asuh ogos'09

7
145 145 OGOS ’09 OGOS ’09 www.galeriilmu.com.my www.galeriilmu.com.my RABBANI – duta RAKAN ASUH Majalah ini mengandungi nama Majalah ini mengandungi nama ALLAH dan petikan kalimah suci ALLAH dan petikan kalimah suci al-Quran. Tolong letak di tempat al-Quran. Tolong letak di tempat yang mulia. yang mulia. Bil. 8 Tahun 13 • ISSN 1394 9470 • PP9892/04/2010 (023812) • MICA 140/06/2009 • Ogos 2009 • Syaaban / Ramadan 1430H • Harga: Semenanjung Malaysia: RM3.00 Sabah/Sarawak: RM3.80 Singapura: $2.50 Brunei B$2.50 jajan vs jajan vs halal haram halal haram KENALI MATAHARI Bulan depan birthday adik, kak long bagi la hadiah besar tau!! Eh! mana logo halal dia? Sudut Kraf Cuci Pakaian Cuci Pakaian Terkena Najis Terkena Najis Doa Pelajar Doa Pelajar Cemerlang Cemerlang TOLONG TOLONG DENGAN IKHLAS DENGAN IKHLAS

Upload: galeri-ilmu-dot-com

Post on 28-Mar-2016

269 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Preview Majalah Asuh Ogos'09

TRANSCRIPT

Page 1: Asuh Ogos'09

145145OGOS ’09OGOS ’09

www.galeriilmu.com.mywww.galeriilmu.com.my

RABBANI – duta

RAKAN ASUH

Majalah ini mengandungi nama Majalah ini mengandungi nama ALLAH dan petikan kalimah suci ALLAH dan petikan kalimah suci al-Quran. Tolong letak di tempat al-Quran. Tolong letak di tempat yang mulia.yang mulia.

Bil. 8 Tahun 13 • ISSN 1394 9470 • PP9892/04/2010 (023812) • MICA 140/06/2009 • Ogos 2009 • Syaaban / Ramadan 1430H • Harga: Semenanjung Malaysia: RM3.00 Sabah/Sarawak: RM3.80 Singapura: $2.50 Brunei B$2.50

jajan vsjajan vshalal haramhalal haram

KENALIMATAHARI

Bulan depan birthday adik, kak long bagi

la hadiah besar tau!!

Eh! mana logo halal

dia?

Sudut Kraf

Cuci PakaianCuci PakaianTerkena NajisTerkena Najis

Doa PelajarDoa PelajarCemerlangCemerlang

TOLONGTOLONGDENGAN IKHLASDENGAN IKHLAS

Page 2: Asuh Ogos'09

mahmudahmahmudah mazmumahmazmumahvsvsOLEH: SHAMSIAH WARNA:BAKAFRO

16 BIL. 145 • OGOS 2009BIL. 145 • OGOS 2009

Maaf. Masjid ada buat bacaan Yasin, tahlil dan

doa selamat sempena hari kemerdekaan malam ini. Jom,

kita pergi bersama-sama.

Jom, kita tengok bunga api malam ini.

Kau tengok budak sebelah tu…tidak ada kelas langsung. Sambut merdeka di masjid. Patutnya masa ini kita lepak

tengok bunga api.

Sekarang saya pula...

Saya hendak main sama,

boleh?

Saya tidak suka main dengan orang asing! Pergi sana!

Siti, apakah peristiwa penting

yang berlaku pada 31 Ogos?

Hari kemerdekaan negara kita,

cikgu.

Bagus.

Hah, Nazri tidur, ya! Apakah peristiwa penting yang berlaku

pada 31 Ogos?

Entah! Tak tahu!

Page 3: Asuh Ogos'09

Sedar tak sedar, sudah seminggu aku dan Anis tinggal di rumah nenek. Semalam, ibu menelefon dari Kuala Lumpur bertanyakan

khabar kami. Ibu juga bertanya sama ada aku dan Anis mahu pulang lebih awal ke Kuala Lumpur atau terus tinggal dengan nenek sehingga musim persekolahan dibuka semula. Aku cepat mengatakan mahu tinggal di rumah nenek lagi. Sesungguhnya, hatiku mula jatuh cinta dengan persekitaran kampung terutamanya nenek yang baik hati dan pandai bercerita.

“Abang Amir suka tak kalau tinggal di kampung?” tanya Anis. Aku tersenyum dan mengangguk-angguk. “Kalau boleh Abang Amir nak pindah sekolah di kampung ni,” balasku. “Betulkah? Macam tu Anis pun nak pindah sekolah juga,” tambah Anis. Nenek datang menghampiri kami. “Tahukah Anis dan Amir, Rasulullah SAW sudah berjalan jauh sejak kanak-kanak? Sebab itu kita dianjurkan untuk mengembara dan berziarah, supaya fikiran kita cepat matang,” ujar nenek kemudian meneruskan kisahnya.

