stock lesson 1

Upload: cheah-abdul-razak

Post on 13-Jul-2015

234 views

Category:

Documents

3 download

TRANSCRIPT

Written on 24 November 2010 at 18:43 by 81cents

Asas Saham: Maksud SahamFiled under Jom Buat Duit @ Money Investment, Saham3 comments

Aku mula kenal perkataan saham sejak aku dibangku sekolah lagi..tapi kenal perkataan saham tidak bermakna aku tahu ape itu saham. Mulanya aku ingat aku dah faham ape itu saham..tapi bila orang tanya aku, aku masih ternganga untuk terangkan ape itu saham..jadi persoalannya, betul ke aku tahu apa itu saham?

Jadi, aku rasa baik aku mula balik untuk belajar tentang saham ni dengan mengenali semula ape itu saham

Nota 1:

Saham. Ade juga orang sebut sebagai shares atau stocks. Ketiga-tiga perkataan ini merujuk kepada maksud yang sama. Jadi secara mudah:saham=shares=stocks..maksudnya sama, cuma bahasa yang berbeza.

Nota 2:

Bagaimana pula dengan ekuiti?

Ekuiti (atau equity dalam english) adalah set yang mengandungi saham dan unit amanah. Jadi, selain stocks dan shares, equity juga boleh membawa maksud yang sama kepada saham..cumanya, perkataan equity lebih am dan boleh juga merujuk kepada unit trust selain daripada saham.

Jadi, bila seseorang itu mengatakan yang dia telah melabur dalam equity, bermaksud dia telah melabur dalam pasaran saham ataupun unit trust.

Nota 3:

Membeli saham adalah sama seperti membeli sebuah syarikat. Jadi, memiliki saham adalah sama seperti memiliki syarikat. Berapa besar hak kita terhadap sesebuah syarikat itu bergantung kepada berapa banyak unit saham yang kita miliki/beli. Semakin banyak unit saham yang kita beli, semakin besarlah hak milik kita terhadap syarikat tersebut.

Bila kita telah membeli sesuatu saham, kita akan dikenali sebagai pemegang saham. Tanpa mengira berapa banyak pun unit saham yang kita ada, sebagai pemegang saham kita akan diberikan hak untuk:

1. Mengundi bagi menentukan perlantikan jawatan penting dalam syarikat atau keputusan untuk bergabung dengan syarikat lain dan sebagainya.

2. Hak milik terhadap sebahagian aset syarikat. Andai kata syarikat tersebut bankrap, aset syarikat ini akan dijual. Hasil jualan akan digunakan untuk membayar hutang. Selebihnya tu lah yang kita akan dapat (diberi sama rata mengikut peratus saham yang dimiliki).

3. Hak untuk menjual saham kita tadi.

4. Mendapat dividen yang telah diistiharkan.

5. Memeriksa penyata kewangan syarikat dalam bentuk annual report.

6. Mendapat voucher KFC/Pizza Hut/cenderahati dan yang seumpamanya (selalunya semasa AGM dibuat ade bagi).

tapi tak semua company

Nota 4:

Bilangan minimum untuk membeli saham adalah 1 lot bersamaan 100 unit. Contohnya jika saham itu bernilai RM0.20, maka modal minimum yang diperlukan untuk 1 lot saham tadi adalah RM0.20 x 100 = RM20.

Modal membeli saham perlu juga mengambil kira kos-kos lain seperti yuran broker (brokerage fee), stamping, dan clearing fee.

Sebelum tahun 2004, 1 lot saham adalah bersamaan 1000 unit. Selepas itu, perubahan berlaku dimana 1 lot saham telah ditukar kepada 100 unit sahaja.

Perubahan ini menjadikan pasaran saham lebih mudah diperdagangkan. Pelabur runcit (pelabur yang menjual-beli saham dengan modal yang kecil) lebih mampu untuk membeli dan menjual saham dengan lebih mudah. Bayangkan jika saham Digi yang berharga RM39. Jika dahulu, minimum 1 lot memerlukan modal RM39x1000=RM39,000. Tetapi kini, 1 lot saham Digi hanya RM39x100 = RM3,900 sahaja.

No related posts.

Asas Saham: Proses Urusniaga Jual-Beli SahamFiled under Jom Buat Duit @ Money Investment, Saham2 comments

1. Sebarang urusniaga beli dan jual saham di pasaran saham perlu menggunakan khidmat broker.

2. Kita tidak boleh membeli atau menjual saham secara terus seperti jual-beli barang di pasar malam, walaupun pelabur tersebut berada di Bursa Malaysia, tempat dimana urusniaga saham berlangsung.

3. Broker pula perlulah terdiri daripada syarikat-syarikat broker yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan Bursa Malaysia.

4. Syarikat broker yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan Bursa Malaysia boleh didapati di sini.

5. Selepas memilih syarikat broker, kita perlu membuka CDS akaun dan juga Trading akaun di syarikat broker saham yang dipilih tadi.

6. Selepas kedua-dua akaun ini dibuka, syarikat broker tersebut akan assign seorang remiser yang akan menguruskan akaun kita. Remiser adalah main contact kita di syarikat broker tadi. Jadi untuk memudahkan urusan, kita perlu hafal client code kita, nama remiser kita dan juga id remiser sekali kalau ada.

7. Remiser inilah orang yang perlu kita hubungi jika hendak membeli atau menjual saham secara offline. Kalau ada apa-apa masalah berkaitan dengan akaun pun, boleh minta remiser untuk bantu kita selesaikannya.

8. Disamping menguruskan akaun pelaburan kita, kita juga boleh meminta nasihat atau pandangan dari remiser berkenaan saham yang kita berminat nak beli. Tapi jangan terlalu bergantung atau percaya sepenuhnya kepada remiser. Sebagai pelabur, kita perlu membuat research kita sendiri sebelum membeli sesuatu saham.

9. Terdapat 2 cara untuk beli dan jual saham di pasaran saham iaitu secara offline atau online.

10. Offline trading bermaksud pelabur perlu menghubungi remiser personally melalui phone untuk place order (beli atau jual saham).

