lun bawang

24
1.0 PENGENALAN MASYARAKAT LUN BAWANG Lun Bawang membawa maksud orang di kawasan pedalaman ( people of the interior ). “Lun” bermaksud orang manakala “Bawang” membawa maksud ulu. Secara keseluruhannya, Lun Bawang bererti orang ulu. Pada amnya, daripada 25 atau lebih suku kaum yang terdapat di Sarawak yang merangkumi jumlah sebanyak 1.8 juta populasi penduduk Sarawak, 5.4% daripadanya ialah suku kaum Orang Ulu. Asalnya orang pedalaman atau orang ulu adalah sebahagian daripada puak dari Kalimantan Borneo. (Luca Invernizzi Tettoni, Edric Ong. 1996). Lun Bawang pada masa dahulu merupakan masyarakat yang dikenali sebagai pahlawan yang berani, penyerang, dan pemburu kepala (headhunters) yang digeruni. Memandangkan masyarakat ini tinggal di kawasan pedalaman di tanah tinggi, ini telah memudahkan mereka untuk menyerang musuh di kawasan tanah rendah kerana bentuk fizikal di kawasan pergunungan telah melatih stamina dan ketangkasan masyarakat Lun Bawang dalam menawan musuh di persekitaran daratan. Namun, masyarakat ini tidak mahir di kawasan perairan kerana mereka tidak pandai dalam perihal mengendalikan pengangkutan air. Selepas kedatangan Rajah Brooke, kehidupan dan budaya masyarakat serba sedikit telah berubah. Rajah Putih menganggap bangsa Lun Bawang adalah bangsa yang sangat jahil kerana budaya mereka yang suka minum minuman keras di samping suka memenggal kepala musuh. Maka dengan itu, Rajah Brooke telah menyebarkan satu fahaman agama kepada masyarakat Lun Bawang yakni penyebaran agama Kristian dan sehingga kini hampir keseluruhan masyarakat Lun Bawang yang menganuti agama Kristian. 1

Upload: norfaizan-shabudin

Post on 09-Aug-2015

1.818 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: Lun Bawang

1.0 PENGENALAN

MASYARAKAT LUN BAWANG

Lun Bawang membawa maksud orang di kawasan pedalaman ( people of the interior ). “Lun”

bermaksud orang manakala “Bawang” membawa maksud ulu. Secara keseluruhannya, Lun

Bawang bererti orang ulu. Pada amnya, daripada 25 atau lebih suku kaum yang terdapat di

Sarawak yang merangkumi jumlah sebanyak 1.8 juta populasi penduduk Sarawak, 5.4%

daripadanya ialah suku kaum Orang Ulu. Asalnya orang pedalaman atau orang ulu adalah

sebahagian daripada puak dari Kalimantan Borneo. (Luca Invernizzi Tettoni, Edric Ong. 1996).

Lun Bawang pada masa dahulu merupakan masyarakat yang dikenali sebagai pahlawan yang

berani, penyerang, dan pemburu kepala (headhunters) yang digeruni. Memandangkan

masyarakat ini tinggal di kawasan pedalaman di tanah tinggi, ini telah memudahkan mereka

untuk menyerang musuh di kawasan tanah rendah kerana bentuk fizikal di kawasan

pergunungan telah melatih stamina dan ketangkasan masyarakat Lun Bawang dalam menawan

musuh di persekitaran daratan. Namun, masyarakat ini tidak mahir di kawasan perairan kerana

mereka tidak pandai dalam perihal mengendalikan pengangkutan air.

Selepas kedatangan Rajah Brooke, kehidupan dan budaya masyarakat serba sedikit telah

berubah. Rajah Putih menganggap bangsa Lun Bawang adalah bangsa yang sangat jahil

kerana budaya mereka yang suka minum minuman keras di samping suka memenggal kepala

musuh. Maka dengan itu, Rajah Brooke telah menyebarkan satu fahaman agama kepada

masyarakat Lun Bawang yakni penyebaran agama Kristian dan sehingga kini hampir

keseluruhan masyarakat Lun Bawang yang menganuti agama Kristian.

1

Page 2: Lun Bawang

2.0 ASPEK KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA ETNIK LUN BAWANG

2.1 Bangsa

Pada asalnya, Lun Bawang merujuk kepada masyarakat Murut kerana kedua-dua etnik

ini hampir sama dari beberapa aspek. Terdapat beberapa jenis etnik yang sinonim

dengan Lun Bawang iaitu Lun Dayeh masyarakat Lun Bawang yang dikenali di Sabah,

Lun Lod yakni etnik Lun Bawang ada di sekitar kawasan hilir sungai (downriver).

