literasi bahasase5dbb5635d7c9166.jimcontent.com/download/version... · web view7.2.2mengeja...

6
7.0 LITERASI BAHASA Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Matapelajran Pendidikan Muzik Pengenalan Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak sekolah dalam bentuk bunyi. Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak. Justeru, lagu dan aktiviti pergerakan adalah salah satu pendekatan yang efektif dalam pembelajaran bahasa. Kanak-kanak menjadi lebih senang dan mudah memahami melalui aktiviti nyanyian. TUJUAN PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK Menurut Blair, Jones & Simpson (1991), kanak-kanak memerlukan bantuan untuk mencari bahan yang agak mudah dan menyeronokkan supaya kemahiran membaca bertambah pada kadar yang biasa baginya. Banyak kajian lepas telah dikendalikan untuk menguji keberkesanan muzik terhadap perkembangan mental kanak-kanak. Hasil kajian Droscher (2006) mendapati bahawa pendedahan terhadap muzik mempercepat umur membaca, IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian yang lalu juga telah menunjukkan bahawa muzik dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Lagu didapati membantu kanak-kanak dalam mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan (Colwell, 1994, Register, 2001 dan Standley & Hughes, 1997). 74 7.1

Upload: lenga

Post on 31-Mar-2018

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LITERASI BAHASAse5dbb5635d7c9166.jimcontent.com/download/version... · Web view7.2.2MENGEJA PERKATAAN SATU DAN DUA KATA-KATA MENGIKUT MELODI AKTIVITI: MARI MENGEJA PERUNTUKAN MASA:

7.0

LITERASI BAHASA Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Matapelajran Pendidikan Muzik

PengenalanMenurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran

atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak sekolah dalam

bentuk bunyi. Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak. Justeru, lagu dan

aktiviti pergerakan adalah salah satu pendekatan yang efektif dalam pembelajaran bahasa.

Kanak-kanak menjadi lebih senang dan mudah memahami melalui aktiviti nyanyian.

TUJUAN PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK

Menurut Blair, Jones & Simpson (1991), kanak-kanak memerlukan bantuan untuk mencari

bahan yang agak mudah dan menyeronokkan supaya kemahiran membaca bertambah pada

kadar yang biasa baginya. Banyak kajian lepas telah dikendalikan untuk menguji keberkesanan

muzik terhadap perkembangan mental kanak-kanak.

Hasil kajian Droscher (2006) mendapati bahawa pendedahan terhadap muzik

mempercepat umur membaca, IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian yang lalu juga telah

menunjukkan bahawa muzik dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Lagu

didapati membantu kanak-kanak dalam mengenali teks secara lebih berkesan berbanding

dengan pertuturan (Colwell, 1994, Register, 2001 dan Standley & Hughes, 1997).

Muzik sebenarnya telah memberi peluang kepada murid yang menghadapi kesukaran

membaca dan menulis dengan sifatnya yang dapat dimain berulangan kali, merdu dan penuh

menyentuh perasaan (Gipe, 2002). Menurut kajian yang dijalankan oleh Schon et al (2007), lagu

didapati memudahkan pembelajaran berbanding dengan pertuturan khasnya dalam

pembelajaran sesuatu bahasa baru.

Menurut Krashen (1982) pula, lagu membekalkan input bahasa di mana ia merupakan

elemen penting dalam perolehan bahasa. Tindakan memainkan muzik dan lagu memotivasikan

murid untuk menghadiri dan menumpu perhatian di dalam bilik darjah (Tan & Shi, 2005).

74

7.1

Page 2: LITERASI BAHASAse5dbb5635d7c9166.jimcontent.com/download/version... · Web view7.2.2MENGEJA PERKATAAN SATU DAN DUA KATA-KATA MENGIKUT MELODI AKTIVITI: MARI MENGEJA PERUNTUKAN MASA:

7.2

LITERASI BAHASA Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Matapelajran Pendidikan Muzik

PELAKSANAAN AKTIVITI

7.2.1 MENYEBUT NAMA HURUF MENGIKUT MELODI

AKTIVITI : MARI MENYANYI ABC

PERUNTUKAN MASA : 15 MINIT

PELAKSANAAN :

AKTIVITI : PERTANDINGAN MENYANYI

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT

PELAKSANAAN :

75

1. Murid-murid berkumpul dan setiap murid diberikan kad huruf A hingga Z secara

rawak.

