mach 2212 gdm

Upload: mohd-khairul-nizam

Post on 30-Oct-2015

1.010 views

Category:

Documents


31 download

TRANSCRIPT

Muka surat | 2

GESTATIONAL DIABETES MELLITUS

Oleh,MUHAMMAD HIZUAN BIN HAMZAH

TUGASAN PERUBATAN KESIHATAN KOMUNITIMACH 2212TAHUN II SEMESTER IIGESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM)

NAMA: MUHAMMAD HIZUAN BIN HAMZAHNO. KP: 930705-11-5483NO. MATRIK: BPP2011 - 6001JUMLAH PERKATAAN: 2000 PATAH PERKATAAN

ISI KANDUNGAN

BIL.PERKARAMUKA SURAT

1Pengenalan3

2Penyataan Masalah5

3Pencarian Literatur9

4Penemuan12

5Perbincangan13

6Penyelesaian16

7Rumusan21

8Penanan Penolong Pegawai Perubatan22

9Rujukan23

10Lampiran24

PENGENALANGestational Diabetes Mellitus (GDM) atau Diabetes Mellitus jenis 3 merupakan salah satu penyakit yang sangat kerap dialami oleh ibu mengandung. Seseorang ibu yang mengandung tidak semestinya bebas dari penyakit ini walaupun sebelum ini tidak pernah mengalami diabetes ataupun tidak menunjukkan simptom-simptom diabetes. Ini kerana penyakit ini boleh menyerang ibu-ibu hamil sewaktu mengandung sahaja. Penyakit ini didefinisikan sebagai penyakit diabetes yang dialami oleh seorang ibu sewaktu hamil sedangkan sebelum itu tidak pernah mengalaminya. Menurut Dr Coustan (1998), Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ialah sebarang intoleransi glukosa yang berlaku secara onset atau sewaktu kehamilan dicatatkan. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini mula berlaku ke atas ibu apabila mereka mengandung. Oleh sebab itu kebanyakan ibu mengandung tidak menyedari mereka menghidap diabetes kerana sebelum itu mereka tidak pernah mengalaminya.Penyakit GDM dikesan melalui saringan yang dilakukan ke atas ibu hamil untuk mengesan faktor risiko dan di kalangan yang berisiko. Penyakit ini boleh dikesan sama ada melalui fisiologikal dan keabnormalan genetik serta kebiasaannya ujian toleransi glukosa yang dilakukan ke atas wanita tersebut. Dianggarkan 4% dari wanita hamil mengalami diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin tetapi kebanyakkan mereka cenderung mendapat diabetes jenis ke 2.Penyakit ini boleh membawa kesan yang teruk bukan sahaja pada ibu malah juga pada kandungannya. Oleh sebab itu ibu yang mengandung perlu mendapat ujian saringan bagi mengesan dan mengenalpasti samada mereka berpotensi menghidapinya serta langkah pencegahan dapat dilaksanakan bagi mengelak dan mengurangkan komplikasi yang akan berlaku. Kajian kes ini dilaksanakan bagi mempelajari penyakit yang biasa dilaporkan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak iaitu penyakit Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

PENYATAAN MASALAHMasalah ibu hamil yang mengalami GDM amat tinggi di negara ini, menurut kajian yang dilakukan 40-60 % ibu yang mengalami Diabetes Mellitus pada kehamilan dapat berlanjutan mengidap Diabetes Mellitus setelah selamat melahirkan bayi. Keadaan diabetes menjadi lebih buruk jika wanita itu sememangnya menghidapi diabetes sebelum hamil dan sedang diberi rawatan secara suntikan atau diabetesnya dikawal dengan mengurangkan pengambilan gula dan kanji (dieting). Keadaan diabetes ini lebih sukar distabilkan ketika ibu hamil. Dalam kedua-dua keadaan ini, penyakit diabetes mempunyai beberapa kesan buruk khususnya terhadap bayi dalam kandungan dan juga kepada ibu yang sedang mengandung.Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.