Masyarakat Lun Bawang boleh ditemui di sekitar bahagian Lawas, Limbang; Trusan;

Kalimantan, Indonesia; dan Temburong, Brunei yakni di tengah kawasan pedalaman

Borneo.

2.2 Struktur Masyarakat

a) Sejarah Kedatangan

Kajian Crain J.B (1978) mendapati bahawa Lun Dayeh atau Lun Bawang ditemui di

Kepulauan Borneo: 25,000 di Kalimanatan, 2,000 di Sabah, 300 atau lebih di Brunei;

dan 10,000 di Sarawak (Department of Statistics, Malaysian Population Report,1980). 

Di Kalimantan Timur, suku kaum ini ditemui di sekitar Bahau dan Mentarang, Kemaloh,

Paya dan Sungai Sesayap; di Sabah tertumpu di kawasan Ulu Padas dan Mengalong; di

Brunei iaitu di kawasan Temburong dan Pandaruan (Balang and Harrisson,1949;

Harrisson 1959; Le Bar 1972). Manakala di Sarawak terdapat di Lawas dan Limbang

dalam Bahagian Kelima.

Seorang sejarawan barat bernama T.R. William (dlm. Mat Zin Mat Kib, 2003:25)

berpendapat kira-kira 15,000 hingga 20,000 tahun yang lalu telah berlaku penghijrahan

penduduk dari bahagian selatan Negara China ke Asia Tenggara dan kawasan

pesisirnya, termasuklah ke Pulau Borneo. Antara mereka yang berpindah dari benua

Asia ini sejak 1,500 hingga 1,000 SM terdiri daripada kumpulan etnik yang pada hari ini

disebut “Dusun” dan “Murut”.

2

Page 3: Lun Bawang

b) Ekonomi

Masyarakat Lun Bawang terkenal dengan kegiatan penanaman padi. Di samping itu,

mereka berburu dan menangkap ikan sebagai sumber makanan dan ekonomi atas

faktor-faktor petempatan mereka yang terletak di dalam hutan.Petikan daripada Kosmo

Online yang bertajuk Tradisi masyarakat Lun Bawang oleh Ahmad Syukran Zainuddin,

‘Tidak jauh dari situ, terbentang sawah padi yang menjadi sumber pendapatan utama

majoriti penduduk di sana. Anak-anak padi itu masih kecil, mungkin baru sahaja ditanam

selepas tamatnya musim menuai.’

Menurut Yuden Meru, Ketua Kampung Ba’kelalan, salah sebuah kampung yang dihuni

lebih 60 buah keluarga yang terdiri daripada masyarakat Lun Bawang di Sarawak,

"Biasanya, padi adan akan dituai setahun sekali, sekitar bulan Januari. Jumlah beras

yang diperoleh bergantung pada keluasan sawah. Sekali tuai, sawah yang mempunyai

4,000 batang padi sehingga 4,000 gantang.

"Bagusnya beras ini, ia ditanam secara organik. Langsung tidak gunakan racun

serangga. Rasanya pun sedap.

"Padi ini banyak dijual di bandar Lawas dan Miri. Harganya juga berbeza. Kalau di

kampung, segantang beras dijual RM15 segantang. Sedangkan di Lawas harganya

boleh mencecah antara RM18 hingga RM20 di Miri," jelas seorang warga emas yang

bekerja sebagai petani, Padan Mutang, 62, sambil tersenyum, menampakkan giginya

yang sudah rongak.

Selain daripada padi, petempatan masyarakat Lun Bawang juga menjadi salah satu

pusat pelancongan seperti di Kampung Ba’kelalan itu tadi. Kosmo Online juga ada

menulis, ‘Ba'kelalan cukup popular di kalangan pelancong luar kerana kewujudan

sebuah ladang menanam epal, serta festival atau musim menuai epal pada bulan Jun

dan Disember setiap tahun.’

‘Malah, tarikh sambutan musim menuai epal itu telah disenaraikan oleh pihak Tourism

Malaysia di dalam laman web mereka.’

