madkhal ila fiqh islami-ijmak-

Upload: azlan-yusof-punding

Post on 07-Apr-2018

323 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    1/18

    [1]

    1.0.PENGHARGAAN

    Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,

    selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah danutusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang

    mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan

    kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya yang sentiasa

    mencari ilmu Allah S.W.T.

    Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat

    menyiapkan kerja kursus, Madkhal Ila Fiqh Islami dalam tajuk Ijmak tanpa sebarang

    konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Penulis gembiradan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini.

    Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi

    iaitu Ustaz Shahrul Hizam bin Mokhtar. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang

    banyak memberi penulis input dan informasi berkenaan mata pelajaran ini. Akhirnya dengan

    bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya.

    Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang

    sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahanseperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam

    melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk

    berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T. Sekalung

    penghargaan juga diucapkan buat rakan-rakan yang menyumbangkan buah fikiran sehingga

    penulis dapat menyiakan kerja kursus ini dengan jayanya.

    Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini

    dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadiinsan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis

    termampu.

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    2/18

    [2]

    2.0.PENGENALAN

    Ijmak dalam bahasa popular sekarang lebih dikenali dengan pendapat ulama mujtahid dan

    dalam istilah Usul Fiqah adalah bererti menetapkan hukum bagi sesuatu masalah baru dengan

    berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Yang dimaksudkan dengan masalah baru ialah suatu

    kejadian yang baru terjadi dan belum diketahui hukumnya. Ijmak merupakan salah satu

    daripada sumber-sumber hukum syariat. Ianya merupakan dalil primer sebagai rujukan

    disamping al-Quran dan as-Sunnah. Ijmak merupakan salah satu dalil qati. Ijmak digunakan

    adalah untuk menjelaskan hukum terhadap sesuatu perkara yang tidak terdapat ketetapannya

    didalam nas al-Quran dan juga as-Sunnah. Ijmak memainkan peranan yang penting dalam

    mengeluarkan atau mensabitkan hukum-hukum yang tidak terdapat ketetapannya didalam nas.

    Ijmak merupakan salah satu daripada sumber perundangan hukum. Ijmak merupakan sumber

    ketiga dalam perundangan selepas al-Quran dan as-Sunnah. Menurut jumhur ulama, Ijmak

    yang diterima sebagai hujah itu dengan syarat sepakatan ulama mujtahidin yang ada pada satu

    atau yang ada pada masa ditetapkan ijmak. Ijmak diguna pakai semenjak hayat Rasulullah

    SAW. Namun ijmak hanya dilakukan dengan para sahabat yang tertentu sahaja. Selepas

    kewafatan Rasulullah SAW, ijmak dilaksanakan secara luas. Setiap perkara yang baru timbul

    akan dibincangkan untuk mendapatkan hukum yang sebenar. Ijmak digunakan secara meluassemenjak pada zaman Tabiin kerana pada masa tersebut empayar Islam mula berkembang

    secara pesat dan menyebabkan para ulama mujtahid tersebar di muka bumi. Ijmak di

    gunapakai sehingga ke hari ini untuk menetapkan perundangan dan syariat Islam dalam

    perkara-perkara yang berlaku. Ijmak merupakan kesepakatan para ulama mujtahid dalam

    menetapkan sesuatu hukum yang tidak pernah berlaku dan tidak ada dinyatakan di dalam al-

    Quran dan as-Sunnah. Ijmak dilakukan adalah mengikut kepada keperluan semasa dalam

    sesuatu perkara. Kepentingan ijmak dapat di lihat dalam konteks kehidupan seharian. Ijmak

    juga adalah berbeza mengikut kepada kepentingan semasa umat pada masa sesuatu zaman.

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    3/18

    [3]

    3.0.PENGERTIAN IJMAK

    Ijma' atau Ijmak ( ) dari segi makna bahasa adalah azam atau tekad. Manakala dari segi

    istilah syara pula, Ijmak adalah kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalammenetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis tentang suatu

    perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasulullah SAW1 Dari sudut Bahasa

    Arab al-Ijma' ialah kesungguhan dan persetujuan. Dari sudut istilah, al-Ijma' ialah,

    persetujuan para mujtahid umat selepas wafatnya Rasulullah SAW, terhadap satu hukum

    agama. Berdasarkan definisi persetujuan maka terkeluarlah perselisihan walaupun hanya

    seorang sahaja yang menyalahi. Perkara ini membatalkan al-Ijma' (persepakatan).