11. Online trading pula bermaksud pelabur menggunakan platform internet untukplace order. Online trading selalunya tidak disertakan dengan pakej nasihat atau pandangan dari remiser. Semuanya adalah di atas bahu pelabur semata-mata.

12. Oleh yang demikian, online trading mengenakan caj broker yang rendah berbanding dengan offline trading.

13. Untuk membeli saham, pelabur perlu mempunyai duit yang mencukupi di dalam trading akaun untuk menampung kos belian saham dan kos transaksi.

14. Kos tersebut akan di tolak daripada trading akaun pada hari T+3 by 12.30pm, dan pada masa yang sama, unit saham yang dibeli tadi akan dimasukkan ke dalam akaun CDS pelabur.

15. Begitu juga dengan proses jualan saham. Duit jualan saham akan dimasukkan ke dalam trading akaun pelabur pada T+3 by 12.30pm, dan pada masa yang sama, unit saham yang dijual tadi akan ditolak dari akaun CDS pelabur.

16. Selepas urusniaga beli/jual saham selesai, contract note akan dihantar oleh syarikat broker kepada pelabur. Semenjak perlaksanaan e-contract, pelabur akan menerima contract note melalui emel.

17. Contact note akan mencatatkan tarikh belian/jualan saham (iaitu tarikh T-day), saham syarikat yang dibeli/dijual, jumlah unit saham yang dibeli/dijual, kos belian/jualan saham, kos transaksi dan nilai bersih belian/jualan saham.

18. Pelabur perlu memeriksa butir-butir tadi pada contact note dan pastikan ianya betul dan tepat.

Related posts:

Written on 22 December 2010 at 10:04 by 81cents

Asas Saham: Caj Urusniaga SahamFiled under Jom Buat Duit @ Money Investment, Saham8 comments

Nota ni aku sengaja buat sebab walaupun dah acap kali aku berurusniaga jual-beli saham, aku masih lagi kadang-kadang lupa macam mane nak kira caj-caj yang dikenakan semasa jual-beli saham.

Pengiraan caj ini amat penting kerana kita perlu mengetahui berapa banyak kos modal yang telah kita telah keluarkan semasa membeli dan menjual saham. Bila dah tahu kos modal keseluruhan, barulah senang untuk kita kira berapa untung bersih selepas proses jual-beli saham.

Berikut adalah caj-caj yang dikenakan semasa proses beli proses jual dan beli saham).

DAN jual

saham..(yup..kita akan dikenakan caj untuk kedua-dua

1. Yuran broker (Brokerage fee) atau brokerage commission:a. Nilainya bergantung kepada syarikat broker (atau bank jika melabur guna khidmat bank). Ada yang caj murah, ade yang caj mahal. Contohnya:

Syarikat Syarikat Syarikat broker C

broker broker

A B

0.42% 0.2% or

or

minimum minimum

RM12 RM8

0.1% or minimum RM8

Secara umumnya nilai brokerage fee di Malaysia maksimum 0.7% dari nilai saham.

b. Intraday trading

Jika urusniaga dilakukan secara intraday (beli dan jual saham yang sama dalam hari yang sama), brokerage fee yang dikenakan akan lebih murah.

c. Urusniaga online

Jika urusniaga dilakukan secara online, brokerage fee yang dikenakan adalah lebih murah.

Berikut adalah contoh brokerage fee yang dikenakan oleh Jupiter Securities:

Online

Cash Upfront Overnight Brokerage Rate Contract value more than RM 50k = 0.05%

Collateralised Contract Value more than RM100k = 0.20%

Offline (gunakan remiser untuk place order)

Contract Value Contract Value RM50k or Less RM100k or Less = 0.10%* = 0.30%Intra-day Brokerage rate Minimum Brokerage 0.05% or RM10* 0.05% or RM12*

Contract Value RM100k or Less = 0.60%; Contract Value more than RM100k = 0.30%

0.15% or RM40*

RM10*

RM12*

RM40*

Disclaimer: Jadual diatas adalah sebagai rujukan untuk pemahaman sahaja. Maklumat lanjut perlu diperolehi dari syarikat berkenaan.

2. Contract stamp fee:Nilainya bergantung kepada jumlah harga saham yang dibeli.

< RM 1,000.00

> RM1

< RM2,000.00

> RM2

< RM3,000.00

> RM3

dan seterusnya..

3. Clearing fee:

Caj yang dikenakan adalah 0.03% dari jumlah nilai urusniaga saham.

Nota tambahan: Jika terdapat lebih dari 1 urusniaga (jual atau beli) yang melibatkan saham yang sama dalam hari yang sama, caj yang dikenakan hanya sekali sahaja. Contoh:

Pada 24 Disember, Leman telah membeli saham KNM ;

10.30 am : beli 1000 unit

11.45 am: beli lagi 4000 unit

3.00 pm : beli lagi 1500 unit

Jumlah unit saham yang dibeli = 1000 + 4000 + 1500 = 6500 unit saham. Jadi Leman hanya kan dikenakan caj belian sekali sahaja iaitu berdasarkan 6500 unit saham dan bukan nye 3 kali caj.

Berikut adalah contoh case study..belajar matematik macam mana nak kira.

Contoh pengiraan: (anda boleh download kalkulator saham disini)

Beli saham KPJ sebanyak 4,000 unit pada harga RM1.80. Urusan beli saham melalui online menggunakan rate Jupiter Securities seperti diatas:

Calculation Jumlah nilai belian saham (contract value) Brokerage fee 4,000 unit x RM1.80

Total RM 7,200.00

0.10% x RM7,200

RM 7.20 (tapi minimum fee adalah RM10. Jadi automatik kene RM 10) RM8

Contract stamp

Kurang RM8,000 (RM 7200 dibundarkan ke nilai ribu yang lebih besar) 0.03% x RM7200