Bertitik tolak daripada itu, sumber ekonomi masyarakat Lun Bawang telah bertambah

dengan mengerjakan homestay, kraftangan kepada pelancong dan festival-festival yang

dianjurkan.

3

Page 4: Lun Bawang

Walaubagaimanapun, bagi kawasan petempatan Lun Bawang yang masih belum

membangun, mereka masih mengerjakan padi sebagai sumber ekonomi utama.

c) Cara Hidup

Cara hidup suku kaum Lun Bawang dan Kelabit banyak persamaan. Ini dapat dilihat

juga dalam cara mereka semasa menanam padi bukit (tana luun) dan sawah padi (Lati

ba'). Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang

atau itip dipanggil Nuba' Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta

disimpan didalam buluh selama lebih sebulan dipanggil telu' serta rasanya akan menjadi

masam masam masin sangat digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan

salai (narar) Mereka juga mendapat sumber garam dari telaga air masin yang lebih

dikenali sebagai lubang main. Di kawasan pedalaman menternak kerbau dan lembu

menjadi sumber ekonomi sampingan serta menjadi hantaran mas perkhawinan pihak

pengantin lelaki kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang dipanggil purut.

2.3 Kepercayaan

a) Agama / Kepercayaan

Pada umumnya suku kaum Lun Bawang beragama Kristian yang telah disebarkan oleh

mubaligh kristian sekitar tahun 1928-1930an. Di Sarawak, Sabah dan Brunei majoriti

mereka dari aliran Gereja Sidang Injil Borneo(SIB). Arwah Datuk Racha Umung adalah

Presiden pertama SIB. Presiden SIB Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh

dalam nahas helikopter pada julai 2003 dan YB Judson Sakai Tagal menteri

muda Sarawak juga terbunuh dalam nahas helikopter pada 2004 juga adalah dari suku

Kaum Lun Bawang dan membuat nama Lun Bawang lebih dikenali di Malaysia.

Sebelum mereka menganut agama Kristian, kegiatan pertanian mereka dipengaruhi

oleh kuasa ghaib yang diwakili burung mengei dan ular yang merupakan pantang larang

yang harus dipatuhi. Mereka harus memanggil burung mengei untuk mendapatkan

persetujuan sebelum memulakan sesuatu kerja tersebut. Namun setelah mendapat

persetujuan burung mengei tetapi kemudian seekor ular melintasi kawasan tersebut

maka kerja tadi terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat persetujuan.

Namun setelah kemerdekaan Malaysia, masyarakat Lun Bawang tidak lagi mengamalkan kepercayaan animisme tersebut, kegiatan ekonomi mereka telah dipelbagaikan.

4

Page 5: Lun Bawang

b) Pantang Larang

Masyarakat Lun Bawang sebelum menganut agama Kristian mengamalkan

kepercayaan animisme iaitu percaya kepada alam sekitar. Pantang larang cukup

menjadi persoalan yang amat berat dalam tradisi Lun Bawang. Pantang larang yang

dilanggar akan mengakibatkan satu malapetaka atau bencana terjadi. Mengingkari

pantang larang adalah sama seperti mencerobohi kawasan alam ghaib. Pantang larang

mereka banyak menyentuh tentang makanan, perkahwinan, kematian dan kegiatan-

kegiatan harian seperti ke hutan untuk berburu atau bercucuk tanam. Antara pantang

larang masyarakat Lun Bawang ialah seperti yang berikut:

i. Sesiapa yang hendak pergi ke sungai sama ada untuk mandi, menangkap ikan adalah

dilarang menyebut apa-apa tentang makanan. Contohnya untuk menyatakan kita kan

makan selepas mandi adalah berbahaya. Hal ini kerana makhluk halus yang

mendengar akan bertukar menjadi makhluk jahat (luk mo) dan akan memakan pesalah

ketika dia mandi.

ii. Jangan membuang sampah makanan atau sisa-sisa makanan sesuka hati kerana

tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan membazir . Ini akan mengakibatkan

kemarahan roh padi yang berkemungkinan akan meninggalkan keluarga itu dan

secara tidak langsung hasil tanaman mereka terjejas.

iii. Pantang larang menunjuk pelangi dengan tangan. Ini akan mengakibatkan semua jari

pesalah akan putus atau menjadi pendek.