LATAR BELAKANG KESButir-Butir Peribadi Pesakit1. Nama Pesakit: Gan Soek Ni1. Klinik Rujukan: Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bukit Pelandok1. No. Pendaftaran : E58/20121. Pekerjaan: Kerani1. Alamat: No.150, Kg Bukit Pelandok, Negeri Sembilan1. Umur: 25 tahun1. Jantina: Perempuan1. Bangsa: Cina1. Agama : Kristian1. Status : Berkahwin1. Kandungan: Gravida:2 Paragravida:01. Usia kandungan: 28 minggu 3 hari1. BMI : 26.81. THA(LMP): 23/09/20121. TAL(EDD): 28/06/20131. Tinggi: 150 cm1. Kumpulan Darah: A1. RH: Positif1. Nama Suami: Hoo Chee Hiong1. Pekerjaan Suami: JurujualSejarah PesakitPuan Gan telah merujuk ke unit Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak dengan aduan berikut:a. Mulut keringb. Dahaga yang keterlaluan (Polydipsia)c. Kencing dengan banyak (Polyuria)d. Kurang deria rasa.Pengambilan riwayat Puan Gan telah diambil dan didapatimempunyai ciri-ciri berikut:a. BMI 26.8b. Berumur 25 tahunc. Ayahnya menghidap penyakit diabetesd. Usia kandungan 28 mingguSejarah kandungan lalu juga diambil dan didapati Puan Gan pernah mengalami kejadian yang berikut semasa kehamilan yang lepas:a. Pernah menghidap GDM semasa kehamilan yang lepas b. Anaknya yang kedua dilahirkan seberat 3.9 kg secara normal

Pemeriksaan abdomen dilakukan dan didapati:a.Palpasi servik: kepala fetus bayi dalam kedudukan normal, memasuki brim pelvic ibu.b.Pemeriksaan ketinggian fundus: 31cmc.Palpasi lateral: kedudukan belakang fetus (fetal back) adalah pada sebelah kiri ibu.d.Pemerhatian am: Normal, tiada sebarang parut kesan pembedahan pada abdomen.

PENCARIAN LITERATURGestational Diabetes Mellitus (GDM)Menurut sumber yang diperoleh dari sebuah buku bertajuk Risk in Pregnancy oleh Dr. George Michele, GDM merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini sebagai tidak mengetahui beliau menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal. GDM biasanya dikesan pada minggu ke 24 hingga minggu ke 28 kehamilan dan berlaku kepada hampir 20 peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang dikandung. GDM mungkin berlaku kepada wanita yang sudah menghidap diabetes sebelum hamil dan ini telah menjadi lebih nyata akibat stress daripada kehamilan. Walau bagaimanapun, lebih kurang 90 peratus daripada kes GDM terjadi apabila badan anda tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan berkesan ketika kehamilan. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta mula mengeluarkan hormon-hormon yang menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan. Plasenta akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.

GDM dan KelahiranMenurut sumber yang dipetik dari laman web http://www.edaran salindah.com/main/diabetes-semasa-hamil, GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, kemungkinan akan menyebabkan trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, suntikan insulin diberi pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.

DiabetesMenurut sumber yang diperoleh dari laman blog http://drhassanbasri.blogspot.com, Diabetes boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:-1. Type 1 diabetes mellitus. Terjadi kapada kanak-kanak disebabkan oleh kegagalan beta cell pankreas merembeskan insulin yang mungkin disebabkan oleh jangkitan virus atau pun kegagalan genetik.2. Type 2 diabetes mellitus. Disebabkan oleh rintangan sel terhadap insulin. Faktor utama penyakit ini ialah kerana pendedahan terlalu lama terhadap hiperglisemia (kandungan gula tinggi di dalam darah).3. Gestational diabetes mellitus. Kencing manis semasa mengandung. 4. Tumor seperti insulinoma, kecederaan pankreas, penyakit endokrin yang lain seperti mengandung. Disebabkan oleh hormon ketika mengandung iaitu human placental lactogen, cortisol, estrogen dan progestron.5. Secondary diabetes mellitus. Disebabkan oleh penyakit lain iaitu cushing sindrom, acromegaly dan lain-lain.

PENEMUAN Perempuan yang menghidap GDM kebiasaannya akan mempunyai tanda dan simptom seperti berat melebihi 80 kg, urin mengandungi gula, berat naik mendadak serta simptom simptom diabetes seperti haus, makan dengan lahap dan lain lain. Oleh itu ujian yang dikenali sebagai Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan bagi mengesan GDM. Ujian ini dilakukan seperti berikut1. Pesakit perlu berpuasa selama 8 jam sebelum ujian dilakukan 2. Pesakit akan diberikan minuman mengandungi gula sebanyak 75g3. Ujian gula dalam darah akan diperiksa sebelum pesakit minum air gula tersebut dan selepas 2 jam selepas pesakit minum air gula tersebut.4. Jika paras gula dalam darah melebihi 140 mg/dl, maka pesakit akan didiagnosis sebagai gestational diabetes mellitus.5. Bacaan bagi pesakit gdm ialaha. Fasting blood sugar : >7.8 mmol/Lb. 2 hour blood sugar : >11.1 mmol/L