    Berdasarkan para mujtahid maka terkeluarlah orang awam dan orang muqallid (orang yang

    ikut tanpa dalil). Persetujuan dan perselisihan mereka (dua golongan ini) tidak diiktiraf.2Selain itu, ijmak menurut ulama ilmu Ushul Fikih adalah kesepakatan semua mujtahid Islam

    pada satu masa setelah kewafan Nabi Muhammad SAW atas hukum-hukum syarak mengenai

    sesuatu kejadian yang tidak ada ketetapan nas3. Ijmak juga menurut pengertian yang asli

    membawa maksud kata sepakat atau kata sependapat yang lazimnya disebut dewasa ini ialah

    konsensus (sebulat suara). Mengikut pengertian daripada ulama Fiqah dan ulama Usul Fiqah

    adalah sangat terbatas antaranya ialah :

    y Kesepakatan daripada para ulama mujtahid. Maka tidak sah ijmak daripada ulamabiasa atau para umara.

    y Kesepakatan dua orang ulama.y Masalah yang diperkatakan adalah berkaitan dengan masalah Fiqhiyyah yang belum

    ada ketentuan didalam al-Quran dan As-Sunnah.

    y Kata sepakat yang berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.4

    1http://ms.wikipedia.org/wiki/Ijmak

    2http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Ushul_Fiqh/14.htm

    3Abdul Wahhab Khallaf, 2003,Ilmu Ushul Fikih , Jakarta : Pustaka Amani.

    4Syeikh Ali Hasa Ahmad Ad. Dariy, 1997,Kaedah Asas Hukum Feqah, Selangor Darul Ehsan : Pustaka Ilmu.

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    4/18

    [4]

    4.0.HUKUM IJMAK

    Segala masalah Fiqhiyyah yang sudah dilakukan ijmak keatasnya oleh para mujtahid maka

    wajib ditaati. Hukum yang ditetapkan tidak boleh dilanggar atau ditentang oleh sesiapa puntermasuk mujtahid yang lahir kemudian.5 Sebahagian Ahlu Usul Feqah berkata bahawa

    mengingkari hukum ijmak yang qati adalah kufur. Ianya kerana pengingkaran yang

    dilakukan merangkumi pengingkaran suatu dalil yang meliputi pengingkaran terhadap

    Rasulullah SAW. Sementara bagi perkara yang hukumnya tidak ditetapakan secara qati maka

    hukum melanggarnya adalah tidak kufur.6 Sebahagian ulama lain, seperti Imam al-Haramain

    mengatakan, mengingkari hukum ijmak tidak kufur, kerana dalil kehujahan ijmak adalah

    zanniyy. Seterusnya mengingkari kehujahan dalil tidak kafir. Biarpun ada perselisihan ulama

    tentang pengingkaran ijmak, namun ijmak ulama merupakan ijtihad ulama yang secara tidaklangsung ia adalah keputusan yang dibuat bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu

    segala ijmak yang disepakati serta dinyatakan oleh ulama mujtahid terhadap sesuatu hukum

    syarak mestilah dengan berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Dari situlah ijmak itu

    dapat diterima sebagai suatu dalil dan hujah yang muktamad.

    5.0.HURAIAN BERKAITAN KATA SEPAKAT

    Berikut merupakan beberapa penerangan berkaitan dengan kata sepakat yang dilakukan oleh

    para mujtahid untuk melakukan ijmak :

    y Tiap-tiap mujtahid pada masa itu mengeluarkan fatwa dalam satu peristiwa atauberbagai-bagai peristiwa yang sama keadaaannya. Contohnya, tidak wajib membayar

    zakat emas yang kurang daripada nisabnya.

    y Para mujtahid memutuskan sesuatu perkara atas perbincangan yang dilakukan secarabersama-sama didalam satu majlis.

    y Setiap pendapat yang dipersetujui tidak mendapat sebarang penentangan daripadamana-mana ahli mujtahid yang ada. Ianya membawa maksud persetujuan.

    7

    5Ibid

    6Syaikh Muhammad Al-Khaudari Biek, 2007, Ushul Fikih, Jakarta : Pustaka Amani.

    7Ibid

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    5/18

    [5]

    6.0.DALIL KEHUJAHAN IJMAK

    Ijmak yang diterima daripada para mujtahid adalah sama seperti apa yang diterima secara

    mutawatir. Penggunaan Ijmak disyariatkan dalam beberapa dalil. Diantaranya ialah :

    y Dalil daripada al-Quran adalah seperti berikut yang dipegang olah imam MazhabSyafie sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 115 yang berbunyi :

    B$WTe#SnB$

    j$U!U[jI

    (dWTWonZ"l[

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    6/18

    [6]

    y Mengikut logik akal. Umat dan ahli penduduk sesuatu tempat setiap zaman apabilamereka bersepakat terhadap sesuatu hukum serta berpegang dengannya, sudut logik

    mustahil tiada seorang pun dari kalangan mereka yang membawa peringatan di antara

    keputusan yang benar dan salah. Oleh itu sepakat dan keputusan yang dipegang itu

    merupakan dalil logik akal yang mana ijmak ulama menjadi hujah.10

    7.0.RUKUN IJMAK

    Rukun-rukun ijmak menurut pendapat ulama usul fiqh adalah seperti berikut:-

    y Harus ada beberapa orang mujtahid dikala terjadinya peristiwa dan para mujtahiditulah yang melakukan kesepakatan (menetapkan hukum peristiwa itu). Seandainya

    tidak ada beberapa orang mujtahid di waktu terjadinya suatu peristiwa tentulah tidak

    akan terjadi ijmak, kerana ijmak itu harus dilakukan oleh beberapa orang.y Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam dunia

    Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada pada suatu

    tempat sahaja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat dikatakan suatu ijmak.

    y Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa iasependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syara') dari suatu

    peristiwa yang terjadi pada masa itu. Jangan sekali-kali tersirat dalam kesepakatan itu

    unsur-unsur paksaan, atau para mujtahid yang diharapkan kepada suatu keadaan,

    sehingga ia harus menerima suatu keputusan.y Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan berbagai cara, seperti dengan pernyataan

    lisan, dengan perbuatan atau dengan suatu sikap yang menyatakan bahawa ia setuju

    atas suatu keputusan hukum yang telah disetujui oleh para mujtahid yang lain. Tentu

    saja keputusan yang terbaik ialah keputusan sebagai hasil suatu musyawarah yang

    dilakukan para mujtahid.

    y Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang bulat dari seluruh mujtahid.Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid yang ada, maka

    keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijmak. Ijmak yang demikian belum

    dapat dijadikan sebagai hujjah syariah.11

    10Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2001, Perbahasan Usu l Al-Ahkam, Petaling Jaya Selangor :Prospecta Printers SDN.BHD.

    11http://ms.wikipedia.org/wiki/Ijmak

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    7/18

    [7]

    y Kesepakatan mereka (para mujtahid) diawali dengan menyatakan pendapat masing-masing. Pendapat itu diungkapkan seperti fatwa atas sesuatu perkara.12

    8.0.KESEPAKATAN PARA ULAMA

    Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah adanya kesepakatan ulama yang berijtihad

    (mujtahidin) pada sesuatu zaman tanpa kecuali seorang pun dari kalangan mereka. Ini

    bermakna, jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijmak. Para

    mujtahidin biasanya berselisih pendapat dalam sesuatu hukum, tetapi dalam sesuatu hukum

    tertentu, tidak seorang pun di kalangan mereka yang berbeza pendapat, maka terjadilah ijmak.

    Dalam kitab Mirah al-Usul disebut mestilah mendapat persetujuan seluruh para mujtahidin.

    Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijma. Bayangkan, para

    mujtahidin biasanya berkhilaf dalam sesuatu hukum syar`i tetapi dalam hukum berkenaan

    tidak seorang pun di kalangan mereka yang berkhilaf mengenainya.13

    9.0.PEMBAHAGIAN IJMAK

    Ijmak ulama telah sepakat untuk membahagikan ijmak kepada dua kategori iaitu :

    y Ijmak sorih.y Ijmak sukuti.

    9.1.IJMAK SORIH

    Ijmak sorih dikenali juga sebagai ijmak nutqi. Setiap mujtahid menyatakan mereka menerima

    pendapat yang disepakati tersebut. Iaitu semua ulama sepakat pada sesuatu masalah hukum

    agama dalam satu tempoh masa tertentu. Dimana masing-masing mengeluarkan fatwa mereka

    sama ada berbentuk perbuatan atau perkataan. Antara lain, ijmak sorih ialah mujtahid

    sependapat mengenai sesuatu hukum dalam sesuatu masalah dengan menyatakan pendapat

    mereka secara jelas atau melalui tulisan atau melaksanakan hukum yang dibincangkan.14

    12Abdul Wahhab Khallaf, 2003,Ilmu Ushul Fikih, Jakarta : Pustaka Amani.

    13http://ms.wikipedia.org/wiki/Ijmak

    14Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2001, Perbahasan Usul Al -Ahkam, Petaling Jaya Selangor :Prospecta Printers SDN.BHD.

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    8/18

    [8]

    9.2.KEHUJAHAN IJMAK SORIH

    Ijmak sorih disepakati oleh jumhur fuqaha sebagai hujah juga merupakan hukum yang

    diterima secara putus. Oleh itu ianya tidak boleh diperselisihkan lagi.

    9.3.IJMAK SUKUTI

    Ijmak sukuti dikenali juga sebagai Ijmak Itibari. Ijmak Sukuti bermaksud setengah mujtahid

    menyatakan pendapat terhadap sesuatu hukum sedangkan mujtahid lain sezaman dengannya

    setelah mendengar permasalahan itu mendiamkan diri tanpa membantah dan tanpa sebarang

    reaksi. Di mana mereka tidak mengingkarinya dengan jelas dan tidak menyatakan persetujuan

    dengan terang.15

    9.4.KEHUJAHAN IJMAK SUKUTI

    Ulama berbeza pendapat berkaitan dengan Ijmak Sukuti. Terdapat golongan ulama yang

    menerima pakai dan ada yang menolak secara mutlak. Antara golongan yang menerima ialah

    majoriti ulama Usul al-Ahkam. Manakala golongan yang menolak adalah ulama Mazhab iaitu

    Imam Syafie dan Imam Malik. Selain itu, Isa bin Aban dan al-Baqllani turut menolak Ijmak

    Sukuti ini.