Semasa sesuatu rundingan untuk pertunangan sedang berjalan , jika mereka terdengar

pohon kayu tumbang atau dahannya jatuh dengan sendirinya maka rundingan tersebut

haruslah di hentikan kerana ia tidak dipersetujui. Di samping itu, perbuatan

mentertawakan orang-orang tua atau menghina mereka boleh mendatangkan

kecelakaan (tulah) ke atas orang tersebut. Kebiasaannya orang tua yang dipermainkan

atau dihina tersebut boleh menggunakan kuasa ghaib untuk membantunya menghukum

pesalah-pesalah tersebut. Dia mungkin akan membuat orang-orang itu mentertawakan

binatang seperti kucing dan katak dan sekiranya ia berlaku mereka yang terlibat akan

ditimpa malapetaka di mana hujan batu akan turun dan menukarkan mereka menjadi

batu.

5

Page 6: Lun Bawang

2.4 Bahasa

Seperti cara hidup, bahasa masyarakat Lun Bawang juga tidak banyak beza dengan

Kelabit. Contoh bahasa Lun Bawang:

makan – kuman tidur – rudap

minum – ngirup lari – upun

duduk – tudo jalan – nalan

berdiri – tuped

2.5 Adat Resam

Adat Kematian

Kematian seseorang itu dianggap sebagai perpindahan dari alam dunia kepada dunia

yang baru. Kepercayaan ini menyebabkan masyarakat Lun Bawang membekalkan si

mati dengan hartanya seperti pakaian, manik, tempayan dan sebagainya. Mereka juga

menganggap ruang antara dunia dan alam baru itu gelap. Justeru, Betik atau reka

bentuk hitam yang menghiasi lengan dan tangan perempuan yang akan memancar

dalam perjalanannya ke akhirat dan menerangi jalannya semasa menuju ke alam dunia

baru. Apabila seseorang itu mati, kumpulan tido (dirge experts) akan terlibat di dalam

upacara kematian. Kumpulan ini akan memperkatakan segala budi baik si mati melalui

tangisan dan kesedihan. Mereka juga berhubung dengan kuasa ghaib agar mereka

menemani roh si mati kelak. Semasa berkabung seseorang itu ditegah daripada

menghiburkan dirinya dengan memainkan alat-alat muzik tertentu.

Adat Perkahwinan

Sebelum menganut agama Kristian, pengaruh ibu bapa di dalam menentukan

perkahwinan anak-anak adalah amat penting. Ibu bapalah yang memainkan peranan

penting dalam hal perkahwinan anak mereka. Apabila meningkat remaja, delei

baruh (remaja lelaki) dan decur baruh (remaja perempuan) hendaklah menunjukkan

kerajinan masing-masing sebagai anak lelaki dan perempuan. Contohnya anak lelaki

perlulah menjalankan tugas mengambil kayu api, berburu, membuat pondok dan

sebagainya. Manakala anak perempuan perlulah pandai memasak, mengambil daun

6

Page 7: Lun Bawang

untuk memasak nasi, membawa air untuk memasak, menganyam, mencari irin (pucuk

tumbuhan yang dibuat lauk).

Walaupundelei baruh bebas memilih bakal isterinya, tapi ia perlu mengambil kata putus

daripada ibu bapanya dalam perkara itu. Kebiasaannya pada masa dahulu kedua-dua

pihak ibu bapa mengadakan rancangan awal untuk iaitu ketika anak-anak masih di

bawah lingkungan umur di bawah sepuluh tahun untuk dijodohkan ketika mereka

dewasa kelak. Oleh itu, dapat dilihat di sini bahawa pengaruh ibu bapa sangatlah

penting di dalam hal perkahwinan.

Setelah menganut agama Kristian, kaum Lun Bawang telah membuat banyak

perubahan dalam adat perkahwinan masyarakatnya. Kesemua upacara animisme yang

diwarisi sejak turun-temurun telah diganti dengan upacara Kristian. Minuman seperti

kopi atau susu menggantikan burak . Di bandar, minuman seperti minuman tin atau

paket dihidangkan kepada para jemputan. Pertandingan meminum arak digantikan

dengan pertandingan minuman yang tidak memabukkan. Adat penutup perkahwinan

pula dijalankan oleh ketua agama di tempat masing-masing mengikut ajaran Kristian.

Semua upacara di dahului dengan doa dan pernikahan berlangsung di gereja.

2.6 Jantina

Di dalam adat perkahwinan, rundingan mengenai mas kahwin atau purut (barangan

seperti tawak, baw, rubih dan kerbau dijadikan mas kahwin) adalah amat penting.