Clearing fee Jumlah caj Jumlah keselurahan yang perlu dibayar

RM2.16 RM10 + RM8 +RM2.16 = RM20.16

Harga saham + Caj

RM7,200 + RM20.16 = RM7220.16

Related posts:

saye dulu mcm saudara FixMaster jugak..sekali selak dalam thread 'Mari belajar bermain saham bersama GF' memang pening giler dan susah nak paham..tapi sebab minat sangat maka diteruskan juga membaca..skrg saye dah habis baca dah thread tuh..bila dah paham konsep..thread tuh sebenarnya teknik paling basic dan amat berguna sekali dalam teknikal analisis. sini saya sediakan step2 yg saya buat dulu 1. saye buka akaun trading dan CDS dekat maybank investment bank dkt jln maarof bangsar KL, 3 hari saja dah selesai cuma bayar RM10. Memandangkan saya dah ada maybank2u acct..saya login dari situ aje dan klik ke link eShare. 2. Lepas tuh dah boleh beli saham dah..semua manual/user guide mcmmana nak trading/key in order/sell ada dekat eShare. baca aje manual tuh. Maklumat2 company dan data saham yg diniagakan semua dah ada sana termasuk stocks charts,laporan kewangan,financial ratios,announcements. baca semua user guide dalam eShare maybank invest utk biasakan diri dengan platform jual beli.

Sebelum nak bermain saham dinasihatkan agar take time to study dulu. 1. Rajin baca berita2 semasa paling2 ( the star business section, business times malaysia), sini bila membaca kena berfikir secara kreatif mcmmana isu2 semasa mempengaruhi business2 company yg tersenarai dalam bursa malaysia. 2. Belajar baca financial statement syarikat yg dikeluarkan setiap suku tahun (income statement, balance sheet, cash flow) 3. Pahamkan financial2 ratios sekurang2nya ( EPS, PER , NTA, ROE, DER dan DY ), market capitalisation company, main share holder company, dll 4. Download reserach2 report dari research house atau dekat website bursa malaysa eResearch section. biasakan membaca research2 report nie. 5. Dari segi teknikal analysis yg paling basic sekurang2 nya tahu cara nak guna trendlines dan Moving averages utk mengenalpasti trend harga semasa sesuatu saham itu (menaik,menurun atau mendatar) dan jugak nak cari Pintu masuk dan Pintu Keluar. 6. Belajar juga mcmmana nak urus modal kite atau Money Management, ini sebenarnya simple aje..sebelum trading saham kenal pasti harga beli, potensi kerugian, potensi keuntungan, jumlah lot..semua ini catat dalam buku log(trading journal), mcm GF kata buat Trading Plan sebelum berdagang saham. cadang FixMaster beli buku 'I love Stock' by Pauline Yong - Penerangan basic mengenai stocks in malaysia conteks dan membaca dekat thread 'Mari Belajar Bermain Saham Bersama GF' harap membantu.sekian

Written on 23 December 2010 at 14:58 by 81cents

Asas Saham: Apa itu IPOFiled under Jom Buat Duit @ Money Investment, Saham6 comments

Sesekali ketika keluarkan duit dari ATM Maybank, aku ade perasan pada slip ATM tu akan tercetak tentang langganan IPO melalui ATM Maybank. Ape la gamakne IPO ni ye? aku macam ade tercium bau untuk buat duit kat sini $$$$..hehee..

Dan ini adalah jawapan yang aku dapat:

Bagi sesebuah syarikat yang ingin menawarkan sahamnya kepada umum dan ingin tersenarai di Bursa Malaysia untuk buat pertama kalinya, syarikat tersebut akan membuat tawaran saham sulungnya kepada orang ramai. Tawaran saham yang sulung atau yang pertama kali ini dikenali sebagai Initial Public Offering atau singkatannya IPO.

Tujuan syarikat-syarikat ini menawarkan sahamnya kepada orang ramai adalah untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan lagi bisnes syarikat mereka.

Kebanyakkan syarikat-syarikat yang menawarkan IPO adalah syarikat baru dan mempunyai modal yang kecil. (Tetapi terdapat juga syarikat besar yang telah lama beroperasi dan ingin menempatkan syarikat mereka papan niaga di Bursa Malaysia).

IPO boleh dikategorikan sebagai saham yang berisiko tinggi. Dan bagi pelabur yang mengambil pendekatan Fundamental Analysis, mereka tidak akan memilih saham IPO ini, kecuali syarikat yang menawarkan IPO ini telah lama beroperasi dan mempunyai rekod kewangan yang baik untuk tempoh masa yang lama.

Semasa era kegemilangan saham di BSKL (dalam tahun 1980an), kebanyakan IPO mencatat lebihan langganan dan undian terpaksa dijalankan bagi menentukan siapa yang layak mendapat langganan IPO ini.

Pada waktu itu, kebiasaanya, harga tawaran saham IPO adalah lebih rendah berbanding harga apabila telah di senaraikan di Bursa Malaysia nanti..jadi para pelabur yang berjaya mendapatkan saham IPO ini akan mendapat keuntungan pantas. Mana tidaknya, harga tawaran saham IPO adalah rendah..bila saja saham diapungkan di kaunter, akibat lebihan permintaan, harga meningkat sehingga sekali ganda..wahaooo..siapa yang taknak untung pantas yang macam tu!

Tapi itu hanya berlaku pada tahun tersebut..semasa zaman market saham tengah booom..

Namun, adakah IPO masih lagi saham yang berpotensi tinggi sama seperti macam zaman 1980an dulu?..hmmm..extra homework untuk aku cari jawapannya..

Related posts:

1.

Asas Saham: Bagaimana saham wujud

2.

Asas Saham: Caj Urusniaga Saham

3.

Asas Saham: Maksud Saham

4.

Written on 11 January 2011 at 16:07 by 81cents

Written on 7 April 2011 at 22:36 by 81cents

Asas Saham: Bagaimana Nak Beli dan Jual SahamFiled under Jom Buat Duit @ Money Investment, Saham5 comments

Cerita pasal nak buka akaun CDS dan Trading akaun telah diceritakan sebelum ni. Destinasi seterusnya adalah bagaimana untuk kita beli dan jual saham pula.

Secara ringkasnya, 4 proses terlibat.

1. Deposit duit

2. Periksa harga saham

3. Buy Order

4. Sell Order

Tu je..ringkas dan senang.