    9.5.GOLONGAN YANG MENERIMA IJMAK SUKUTI

    Antara hujah yang dikemukakan oleh golongan ulama Usul al-Ahkam dalam menerima Ijmak

    Sukuti ini ialah :

    y Sememangnya sudut dasarnya diam tidak dapat dikategorikan sebagai hujahmelainkan setelah menelitinya. Sekiranya seseorang berdiam setelah berfikir dan

    meneliti segenap sudut, diamnya menunjukkan sikap positif. Selain itu, diam ketika

    diminta memberi keterangan dikira suatu keterangan.

    y Tidak semua mufti memberi keterangan dalam sesuatu masalah. Di mana umumnyaapabila mufti besar berfatwa, ulama lain menerimnya.16

    15Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2 001, Perbahasan Usul Al-Ahkam, Petaling Jaya Selangor :Prospecta Printers SDN.BHD.

    16Ibid

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    9/18

    [9]

    y Diam seseorang mujtahid setelah mengkaji terhadap hukum dan ijtihad orang lain jika bercanggah dengan hukum yang benar adalah haram. Justeru itu berdasarkan baik

    sangka mujtahid yang berdiam diri dikira redha. Kiranya ia tetap berdiam sedangkan

    hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid lain jelas salah satu dosa. Hal itu tidak

    mungkin berlaku terhadap ulama yang bergelar mujtahid.17

    Majoriti ulama Usul al-Ahkam menerima Ijmak Sukuti untuk dijadikan hujah hukum. Cuma

    mereka berselisih pendapat berkaitan sifat kehujahannya iaitu zanni atau qati. Antara

    ulasannya ialah :

    y Hujah zanni. Ulama yang menerima ijmak sukuti sebagai hujah zanniyy, iaitu pendapat al-Kurkhi daripada mazhab Hanafi dan Iman Amidi daripada mazhab

    Shafiiyy. Abd Latif et al.(1997: 95) menambah lagi penerangannya di dalam buku

    Pengantar usul fiqh iaitu alasan mereka ialah berdiam diri sebahagian daripada ahli

    mujtahid bukan semestinya kerana muafakat dengan pendapat yang telah dikeluarkan,

    bahkan diam diri itu mungkin kerana setuju dengan pendapat yang dikeluarkan atau

    gerun dengan kehebatan ulama yang telah mengeluarkan pendapatnya. Oleh itu, ijmak

    sukuti adalah hujah zanniyy.

    y Hujah qati. Mazhab yang berpendapat ijmak sukuti adalah hujah qatiyy ialah ulamaHanafi, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Shafiiyy.Alasan mereka ialah, dalil yang

    menunjukkan kehujahan ijmak tidak membezakan di antara ijmak sarih dan sukuti.

    Jika ditentukan dalil tersebut kepada ijmak yang sarih sahaja mungkin tidak berlaku

    ijmak, sedangkan ijmak telah berlaku. Abd Latif et al.(1997: 95).18

    17Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2001, Perbahasan Usul Al -Ahkam, Petaling Jaya Selangor :Prospecta Printers SDN.BHD.

    18http://usulfiqh1.blogspot.com/2009/11/ijmak.html

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    10/18

    [10]

    9.6.GOLONGAN YANG MENOLAK IJMAK SUKUTI

    Sebahagian ulamak laintidak menerima Ijmak Sukuti sebagai hujah serta tidak meletakkannya

    di bawah kategori Ijmak.ianya selaras dengan kaedah fiqh yang maksudnya, tidaklah

    dikatakan orang yang diam itu berkata. Antara golongan ulama yang menolak kehujahan

    Ijmak Sukuti ini ialah, Imam Syafie, Imam Malik, Isa bin Aban dan al-Baqillani. Antara hujah

    yang dikemukakan oleh ulama tersebut ialah :

    y Tidak boleh dikatakan atau membuat keputusan bahawa orang yang diam itubersetuju. Kemungkinan mereka takut kemudharatan pada diri atau harta atau mereka

    berdiam diri mungkin untuk berijtihad. Lantaran itu, berdiam diri tidak boleh

    dikatakan tanda persetujuan.

    y Orang yang diam tidak boleh disahkan sebagai orang yang bersetuju. Justeru itumujtahid yang diam itu tidak boleh dinilai ia mengikut pendapat mujtahid yang lain.

    y Diam itu tidak dikira sebagai tanda setuju. Kerana diam seorang mujtahid ada beberapa kemungkinan. Antaranya ialah, apabila mujtahid mendiamkan diri

    kemungkinan ia setuju atau belum berijtihad dalam masalah tersebut atau telah

    berijtihad namun belum memperolehi natijah yang mantap atau ia telah berijtihad dan

    memperolehi natijah namun bukan masa yang sesuai untuk mengemukakan ijtihadnya

    itu atau ia telah mempunyai keputusan hukum tetapi tidak mahu mengeluarkannya

    ekoran takut atau bimbang berlaku perselisihan dengan mujtahid lain ekoran berlainan

    dengan pendapatnya. Justeru itu, diam tidak boleh dikira sebagai hujah.