2. Guru memainkan beberapa melodi lagu “ABC” dan menyanyi terlebih dahulu.

3. Murid-murid kemudian menyanyi bersama-sama mengikut iringan lagu sambil kad

huruf diangkat.

1. Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberi masa selama beberapa minit untuk berbincang sesama

ahli dalam pemilihan lagu dan membuat gaya tersendiri.

3. Penilaian diberikan dan kumpulan pemenang diberi hadiah.

Page 3: LITERASI BAHASAse5dbb5635d7c9166.jimcontent.com/download/version... · Web view7.2.2MENGEJA PERKATAAN SATU DAN DUA KATA-KATA MENGIKUT MELODI AKTIVITI: MARI MENGEJA PERUNTUKAN MASA:

LITERASI BAHASA Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Matapelajran Pendidikan Muzik

7.2.2 MENGEJA PERKATAAN SATU DAN DUA KATA-KATA MENGIKUT MELODI

AKTIVITI : MARI MENGEJA

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT

PELAKSANAAN :

AKTIVITI : HILANG LIRIK

PERUNTUKAN MASA : 25 MINIT

PELAKSANAAN :

76

1. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2. Guru memainkan 2 buah lagu iaitu “Bangau oh Bangau” dan “Tepuk Amai-amai”.

3. Murid-murid dikehendaki menyanyi bersama-sama dengan guru.

4. Setelah selesai, setiap kumpulan kemudian diberikan lembaran kad manila yang

mengandungi lirik lagu “Bangau oh Bangau” dan “Tepuk Amai-amai” yang telah

dikosongkan beberapa lirik.

5. Murid-murid dikehendaki mengisi ruangan kosong yang disediakan.

6. Kumpulan pemenang diberikan hadiah.

1. Murid-murid berkumpul menghadap slaid.

2. Guru memaparkan slaid beberapa perkataan kepada murid-murid.

3. Guru mengeja perkataan-perkataan tersebut mengikut melodi “Selamat Hari Jadi”

sambil diikuti oleh murid-murid.

4. Kemudian, beberapa murid diminta untuk mengeja perkataan megikut melodi tersebut

sambil diikuti oleh rakan sekelas yang lain.

Page 4: LITERASI BAHASAse5dbb5635d7c9166.jimcontent.com/download/version... · Web view7.2.2MENGEJA PERKATAAN SATU DAN DUA KATA-KATA MENGIKUT MELODI AKTIVITI: MARI MENGEJA PERUNTUKAN MASA:

LITERASI BAHASA Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Matapelajran Pendidikan Muzik

7.2.3 MEMBUAT AKTIVITI PERGERAKAN BADAN

AKTIVITI : MARI BERMAIN DAM ULAR

PERUNTUKAN MASA : 25 MINIT

PELAKSANAAN :

Rumusan

Pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran pendidikan muzik meningkatkan minat

dan daya tarikan murid-murid untuk belajar. Murid-murid akan berasa seronok dan tidak bosan

untuk belajar kerana belajar melalui nyanyian dan muzik lebih senang dan mudah untuk murid-

murid pelajari. Muzik juga merupakan terapi kepada kebosanan dan sememangnya belajar

melalui mata pelajaran muzik dapat meningkatkan tahap pemahaman seseorang murid dengan

lebih berkesan.

7.4 DOKUMENTASI77

1. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2. Setiap ketua kumpulan dikehendaki mencabut undi untuk menentukan giliran.

3. Setelah selesai, setiap ahli kumpulan diberi giliran untuk memutar “Roda nombor”

yang disediakan untuk menentukan bilangan petak yang perlu digerakkan.

4. Jika terkena petak-petak tertentu, kumpulan tersebut dikehendaki menyempurnakan

setiap tugasan yang diberikan bersama-sama ahli kumpulan.

5. Tugasan yang diberikan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang telah diajar dan

dilakukan sebelum aktiviti ini.

6. Kumpulan pemenang diberikan hadiah.

7.3

Page 5: LITERASI BAHASAse5dbb5635d7c9166.jimcontent.com/download/version... · Web view7.2.2MENGEJA PERKATAAN SATU DAN DUA KATA-KATA MENGIKUT MELODI AKTIVITI: MARI MENGEJA PERUNTUKAN MASA:

LITERASI BAHASA Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Matapelajran Pendidikan Muzik

78