Eheeheee..baca memang le senang. Tapi realiti sebenarnya, bukan senang nak cari pintu masuk (beli)..dan bukan mudah dan cari pintu keluar (jual).

Tapi post kali ni bukan nak cerita pasal nak cari pintu masuk atau pintu keluar ..post kali hanya nak cerita pasal langkah-langkah untuk kita beli dan jual saham je dulu.

1. Deposit duit

Bila dah buka akaun CDS dan juga Trading account, apa yang perlu kita buat seterusnya adalah mendepositkan duit ke dalam akaun Trust kita (Trust account = Trading account). Berapa banyak duit nak deposit, bergantung kepada kita.

Duit ini akan digunakan untuk membeli saham. Jadi, secara matematiknya, jumlah yang dimasukkan mestilah mencukupi untuk membeli saham yang kita hendak beli + kos-kos terlibat yang lain (brokerage fee, clearing fee, stamp duty).

Kalau nak deposit lebih pun boleh. Selalunya, syarikat broker akan memberikan faedah ke atas amaun duit yang kita depositkan ke dalam account Trust kita tu..sama macam kalau kita deposit duit dalam saving account kat bank-bank biasa.

Jadi, kalau kita tak gunakan duit yang kita depositkan tadi tu untuk beli saham pun, kita masih akan dapat sedikit keuntungan atas % faedah yang syarikat broker bagi. Dan kelebihan berbanding bank biasa, faedah tu akan diberi setiap bulan dan akan dikreditkan terus ke dalam Trust account kita.

Cara untuk depositkan duit ke dalam Trust account adalah bergantung kepada syarikat broker masing-masing. Lazimnya, deposit boleh dibuat melalui cek, cash atau melalui internet banking (Maybank2u, CIMBClicks, etc).

2. Periksa harga saham

Waktu urusniaga Bursa Malaysia adalah dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Hari cuti bagi Bursa Malaysia bergantung kepada hari cuti bagi Wilayah Persekutuan. Ini bermaksud, jika Wilayah Persekutuan bercuti, maka Bursa Malaysia juga tidak berurusniaga.

Waktu urusniaga bagi Bursa Malaysia dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi (9.00 pagi (2.30 petang hingga 5.00 petang).

12.30 tengah hari) dan sesi petang

Sekarang ni, terdapat banyak cara untuk kita memeriksa harga saham di BSKL. Secara ringkasnya, ia boleh dibahagikan kepada 2 cara iaitu:

1. Offline

Pelabur perlu menghubungi remiser atau dealer representative melalui telefon untuk memeriksa harga saham.

2. Online

Pelabur boleh memeriksa harga saham melalui internet ataupun melalui telefon bimbit.

Antara laman web yang kita boleh lawat untuk memeriksa harga saham adalah seperti Bursa Malaysia dan The Star Online. Walaubagaimanapun, laman web ini selalunya akan memaparkan harga yang bukan yang terkini. Selalunya harga yang dipaparkan adalah lewat 5 hinga 15 minit dari harga di pasaran sebenar.

Sekiranya syarikat broker anda ada menawarkan khidmat online trading, anda akan mendapat ID dan juga password (setelah mendaftar akaun CDS dan Trading account dengan mereka) yang mana ianya akan digunakan untuk mengakses trading interface mereka.

Trading interface adalah medium terbaik untuk mendapatkan harga pada real-time (harga sebenar di Bursa Malaysia) kerana harga yang dipaparkan ini adalah live dan tiada lagging (kelewatan).

Sebagai memenuhi keperluan pelanggan, terdapat sesetengah syarikat broker yang menyediakan perkhidmatan trading interface yang boleh digunakan melalui telefon bimbit (dikenali sebagaimobile trading).

3. Buy Order

Terdapat 2 cara untuk kita place order bagi sesuatu saham:

1. Offline

Pelabur perlu menghubungi remiser atau dealer representative melalui telefon untuk membuat buy order. Remiser atau

dealer representative ini akan key-in order kita berdasarkan harga dan bilangan unit saham yang kita kehendaki ke dalam sistem dan akan dihantar terus ke Bursa Malaysia.

Selalunya, remiser atau dealer representative ini akan memaklumkan kepada kita jika order kita telah match atau berjaya.

Perlu diingat, caj brokerage bagi offline trading ini adalah berkali ganda lebih mahal berbanding online trading.

2. Online

Pelabur perlu mengakses trading interface yang disediakan oleh syarikat broker dan membuat sendiri buy order dengan

memasukkan segala data berkaitan harga yang dipilih dan bilangan unit saham yang dikehendaki.

Order yang dibuat tadi kemudiannya akan dihantar ke sistem komputer syarikat broker, sebelum ianya dihantar ke sistem komputer Bursa Malaysia. Kita akan mengetahui status order kita melalui trading interface tadi.

Jadi, untuk itu, pelabur memerlukan khidmat internet dan keperluan IT seperti laptop/PC dan software yang memenuhi keperluan spesifikasi yang syarikat broker tetapkan untuk mengakses trading interface mereka.

Proses yang sama berlaku jika kita menggunakan perkhidmatan Mobile Trading melalui telefon bimbit kita (jika syarikat broker anda ada menyediakan perkhidmatan ini).

Proses belian saham tidak semestinya berjaya pada setiap kali kita buat order. Setiap buy order mempunyai validity atau sah laku selama 1 hari sahaja. Sekiranya buy order yang dibuat buat tidak berjaya pada hari tersebut, secara automatiknya, buy order tersebut akan terbatal pada akhir sesi urusniaga pada jam 5.00 petang.

Jika ingin mencuba lagi ke esokkan harinya, buy order yang baru perlu dibuat. Langkah yang sama perlu diulangi dari awal seperti membuat buy order yang baru.

4. Sell Order

Setelah berjaya mendapatkan saham yang di ingini melalui step 3 tadi, sekarang kita boleh menjualnya pada bila-bila masa, mengikut citarasa kita, pada waktu urusniaga yang telah dinyatakan dalam step 2 tadi.

Kita boleh jual, sejurus

saja

kita berjaya beli

saham

tadi..atau

nak hold saham

tu dulu

sehingga 2

hari..5

hari..seminggu..sebulan..setahun..10 tahun..terpulang kepada kita.