    9.7.SYARAT IJMAK SUKUTI

    Ijmak Sukuti yang diterima sebagai hujah berdasarkan syarat tertentu iaitu :

    y Hendaklah mempunyai masa yang cukup untuk ulama mujtahid berfikir dan mengkajiberkaitan sesuatu perkara yang diputuskan.

    y Tiada sebarang faktor untuk menakut-nakutkan mujtahid lain untuk mengeluarkanpendapat mereka.

    y Ulama yang berdiam diri itu bukan menolak semata-mata. Ianya membuktikan bahawamereka bersetuju dan redha.19

    19Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2001, Perbahasan Usul Al -Ahkam, Petaling Jaya Selangor :Prospecta Printers SDN.BHD.

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    11/18

    [11]

    y Hukum yang diijtihadkan hendaklah berkaitan hukum taklif yang boleh diijtihadkan.y Permasalahan atau persoalan yang timbul diketahui oleh semua mujtahid yang ada

    pada masa tersebut.

    y Hukum yang diijtihadkan belum ada ketetapan hukum sebelumnya.2010.0.JENIS-JENIS IJMAK YANG LAIN

    Dalam beberapa kitab usul fiqh terdapat beberapa jenis ijmak yang dihubungkan dengan masa

    terjadi, tempat terjadi atau orang yang melaksanakannya. Ijmak-ijmak itu adalah:

    y Ijmak Sahabat - iaitu ijmak yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah.y Ijmak Khulafaurrasyidin - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar,

    Khalifah Umar, Khalifah Utsman dan Khalifah Ali bin Abi Thalib. Tentu saja hal ini

    hanya dapat dilakukan pada masa keempat orang itu hidup, iaitu pada masa Khalifah

    Abu Bakar. Setelah Abu Bakar meninggal dunia ijmak tersebut tidak dapat dilakukan

    lagi.

    y Ijmak Shaikhan - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar dan KhalifahUmar bin Khattab.

    y Ijmak ahli Madinah - iaitu ijmak yang dilakukan oleh ulama-ulama Madinah. Ijmakahli Madinah merupakan salah satu sumber hukum Islam menurut Mazhab Maliki,

    tetapi Mazhab Syafie tidak mengakuinya sebagai salah satu sumber hukum Islam.

    y Ijmak ulama Kufah - iaitu ijma' yang dilakukan oleh ulama-ulama Kufah. MazhabHanafi menjadikan ijmak ulama Kufah sebagai salah satu sumber hukum Islam.21

    11.0.IKHTILAF ULAMA

    Menurut golongan Hanafiyah, Ijmak Sorih dan Ijmak Sukuti adalah merupakan ijmak yang

    sebenar. Manakala berbeza pula dengan pendapat Imam Shafie yang mana hanya mengakui

    bahawa hanya Ijmak Sorih sahaja yang dikatakan ijmak sebenar.22

    20Ibid

    21http://ms.wikipedia.org/wiki/Ijmak

    22A. Hanafie, 1997, Usul Fiqh, Klang Selangor : Klang Book Centre.

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    12/18

    [12]

    12.0.SANDARAN IJMAK

    Setiap ijmak yang dilakukan mestilah bersandarkan kepada satu sandaran. Ijmak tidak

    dipandang sah kecuali apabila ada sandaran sebab ijmak bukan dalil yang berdiri sendiri.Fatwa dalam hukum agama tanpa sandaran adalah salah. Sandaran terhadap ijmak adakalanya

    berupa dalil qati seperti al-Quran dan Hadis Mutawatir. Adakalanya juga bersandarkan

    kepada dalil yang zanni seperti Hadis Ahad dan Qiyas. Apabila ijmak yang dilakukan

    disandarkan kepada Hadis Ahad, maka hadis tersebut bertambah kekuatan dan nilainya.