PERBINCANGANSetiap ibu hamil yang baru mendaftar perlu melakukan ujian MGTT bagi mengesan sama ada ibu tersebut menghidap GDM ataupun tidak. Ini kerana penyakit ini boleh dihidapi ibu mengandung walaupun sebelum ini bebas daripada diabetes. Bagi yang berpotensi, pengawasan yang lebih terperinci dilakuan dan perlu dirujuk pada doktor untuk tindakan selanjutnya. Ibu juga digalakkan untuk bersalin di hospital bagi memastikan tiada komplikasi yang teruk berlaku sewaktu kelahiran.Penyakit ini boleh memberi kesan yang negatif kepada ibu dan anak. Ibu lebih berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi, pre eklampsia dan eklampsia. Komplikasi ini amat serius kerana menyebabkan peningkatan tekanan darah dan simptom lain yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Ibu juga boleh menghidap diabetes untuk kandungan seterusnya malahan berpeluang menghidap diabetes jenis 2 apabila usia meningkat. Bagi bayi pula mungkin mengalami tumbesaran yang abnormal. Glukosa yang tinggi menyebabkan pankreas bayi menghasilkan lebih insulin yang merangsang tumbesaran bayi. Bayi juga mungkin mengalami kelahiran yang lebih awal disebabkan kandungan gula dalam darah tinggi. Jika ini berlaku, bayi mungkin menghidap sindrom kesukaran bernafas disebabkan paru-paru yang belum matang. Selain itu, bayi juga mungkin mendapat hipoglisemia disebabkan penghasilan insulin yang tinggi serta jaundis akibat hepar yang tidak matang untuk menguraikan bilirubin. Bayi juga berisiko mendapat obesiti dan diabetes jenis 2.

Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal. Permasalahan yang mungkin dihadapi sekiranya berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung ialah :1. Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagianbahu meningkat.

2. Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

3. Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

4. Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

5. Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

6. Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal di kawal. Ini termasuklah keguguran.

PENYELESAIANTerdapat beberapa langkah atau cadangan untuk mengurangkan risiko penyakit kencing manis semasa hamil. Antaranya ialah ibu-ibu yang sedang hamil hendaklah:Pengawalan kencing manisApabila ibu menghadirkan diri kali pertama ke klinik perbidanan untuk membuat kad lawatan antenatal, ibuakan diselidiki akan faktor-faktor risiko, sejarah perubatan serta sejarah perbidanan lampau.Sejarah kesihatan sekarang seperti berat badan yang melebihi nisbah berat-tinggi yang disyorkan, umur, kandungan yang disyaki secara relatifnya besar, berat janin, kehadiran lebih daripada satu janin serta kandungan air likuor yang terlampau (mengikut umur kandungan).Ibu akan diuji untuk paras glukosa darah, paling mudah diambil dari jari dan hanya memerlukan setitik darah. Ibu juga akan ditanya bila kali terakhir ujian glukosa darah diambil, di samping masa ibu makan dan minum. Sekiranya terbukti paras gula darah kapilari ibu melebihi normal, ibuakan dinasihatkan supaya menjalani ujian selanjutnya.Sekiranya ibu sudah pun mengalami kencing manis sebelum mengandung, ibu dinasihatkan supaya menghadiri klinik kencing manis supaya pengawalan paras gula darah yang ketat dapat dimanfaatkan. Ini kerana paras gula yang tidak teratur dan tinggi dapat mencacatkan pertumbuhan serta tumbesaran janin, terutamanya yang berumur kurang dari 12 minggu. Semasa mengandung, pengawalan paras gula darah dilakukan dengan penggunaan insulin. Pil-pil tidak digunakan.

Pemakanan

Pemakanan seimbang penting terutamanya untuk mereka yang menghidapi kencing manis. Tumbesaran janin bergantung pada pemakanan ibu. Perlu ditegaskan pemakanan yang diambil perlu diimbangkan supaya paras gula tidak naik melebihi normal. Pemakanan ibu bergantung kepada berapa berat badan, umur dan juga tahap kecergasan harian ibu.Peringkat umur kandungan juga memainkan peranan dalam pemakanan ibu.

