literasi nombor refleksi

3
REFLEKSI Saya ,Thiviya Naidu A/P Rajaram Naidu dari PISMP Semester 4 dari IPG Kampus Tengku Ampuan berasa puas hati melaksanakan tugasan ini. Saya ditugaskan untuk membuat tugasan ini secara individu. Tugasan ini telah diberi oleh pensyarah saya iaitu Tuan Haji Zulkifli Bin Husin. Saya berasa amat berterima kasih kepada pensyarah saya dan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna sebelum 29 Ogos 2014. Tugasan ini memerlukan saya untuk merealisasikan pengaplikasian kalkulus dengan mengkaitkan dengan kehidupan seharian saya sebagai seorang guru pelatih IPGKTAA. Saya dikehendaki memilih dua situasi yang boleh dikaitkan dengan kalkulus. Kemudian, saya perlu melakukan satu eksperimen untuk membuktikan situasi tersebut dan seterusnya membuat pengiraan terbitan. Walaupun berdepan dengan beberapa masalah sepanjang menjalankan tugasan ini, saya berasa amat berbangga kerana kesulitan ini tidak menjadi halangan kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Bagi saya, masalah-masalah yang saya hadapi ini hanyalah suatu dugaan daripada Tuhan untuk menjadikan saya insan yang lebih sempurna dalam segala aspek. Masalah-masalah yang telah saya hadapi ini, telah membentuk saya untuk menjadi seorang bakal guru yang lebih berketerampilan pada masa yang akan datang. Melalui pelaksanaan tugasan ini saya telah mempelajari pelbagai perkara. Antaranya saya dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu matematik yang saya pelajari dalam kehidupan seharian saya. Saya dapat memahami topik terbitan dengan lebih mendalam. Saya percaya

Upload: ratha-shegar

Post on 06-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

REFLEKSISaya ,Thiviya Naidu A/P Rajaram Naidu dari PISMP Semester 4 dari IPG Kampus Tengku Ampuan berasa puas hati melaksanakan tugasan ini. Saya ditugaskan untuk membuat tugasan ini secara individu. Tugasan ini telah diberi oleh pensyarah saya iaitu Tuan Haji Zulkifli Bin Husin. Saya berasa amat berterima kasih kepada pensyarah saya dan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna sebelum 29 Ogos 2014.Tugasan ini memerlukan saya untuk merealisasikan pengaplikasian kalkulus dengan mengkaitkan dengan kehidupan seharian saya sebagai seorang guru pelatih IPGKTAA. Saya dikehendaki memilih dua situasi yang boleh dikaitkan dengan kalkulus. Kemudian, saya perlu melakukan satu eksperimen untuk membuktikan situasi tersebut dan seterusnya membuat pengiraan terbitan.Walaupun berdepan dengan beberapa masalah sepanjang menjalankan tugasan ini, saya berasa amat berbangga kerana kesulitan ini tidak menjadi halangan kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Bagi saya, masalah-masalah yang saya hadapi ini hanyalah suatu dugaan daripada Tuhan untuk menjadikan saya insan yang lebih sempurna dalam segala aspek. Masalah-masalah yang telah saya hadapi ini, telah membentuk saya untuk menjadi seorang bakal guru yang lebih berketerampilan pada masa yang akan datang.Melalui pelaksanaan tugasan ini saya telah mempelajari pelbagai perkara. Antaranya saya dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu matematik yang saya pelajari dalam kehidupan seharian saya. Saya dapat memahami topik terbitan dengan lebih mendalam. Saya percaya saya akan dapat menduduki peperiksaan dengan baik dengan ilmu-ilmu matematik yang saya perolehi melalui tugasan ini.Saya juga berpeluang untuk mempelajari pelbagai ilmu yang baru sepanjang menjalankan tugasan saya ini. Ilmu-ilmu yang saya pelajari ini boleh saya gunakan setelah saya mula berkhidmat di sekolah nanti. Saya menjadi lebih yakin pada diri saya bahawa saya berpotensi untuk menjadi seorang pendidik yang baik kepada anak murid saya. Saya juga boleh menjadikan sesi P&P saya lebih menarik dengan mengaplikasikan ilmu-ilmu dan juga teknik mengajar yang betul.Sepanjang perlaksanaan tugasan saya ini, saya mendapat pelbagai pengalaman yang baru. Saya dapat berfikir secara mendalam untuk menjalankan ekperimen-eksperimen saya dan menjadikan situasi saya mantap dan lengkap dengan pengiraan-pengiraan yang betul dan juga bukti-bukti yang kukuh. Saya berasa amat terharu dan berbangga kerana saya tidak pernah menyangka bahawa saya berupaya menghasilkan satu situasi terbitan yang agak rumit dan mengambil inisiatif untuk mengkaji situasi berkenaan secara mendalam untuk mendapatkan penyelesaian pengiraan yang lengkap. Selama ini saya tidak sedar akan kebolehan yang saya mliki ini. Saya berasa amat seronok sepanjang perlaksanaan tugasan ini walaupun ia merupakan kerja yang memakan masa yang agak lama untuk disiapkan.Saya amat gembira melakukan tugasan ini kerana rakan-rakan saya telah memberi kerjasama yang luar biasa kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya menghadapi beberapa masalah tetapi saya dapat mengatasinya dengan baik untuk menjayakan tugasan ini. Saya juga dapat mempelajari cara-cara mengatasi tekanan mental yang saya hadapi kerana dunia pekerjaan bukanlah senang untuk ditangani. Dengan mempelajari cara-cara mengatasi tekanan ini saya yakin bahawa ia akan membantu saya untuk menanganinya. Selepas melaksanakan tugasan ini, saya lebih yakin dengan diri saya. Saya juga berasa amat lega dan bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dalam jangka masa yang telah ditetapkan.Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya Tuan Haji Zulkifli Bin Husin kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya. Dengan tunjuk ajar dan bimbingan beliau, saya telah berjaya menghasilkan tugasan ini dengan amat sempurna.