Perkara-perkara seperti mudeng (suami tinggal bersama keluarga si isteri) juga turut

diperkatakan. Apabila purut telah selesai dipersetujui maka upacara perkahwinan akan

berlangsung tidak kurang daripada dua minggu. Purut amat penting supaya masalah

cerai tidak berlaku. Jika si suami meninggalkan si isteri, si isteri tidak akan membayar

ganti rugi kepada suami sebaliknya si suami perlu membayar ganti rugi pihak

perempuan yang telah membiayai kos kenduri atau irau aweh . Tetapi jika si isteri

menceraikan si suami maka dia perlu menyerahkan sebahagian daripada purut yang

diberikan oleh si suami.

Jika si suami mengambil keputusan untuk mudeng maka dia tidak akan

diminta purut kerana dia akan tinggal bersama keluarga pihak perempuan. Tetapi si

suami tidak akan terlepas daripada membayar kos kenduri tersebut.

7

Page 8: Lun Bawang

2.7 Kebudayaan dan Kesenian

a) Tarian

Tarian tradisional kaum Lun Bawang yang dikenali sebagai Warrior Dance ialah Busak

Akui dan Alai Ngerang. Terciptanya lagu patriotik, Ba’ Kelalan My Home Sweet Home

membuktikan masyarakat di sini amat berbangga dengan kampung halaman tinggalan

nenek moyang mereka.

Antara alat muzik tradisional mereka ialah gong, uni, tapi’, telingut, pek bu, ruding,

dan bass dansuling. Gong merupakan alat muzik yang paling berharga dan ia dimainkan

semasa pesta keramaian, perayaan dan perkahwinan.

Gong terdiri daripada tiga jenis iaitu tawak,agung, dan kelinang. Tawak dimainkan

semasa dalam kecemasan. Contohnya apabila seseorang itu meninggal,tawak akan

dipalu mengikut rentak ngokor ( paluan yang tidak terputus-putus). Uni pula dibuat

daripada buluh dan ditiup pada waktu sunyi iaitu pada waktu malam atau ada awal pagi

semasa kaum wanita bangun untuk memasak. Ia ditiup menggunakan mulut. Suling dan

bas merupakan pancaragam buluh yang paling popular di kalangan masyarakat Lun

Bawang, Kelabit dan Saban.

b) Pakaian

Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, Pakaian kaum lelaki

diperbuat dari kulit kayu yang dipanggil kuyu talun. Kain yang dililit dikepala pula

dipanggil sigar sementara cawat yang dipakai dipanggil abpar. Parang panjang yang

diikat dipinggang dibawa untuk pergi berperang dipanggil pelepet. Bagi kaum wanita

pula, mereka mengenakan patadikepala, beret di pinggang,bane dileher dan gileng atau

pakel di tangan serta lengan.

c) Permainan

Berdasarkan petikan daripada Utusan Online bertarikh 5 Mei 2008, Pameran Kraftangan

Eksotika, "Selain itu, pihak muzium turut menyediakan permainan tradisional

masyarakat Lun Bawang, Dusun Poring dan Murut Nabai," katanya.

8

Page 9: Lun Bawang

Beliau berkata, antara permainan-permainan itu ialah seperti memancing, melastik,

gasing, menyumpit, menumbuk padi, mengupas biji padi, sepak manggis dan gasing.

Kini, masyarakat Lun Bawang telah mengikut peredaran zaman. Semasa Pesta Irau

Aco, aktiviti sukan seperti bola sepak, badminton, bola tampar dan sebagainya turut

disertai oleh belia-belia kaum Lun Bawang.

d) Makanan

Makanan tradisional masyarakat Lun Bawang telah pun disebutkan dalam sub tajuk

sebelum ini iaitu, Nuba’ Laya iaitu nasi yang dibungkus dengan daun pisang atau itip.

Manakala Telu ialah daging atau ikan yang diperam dengan garam dan disimpan di

dalam buluh selama lebih sebulan. Rasanya agak masam dan masin tetapi sangat

digemari oleh masyarakat di sini. Selain itu, narar (daging salai), biter ( bubur sayur),

serta kuih-muih yang berasaskan beras seperti ruti benak, kerupuk bera, tinape,

pelupis dan nune merupakan antara makanan tradisi yang sering menjadi sajian di

kalangan masyarakat Lun Bawang.

