1
Majlis Perasmian Kem Motivasi Pelajar STPM 2008
Perwakilan Agama Hindu
Teks Ucapan Wakil Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar dan Alumni
YBhg. Prof. Dato’ Dr Shaharuddin Ahmad (Pengarah, Pusat Perkembangan Pelajar)
Sabtu, 6 Sept 2008
8.00 malam
Dewan Anwar Mahmud (DAM)
Salam Sejahtera, Yang Berhormat Datuk S. Subramaniam Menteri Sumber Manusia Yang Berusaha Dr. Arjunan Narayanan Penasihat Perwakilan Agama Hindu Saudara Saravanakumar Periasamy Yang Dipertua Perwakilan Agama Hindu
2
Saudara Krisnamoorti Muniandy Ketua Pengarah Kem Motivasi Pelajar STPM 2008 UKM Ahli Jawatankuasa Kem Motivasi Pelajar STPM Universiti Kebangsaan Malaysia Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. 1. Pertama sekali saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat
Datuk S. Subramaniam, Menteri Sumber
Manusia atas kesudian menghadiri dan
merasmikan Kem Motivasi Pelajar STPM 2008
anjuran Perwakilan Agama Hindu, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
3
2. Selamat Datang kepada peserta-peserta
kem motivasi ke Universiti Kebangsaan
Malaysia. Mungkin ini merupakan kali pertama
bagi sesetengah peserta ke universiti ini.
3. Bagi pengetahuan semua, Universiti
Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah
universiti penyelidikan seiiring dengan Universiti
Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti
Sains Malaysia. UKM menyediakan pelbagai
program di bawah 12 fakulti di peringkat pra-
siswazah.
4
Hadirin dan hadirat sekalian,
4. Di sini saya juga ingin mengucapkan
tahniah kepada semua peserta yang menyertai
program ini. Saya difahamkan anda merupakan
pelajar Tingkatan 6 rendah dari pelbagai
sekolah di sekitar Kuala Lumpur ,Selangor,
Negeri Sembilan dan Johor. Saya berbangga
dengan penyertaan yang menggalakkan dari
para pelajar yang menyedari betapa pentingnya
pendidikan dalam era globalisasi ini.
5. Bagi menjayakan program ini, saya
percaya ahli Perwakilan Agama Hindu telah
bertungkus lumus untuk memastikan program
5
ini berjalan dengan lancar. Ini telah
menunjukkan mereka mempunyai semangat
kerjasama yang tidak berbelah bagi di kalangan
mereka. Semangat kerjasama ini penting dalam
menjayakan sesuatu program, tanpa adanya
semangat kerjasama sesuatu program itu tidak
dapat dijalankan dengan lancar. Bak kata
pepatah “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita
Roboh”.
6. Ucapan terima kasih juga kepada pihak
luar yang memberi kerjasama secara langsung
dalam penajaan dan secara tidak langsung
dalam program ini. Kerjasama ini diharapkan
6
dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
antara pihak universiti dan pihak luar. Saya
berharap ikatan ini akan berkekalan bagi tahun-
tahun yang akan datang.
7. Akhir kata, saya amat berharap program-
program seperti ini dapat diteruskan dan
diperbanyakkan lagi pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.