majlis perasmian kem motivasi pelajar stpm 2008 …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/092008/08-35.pdf · 1...

6
1 Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 Perwakilan Agama Hindu Teks Ucapan Wakil Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar dan Alumni YBhg. Prof. Dato’ Dr Shaharuddin Ahmad (Pengarah, Pusat Perkembangan Pelajar) Sabtu, 6 Sept 2008 8.00 malam Dewan Anwar Mahmud (DAM) Salam Sejahtera, Yang Berhormat Datuk S. Subramaniam Menteri Sumber Manusia Yang Berusaha Dr. Arjunan Narayanan Penasihat Perwakilan Agama Hindu Saudara Saravanakumar Periasamy Yang Dipertua Perwakilan Agama Hindu

Upload: vuonglien

Post on 06-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/092008/08-35.pdf · 1 Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 Perwakilan Agama Hindu Teks Ucapan

1

Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008

Perwakilan Agama Hindu

Teks Ucapan Wakil Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar dan Alumni

YBhg. Prof. Dato’ Dr Shaharuddin Ahmad (Pengarah, Pusat Perkembangan Pelajar)

Sabtu, 6 Sept 2008

8.00 malam

Dewan Anwar Mahmud (DAM)

Salam Sejahtera, Yang Berhormat Datuk S. Subramaniam Menteri Sumber Manusia Yang Berusaha Dr. Arjunan Narayanan Penasihat Perwakilan Agama Hindu Saudara Saravanakumar Periasamy Yang Dipertua Perwakilan Agama Hindu

Page 2: Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/092008/08-35.pdf · 1 Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 Perwakilan Agama Hindu Teks Ucapan

2

Saudara Krisnamoorti Muniandy Ketua Pengarah Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 UKM Ahli Jawatankuasa Kem Motivasi Pelajar STPM Universiti Kebangsaan Malaysia Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. 1. Pertama sekali saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat

Datuk S. Subramaniam, Menteri Sumber

Manusia atas kesudian menghadiri dan

merasmikan Kem Motivasi Pelajar STPM 2008

anjuran Perwakilan Agama Hindu, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Page 3: Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/092008/08-35.pdf · 1 Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 Perwakilan Agama Hindu Teks Ucapan

3

2. Selamat Datang kepada peserta-peserta

kem motivasi ke Universiti Kebangsaan

Malaysia. Mungkin ini merupakan kali pertama

bagi sesetengah peserta ke universiti ini.

3. Bagi pengetahuan semua, Universiti

Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah

universiti penyelidikan seiiring dengan Universiti

Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti

Sains Malaysia. UKM menyediakan pelbagai

program di bawah 12 fakulti di peringkat pra-

siswazah.

Page 4: Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/092008/08-35.pdf · 1 Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 Perwakilan Agama Hindu Teks Ucapan

4

Hadirin dan hadirat sekalian,

4. Di sini saya juga ingin mengucapkan

tahniah kepada semua peserta yang menyertai

program ini. Saya difahamkan anda merupakan

pelajar Tingkatan 6 rendah dari pelbagai

sekolah di sekitar Kuala Lumpur ,Selangor,

Negeri Sembilan dan Johor. Saya berbangga

dengan penyertaan yang menggalakkan dari

para pelajar yang menyedari betapa pentingnya

pendidikan dalam era globalisasi ini.

5. Bagi menjayakan program ini, saya

percaya ahli Perwakilan Agama Hindu telah

bertungkus lumus untuk memastikan program

Page 5: Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/092008/08-35.pdf · 1 Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 Perwakilan Agama Hindu Teks Ucapan

5

ini berjalan dengan lancar. Ini telah

menunjukkan mereka mempunyai semangat

kerjasama yang tidak berbelah bagi di kalangan

mereka. Semangat kerjasama ini penting dalam

menjayakan sesuatu program, tanpa adanya

semangat kerjasama sesuatu program itu tidak

dapat dijalankan dengan lancar. Bak kata

pepatah “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita

Roboh”.

6. Ucapan terima kasih juga kepada pihak

luar yang memberi kerjasama secara langsung

dalam penajaan dan secara tidak langsung

dalam program ini. Kerjasama ini diharapkan

Page 6: Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/092008/08-35.pdf · 1 Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 Perwakilan Agama Hindu Teks Ucapan

6

dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim

antara pihak universiti dan pihak luar. Saya

berharap ikatan ini akan berkekalan bagi tahun-

tahun yang akan datang.

7. Akhir kata, saya amat berharap program-

program seperti ini dapat diteruskan dan

diperbanyakkan lagi pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.