Proses jualan adalah sama seperti step 2 dan 3 tadi. Kita perlu memeriksa harga saham terkini dan decide pada harga berapa kita ingin jual semula saham kita tadi. Kita boleh jual sebahagian saham kita atau kesemuanya, tertakluk kepada syarat minimum 100 unit.

Sell order bagi sesuatu saham tidak semestinya akan berjaya pada setiap kali kita buat order. Sama seperti buy order, sell order juga mempunyai validity selama 1 hari dan akan berakhir pada akhir urusniaga pada jam 5.00 petang. Selepas itu, sell order tadi akan terbatal dan sell order yang baru perlu dibuat pada ke esokkan harinya jika ingin mencuba untuk menjual saham tadi.

Untuk setiap order yang berjaya (buy dan sell), syarikat broker anda akan menghantar contract note kepada anda yang mencatatkan segala detail berkenaan harga belian/jualan dan segala caj yang terlibat dalam urusniaga tadi.

Dahulu, contract note ini akan dihantar ke alamat rumah anda..tetapi baru-baru ini, sejak pengenalan kepada e-contract, semua contract note tidak lagi dihantar secara hardcopy ke alamat rumah anda, sebaliknya ianya di hantar melalui email sahaja.

Written on 22 April 2011 at 15:48 by 81cents

Asas Saham: Market Capitalisation & Kategori SahamFiled under Jom Buat Duit @ Money Investment, Sahamno comments

Market capitalisation dalam kamus membawa maksud; anggaran nilai pasaran sesuatu syarikat atau saham. Ia adalah ukuran size bisnes syarikat saham tersebut.

Secara mudahnya, market capitalisation melambangkan kekuasaan sesuatu syarikat atau saham. Lagi besar nilai market capitalisation sesebuah syarikat tu, lagi teguh dan stabil syarikat tu. Secara tak langsung, tempat yang selamat untuk aku melabur.

Selamat

kat

sini

bukanlah

bermaksud

ianya

mampu

menjamin

keuntungan..tapi

selamat

dari

saham

itu

daripada delisted ( ditendang keluar ) dari papan Bursa Malaysia.

Syarikat saham yang mempunyai market capitalisation yang tinggi susah untuk terus bankrap dan tutup kedai ..walaupun semasa kegawatan ekonomi. Syarikat mungkin mengalami kerugian, tetapi masih boleh survive. Ini adalah antara kriteria utama, bila aku nak pilih saham.

Secara matematik, formula untuk dapatkan nilai market capitalisation adalah:

Market Capitalisation = Share Price x Number of shares outstanding

Sebagai contoh;

Jika sebuah syarikat A mempunyai 10 juta share outstanding, dengan harga sahamnya bernilai RM5 seunit, maka market capitalisation syarikat tersebut adalah;

RM5 x 10 juta outstanding saham = RM50 juta.

Di Bursa Malaysia, top 5 syarikat yang mempunyai market capitalisation terbesar adalah (data sehingga Jan 2011):

1.

CIMB Group Holding Berhad

RM66.59 billion

2.

Maybank Berhad

RM65.97 billion

3.

Sime Darby Berhad

RM56.49 billion

4.

Petronas Chemical Berhad

RM47.36 billion

5.

Genting Group

RM41.96 billion

Kategori Saham

Berdasarkan market capitalisation yang diceritakan di atas tadi, saham-saham dikelaskan kepada:

1.

Large-Cap Stocks

Istilah Cap adalah merujuk kepada perkataan capitalisation. Large-Cap Stocksadalah saham-saham yang mempunyai nilai market capitalisation melebihi $10 billion.

Large-Cap Stocks lazimnya tergolong dalam kategori saham blue-chip. Selalunya, syarikat-syarikat yang tergolong dalam kategori large-cap stocks ini akan memberikan dividen secara konsisten kepada para pemegang sahamnya.

Oleh yang demikian, pelabur-pelabur yang menggunakan strategi pelaburan jangka panjang selalunya akan memilih untuk melabur dalam saham-saham kategori ini.

Selain itu, large-cap stocks juga biasaanya menjadi pilihan kepada pelabur-pelabur institusi kerana saham-saham kategori ini mempunyai sifat liquidity (atau dalam bahasa pasar ; senang untuk dibeli, senang untuk dijual berminat). kerana ramai pelabur yang

2.

Mid-Cap Stocks

Mid-Cap adalah singkatan kepada perkataan middle capitalisation . Mid-cap stocks adalah saham-saham yang mempunyai nilai market capitalisation diantara$1 billion hingga $10 billion.

Syarikat-syarikat yang tergolong dalam mid-cap stocks ini biasanya telah lama beroperasi dan mempunyai rekod prestasi kewangan yang baik. Seperti large-cap stocks, mid-cap stocks juga selalunya membayar dividen kepada para pemegang sahamnya. Bezanya, nilai market capitalisationnya lebih rendah dari large-cap stocks.

3.

Small-Cap Stocks

Small-Cap Stocks adalah saham-saham yang mempunyai nilai market capitalisation yang kurang dari $1 billion. Kebanyakkan saham-saham yang tergolong dalam small-cap stocks ini adalah saham syarikat-syarikat yang baru dalam industri tetapi mempunyai potensi untuk berkembang.

Syarikat-syarikat ini selalunya tidak membayar dividen kepada para pemegang sahamnya. Ini kerana keuntungan syarikat yang diperolehi akan digunakan untuk mengembangkan lagi syarikat dan bukan untuk dibahagi-bahgikan kepada pemegang sahamnya.

Selain dari 3 kategori di atas, yang dikategorikan berdasarkan market capitalisation, terdapat juga kategori saham lain yang selalu orang sebut-sebut. Antaranya:

1. Blue Chip Stocks

Blue-chip stocks terkenal kerana saham-saham jenis ini adalah dari syarikat-syarikat yang telah lama beroperasi, mempunyai nama dan stabil.

Perkataan blue-chip itu sendiri diambil dari permainan poker dimana chip yang mempunyai nilai tertinggi adalah chip yang berwarna biru atau blue chip.