    Tetapi jika disandarkan kepada Qiyas, berlaku ikhtilaf yang mana ada yang membenarkan dan

    ada yang menentang. Antara hujah yang membenarkan adalah seperti berikut :

    y Qiyas merupakan salah satu cara menetapkan hukum syarak. Maka qiyas bolehdigunakan sandaran ijmak seperti dalil-dalil yang lain.

    y Sesetengah perkara yang perlu ditentukan hukum keatasnya adalah diqiyaskan atassesuatu perkara yang menyamai. Contohnya pengharaman dadah diqiyaskan kepada

    arak. Hukum haram dadah itu adalah dilakukan daripada ijmak mujtahid yang

    disandarkan terhadap konsep qiyas.

    Manakala hujah golongan yang menolak Qiyas disandarkan kepada Ijmak adalah seperti

    berikut :

    y Sekiranya Ijmak berdasarkan Qiyas, maka tentulah seorang mujtahid bolehmembantah ijmak yang dilakukan. Ini kerana Qiyas adalah hukum yang boleh

    dibantah.membantah perkara asas yakni Qiyas bererti boleh membantah cabangnya

    iaitu Ijmak.

    y Para ulama tidak sependapat terhadap hukum yang menggunakan Qiyas. Keadaandemikian membezakan antara kedudukan Qiyas dan Ijmak. Ijmak merupakan satu

    penetapan hukum yang dipersetujui ramai.23

    23A. Hanafie, 1997, Usul Fiqh, Klang Selangor : Klang Book Centre.

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    13/18

    [13]

    13.0.PERKARA YANG BERLAKU IJMAK

    Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang

    tidak ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang

    berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T seperti sistem

    pendidikan, pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal

    yang berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-

    Quran dan Hadis.24

    14.0.CONTOH-CONTOH IJMAK

    Berikut merupakan beberapa contoh hukum yang ditetapkan ijmak antaranya ialah :

    y Berkenaan pewarisan datuk jika bersama anak. (Mustafa Ahmad 2000: 6) menjelaskanapabila seorang meninggal dunia dan ahli warisnya adalah terdiri dari datuk dan anak,maka datuk sebagaimana bapa mendapat 1/6 harta warisan apabila adanya anak.

    y (Mustafa Ahmad 2000: 6 ) menjelaskan iaitu ijmak menganggap sah transaksiistishna (pesanan). Jumhur fuqaha menetapkan dan memegang pendapat tersebut.

    Begitu juga ijmak amali (kebiasaan) telah menjalankan transaksi istishna.

    y Ijmak sahabat tentang pemerintahan. Wajib hukumnya mengangkat seorang imamatau khalifah untuk menggantikan Rasulullah dalam mengurusi urusan Daulah

    Islamiah yang menyangkut urusan agama dan dunia yang disepakati oleh para Sahabat

    di Saqifah Bani Saiidah.

    y Muhammad.et.al (2009: 10) dalam menerangkan ijmak mengenai kesahihan nikahyang dilakukan untuk memenuhi keperluan biologi seorang lelaki seperti mendapat

    keturunan, membina sebuah keluarga, berbaur menjadi sebahagian dari sebuah

    masyarakat adalah dengan mengatakan bahawa pernikahan yang disyariatkan sejak

    masa Nabi Adam a.s hingga berlangsung ke seluruh masa kenabian. Bahkan kaum

    muslimin telah sepakat akan keberlangsungan pernikahan hingga sampai ke syurga

    kelak. Selain itu, seluruh para ulama dari masa ke semasa telah bersepakat ke atas

    kesahihan pernikahan di dalam agama Islam.25

    24http://ms.wikipedia.org/wiki/Ijmak

    25http://usulfiqh1.blogspot.com/2009/11/ijmak.html

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    14/18

    [14]

    y Ijmak berkenaan kesahihan khuluk merupakan perbuatan yang disyariatkan oleh Islamdan boleh untuk dilakukan berdasarkan kesepakatan seluruh sahabat Rasulullah s.a.w

    ke atas bolehnya hukum melakukan khuluk dan tidak ada salah satu dari mereka yang

    menentangnya. Muhammad et.al (2009: 285) menyatakan lagi bahawa dengan

    demikian kesepakatan tersebut menjadi ijmak mereka atas hukum khuluk yangdibolehkan. Alasannya adalah kerana khuluk adalah perbuatan yang mencabut

    pernikahan dengan saling rela di antara kedua pasangan suami isteri. khuluk

    disyariatkan bertujuan untuk menghindari sejumlah masalah dan bahaya di antara

    kedua pasangan suami isteri dan diberlakukan tanpa menimbulkan masalah dan

    bahaya bagi mereka berdua. Kerana kewujudan khuluk tersebut dapat menghilangkan

    bahaya dari diri si wanita secara umum.26

    15.0.KEMUNGKINAN BERLAKU IJMAK

    Ulama berselisih dan berbeza pendapat berkaitan dengan kemungkinan berlaku ijmak iaitu:

    y Ijmak tidak mungkin berlaku.Sesetengah ulama berpendapat kiranya apa yang dimaksudkan dengan ijmak itu

