logistik dan perkapalan

8
LOGISTIK DAN PERKAPALAN Logistik Penggerak Dunia Dengan permintaan tinggi di pasaran dunia, logistik adalah perkara yang memungkinkan produk-produk pesanan anda tiba tepat pada masanya dengan selamat.Pernahkan anda terfikir perjalanan merentas dunia yang diambil oleh produk kegemaran anda untuk tiba dan sampai di tangan anda?Segalanya direalisasikan oleh para professional dalam bidang logistik kerana perjalanan yang diambil tidak mengira tempat samada melalui darat, udara, dan laut. Mereka akan memastikan produk pesanan anda tiba tepat pada waktunya. Apa Itu Logistik? Logistik adalah pengurusan aliran sumber (bahan mentah, produk, ubat-ubatan, peralatan, makanan, maklumat, serbuk dan juga tenaga) dari lokasi ianya diwujudkan hingga ke destinasi penguna atau pembeli.Ini bermakna bahan tersebut mungkin diwujudkan di Belanda dan disalurkan ke Malaysia melalui sistem logistik ini.Aktiviti logistik fizikal selalunya disusuli dengan intergrasi maklumat seperti pengendalian produk, pembungkusan produk, inventori, pengangkutan, pergudangan dan keselamatan. Kerumitan proses logistik ini boleh dipermudahkan dengan perisian teknologi yang serba canggih di zaman ini yang membolehkan analisa, pergerakan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan inventori dikawal dengan rapi serta tepat. Secara tak langsung, kemudahan perisian ini membolehkan syarikat logistik dan pembeli atau penguna berkomunikasi dan berkongsi maklumat produk dengan lebih tangkas dan tepat.Selain itu, pihak pengurusan syarikat juga dapat mengurus operasi Logistik dengan lebih sistematik dan dan dikawal selia oleh perisian yang serba automatik ini. Perkhidamatan Logistik Logistik merupakan komponen penting yang diperlukan di dalam sesebuah ekonomi moden kerana ia memudahkan aliran barangan dan pekerja perkhidmatan dari dalam dan luar negara.Ia berupaya

Upload: mutiara-technology

Post on 10-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Logistik Dan Perkapalan

