literasi maklumat

2
Maksud literasi maklumat Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif. Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai “keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.” Kemahiran yang terkandung dalam literasi maklumat Kemahiran Maklumat Kemahiran Membaca Kemahiran Belajar Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif Kemahiran ICT Kemahiran Komunikasi Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran: Melalui Kerja Kursus Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan lain- lain) Melalui Aktiviti di dalam Kelas Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum Melalui Kerja Kendiri (independent study) Melalui Program/Aktiviti PSS Melalui Program Membaca Melalui Aktiviti Penyelesaian Masalah dan lain-lain

Upload: jie-tong

Post on 25-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

literasi pismp

TRANSCRIPT

Page 1: literasi maklumat

Maksud literasi maklumat

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat

tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi

maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia

juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat

bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk

mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian

Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai

“keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan

menyelesaikan permasalahan secara efektif.”

Kemahiran yang terkandung dalam literasi maklumat

Kemahiran Maklumat

Kemahiran Membaca

Kemahiran Belajar

Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

Kemahiran ICT

Kemahiran Komunikasi

Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran:

Melalui Kerja Kursus

Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, Kemahiran

Hidup dan lain- lain)

Melalui Aktiviti di dalam Kelas

Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum

Melalui Kerja Kendiri (independent study)

Melalui Program/Aktiviti PSS

Melalui Program Membaca

Melalui Aktiviti Penyelesaian Masalah dan lain-lain

Peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat

adalah seperti berikut:

Page 2: literasi maklumat

Panduan Guru

Bahan-bahan kovensional di perpustakaan (bercetak dan bukan cetak)

Komputer dan akses internet

Bahan digital – sumber elektronik

Sumber-sumber lain seperti agensi kerajaan dan orang perseorangan

Kepentingan literasi maklumat

Pelajar harus tahu cara yang teratur dan tepat bagi mendapatkan maklumat yang

sesuai kerana maklumat memainkan peranan penting dalam kehidupan.

Melibatkan pelajar secara terus dengan sumber pembelajaran supaya

pembelajaran menjadi lebih aktif dan memberangsang.

Melatih pelajar, belajar berdikari secara beransur-ansur untuk memudahkan

mereka menghayati konsep pendidikan seumur hidup.

Melatih pelajar untuk menangani ilmu yang pelbagai dan menjadikan sumber

sebagai punca pembelajaran.