Oleh: Kak UmmuOleh: Kak Ummu

EPISOD 6

Kematian Aminah, bonda Rasu-lullah SAW menambahkan kasih Abdul Mutalib terhadap cucunya yang kini bergelar si yatim piatu. Sebagai seorang datuk, Abdul Mutalib amat memahami jiwa kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. Justeru, dia sanggup menjadi ibu dan ayah kepada cucu ke -sayangannya, Muhammad bin Abdullah. Ke mana sahaja Abdul Mutalib berada, pasti Muhammad bersamanya hatta ketika di dalam majlis penting sekalipun.

Muhammad sentiasa di sisi Abdul Mutalib memerhatikan cara datuknya itu menguruskan jemaah yang datang ke Makkah. Abdul Mutalib juga menjadi orang yang dihormati oleh seluruh masyarakat Arab Quraisy.

Namun, Allah SWT menjalurkan kehidupan suram buat kekasih-Nya. Pada usia lapan tahun, Abdul Mutalib pula di jemput Ilahi. Tinggal Muhammad SAW bersama bapa saudaranya, Abu Talib. Muhammad berasa sedih namun ditabahkan hatinya untuk

tidak menunjukkan kepada orang lain. Kala ingatan menerpa kepada arwah ibu dan datuknya, seolah ada bisikan ketenangan dalam jiwanya untuk bersabar dan meng hadapi hari kanak-kanaknya dengan normal.

Abu Ta l ib mempunya i anak yang ramai. Beliau juga bukan seorang yang berharta tetapi mempunyai kedudukan dalam masyarakat Quraisy. Secara tradisinya, Abu Talib bekerja sebagai pedagang yang membawa barang-barang niaga ke Negara Syam. Ketika usia Muhammad SAW menginjak 12 tahun, Abu Talib mengajak anak saudaranya itu pergi berdagang bersamanya. Muhammad se -orang remaja yang rajin, dia tidak menyusahkan orang lain. Sepanjang tinggal di rumah Abu

PerjalananPerjalananNabi SAW Nabi SAW ke Syamke Syam

14 BIL. 145 • OGOS 2009BIL. 145 • OGOS 2009

Page 4: Asuh Ogos'09

Abu Talib untuk berehat di kawasannya. Alangkah pelik Abu Talib, kerana selama dia berulang-alik dari Makkah ke Syam, itu kali pertama dia menerima layanan dari seorang pendeta.

“Apakah anak itu yatim piatu dan mempunyai tanda di badannya?” tanya Buhaira ke pada Abu Talib. Lelaki itu terkejut kerana dia memberitahu kebanyakan orang bahawa Muhammad adalah anaknya sendiri. Bagaimanakah Buhaira mengetahuinya? Satu-satu tanda kenabian Muhammad SAW disebut Buhaira membuatkan Abu Talib tidak mampu me -nafi kannya. “Bawalah anak saudaramu itu pulang ke Makkah. Jangan teruskan perjalanan ke

Syam. Di sana, orang-orang Yahudi sedang menunggunya untuk membunuh. Mereka tidak dapat menerima bahawa Tuhan akan mendatangkan seorang Nabi akhir zaman dari bangsa Arab. Dia ialah Muhammad bin Abdullah, anak saudaramu!” kata-kata Buhaira membuatkan Abu Talib terkejut.

Demi c intanya kepada Muhammad, Abu Talib menurut nasihat Buhaira. Di renung wajah Muhammad yang sentiasa tenang. Dia berjanji akan melindungi anak saudaranya itu dari sebarang bahaya walaupun nyawanya ter paksa digadaikan. Cintanya kepada Muhammad mengatasi yang lain.

Nenek tersenyum pada kami. “Subhanallah, berkat Abu Talib mencintai Nabi Muhammad SAW, beliau diberi azab neraka yang paling ringan,” kata nenek. “Kenapa Abu Talib masuk neraka, nek?” tanya Anis pula. “Ini kerana Abu Talib tak memeluk agama Islam. Walaupun dia mengakui Rasulullah SAW adalah utusan Allah tapi kerana malu pada masyarakatnya, dia tidak menuturkan kalimah syahadah dan mati sebagai orang kafir,” ujar nenek. “Sayangnya Abu Talib..” kataku dan Anis. “Kalau nak duduk dalam syurga dengan Rasulullah SAW kenalah mencintai baginda dan beriman dengan baginda,” tambah nenek lagi. “Macam mana nak tunjukkan rasa cinta pada Rasulullah SAW, nek?” “Perbanyakkanlah selawat kepada Rasulullah SAW,” nenek mengulangi pesanannya.

