literasi maklumat

Upload: ong-sc

Post on 14-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LITERASI MAKLUMAT1. Apakah definisi Literasi?

Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.

2. Apakah definisi Maklumat?

Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.

3. Apakah maksud Literasi Maklumat?

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.

4. Apakah kemahiran yang terkandung dalam Literasi Maklumat?

Kemahiran Maklumat

Kemahiran Membaca

Kemahiran Belajar

Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

Kemahiran ICT

Kemahiran Komunikasi

5. Bagaimanakah penguasaan kemahiran Literasi Maklumat dapat dilaksanakan di sekolah?

Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran:

Melalui Kerja Kursus

Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan lain lain)

Melalui Aktiviti di dalam Kelas

Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum

Melalui Kerja Kendiri (independent study)

Melalui Program/Aktiviti PSS

Melalui Program Membaca

Melalui Aktiviti Penyelesaian Masalah dan lain-lain

6. Apakah peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat?

Peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat adalah seperti berikut:

Panduan Guru

Bahan-bahan kovensional di perpustakaan (bercetak dan bukan cetak)

Komputer dan akses internet

Bahan digital sumber elektronik

Sumber-sumber lain seperti agensi kerajaan dan orang perseorangan

7. Apakah Kemahiran Maklumat yang perlu ada pada murid?

Mengenalpasti keperluan maklumat

Mengesan maklumat dan sumber maklumat yang pelbagai

Menilai maklumat berdasarkan kualiti, ketepatan dan lain-lain

Mempersembahkan maklumat

8. Apakah teknik pencarian maklumat?

menentukan objektif dan skop pencarian

membuat strategi pencarian

melakukan pencarian

mengumpul dan menilai hasil pencarian

pengubahsuaian strategi

9. Apakah model-model Literasi Maklumat?

a. The Big6 Skills Eisenberg and BerkowitzModel yang diguna pakai adalah The Big Six , melalui 6 langkah utama iaitu:

menentu (task definition)

mencari (information seeking strategies)

mengguna (location and access)

mencatat (use of information)

melapor (synthesis)

menilai ( evaluation)

b. Empowering 8- NILIS (National Institute of Library and Information Sciences University of Colombo Sri Lanka mengenalpasti (Identify)

mencari (Explore)

memilih (Select)

mengurus (Organise)

mencipta (Create)

melapor (Present)

menilai (Assess)

mengaplikasi (Apply)

c. The British Model, 1981 ( Irving/ Marland) Formulation/analysis of information needs.

Identification/appraisal of sources.

Tracing/locating resources.

Examining, selecting & rejecting resources.

Interrogating/Using individual resources.

Recording/Storing.

Interpretation, analysis, synthesis & evaluation.

Shape, presentation & communication.

Evaluation of the assignment.

d. Stripling and Pitts , 1988 - Research Process Choose a broad topic

Get an overview of the topic

Narrow the topic

Develop thesis/purpose statement

Formulate questions to guide research

Plan for research and production

Find, analyze and evaluate sources

Evaluate evidence, take notes, and compile bibliography

Establish conclusions/organize information in outline

Create and present final product

Reflection points is the paper/project satisfactory

e. Kuhlthau Information Seeking Process (ISP) Initiation

Selection

Formulation of focus

Exploration (investigate information on the general topic)

Collection (Gather information on the focused topic)

Presentation

Assessment (of outcome/process)

10. Apakah kepentingan Literasi Maklumat?

Pelajar harus tahu cara yang teratur dan tepat bagi mendapatkan maklumat yang sesuai kerana maklumat memainkan peranan penting dalam kehidupan.

Melibatkan pelajar secara terus dengan sumber pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan memberangsang.

Melatih pelajar, belajar berdikari secara beransur-ansur untuk memudahkan mereka menghayati konsep pendidikan seumur hidup.

Melatih pelajar untuk menangani ilmu yang pelbagai dan menjadikan sumber sebagai punca pembelajaran.

11. Apakah itu Literasi Digital?

Literasi Digital yang juga dikenali sebagai Literasi Komputer merupakan salah satu komponen dalam Kemahiran Literasi Maklumat yang merangkumi kemahiran penggunaan perkasasan komputer, perisian, Internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain. Literasi Digital merujuk kepada keupayaan mengenal pasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui teknologi digital.

12. Apakah peranan BTP dalam Literasi Digital?

Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur, menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab.

Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai.

Pembelajaran berasaskan Sumber Pendidikan berteknologi tinggi (literasi digital) merujuk kepada pewujudan dan penyediaan kemudahan resos dan peralatan seperti perkakasan, perisian, dan rangkaian Internet kepada semua warga sekolah yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses P&P secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan literasi digital pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan adanya peralatan digital berbentuk maya.

Perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber Pendidikan di Internet menyukarkan carian dan penilaian Sumber Pendidikan yang berkualiti dan sesuai dengan murid. Murid juga perlu diberi pendedahan Kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Skills) dan Literasi Maklumat (Information Literacy) termasuk komponen Literasi Digital supaya mereka mampu mengenal pasti, mencari, menilai dan mengguna maklumat secara berkesan dan efisien. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah termasuk Pusat Akses Sekolah dan Sumber Pendidikan (termasuk sumber berteknologi tinggi) yang berkesan, sistematik dan efisien perlu dititik berat dan ditingkatkan. Tugas ini perlu digalas bukan sahaja oleh Guru Perpustakaan dan Media dan Guru Penyelaras Bestari / ICT, malah oleh semua guru bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, warganegara yang bertanggung jawab, pekerja yang berilmu dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.