mad asli mutlaq

2
MAD ASLI MUTLAQ M ad asli : Memanjangkan bacaan kerana ada huruf mad ( ا و ي) dan tidak ada sebab yang mengubah keasliannya (tiada huruf hamzah atau huruf yang bertanda sukun selepasnya). Dibaca pada semua keadaan sama ada wasal, waqaf, di pertengahan atau akhir perkataan. Dikenali dengan dua tanda berikut: i. Huruf mad ا و يyang tiada sebarang tanda atau baris. ii. Tanda alif kecil ( ا), wau kecil ( و) atau ya kecil . Kadar bacaannya 2 harakat . Nama lain bagi mad asli adalah mad tabi’i (semulajadi) . PERHATIAN: a. Huruf ziadah yang bertanda bujur serong ( ) bukanlah huruf mad asli, tetapi adalah huruf tambahan yang ada pada tulisan tapi diabaikan dalam bacaan.

Upload: siti-fairuz

Post on 04-Oct-2015

277 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

gty

TRANSCRIPT

MAD ASLI MUTLAQMad asli :Memanjangkanbacaan kerana ada hurufmad ( )dan tidak ada sebab yang mengubah keasliannya (tiada huruf hamzah atau huruf yang bertanda sukun selepasnya).

Dibaca pada semua keadaan sama ada wasal, waqaf, di pertengahan atau akhir perkataan.

Dikenali dengan dua tanda berikut:i. Huruf mad yang tiada sebarang tanda atau baris.

ii. Tanda alif kecil ( ), wau kecil ( ) atau ya kecil.

Kadar bacaannya2 harakat. Nama lain bagi mad asli adalahmad tabii (semulajadi).

PERHATIAN:a. Huruf ziadah yang bertanda bujur serong () bukanlah huruf mad asli, tetapi adalah huruf tambahan yang ada pada tulisan tapi diabaikan dalam bacaan.

b. Disisi qiraat Imam Asim, Mad Tamkin sebenarnya adalah Mad Asli. Hukum mad tamkin muncul kerana terdapat qiraat lain yang menukar huruf ya kedua kepada huruf hamzah dan hukum ini tidak berlaku pada qiraat Imam Asim.

c. Huruf lam pada Lafaz Jalalah adalah sebahagian dari hukum mad asli, walaupun tiada tanda alif kecil di atas huruf lam tersebut. Ini adalah untuk membezakan Lafaz Jalalah dengan kalimah Al-Lata.AnNajm:19.Mad Asli yang terdapat pada huruf ringkas di awal surah juga dibaca dengan 2 harakat semasa wasal atau waqaf. Dikenali sebagai Mad Asli Harfi.