah SWT memberikan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada tuan/puan. Kepada Allah SWT jua kita berharap agar segala niat suci kita diberi balasan dan beroleh keredaan di sisiNya. Pusat Islam Universiti juga mengucapkan ‘Jazakumullah Khairan Kathira’ atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.

MUTIARA AL-QURAN

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. (Surah Yasin – 65)

SUBUH SYURUK

05:52 07:12

ZUHUR ASAR

13:22 16:40

MAGHRIB ISYAK

19: 28 20:40

IMSAK 05:42

WAKTU SOLAT

Daerah Petaling dan

kawasan yang sewaktu

dengannya

INFO SYAWAL

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Muslimin dan Muslimat

Ikhlas dari:

Pusat Islam Universiti, UPM dan Jawatankuasa Aktiviti Ramadhan Masjid UPM 1434H

Maaf Zahir & Batin

“Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya,

dan supaya kamu bersyukur”. (Surah Al-Baqarah ayat 185)

Page 2: HEBAHAN & MAKLUMAN WAKTU SOLAT - pic.upm.edu.my · 09 Ogos 2013 / 02 Syawal 1434H  ارتوڤ ربميم Mimbar Putra

09 Ogos 2013 / 02 Syawal 1434H http://www.pic.upm.edu.my

ميمبر ڤوترا Mimbar Putra

RISALAH JUMAAT MINGGUAN MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Mimbar Putra/15/2013

SEDUTAN KHUTBAH

Kita tentu biasa mendengar ungkapan dalam masyarakat kita: “Puasa sebulan, raya pun sebulan”. Ungkapan yang biasa dilafazkan dalam bentuk gurauan ini nampaknya menjadi amalan dalam masyarakat kita. Walaupun kita mengetahui bahawa ibadah puasa memang difardhukan sebulan penuh (sama ada 29 atau 30 hari), kita biasanya kurang memahami hakikat bahawa hari raya Idulfitri hanya disyariatkan sehari. Jika dibandingkan dengan saudara mara kita di negara-negara Timur Tengah, mereka lebih membesarkan dan memeriahkan Ramadhan berbanding Syawal. Sebaliknya, Idulfitri hanya diraikan dengan takbir pada malam hari raya dan pagi hari raya. Selepas solat dan khutbah Idulfitri, keadaan akan kembali seperti hari-hari biasa di bulan-bulan sebelum RamadhanKita mungkin beranggapan bahawa suasana seperti itu bukan fenomena yang sesuai dengan masyarakat dan budaya kita. Namun, ada baiknya kita memerhati beberapa perkara agar kita dapat mengimbangkan antara hasil didikan Ramadhan dengan keseronokan meraikan Idulfitri Kita mungkin beranggapan bahawa suasana seperti itu bukan fenomena yang sesuai dengan masyarakat dan budaya kita. Namun, ada baiknya kita memerhati beberapa perkara agar kita dapat mengimbangkan antara hasil didikan Ramadhan dengan keseronokan meraikan Idulfitri disunatkan bertakbir berpanjangan hingga hari-hari tasyrik selepas solat fardhu atau sunat. Kesemua ini menunjukkan bahawa pesta dan keraian sepanjang bulan Syawal umumnya bukanlah berasaskan tuntutan agama. Sebaliknya, ia hanyalah kebiasaan adat dan budaya masyarakat kita. Ia bukanlah tuntutan sebagai ibadah yang khusus, walaupun masih berada dalam lingkungan ibadah yang umum. Ini kerana aktiviti berziarah dan menjamu tetamu termasuk dalam amalan sunat yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Hari ini saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa beberapa langkah yang wajar dilaksanakan dalam bulan Syawal, adalah:

Pertama : Puasa enam hari dalam bulan Syawal. Kelebihan puasa ini disebut di dalam hadis daripada Abu Ayyub R.A. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, maka dia seolah-olah berpuasa selama setahun”.

(Riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud)

Puasa enam Syawal ini boleh dilaksanakan secara berterusan atau berturutan enam hari, atau secara berasingan (berselang-seli), asalkan di dalam bulan Syawal. Namun, cara yang lebih baik dan afdhal adalah secara berturutan selepas Aidilfitri, iaitu mulai hari raya kedua atau 2 Syawal sehingga 7 Syawal. Kaedah ini lebih afdhal kerana ia menggambarkan sikap seorang hamba yang suka dan bersegera melakukan ibadah. Kedua : Kita hendaklah terus mewajibkan diri ke masjid dan surau untuk solat fardu secara berjemaah kerana tuntutan solat fardu berjemaah itu jauh lebih besar pahalanya daripada solat bersendirian. Ketiga : Kita hendaklah terus melaksanakan ibadah malam, sekurang-kurangnya dua rakaat sunat tahajjud atau 1 rakaat witir. Bukankah Ramadhan telah membuktikan kita mampu bangun setiap hari untuk bersahur? Maka sewajarnya kita berusaha untuk istiqamah dengan qiamullail pada waktu sahur kerana waktu tersebut adalah waktu yang sesuai untuk memohon keampunan Allah SWT. Keempat: Kita hendaklah menjadikan tadarus al-Quran sebagai amalan harian kita. Sekurang-kurangnya, kita hendaklah membaca satu muka setiap hari. Mudah-mudahan maksud ayat-ayat al-Qur'an yang dibaca akan menjadi pembimbing kita setiap hari.

" RAMADHAN SEBULAN, RAYA SEHARI, IBADAH BERPANJANGAN

KEKAL SETIAP HARI " (Petikan Khutbah JAIS)