Perawatan

Semasa mengandung, sekiranya ibu memerlukan perawatan untuk kencing manis, ubat suntikan insulin diberikan.Sebelum insulin diberikan, ibu mungkin dimasukkan ke wad untuk menentukan dos optimum, mengenalpasti apa yang mungkin ibu rasai sekiranya paras gula jatuh terlalu rendah, serta diajar cara-cara menyuntik dan juga mengendalikan alat-alat suntikan. Ubat-ubat untuk dimakan mungkin diberikan sekiranya ibu memang pesakit kencing manis sebelum mengandung lagi.Senaman itu penting untuk mereka yang berpenyakit kencing manis. Walaupun ibu mengandung, ibu boleh juga bersenam, contohnya seperti berjalan-jalan dan senaman ringan lain.

Penjagaan kandungan

Semasa trimester pertama, ujian darah khas seperti darah hemoglobinberglikosi boleh dijalankan, di mana ujian ini meramalkan sama ada kecacatan janin merupakan satu kemungkinan. Ibu juga mungkin dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan ultrasound pada minggu ke-18 hingga ke-20 kandungan untuk mengenalpasti sebarang kecacatan pada janin.Pemeriksaan antenatal lain seperti yang dijalani ibu-ibu yang mengandung biasa turut dilakukan. Temujanji puan mungkin lebih kerap sedikit kerana doktor perlu memastikan pengawalan gula darah, dos insulin dan juga komplikasi lain dikenal pasti.Lazimnya di hospital-hospital besar seperti hospital Universiti Sains Malaysia, puan akan dirawat dan hadir ke klinik gabungan khas yang terdiri daripada pakar perubatan dalaman dan pakar obstetrik. Puan juga mungkin dirujuk kepada pakar pemakanan serta jururawat mahir yang mempunyai pengkhususan dalam penjagaan ibu mengandung yang menghidapi kencing manis.

Kelahiran

Jangan runsing, sekiranya pengawalan gula darah adalah stabil, saiz bayi biasanya tidak besar dan dalam kebanyakan kes, kelahiran berjalan secara normal.Semasa proses kelahiran, pengawasan gula darah dan juga paras elektrolit lain diawasi dengan teliti. Sekiranya terdapat komplikasi ataupun keadaan tidak terkawal, berkemungkinan kelahiran bayi puan akan dirancangkan lebih awal dari tempoh masanya.

Penjagaan selepas mengandung

Kebanyakan bayi tidak mengalami komplikasi tetapi doktor akan memasukkan bayi ke wad rawatan khas untuk mengenal pasti sebarang komplikasi yang mungkin berlaku seperti:1. Paras gula darah yang rendah 2. Paras kalsium dan magnesium yang rendah 3. Peningkatan bilangan sel-sel darah merah 4. Jaundis neonatal iaitu kulit bayi menjadi kuning 5. Masalah dengan pernafasan

Kebanyakan masalah ini tidak berlaku sekiranya kencing manis semasa mengandung adalah terkawal.

Pengawalan paras glukosa

Sejurus selepas bersalin, tentu ibu merasakan keletihan yang amat sangat.Pada masa tersebut sekiranya ibu belum makan atau minum apa-apa, regim insulin boleh diteruskan.Insulin diberhentikan sebaik sahaja ibu mengambil makanan atau meminum minuman bertenaga. Pengawasan gula masih ditumpukan, dan sekiranya paras gula ibu masih tinggi, ubat anti kencing manis akan dipreskripsikan. Sekiranya paras gula darah ibu kembali normal, ibu perlu ingat yang ibu adalah lebih berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. Jadi selalulah berjumpa dengan doktor.

Pengawasan berat badan.

Tidak digalakkan ibu menurunkan berat badan atau berdiet terlampau semasa tempoh mengandung. Selepas bersalin,ibu bolehlah meneruskan agenda menurunkan berat badan dengan bersenam serta cara pemakanan yang betul. Perlu diingat yang ibu juga akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menjaga bayi kesayangan yang baru sahaja lahir ke dunia.