TRANSCRIPT

LOGISTIK DAN PERKAPALANLogistik Penggerak DuniaDengan permintaan tinggi di pasaran dunia, logistik adalah perkara yang memungkinkan produk-produk pesanan anda tiba tepat pada masanya dengan selamat.Pernahkan anda terfikir perjalanan merentas dunia yang diambil oleh produk kegemaran anda untuk tiba dan sampai di tangan anda?Segalanya direalisasikan oleh para professional dalam bidang logistik kerana perjalanan yang diambil tidak mengira tempat samada melalui darat, udara, dan laut. Mereka akan memastikan produk pesanan anda tiba tepat pada waktunya.Apa Itu Logistik?Logistikadalah pengurusan aliran sumber (bahan mentah, produk, ubat-ubatan, peralatan, makanan, maklumat, serbuk dan jugatenaga) dari lokasi ianya diwujudkan hingga ke destinasi penguna atau pembeli.Ini bermakna bahan tersebut mungkin diwujudkan di Belanda dan disalurkan keMalaysiamelalui sistem logistik ini.Aktiviti logistik fizikal selalunya disusuli dengan intergrasi maklumat seperti pengendalian produk, pembungkusan produk, inventori, pengangkutan, pergudangan dan keselamatan. Kerumitan proses logistik ini boleh dipermudahkan dengan perisian teknologi yang serba canggih di zaman ini yang membolehkan analisa, pergerakan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan inventori dikawal dengan rapi serta tepat. Secara tak langsung, kemudahan perisian ini membolehkan syarikat logistik dan pembeli atau penguna berkomunikasi dan berkongsi maklumat produk dengan lebih tangkas dan tepat.Selain itu, pihak pengurusan syarikat juga dapat mengurus operasi Logistik dengan lebih sistematik dan dan dikawal selia oleh perisian yang serba automatik ini.Perkhidamatan LogistikLogistik merupakan komponen penting yang diperlukan di dalam sesebuah ekonomi moden kerana ia memudahkan aliran barangan dan pekerja perkhidmatan dari dalam dan luar negara.Ia berupaya meningkatkan produktiviti dan daya saing merentasi industri, di mana jangkaan terhadap permintaan perkhidmatan logistik akan meningkat selari dengan peningkatan di dalam permintaan pasaran dalam sektor perniagaan.Malaysia merupakan hab logistik serantau yang strategik dan menarik kerana ia mengamalkan ekonomi terbuka serta kedudukannya di dalam ASEAN yang mempunyai integrasi serantau yang tinggi.Pembekal perkhidmatan logistik bukan sahaja terlibat di dalam pengendalian penghantaran produk dari satu destinasi ke destinasi lain malahan mereka juga dikehendaki memberikan perkhidmatan nilai tambah kepada pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan pemudah cara, pergudangan, pembungkusan dan lain-lain.Usaha mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti perkhidmatan logistik dan sistem pengangkutan dapat meningkatkan akses ke pasaran antarabangsa dan menyumbang secara langsung kepada peningkatan perdagangan.Komponen-komponen perkhidmatan logistik adalah seperti berikut:1. DaratPengangkutan darat merupakan komponen utama di dalam aktiviti-aktiviti logistik yang meliputi pengangkutan jalan raya dan rel.1. UdaraPengangkutan udara biasanya digunakan bagi mengangkut barangan dalam kuantiti yang sedikit, mudah rosak dan produk yang bernilai tinggi.1. MaritimPengangkutan maritim (perkapalan dan pelabuhan) memainkan peranan penting di dalam pengangkutan antarabangsa, terutamanya pengangkutan barangan yang berjumlah besar seperti minyak mentah dan bijian.

Beberapa fungsi utama logistik meliputi:1.Inventory ManagementMerupakan sistem pengaturan inventori dalam suatu perusahaan. Sistem inventori yang diamalkan oleh suatu perusahaan dapat mencerminkan cara bekerja dari perusahaan tersebut. Banyak perusahaan menjadi muflis hanya karena perusahaan tersebut tidak dapat mengatur sistem inventori.2.PurchasingMerupakan salah satu bahagian dari dunia logistik .Pembekal barang berkait rapat dengan prestasi pembekal,yang dilihat melalui sebuah purchasing department. Pandangan jauh seorang purchaser dalam memilih vendor, akan memberi kesan kepada sistem logistik suatu syarikat. Jika vendor yang dimiliki punya sistem kerja yang tidak sistematik, produk yang dihantar banyak yang cacat, lead time delivery juga lama, bahkan selalu terlambat. Secara automatik, sistem logistik akan menjadi kacau.Seterusnya, pemintaan pelanggan tidak dapat dipenuhi, sehingga keuntungan menurun

3. Pengangkutan dan PengagihanSalah satu daripada logistik adalah pengangkutan dan pengagihan . Kelajuan dan ketepatan menjadi tolak ukur utama di bahagian ini, bagaimana bekalan boleh sampai ke tempat tujuan sesuai dengan permintaan, sehingga proses seterusnya tidak terbantut. Banyak hal yang berpengaruh dalam hal ini, mulai dari high armada pengangkutan, berpandangan jauh dalam menentukan laluan, dan juga kecekapan kos pengangkutan dan pengagihan. Semuanya itu akan memberikan kesan terhadap prestasi logistik.4. WarehousingWarehousing atau gudang merupakan sebahagian kecil dari logistik.Termasuk di dalamnya adalah sistem simpanan, material handling, FIFO sistem, cross - docking dan packaging. Banyak orang menganggap remeh masalah yang satu ini, namun warehouse merupakan salah satu bahagian dalam syarikat yang menentukan prestasi dari syarikat tersebut

Mari Mengenal Istilah -> LSP? 3PL? 4PL?