Antara contoh saham blue chip bagi large-cap stocks seperti Tenaga, Sime Darby dan Maybank. Manakala contoh blue chip bagi mid-cap stocks adalah seperti Tan Chong.

2. Growth Stocks

Growth Stocks adalah saham dari syarikat-syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan bisnes yang pesat. Biasanya, syarikatsyarikat ini mempunyai kadar pertumbuhan bisnes yang lebih tinggi berbanding kadar purata pertumbuhan pasaran syarikat biasa.

Antara contoh saham growth stocks adalah saham dari syarikat-syarikattechnology dan bio-tech.

3. Penny Stocks

Penny Stocks adalah saham-saham yang harganya bernilai dibawah par value mereka sendiri. Harganya yang rendah ini mungkin disebabkan syarikat tidak menjana keuntungan dan mengalami kerugian dalam operasi perniagaannya. Oleh itu, hatihati..kebanyakkan saham-saham ini dikategorikan sebagai berisiko tinggi. Terdapat kemungkinan syarikat-syarikat dari kategori ini mungkin delisted daripada papan Bursa Malaysia.

Tapi orang kata, high risk..high gain. Kalau tak kisah duit melayang, boleh la beli saham jenis ni. Boleh dapat untung besar kalau harga sahamnya dah naik nanti. Tapi aku..tak berani..

4. Defensive Stocks

Defensive Stocks adalah saham-saham yang mempunyai kekebalan dari mengalami kesan akibat kemerosotan ekonomi. Sahamsaham dalam kategori ini adalah stabil dan tidak banyak terjejas kerana operasi syarikat tidak bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

Permintaan terhadap produk mereka sentiasa ada dan stabil tidak kira apa yang berlaku pada ekonomi semasa. Contohnya macam saham-saham dari counter oil,food dan medical. Walaupun ekonomi jatuh, orang masih lagi beli makanan..isi minyak kereta dan pegi klinik bila sakit..cuma mungkin kurang sikit kekerapannya..

Written on 7 January 2011 at 16:53 by 81cents

Asas Saham: Bagaimana Untuk Melabur di BSKLFiled under Jom Buat Duit @ Money Investment, Saham18 comments

Untuk memulakan pelaburan saham di BSKL, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:

1. Buka Trading Account

i. Pelabur perlu membuka Trading Account dengan syarikat broker saham atau Participating Organisation (PO) yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

ii. Senarai syarikat broker yang berdaftar dengan Bursa Malaysia boleh didapati di laman web Bursa Malaysia.

ii. Pelabur perlu pergi ke pejabat syarikat broker ini bagi proses pendaftaran. (Terdapat beberapa dokumen yang perlu pengesahan dari pelabur..jadi kene datang ke pejabat mereka).

* ade juga syarikat broker yang menawarkan pendaftaran secara online..tetapi pelabur perlu mendapat pengesahan dokumen dari Notary Public.

2. Pilih sama ada nak Direct account atau Nominee Account.

i. Nominee Account

pelabur melantik syarikat broker sebagai wakil untuk memegang saham bagi pihak pelabur.

ii. Direct Account

Pelabur sendiri yang memegang saham yang dibeli.

3. Pilih sama ada nak Cash Upfront atau Collateralised Account.

i. Cash Upfront

1. Had pelaburan bergantung kepada jumlah wang yang ada di dalam trust account. Contoh: jika pelabur mempunyai RM5,000 dalam trust account, dia hanya boleh membeli saham dengan had tidak melebihi daripada RM5,000 (termasuk kos broker, stamp fee,etc) .

2. Kelebihan

brokerage fee yang dikenakan lebih rendah.

ii. Collateralised Account

1. Had pelaburan tidak terhad kepada jumlah wang yang ada dalam trust account. Pelabur dibenarkan untuk membeli saham melebihi had wang yang ada dalam trust account. Had yang diberi adalah bergantung kepada kelulusan atau tawaran dari syarikat broker. Kebanyakannya lebih dari 2 kali ganda dari wang yang ada dalam trust account.

2. Contohnya: Kasim mempunyai RM5,000 dalam trust account nya. Beliau dibenarkan untuk membeli saham sehingga had RM10,000.

3. Selain wang tunai dalam trust account, saham-saham yang dimiliki juga boleh dijadikan collateral (gadaian) untuk meningkatkan had pelaburan.

4. Pilih sama ada nak melabur secara Online atau Offline.

i. Offline trading

1. Pelabur kene menghubungi remiser untuk beli dan jual saham.

2. Caj broker yang lebih mahal

ii. Online trading

1. Pelabur akan menggunakan kemudahan internet untuk urusniaga (belian atau jualan) saham tanpa melibatkan remiser.

2. Caj broker yang lebih murah.

5. Buka CDS account.

i. Syarikat broker tempat kita buka trading account tadi akan bantu kita untuk buka CDS account.

ii. CDS = Central Depository System. Ia adalah akaun elektronik yang diuruskan oleh Bursa Depository atau juga dikenali sebagai Malaysian Central Depository.

iii. CDS akaun adalah akaun dimana saham yang dibeli disimpan secara elektronik di sini.

iv. Satu CDS akaun untuk satu trading akaun. Jika ade 2 trading akaun, kene buka 2 CDS akaun.. dan begitulah seterusnya.

v. Pelabur perlu:

1. Isi borang CDS Opening Account Form (FMN01).

2. Tandatangani 2 salinan specimen card.

3. Beri salinan kad pengenalan.

4. Bayar fee RM10. (ade sesetengah syarikat broker yang absorb fee ni).

6. Bila dah lengkap semua step diatas, boleh lah start beli saham.

Written on 7 April 2011 at 22:36 by 81cents

Asas Saham: Bagaimana Nak Beli dan Jual SahamFiled under Jom Buat Duit @ Money Investment, Saham5 comments

Cerita pasal nak buka akaun CDS dan Trading akaun telah diceritakan sebelum ni. Destinasi seterusnya adalah bagaimana untuk kita beli dan jual saham pula.

Secara ringkasnya, 4 proses terlibat.