    adalah kesepakatan para mujtahid dalam setiap masa mengenai suatu hukum syarak,

    ijmak tersebut tidak mungkin berlaku. Untuk itu, imam al-Shafii dan Qadi Abu Yusuf

    al-Hanafi lebih cenderung berpendapat bahawa kemungkinan ijmak itu tidak berlaku

    atau beliau menolak kemungkinan berlakunya ijmak. Namun begitu, imam al-Shafii bukanlah menolak kemungkinan berlakunya ijmak secara mutlak. Dimana bukti

    menunjukkan beliau tidak menolak secara mutlak kemungkinan berlakunya ijmak

    ialah di mana ijmak itu berlaku dan beliau menetapkan adanya ijmak itu dalam dasar-

    dasar hukum fardu. Cuma beliau cenderung sahaja dan membawa alasan , iaitu:

    Kerana para mujtahid menetap dan berada di pelbagai negara serta di segenap pelusuk tempat yang mana tidak mungkin semua mereka itu dapat bertemu di

    suatu tempat. Oleh itu tidak mungkin berlaku persepakatan di antara mereka,

    ekoran antara negara, kota dan daerah itu jauh dan mereka tinggal berjauhan.27

    26http://usulfiqh1.blogspot.com/2009/11/ijmak.html

    27Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2001, Perbahasan Usul Al -Ahkam, Petaling Jaya Selangor :Prospecta Printers SDN.BHD.

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    15/18

    [15]

    Ekoran ulama dan mujtahid berada di pelbagai tempat dan saling berjauhanmenyebabkan mereka tidak dapat bertemu serentak serta sukar untuk, mengetahui

    pendapat setiap orang daripada mereka.

    Sentiasa berlaku perbezaan pendapat di kalangan fuqaha yang tersebar di seluruhdaerah negara Islam serta tidak ada persepakatan ulama tentang orang yangditerima ijmaknya.

    Tidak ada persepakatan ulama tentang kriteria ulama yang berhak berfatwa dalammasalah-masalah Fiqh. Selain itun tiada suatu ketetapan dan landasan yang pasti

    untuk mengetahui siapakah yang layak digelar mujtahid.

    Ijmak adakalanya bersandarkan dalil qati dan adakalanya berdasarkan dalil zanni.Sekiranya ia berdasarkan dalil qati adatnya sudah tentu orang ramai tidak

    mengetahui tentang sesuatu masalah itu dan tidak perlu lagi kepada ijmak dan ia

    adalah sia-sia. Sebaliknya, kiranya ijmak itu berdasarkan dalil zanni, pada adatmustahil berlaku ijmak, kerana sememangnya tidak sama pendapat mujtahid dan

    tidak sama ilmu mereka.

    y Ijmak mungkin berlaku.Jumhur ulama berpendapat ijmak mungkin berlaku dan dapat berlaku. Hujah mereka

    ialah:

    Ijmak secara jelasnya telah berlaku masa sahabat. Antaranya contoh ialah: Ijmak sahabat memberikan 1/6 daripada harta pusaka kepada nenek, sama

    ada nenek itu seorang atau lebih seorang.

    Ijmak sahabat menegah lelaki berpoligami dengan emak saudara isterinya,samada sebelah ayah atau ibu.

    Ijmak sahabat di mana adik-beradik sebapa menduduki tempat saudaraseibu sebapa, jika saudara seibu sebapa tiada.

    Ijmak sahabat terbatal perkahwinan antara wanita muslimah dengan lelakibukan muslim.

    Adapun berkaitan berjauhan antara fuqaha dan mujtahid tidak tentu sifatmujtahid, tidak tentu sifat ulama yang ijmaknya dapat diterima menghalang

    berlaku ijmak tidak membawa pengaruh terhadap ijmaknya para sahabat. Kerana

    sahabat juga tinggal berjauhan.28

    28Ibid

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    16/18

    [16]

    Ulama yang menolak kemungkinan ijmak dengan di dasarkan persepakatanterhadap dalil qati , kerana tidak mungkin terjadi ijmak pada dalil-dalil zanni.

    Alasan itu juga tidak dapat diterima kerana masalah yang disepakati oleh ulama

    pada masa sahabat ada yang bersumberkan dalil-dalil zanni, seperti hadis ahad.

    Namun begitu, mereka itu bersepakat hadis ahad tersebut diterima sebagai dasarhukum ijmak, sehingga meningkatkan kedudukan dalil zanni kepada qati.

    Selanjutnya, jumhur juga menolak alasan yang mengatakan jika ijmak

    bersandarkan dalil qati adalah sia-sia dan tidak tepat. Kerana ijmak berdasarkan

    dalil qati berguna untuk mengukuhkan hujah dan ia sememangnya berlaku.