Ada beberapa istilah dalam dunia logistik yang merujuk kepada jenis perkhidmatan yang diberikan oleh sebuah syarikat logistik. Istilah tersebut antara lain:

LSP = Logistics Service ProviderSyarikat Pembekal jasa perkhidmatan logistik

3PL = Third Party LogisticsSyarikat penyedia jasa perkhidmatan logistik yang melakukan pengurusan logistik dengan menggunakan sebahagian sumber-sumber daripada syarikat lain, termasuk inventory management, purchasing, pengangkutan dan pengedaran, serta warehousing

4PL = Fourth Party LogisticsSyarikat penyedia jasa perkhidmatan logistik yang melakukan pengurusan logistik dengan menggunakan seluruh sumber-sumber daripada syarikat lain, termasuk inventory management, purchasing, pengangkutan dan pengedaran, serta warehousing.

Tiga teras syarikat logistikSecara garis besar, sebuah syarikat logistik dalam menjalankan perusahaanya, dipastikan merujuk kepada ketiga kegiatan teras yang dijalankan dan ditawarkan kepada pelanggan yang menggunakan jasa syarikat logistik. Ketiga teras syarikat logistik tersebut antara lain: Pengagihan barangan Kecekapan Kepuasan pelanggan

PerkapalanAdalah nadi pertumbuhan ekonomi Aktiviti perkapalan ialah komponen penting dalam sektor maritim. Kapal-kapal dagangan memungkinkan pelbagai jenis barangan pembuatan dan bahan mentah diangkut dengan jumlah yang banyak pada jarak yang jauh dan pada kos yang berpatutan.Perkapalan merupakan satu aktiviti yang penting kepada kesejahteraan ekonomi dunia.Ia merupakan satu-satunya kaedah pengangkutan yang menyediakan 1 skala ekonomi yang dijana oleh kapal-kapal dagangan bersaiz besar. Majoriti jumlah dagangan dunia diangkut melalui kaedah pengangkutan maritim.Tanpa kapal-kapal dagangan, adalah mustahil untuk kita menikmati pelbagai barangan dan menggunakan bahan-bahan mentah yang dating dari segenap pelosok dunia dan membayarnya pada harga yang sangat berpatutan.Berdasarkan rupa bentuk Malaysia yang dikelilingi selat dan lautan, tidak hairanlah yang sektor perkapalan merupakan kaedah pengangkutan utama kepada negara.Ekonomi negara yang bergantung tinggi kepada sektor pembuatan serta berorientasikan ekspot tentunya sangat bergantung kepada perkapalan untuk menjana pertumbuhan ekonominya.Kedudukan Malaysia bersempadankan laluan-laluan perkapalan global yang penting dan sibuk seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan meletakkannya sebagai pusat persinggahan utama di rantau ini bagi kapal-kapal dagangan.Malaysia juga bertuah dengan lokasi strategiknya di Asia Tenggara yang merupakan satu kawasan pertumbuhan penduduk dan ekonomi yang paling pesat di dunia.Kerajaan memberikan sokongan dan menawarkan pelbagai insentif kepada sekgopr perkapalan bagi menggalakkan pertumbuhannya serta menarik pelaburan ke dalam sektor yang memerlukan modal besar ini.Antara insentif yang ditawarkan ialah pengecualian cukai ke atas pendapatan yang diperolehi dari kapal-kapal yang didaftarkan di Malaysia serta ke atas gaji anak-anak kapal yang bekerja di atas kapal-kapal tersebut.Kerajaan juga menawarkan keumdahan pembiayaan khusus untuk syarikat-syarikat tempatan untuk membeli kapal.Sokongan ini telah banyak membantu sektor ini bertumbuh dengan pesatnya dalam dekad-dekad kebelakangan ini.Malaysia kini menduduki tempat ke 22 dalam senarai negara-negara maritim utama dunia dari segi kapasiti kapal dagangan pada tahun 2010.