1. Deposit duit

2. Periksa harga saham

3. Buy Order

4. Sell Order

Tu je..ringkas dan senang.

Eheeheee..baca memang le senang. Tapi realiti sebenarnya, bukan senang nak cari pintu masuk (beli)..dan bukan mudah dan cari pintu keluar (jual).

Tapi post kali ni bukan nak cerita pasal nak cari pintu masuk atau pintu keluar ..post kali hanya nak cerita pasal langkah-langkah untuk kita beli dan jual saham je dulu.

1. Deposit duit

Bila dah buka akaun CDS dan juga Trading account, apa yang perlu kita buat seterusnya adalah mendepositkan duit ke dalam akaun Trust kita (Trust account = Trading account). Berapa banyak duit nak deposit, bergantung kepada kita.

Duit ini akan digunakan untuk membeli saham. Jadi, secara matematiknya, jumlah yang dimasukkan mestilah mencukupi untuk membeli saham yang kita hendak beli + kos-kos terlibat yang lain (brokerage fee, clearing fee, stamp duty).

Kalau nak deposit lebih pun boleh. Selalunya, syarikat broker akan memberikan faedah ke atas amaun duit yang kita depositkan ke dalam account Trust kita tu..sama macam kalau kita deposit duit dalam saving account kat bank-bank biasa.

Jadi, kalau kita tak gunakan duit yang kita depositkan tadi tu untuk beli saham pun, kita masih akan dapat sedikit keuntungan atas % faedah yang syarikat broker bagi. Dan kelebihan berbanding bank biasa, faedah tu akan diberi setiap bulan dan akan dikreditkan terus ke dalam Trust account kita.

Cara untuk depositkan duit ke dalam Trust account adalah bergantung kepada syarikat broker masing-masing. Lazimnya, deposit boleh dibuat melalui cek, cash atau melalui internet banking (Maybank2u, CIMBClicks, etc).

2. Periksa harga saham

Waktu urusniaga Bursa Malaysia adalah dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Hari cuti bagi Bursa Malaysia bergantung kepada hari cuti bagi Wilayah Persekutuan. Ini bermaksud, jika Wilayah Persekutuan bercuti, maka Bursa Malaysia juga tidak berurusniaga.

Waktu urusniaga bagi Bursa Malaysia dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi (9.00 pagi (2.30 petang hingga 5.00 petang).

12.30 tengah hari) dan sesi petang

Sekarang ni, terdapat banyak cara untuk kita memeriksa harga saham di BSKL. Secara ringkasnya, ia boleh dibahagikan kepada 2 cara iaitu:

1. Offline

Pelabur perlu menghubungi remiser atau dealer representative melalui telefon untuk memeriksa harga saham.

2. Online

Pelabur boleh memeriksa harga saham melalui internet ataupun melalui telefon bimbit.

Antara laman web yang kita boleh lawat untuk memeriksa harga saham adalah seperti Bursa Malaysia dan The Star Online. Walaubagaimanapun, laman web ini selalunya akan memaparkan harga yang bukan yang terkini. Selalunya harga yang dipaparkan adalah lewat 5 hinga 15 minit dari harga di pasaran sebenar.

Sekiranya syarikat broker anda ada menawarkan khidmat online trading, anda akan mendapat ID dan juga password (setelah mendaftar akaun CDS dan Trading account dengan mereka) yang mana ianya akan digunakan untuk mengakses trading interface mereka.

Trading interface adalah medium terbaik untuk mendapatkan harga pada real-time (harga sebenar di Bursa Malaysia) kerana harga yang dipaparkan ini adalah live dan tiada lagging (kelewatan).

Sebagai memenuhi keperluan pelanggan, terdapat sesetengah syarikat broker yang menyediakan perkhidmatan trading interface yang boleh digunakan melalui telefon bimbit (dikenali sebagaimobile trading).

3. Buy Order

Terdapat 2 cara untuk kita place order bagi sesuatu saham:

1. Offline

Pelabur perlu menghubungi remiser atau dealer representative melalui telefon untuk membuat buy order. Remiser atau

dealer representative ini akan key-in order kita berdasarkan harga dan bilangan unit saham yang kita kehendaki ke dalam sistem dan akan dihantar terus ke Bursa Malaysia.

Selalunya, remiser atau dealer representative ini akan memaklumkan kepada kita jika order kita telah match atau berjaya.

Perlu diingat, caj brokerage bagi offline trading ini adalah berkali ganda lebih mahal berbanding online trading.

2. Online

Pelabur perlu mengakses trading interface yang disediakan oleh syarikat broker dan membuat sendiri buy order dengan

memasukkan segala data berkaitan harga yang dipilih dan bilangan unit saham yang dikehendaki.

Order yang dibuat tadi kemudiannya akan dihantar ke sistem komputer syarikat broker, sebelum ianya dihantar ke sistem komputer Bursa Malaysia. Kita akan mengetahui status order kita melalui trading interface tadi.

Jadi, untuk itu, pelabur memerlukan khidmat internet dan keperluan IT seperti laptop/PC dan software yang memenuhi keperluan spesifikasi yang syarikat broker tetapkan untuk mengakses trading interface mereka.

Proses yang sama berlaku jika kita menggunakan perkhidmatan Mobile Trading melalui telefon bimbit kita (jika syarikat broker anda ada menyediakan perkhidmatan ini).

Proses belian saham tidak semestinya berjaya pada setiap kali kita buat order. Setiap buy order mempunyai validity atau sah laku selama 1 hari sahaja. Sekiranya buy order yang dibuat buat tidak berjaya pada hari tersebut, secara automatiknya, buy order tersebut akan terbatal pada akhir sesi urusniaga pada jam 5.00 petang.

Jika ingin mencuba lagi ke esokkan harinya, buy order yang baru perlu dibuat. Langkah yang sama perlu diulangi dari awal seperti membuat buy order yang baru.

4. Sell Order

Setelah berjaya mendapatkan saham yang di ingini melalui step 3 tadi, sekarang kita boleh menjualnya pada bila-bila masa, mengikut citarasa kita, pada waktu urusniaga yang telah dinyatakan dalam step 2 tadi.