Ibu-ibu yang sedang hamil ini juga perlulah mengelak dari melakukan aktiviti atau kerja berat dan banyakkan berehat. Mereka juga sepatutnya mengurangkan rangsangan seksual semasa hamil kerana hormon yang dihasilkan ketika itu akan menyebabkan pengecutan rahim.Selain itu, ibu-ibu yang sedang hamil mestilah mematuhi temujanji Jadual lawatan antenatal mereka mengikut tahap risiko kandungan mereka. Bagi mereka yang berisiko, jadual lawatan antenatal ialah seperti dari tempoh 22 minggu hingga 32 minggu kehamilan, wanita yang berisiko perlu diperiksa setiap 1 hingga 2 minggu. Ketika lawatan ini, perkara-perkara berikut akan diperiksa: 1. Berat badan 2. Tekanan darah 3. Paras gula dan albumin dalam air kencing 4. Ukuran ketinggian fundus rahim 5. Degupan jantung janin

RUMUSANSebagai kesimpulannya, penyakit GDM bukanlah suatu penyakit yang asing dalam kalangan masyarakat kita. Ini kerana penyakit ini biasanya dihidapi oleh ibu mengandung walaupun sebelum ini mereka bebas penyakit diabetes. Penyakit ini lebih berpotensi dalam kalangan ibu mengandung yang mempunyai BMI yang tinggi, umur melebihi 25 tahun dan mempunyai keluarga terdekat yang menghidap diabetes. Ujian Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan dengan mengambil bacaan paras gula pesakit semasa puasa dan selepas dua jam selepas minum air gula. Melalui kajian yang dibuat, pengurusan yang dilakukan di klinik adalah sama dengan apa yang telah dipelajari di kuliah. Pengurusan bagi penyakit ini adalah dengan monitor kandungan gula dalam darah serta pemberian pendidikan kesihatan dilakukan bagi mengawal kandungan gula. Pemberian insulin juga diperlukan bagi kes yang teruk. Dengan adanya pengetahuan tentang faktor etiologi, faktor risiko, kesan dan akibat tentang GDM diharapkan ianya dapat membantu serba sedikit dalam memberikan kesedaran pada masyarakat terutamanya kepada para-para ibu tentang GDM.Sekaligus dapat mengajar mereka bagaimana untuk mencegah dan untuk mengekalkan kesihatan mereka dan bayi yang di kandungkan pada tahap yang optimum. Dengan itu diharapkan ianya dapat mengurangkan kadar motaliti dan mobility pada angka sifir.Kesimpulannya, GDM boleh dikawal semasa hamil.

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATANSebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan, adalah penting untuk memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat mengenai penyakit Gestational Diabetes Mellitus (GDM) di kalangan ibu mengandung berkaitan kawalan dan pencegahan yang sewajarnya di ambil bagi mengelakkan lebih ramai lagi mangsa yang terlibat. Pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit ini dan kesan-kesan akibat mengidapi penyakit Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ini perlu disampaikan. Pemberian risalah juga penting untuk disebarkan kepada masyarakat agar mereka lebih berwaspada selain menyampaikan maklumat-maklumat mengenai amalan penjagaan kebersihan diri, pengambilan makanan yang seimbang dan amalan gaya hidup sihat seperti bersukan dan bersenam. Maklumat-maklumat ini boleh disampaikan dengan cara memberi ceramah-ceramah kesihatan, melaksanakan kempen-kempen kesihatan, pembentangan poster ataupun secara terus dengan individu yang mendapatkan rawatan.Penolong Pegawai Perubatan perlu bekerjasama dengan anggota kesihatan lain dalam membuat diagnosa awal mengenali simptom penyakit ini bagi mengenalpasti golongan yang berisiko tinggi agar rawatan awal yang sesuai dapat diberikan.Bekerjasama dengan masyarakat setempat adalah satu kaedah yang baik dalam melakukan kawalan pencegahan, cara rawatan dan kawalan selain memupuk nilai nilai murni di antara Penolong Pegawai Perubatan dengan masyarakat.Pesakit atau ahli keluarga pesakit perlu diberi kaunseling, bimbingan, sokongan dan nasihat bagaimana cara-cara pencegahan dan kawalan yang perlu dilakukan. Pengambilan ubat secara teratur, rawatan susulan perlu dipatuhi serta maklumkan pesakit untuk rujuk semula dengan segera sekiranya pesakit mengalami kesan sampingan atau keadaan yang semakin teruk. RUJUKAN1. Buku bertajuk Risk in Pregnancy oleh Dr. George Michele2. http://en.wikipedia.org/wiki/GDM 3. http://blogmoh.moh.gov.my/4. http://www.moh.gov.my5. www.myhealth.gov.myhttp://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitD/ DiabetesSemasaKehamila n.php6. http://omjun.blogspot.com/2010/01/penyakit-penyakit-yang-dialami-ibu.html

LAMPIRAN