lesson study.docx

2
LESSON STUDY Fasa 1 Menentukan Gol Pengajaran Fasa 2 Merancang Rancangan Mengajar Fasa 3 Mengajar? Perhati Pengajaran Fasa 4 Menilai/ Reflek Pengajaran Penyelaras Lesson Study : Cikgu Chai Pik Yee Guru Pengajar : Cikgu Ling Hui Ming, Cikgu Lau Suk Lee Guru Pakar : Cikgu Emily Wong (GC Sains), Cikgu Hailmi (GC Sains) Fasa 1 : Menentukan Gol Pengajaran Cikgu Ling Hui Ming dan Cikgu Lau Suk Lee berbincang bagi menentukan gol pengajaran atau pun objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh murid dalam pdp. Fasa 2 : Merancang Pengajaran Kemudian mereka akan berbincang bagi menentukan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang sesuai atau difikirkan memberikan impak maksimum kepada pdp dan murid. Kaedah yang sesuai juga dimasukkan hasil daripada perbincangan dua orang guru ini. Fasa 3 : Ajar / Perhati Pengajaran Cikgu Ling Hui Ming dipilih untuk mengajar rancangan mengajar yang telah dibincangkan tadi. Manakala Cikgu Lau Suk Lee berada di kelas

Upload: jensen-teoh

Post on 12-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

LESSON STUDY.docx

TRANSCRIPT

LESSON STUDYFasa 1Menentukan Gol Pengajaran

Fasa 2Merancang Rancangan Mengajar

Fasa 3Mengajar? Perhati PengajaranFasa 4Menilai/ Reflek Pengajaran

Penyelaras Lesson Study : Cikgu Chai Pik YeeGuru Pengajar : Cikgu Ling Hui Ming, Cikgu Lau Suk LeeGuru Pakar : Cikgu Emily Wong (GC Sains), Cikgu Hailmi (GC Sains)

Fasa 1 : Menentukan Gol PengajaranCikgu Ling Hui Ming dan Cikgu Lau Suk Lee berbincang bagi menentukan gol pengajaran atau pun objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh murid dalam pdp.

Fasa 2 : Merancang PengajaranKemudian mereka akan berbincang bagi menentukan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang sesuai atau difikirkan memberikan impak maksimum kepada pdp dan murid. Kaedah yang sesuai juga dimasukkan hasil daripada perbincangan dua orang guru ini.

Fasa 3 : Ajar / Perhati PengajaranCikgu Ling Hui Ming dipilih untuk mengajar rancangan mengajar yang telah dibincangkan tadi. Manakala Cikgu Lau Suk Lee berada di kelas bagi memerhatikan pengajaran tersebut bersama-sama Guru Pakar iaitu Cikgu Emily Wong dan Cikgu Hailmi. Guru Pakar boleh terdiri daripada Guru Cemerlang atau pun guru yang berpengalaman.

Fasa 4 : Nilai / Reflek PengajaranSesi perbincangan antara Guru Pengajar dan Guru Pakar dengan diperhatikan oleh Penyelaras, iaitu Cikgu Chai Pik Yee bagi menilai atau memberi refleksi kepada pdp yang dijalankan. Perkara yang disentuh adalah keberkesanan aktiviti / kaedah yang dirancangkan.

Fasa 5 : Ubahsuai PengajaranJika didapati rancangan mengajar tadi tidak sesuai dan tidak mencapai objektif, maka rancangan mengajar tadi perlu diubahsuai supaya dapat digunakan oleh guru lain atau pun digunakan pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, saya merasakan lesson study ini adalah sesuatu yang baik untuk memperbaiki atau pun menambahkan profesionalisma guru ke arah yang lebih baik. Kerjasama dan kolaborasi guru yang sebegini mampu menambah pengetahuan guru ke tahap yang lebih baik. Lain guru, lain caranya. Maka kita boleh kongsikan cara-cara terbaik ini bagi memberikan hasil yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, beberapa kekangan lain mungkin perlu juga kita bagi perhatian. Kekangan seperti masa, waktu mengajar, dasar mmi, bebanan tugas guru dan faktor lain mungkin menyebabkan perkara baik seperti ini akan menyebabkan Lesson Study juga menjadi seperti dasar-dasar yang lain. Panas pada mulanya, suam-suam kuku pada akhirnya.