Pertumbuhan pesat sektor perkapalan negara boleh dilandaskan ke atas beberapa faktor. Antaranya: 0. Pertumbuhan beterusan ekonomi negara dan fokus terhadap sektor pembuatan dan ekspot sebagai penjana utama ekonomi. 0. Lokasi strategik Malaysia di laluan strategik perkapalan dan kawasan pertumbuhan ekonomi. 0. Komitmen dan dorongan Kerajaan untuk membangunkan sektor maritim dan perkapalan melalui sokongan dasar, institusi, perundangan, pelaburan dan tawaran pelbagai insentif.0. Pertumbuhan dan pembangunan pelabuhan-pelabuhan tempatan serta kecekapan dan produktiviti mereka mengendalikan kapal-kapal serta jumlah kargo yang besar. 0. Penyediaan infrastruktur asas seperti jalanraya serta sokongan agihan dan pengendalian dagangan seperti gudang, kawasan bebas, perkhidmatan logistik, lapangan kontena, EDI (platform pertukaran maklumat dagangan secara elektronik) dan sebagainya.0. Sokongan pelabur dari institusi kewangan dari dalam dan luar negara terhadap sektor perkapalan.Pada dasarnya, permintaan terhadap perkhidmatan perkapalan adalah bercirikan demand derived.Permintaan terhadap perkhidmatan perkapalan datang dari permintaan terhadap barangan yang diangkut oleh kapal dan dikeluarkan menggunakan sokongan kapal. Selagi ekonomi negara dan rakan-rakan dagangannya kekal bertumbuh dan sektor minyak dan gas negara terus berkembang, sektor perkapalan Malaysia akan terus mempunyai potensi untuk maju. Pelabuhan sebagai pemudahcara dagangan Pertumbuhan sektor perkapalan negara memacu pertumbuhan pelabuhanpelabuhan yang bukan saja menyediakan tempat berlabuh bagi kapal-kapal tetapi juga menjadi pusat penting dalam rangkaian bekalan atau supply chain. Malaysia boleh berbangga dengan infrastruktur pelabuhan bertaraf dunia.

Cabaran Sektor PerkapalanAktiviti perkapalan dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran seperti ekonomi, politik, dagangan dan pembangunan infrastruktur sokongan seperti pelabuhan dan logistik.Permintaan terhadap perkhidmatan perkapalan bersifat bermusim sepertimana juga pasaran saham dengan kitaran turun naiknya sendiri.Bagi pengurusan syarikat perkapalan, membuat keputusan seperti sektor dagangan mana yang hendak diceburi, bila dan banyak mana kapal harus dibeli dan bagaimana untuk membiayainya, dan bila waktu yang tepat untuk menjual kapal-kapal yang sudah meningkat usianya dan kurang permintaan terhadap perkhidmatannya, merupakan cabaraan yang menentukan berjaya atau gagalnya syarikat tersebut dalam industri yang mencabar ini. Proses membuat keputusan sebegini melibatkan penilaian pelbagai faktor yang rumit yang melibatkan pergerakan ekonomi, strategik, politik, kewangan, perundangan, dagangan, pengangkutan serta permintaan dan pengeluaran bahan komoditi dan barangan pembuatan. Malah rentak-tari pasaran perkapalan yang melibatkan pembinaan kapal baru dan pemberhentian perkhidmatan kapal lama harus diamati secara teliti kerana ia menentukan harga kapal.Harga minyak juga mempengaruhi aktiviti perkapalan.Apa tidaknya, kapal-kapal besar yang merentas lautan menggunakan sejumlah minyak yang besar bagi menggerakkannya. Di kala harga minyak mencecah paras tertinggi akhir-akhir ini, tentunya harga minyak yang tinggi menyumbang kepada peningkatan kos operasi kenderaan besar seperti kapal.

STUDENT NAME:STUDENT ID1. HARTINI BT SURISX130192CSRS031. NURSYAFIQAH MOHAMAD NORSX130202CSRS03