Talib, Muhammad berdikari dan mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Dia mengembala kambing dan turut terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan di sekitar Makkah. Secara jujur, Abu Talib sangat menyayangi Muhammad lebih daripada dia mengasihi anak-anaknya sendiri.

Sepanjang perjalanan ke Syam, Muhammad SAW memerhati-kan pemandangan padang pasir yang indah. Minda kanak-kanak nya berfikir bahawa alam sebegini cantik tentu mempunyai Penciptanya. Sejak kecil lagi dirinya tidak dapat menerima bahawa patung-patung yang disembah oleh masyarakatnya itulah Tuhan. Dia menafikan se keras-kerasnya malahan turut membenci perbuatan me -nyembah Latta dan Uzza, dua berhala yang amat dihormati bangsa Arab ketika itu. Namun, dirinya belum ada kekuatan untuk menentang hanya mampu membenci di dalam hati.

Awan gemawan sentiasa mengarak si putera kecil. Ke mana pun unta yang ditunggangi Muhammad SAW berjalan, awan biru menjadi payung yang meneduhkan. Jika Muhammad mahu turun dari unta, binatang itu sendiri tunduk ke bumi mem-perhambakan diri. Semua itu dapat dikesan oleh sang rahib ketika rombongan dagangan Abu Talib berhenti di kawasan bernama Bosra. Akhirnya, penantian sang rahib bernama Buhaira itu terjawab. Inilah Nabi akhir zaman yang disebutkan dalam kitab Zabur, Injil dan Taurat. Buhaira lantas mempelawa rombongan

15BIL. 145 • OGOS 2009BIL. 145 • OGOS 2009

Inilah Nabi akhir zaman yang Inilah Nabi akhir zaman yang disebutkan dalam kitab Zabur, disebutkan dalam kitab Zabur,

Injil dan Taurat.Injil dan Taurat.

Inilah Nabi akhir zaman yang Inilah Nabi akhir zaman yang disebutkan dalam kitab Zabur, disebutkan dalam kitab Zabur,

Injil dan Taurat.Injil dan Taurat.

Page 5: Asuh Ogos'09

36 BIL. 145 • OGOS 2009

Adik-adik, sebelum keluar rumah, minta keizinan dan doa restu daripada ibu bapa terlebih dahulu. Bagi adik-adik yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa pula, boleh memaklumkan tentang peperiksaan yang akan diduduki kepada mereka melalui telefon.

Mohon keampunan daripada mereka dan minta mereka doakan kejayaan anda. Doa seorang ibu kepada anaknya, mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.

Nota: Doa Ibu Bapa Amat Makbul

Doa ibu bapa untuk anak-anaknya diperkenankan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Doa ibu bapa untuk anak-anaknya menembusi hijab.” (Riwayat Ibnu Majah). Oleh itu, mohon kepada ibu bapa anda agar mereka mendoakan kejayaan untuk anda.

Sebagai pelajar Islam, selain usaha, doa merupakan senjata yang perlu digunakan dalam mencapai cita-cita. Berikut diberikan beberapa doa yang boleh diamalkan mengikut kesesuaian masa dan keadaan:

1. Ketika adik-adik hendak keluar dari rumah, adik-adik boleh lakukan perkara seperti

berikut: a. Membaca ayat al-Kursi dengan niat semoga

mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

b. Melangkah keluar dengan kaki kanan dan baca Basmalah.

2. Doa Penerang Hati

Ertinya: “Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmah

Engkau dan tunjukkan khazanah-khazanah dan rahmatkan kami wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

36 BIL. 145 • OGOS 2009BIL. 145 • OGOS 2009

Adik-adik boleh membaca doa ini ketika berada dalam dewan peperiksaan dan lebih afdal atau sebaik-baiknya mengadap kiblat. Doa ini hendaklah dibaca sebelum menjawab soalan-soalan peperiksaan.

3. Doa menambah ilmu dan mendapat ilham

Ertinya: “Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku petunjuk dan kecerdikan, lindungilah aku daripada bahaya kejahatan diriku, Tuhanku, tambahkanlah ilmu untukku dan anugerahkanlah kepadaku kefahaman.”