    Contohnya : wajib menunaikan sembahyang berdasarkan dalil Al-Quran dan

    ijmak. Jumhur menolak pendapat mengatakan mustahil berlaku ijmak terhadap

    hukum yang berdasarkan dalil zanni. Kerana hukum ijmak yang berdasarkan dalil

    zanni telah berlaku. Contohnya: ijmak ulama mengeluarkan hukum: nenek berhakmemperolehi 1/6 daripada pusaka peninggalan cucunya. Hukum itu berdasarkan

    dalil hadis Ahad yang bersifat zanni.29

    16.0.KEMUNGKINAN BERLAKU IJMAK MASA KINI

    Abd Latif et al.(1997: 100) menyatakan di dalam buku Pengantar usul fiqh, setelah dibuat

    penelitian dan kajian, dapat dibuat rumusan di sini bahawa ijmak pada masa kini tidak

    mungkin berlaku. Sebab dan alasannya seperti berikut:

    y Para ulama mujtahid tidak berada pada suatu tempat, malahan mereka tinggalberselerak dan berada di seluruh pelusuk dunia. Lantaran itu, sukar untuk memastikan

    dan untuk mendapatkan pendapat setiap daripada mereka terhadap sesuatu masalah.

    Selain itu, tidak mungkin ulama sepakat dalam mengeluarkan hukum sesuatu masalah.

    y Adalah menjadi kesukaran untuk mengenal pasti mujtahid dan yang bergelar mujtahiditu kerana setengah orang mengaku ia sebagai mujtahid, sedangkan sebenarnya ia

    belum mencapai tahap tersebut. Hal tersebut kerana ijmak itu ialah persepakatan para

    ulama mujtahid.30

    29Ibid

    30http://usulfiqh1.blogspot.com/2009/11/ijmak.html

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    17/18

    [17]

    17.0.KESIMPULAN

    Ijmak merupakan sumber perundangan Islam yang telah diakui kebenarannya. Sebagai

    kesimpulan daripada keseluruhan perbincangan mengenai ijmak ini dapatlah kita simpulkan

    ijmak itu merupakan kesepakatan sekalian mujtahid setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, pada

    satu masa di atas apa-apa pekerjaan sama ada daripada pekerjaan agama dan pekerjaan dunia

    atau perkara yang dinisbahkan kepada akal atau lughah. Ijmak tidak akan berlaku melainkan

    setelah adanya kesepakatan ulama yang berijtihad pada sesuatu zaman tanpa dikecualikan

    seorangpun dari kalangan mereka. Ini bermakna, jika seorang sahaja yang membangkang

    maka tidaklah dianggap ijmak. Para mujtahidin biasanya berselisih pendapat dalam sesuatu

    hukum tetapi dalam sesuatu hukum tertentu (yang sedia ada) tidak seorangpun di kalangan

    mereka berbeza pendapat, maka terjadilah ijmak dan wajib beramal dengannya apabila ijmak

    itu mengikut segala rukun-rukun seperti yang telah ditetapkan. Ijmak merupakan satu

    keperluan pada masa kini untuk menetapakan beberapa permasalahan yang baru timbul yang

    tidak ada ketetapan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Di dalam penulisan tugasan ini ijmak

    diterangkan dengan jelas dan terang. Maka dengan penulisan ini jelaslah ijmak sangat penting

    untuk menetapkan perundangan atau syariat Islam terhadap perkara yang tidak dinyatakan di

    dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ijmak dilakukan adalah mengikut kepada keperluan semasa

    dalam sesuatu perkara. Kepentingan ijmak dapat di lihat dalam konteks kehidupan seharian.

    Ijmak juga adalah berbeza mengikut kepada kepentingan semasa umat pada masa sesuatu

    zaman.

  • 8/6/2019 Madkhal Ila Fiqh Islami-Ijmak-

    18/18

    [18]

    18.0.BIBLIOGRAFI

    1. Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2001, Perbahasan Usul Al-Ahkam,Petaling Jaya Selangor : Prospecta Printers SDN.BHD.

    2. Abdul Wahhab Khallaf, 2003, Ilmu Ushul Fikih, Jakarta : Pustaka Amani.3. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

    Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    4. Hanafie, 1997, Usul Fiqh, Klang Selangor : Klang Book Centre.5. Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Fitan, Bab Ma ja' fi luzum al-jama'ah, No. 2093.

    Hadith sahih, lihat Sahih al-Jami' oleh al-Albani, No. 1848 dan Sahih Sunan al-

    Tirmidzi, No. 2167. (penterjemah).

    6. Syeikh Ali Hasa Ahmad Ad. Dariy, 1997, Kaedah Asas Hukum Feqah, SelangorDarul Ehsan : Pustaka Ilmu.

    7. Syaikh Muhammad Al-Khaudari Biek, 2007, Ushul Fikih, Jakarta : PustakaAmani.

    8. http://usulfiqh1.blogspot.com/2009/11/ijmak.html9. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ijmak10.http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Ushul_Fiqh/14.htm