Kini, masyarakat Lun Bawang telah mempelbagaikan masakan dan makanan mereka.

Petikan daripada Kosmo Online, “Biarpun lauk yang dihidangkan sepanjang berada di

Kampung Buduk Nur cukup ringkas iaitu ikan, ayam dan sayur goreng, saya rasa ia

begitu menyelerakan. Apatah lagi apabila dicecah dengan sambal home made yang

pedas dan berperisa.

"Kami memasak makanan menggunakan garam khas. Sangat berbaloi dengan pakej

yang dibayar kerana tetamu juga boleh melihat sendiri gaya hidup masyarakat Lun

Bawang," jelas pengusaha Apple Lodge, Sandra Munga Tagal.

9

Page 10: Lun Bawang

3.0 Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Etnik di dalam Sebuah Bilik Darjah

3.1 Guru

Kepelbagaian etnik di dalam sesebuah bilik darjah tidak dapat dielakkan. Kebanyakan

bilik darjah pasti mempunyai lebih dari satu etnik. Namun begitu, sebagai guru, sudah

menjadi tanggungjawab mereka untuk membimbing murid tanpa mengira etnik, jantina

dan sikap. Malah, dalam sesebuah bilik darjah, murid-murid akan berbeza dari aspek

taraf sosioekonomi, latar belakang keluarga, kawasan petempatan, budaya, adat resam

dan bahasa.

Bagi masyarakat Lun Bawang, sistem pendidikan agak lewat sampai diantara suku

kaum Lun Bawang. Namun begitu, masyarakat ini tetap berjaya mendapat pendidikan

yang setaraf dengan etnik lain. Pemahaman tentang sosiobudaya murid dapat

membantu guru menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

dengan latar belakang murid. Sebagai guru, penerimaan dan layanan yang adil terhadap

pelajar amat penting bagi memastikan kelas dalam keadaan yang kondusif dan

terkawal. Sikap prejudis terhadap latar belakang murid perlu dikikis oleh guru.

Sebaiknya, guru perlu memahami tingkah laku murid dan mendengar luahan hati

mereka.

Dalam aspek pembelajaran, tidak semua murid mampu menerima satu kaedah yang

sama. Pendidikan yang saksama bukan bermakna system penyampaian juga sama

untuk semua murid. Kesaksamaan pendidikan bergantung kepada kefahaman guru

terhadap sosiobudaya murid sekaligus mampu menyediakan strategi pembelajaran yang

berkesan terhadap semua murid. Pembelajaran koperatif amat sesuai dijalankan dalam

bilik darjah kerana murid dapat bekerjasama dan memupuk nilai murni antara mereka

tanpa membeza-bezakan sesama mereka.

Guru perlu mampu mengawal komunikasi dan hubungan yang terjalin dalam bilik darjah.

Bagi mengenalpasti dan mengurus hubungan tersebut, guru boleh menggunakan

kaedah sosiometri iaitu mencari pelajar bintang, pasangan saling, klik, rantaian,

singkiran dan pengasing. Setelah mengenalpasti kategori-kategori ini, guru perlu

mencari jalan bagi membantu murid singkiran dan pengasing.

10

Page 11: Lun Bawang

Aspirasi guru merupakan jangkaan dan harapan seorang guru terhadap prestasi murid.

Dalam mendidik murid pelbagai etnik, guru mesti mengkaji kemampuan muridnya

dahulu sebelum meletakkan jangkaan dan harapan kepada murid.

Bertitik tolak daripada itu, pemilihan bahan sumber yang sesuai dengan murid adalah

perlu. Bagi masyarakat Lun Bawang yang mempunyai bahasa yang agak berlainan,

pemilihan sumber amat penting agar murid dapat memahami isi-isi di dalam bahan

sember dengan lebih jelas.

3.2 Murid

Budaya mempengaruhi cara individu berfikir, bertindak, juga pandangan, perasaan dan

pembawaan. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab murid untuk belajar agar berjaya di

masa hadapan. Usaha guru semata-mata tidak mampu mengubah diri pelajar menjadi

lebih positif jika pelajar itu sendiri tidak mahu berubah. Masyarakat Lun Bawang berjaya

atas usaha yang berterusan. Ramai antara mereka berjaya menjadi golongan ahli

profesional. Setakat ini ada lebih dari 10 orang peguam dari suku bangsa Lun Bawang.