4. Menuju ke dewan peperiksaan Sewaktu menuju ke dewan peperiksaan, adik-adik

boleh membaca doa ini:

BIJAK BELAJARBIJAKBIJAK

BELAJAR BELAJARDoa PelajarDoa PelajarCemerlangCemerlangDoa PelajarDoa PelajarCemerlangCemerlang

333

444

Page 6: Asuh Ogos'09

Ertinya: “Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya dan pada lidahku cemerlang, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya, jadikanlah di pihak belakangku cahaya, dan pihak hadapanku cahaya, dan jadikanlah di pihak atasku cahaya, dan di pihak bawahku cahaya. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cahaya.” (Riwayat Muslim)

5. Semasa hendak memulakan peperiksaan Adik-adik boleh membaca: a. Surah al-Fatihah dengan memohon pada Allah

agar dibukakan segala ingatan dan fikiran.

b. Ayat al-Kursi dengan niat meminta pada Allah agar Dia menghilangkan segala kegusaran dan kegementaran hati agar memperoleh kejayaan cemerlang.

c. Kemudian baca doa berikut:

Ertinya: “Segala puji bagi Allah dengan sebenar-benar pujian. Manakala selawat dan salam (diucapkan) kepada utusan-Nya Nabi Muhammad dan keluarganya.”

Mula menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan Basmalah.

6. Doa ketika terlupa nota yang dibaca:

Ertinya: “Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman

para Nabi dan pemeliharaan para Rasul dan ilham para malaikat yang hampir (dengan-Mu). Wahai Tuhan Yang Maha Pembuka dan Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang yang arif.”

7. Ketika berasa susah menjawab soalan peperiksaan, adik-adik boleh baca:

Ertinya: “Ya Allah, tiadalah kemudahan itu me lainkan

BIJAK BELAJAR

apa yang Engkau jadikannya mudah, sedang Engkau memang boleh menjadikan yang sukar itu mudah bila Engkau kehendaki.” (Riwayat Ibn Hibban)

Ulang bacaan berikut:

Ertinya: “Sesungguhnya beserta kesukaran itu terdapat kemudahan.”

8. Setelah selesai menjawab soalan peperiksaan, baca pula doa berikut:

Ertinya: “Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan.”

(Riwayat al-Hakim)

9. Apabila memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, adik-adik jangan lupa untuk membaca doa berikut:

Ertinya: “Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam sebagai pujian di mana Dia menyempurnakan nikmat-Nya dan membalas (memberi) tambahannya (apabila nikmat itu disyukuri). Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya menjadi sempurna segala kebaikan.” (Riwayat Ibnu Majah & Ibn al-Sunni)

10. Bagi adik-adik yang gagal memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang boleh membaca doa berikut:

Ertinya: “Ya Allah, berilah pahala kepada hamba ber-

hubung dengan bala (kegagalan) yang mengenai aku ini, dan susulilah ia dengan yang lebih baik bagi aku!” (Riwayat Imam Malik)

Semoga dengan usaha tekun dan segala doa yang dipohon kepada Allah SWT akan dimakbulkan oleh-Nya. Moga semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan berjaya dengan cemerlang. Selamat maju jaya!

37BIL. 145 • OGOS 2009BIL. 145 • OGOS 2009

55

11

8

Page 7: Asuh Ogos'09

Doa Penerang HatiDoa Penerang Hati

Doa Agar Ditambah KefahamanDoa Agar Ditambah Kefahaman

Doa Mohon Ditambah Doa Mohon Ditambah Pengetahuan dan KesihatanPengetahuan dan Kesihatan

Doa Apabila LupaDoa Apabila Lupa

Ya Allah, bukakanlah atas kami hikmah (kebijaksanaan) Engkau dan bentangkanlah atas kami gedung rahmat Engkau. Wahai Tuhan yang

Maha Pengasih daripada segala yang pengasih.

Doa Penerang HatiDoa Penerang Hati

Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungi aku daripada kejahatan nafsuku.

Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa. Ya Allah, peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

Ya Allah, Kayakanlah aku dengan ilmu pengetahuan, hiasilah aku dengan sifat lemah lembut (tidak cepat marah), dan muliakanlah aku dengan takwa, dan indahkan aku dengan

kesihatan (tubuh badan).

Doa Agar Ditambah KefahamanDoa Agar Ditambah Kefahaman

Doa Mohon Ditambah Doa Mohon Ditambah Pengetahuan dan KesihatanPengetahuan dan Kesihatan

Doa Apabila LupaDoa Apabila Lupa

Selamat menempuh musim peperiksaan.Selamat menempuh musim peperiksaan.Iringkan doa dan tawakal dalam usaha anda.Iringkan doa dan tawakal dalam usaha anda.

Moga kejayaan milik bersama.Moga kejayaan milik bersama. ''

''

Selamat menempuh musim peperiksaan.Selamat menempuh musim peperiksaan.Iringkan doa dan tawakal dalam usaha anda.Iringkan doa dan tawakal dalam usaha anda.

Moga kejayaan milik bersama.Moga kejayaan milik bersama. ''

''