Ini membuktikan bahawa perbezaan dari segi komunikasi, sikap, pendekatan dan gaya

penyelesaian masalah, pendedahan pandangan dan pendekatan untuk mengetahui

sesuatu bukan halangan bagi murid-murid masyarakat Lun Bawang.

Walaubagaimanapun, masyarakat Lun Bawang perlu menyesuaikan kemahiran dan

penguasaan bahasa dengan kelas sosial bilik darjah dan guru. Ini berikutan guru-guru

yang mengajar bukanlah dari etnik yang sama. Malah, telo atau dialek yang dituturkan

guru juga berlainan.

Kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah menyumbang kepada pengetahuan dan

pembelajaran adat resam dan budaya yang pelbagai. Malah, kelas sosial dan

petempatan murid yang berlainan juga perlu diambil kira agar tidak berlaku perkara-

perkara yang tidak diingini. Murid bandar dan pinggir Bandar berbeza dari segi

sosioekonomi dan kepelbagaian budaya etnik. Begitu juga murid luar Bandar dan

pedalaman.

11

Page 12: Lun Bawang

Bukan itu sahaja, amalan sosiobudaya etnik juga dapat mempengaruhi pelajar dalam

gaya berfikir dan gaya pembelajaran. Jantina pula berjaya membezakan layanan antara

lelaki dan perempuan.

3.3 Sekolah

Kepelbagaian jenis sekolah menjadikan setiap sekolah mempunyai fokus yang berbeza

dan mengamalkan budaya yang berbeza. Rata-rata warga sekolah jenis kebangsaan

mempunyai etnik majority. Namun begitu, bagi masyarakat Lun Bawang, majoriti banyak

terdapat di kawasan petempatan sesebuah etnik sahaja. Disebabkan masyarakat Lun

Bawang tinggal di pedalaman, sekolah juga terletak di pedalaman.

Namun begitu, aspek penting di sekolah adalah kurikulum. Kurikulum tersirat merujuk

kepada cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses P&P dan organisasi

sekolah. Kurikulum tersirat merangkumi segala bentuk pembelajaran yang berlaku hasil

pelaksanaan kurikulum dan cara guru menguruskan P&P. Tiga unsur kurikulum tersirat

adalah kelompok, pujian dan kuasa. Kurikulum yang terancang mampu membantu murid

belajar dengan lebih berkesan.

12

Page 13: Lun Bawang

4.0 Cadangan Kaedah P&P untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra

Budaya

Kaedah pembelajaran interaktif

Perkataan interaktif adalah berasaskan kepada perkataan interaksi dan aktif. Menurut Teuku

Iskandar (1993) Interaksi membawa makna tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama

lain. Manakala aktif pula membawa maksud cergas atau giat ( bekerja dan berusaha).

Oleh itu pembelajaran interaktif mrupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa

membina hubungan antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Mereka

saling berusaha dengan cergas dalam bilik darjah berasaskan bahan pengajaran yang

disediakan oleh guru.

Menurut Isma Ismail (2003), satu lagi aspek penting dalam pendidikan kognitif ialah berhujah.

Iaitu pelajar tahu fakta, faham fakta berkenaan, berupaya mensahihkan fakta itu dan kemudian

berupaya menyampai pemikirannya seperti mempertahankan fakta dengan bahasa yang kemas

atau tidak kasar.

Objektif pembelajaran interaktif adalah untuk menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif

yang mengutamakan kepada proses komunikasi dan pembentukan personaliti pelajar, agar

mereka rasa yakin terhadap potensi diri dan mampu untuk berhujah didepan kelas berasaskan

pemikiran yang kritis dan kreatif. Menurut Browns dan Keller (1979) kualiti perhubungan

merupakan faktor penting kepada kejayaan atau keburukan sesuatu interaksi.

Oleh itu, bagi pendidikan masyarakat Lun Bawang dan kepelbagaian etnik lain, kaedah ini

mampu membentuk satu persekitaran yang harmoni dan mesra budaya.

Kaedah Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid

menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu.

kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Murid menjalankan eksperimen menggunakan

kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti

berikut:

13

Page 14: Lun Bawang

1. Mengenal pasti masalah

2. Membuat hipothesis

3. Merancang eksperimen:

- mengawal pemboleh ubah.

- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

- menentulkan langkah menjalanakan eksperimen

- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

4. Melakukan eksperimen

5. Mengumpul data

6. Menganalisis data

7. Mentafsirkan data

8. Membuat kesimpulan

9. Membuat laporan

Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang

dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang

merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan

bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.

Berdasarkan kaedah ini, guru dapat mengajar sambil mengekalkan persekitaran yang harmoni

antara etnik.

14

Page 15: Lun Bawang

Kaedah Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan

yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima

pendapat orang lain. Perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

Oleh yang demikian, murid pelbagai etnik akan belajar untuk menerima pendapat daripada

murid lain. Perbezaan pendapat mampu mengundang salah faham dan perasaan tidak puas

hati. Di sinilah guru harus bijak mengendalikan perbincangan kelas supaya tidak menimbulkan

pergaduhan.

Kaedah Projek

Kaedah ini dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan

tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang

formal.

Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan

dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak

atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain.

Ini dapat memupuk sikap bekerjasama murid semasa di luar waktu P&P. Mereka boleh

berkomunikasi, berbincang dan menyelesaikan masalah bersama-sama. Murid berbilang etnik

dan kaum akan menolak sikap pentingkan diri sendiri demi mencapai matlamat kumpulan.

Kaedah Lawatan

Pembelajaran tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran melalui lawatan ke

tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, perpustakaan dan kilang boleh menjadikan

pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Murid pelbagai etnik juga boleh

melihat keadaan luar kawasan mereka sekali gus mempelajari budaya masyarakat lain. Kaedah

ini boleh membantu membina bilik darjah yang mesra budaya.

Oleh itu, untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi. Para

pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan

selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi

merupakan salah satu contoh keadaan ini.

15

Page 16: Lun Bawang

Kajian masa depan

Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada

masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan

murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam

sekitar. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

Maka, akan wujud persekitaran bilik darjah yang harmoni dan mesra budaya hasil perkongsian

ramalan mereka.

Masyarakat Lun Bawang juga boleh meramal keadaan masyarakat mereka pada masa

hadapan yang mana kini sedang membangun.

Kaedah Penyelesaian masalah

Kaeda penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk

membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian

masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara

umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:

1. Kenal pasti dan faham masalah

2. Jelaskan masalah

3. Cari alternatif penyelesaian masalah.

4. Lakukan operasi penyelesaian.

5. Nilaikan penyelesaian

Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Walaubagaimanapun,

perbincangan adalah digalakkan bagi membantu perkembangan idea murid-murid dan

membantu membina hubungan antara murid.

Maka dengan ini, bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan.

16

Page 17: Lun Bawang

5.0 Kesimpulan

Konklusinya, masyarakat Lun Bawang mempunyai adat dan tradisi mereka yang tersendiri.

Setelah mereka menganut agama Kristian, semua perkara yang melibatkan kepercayaan

animisme telah dihapuskan dan di ganti dengan ajaran Kristian.

Walaupun masyarakat Lun Bawang tinggal di kawasan pedalaman mereka turut tidak

ketinggalan dalam arus pemodenan dan pembangunan yang di jalankan oleh kerajaan.

Buktinya dapat dilihat dengan pembinaan lapangan terbang di Hulu Trusan iaitu Long

Semandoh. Banyak sekolah telah dibina agar masyarakat Lun Bawang didedahkan dengan

pendidikan.

Kawasan tempat tinggal Lun Bawang juga telah dijadikan kawasan untuk pelancongan.Suku

kaum Lun Bawang kini dimana mana di seluruh dunia. Perubahan secara drastik terjadi dalam

komuniti Lun Bawang akibat pembangunan rohani yang terjadi apabila amalan ajaran Kristian

diamalkan dan menjadi pedoman dalam kehidupan. Hari ini, ramai orang Lun Bawang yang

telah masuk ke universiti, menjadi usahawan yang berjaya, dan juga menjadi YB seperti YB

Nelson Balang Rining dan Datuk Henry Sum Agong.

Kejayaan mereka ini membuktikan bahawa masyarakat Lun Bawang juga berpotensi untuk

bersaing dalam mendepani dunia tanpa sempadan.

Pendidikan yang teratur, kaedah pengajaran guru yang sesuai, sikap dan penerimaan

sosiobudaya amat penting dalam membina bilik darjah yang mesra budaya demi melahirkan

generasi yang berminda kelas pertama.

17