Kita boleh jual, sejurus

saja

kita berjaya beli

saham

tadi..atau

nak hold saham

tu dulu

sehingga 2

hari..5

hari..seminggu..sebulan..setahun..10 tahun..terpulang kepada kita.

Proses jualan adalah sama seperti step 2 dan 3 tadi. Kita perlu memeriksa harga saham terkini dan decide pada harga berapa kita ingin jual semula saham kita tadi. Kita boleh jual sebahagian saham kita atau kesemuanya, tertakluk kepada syarat minimum 100 unit.

Sell order bagi sesuatu saham tidak semestinya akan berjaya pada setiap kali kita buat order. Sama seperti buy order, sell order juga mempunyai validity selama 1 hari dan akan berakhir pada akhir urusniaga pada jam 5.00 petang. Selepas itu, sell order tadi akan terbatal dan sell order yang baru perlu dibuat pada ke esokkan harinya jika ingin mencuba untuk menjual saham tadi.

Untuk setiap order yang berjaya (buy dan sell), syarikat broker anda akan menghantar contract note kepada anda yang mencatatkan segala detail berkenaan harga belian/jualan dan segala caj yang terlibat dalam urusniaga tadi.

Dahulu, contract note ini akan dihantar ke alamat rumah anda..tetapi baru-baru ini, sejak pengenalan kepada e-contract, semua contract note tidak lagi dihantar secara hardcopy ke alamat rumah anda, sebaliknya ianya di hantar melalui email sahaja.

5.Asas Saham: CDS account6.Filed under Sahamno comments

7.8.

Maklumat berkenaan CDS (Central Depository System) account: 1. Langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu boleh melabur dalam pasaran saham adalah dengan membuka trading account di Participating Organisation (syarikat broker atau investment bank) yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

9.

2. Dalam pada masa yang sama, kita juga akan diminta untuk membuka CDS account. Akaun CDS adalah akaun yang diuruskan oleh Bursa Depositories Sdn Bhd yang mana syarikat ini akan menjalankan segala urusan keluar dan masuk saham.

10. 11. 3. Bursa Depositories adalah anak syarikat (subsidiary) kepada Bursa Malaysia Berhad. Bursa Depositories Sdn Bhd ini juga dikenali sebagai Malaysian Central Depository. 12. 4. Bagaimana CDS account berfungsi?: 13. Apabila kita membeli saham DIALOG sebanyak 1000 unit di BSKL, pada T+2 Bursa Depositories Sdn Bhd akan mengeluarkan 1000 unit saham DIALOG tadi dari akaun CDS si penjual, dan memasukkannya ke dalam akaun CDS kita. 14. Saham DIALOG sebanyak 1000 unit ini akan terus berada di dalam akaun CDS kita selagi kita tidak menjualnya. 15. Andainya kita menjual saham DIALOG tadi, Bursa Depositories Sdn Bhd akan mengeluarkan saham ini (mengikut kuantiti yang kita jual) dan memasukkannya ke dalam akaun CDS si pembeli. 16. 5. Bursa Depositories Sdn Bhd juga bertanggungjawap menguruskan sebarang bonus issue atau share split yang diberi oleh sesebuah syarikat kepada pemegang sahamnya. 17. 6. Pemegang saham akan mendapat penyata bulanan bagi semua transaksi jual-beli saham sebulan sekali. Penyata bulanan ini akan diposkan kepada pemegang akaun. 18. 7. Sekiranya tiada sebarang transaksi urusniaga saham dalam tempoh masa sebulan, penyata akan dihantar secara 6 bulan sekali. 19. 8. CDS akaun mempunyai 2 jenis akaun: 20. a. Direct Account 21. b. Nominee Account 22. 9. Oleh kerana CDS akaun dibuka pada masa yang sama ketika kita membuka trading account, maka Participating Organisation akan menguruskan segala urusan untuk membuka akaun CDS ini. 23. 10. Perkara yang perlu dilakukan untuk membuka akaun CDS: 24. 1. Isi borang CDS Opening Account Form (FMN01). 25. 2. Tandatangani 2 salinan specimen card. 26. 3. Beri salinan kad pengenalan. 27. 4. Bayar fee RM10. (ade sesetengah syarikat broker yang absorb fee ni).

28. 5. Satu CDS akaun untuk satu trading akaun. Jika ade 2 trading akaun, kene buka 2 CDS akaun.. dan begitulah seterusnya. 29. Written on 22 December 2010 at 10:04 by 81cents

30.

Asas Saham: Caj Urusniaga Saham

31. Filed under Jom Buat Duit @ Money Investment, Saham8 comments

32. Nota ni aku sengaja buat sebab walaupun dah acap kali aku berurusniaga jual-beli saham, aku masih lagi kadang-kadanglupa macam mane nak kira caj-caj yang dikenakan semasa jual-beli saham.

33. Pengiraan caj ini amat penting kerana kita perlu mengetahui berapa banyak kos modal yang telah kita telah keluarkan semasa membeli dan menjual saham. Bila dah tahu kos modal keseluruhan, barulah senang untuk kita kira berapa untung bersih selepas proses jual-beli saham.

34. Berikut adalah caj-caj yang dikenakan semasa proses beli dua proses jual dan beli saham).

DAN jual saham..(yup..kita akan dikenakan caj untuk kedua-

35. 36.

1. Yuran broker (Brokerage fee) atau brokerage commission:

37. a. Nilainya bergantung kepada syarikat broker (atau bank jika melabur guna khidmat bank). Ada yang caj murah, ade yang caj mahal. Contohnya:

38. Syarikat Syarikat Syarikat broker C

broker broker

A B

0.42% 0.2% or

or

minimum minimum

RM12 RM8

0.1% or minimum RM8

39. Secara umumnya nilai brokerage fee di Malaysia maksimum 0.7% dari nilai saham.

40. b. Intraday trading

41. Jika urusniaga dilakukan secara intraday (beli dan jual saham yang sama dalam hari yang sama), brokerage fee yang dikenakan akan lebih murah.

42. c. Urusniaga online

43. Jika urusniaga dilakukan secara online, brokerage fee yang dikenakan adalah lebih murah.

44. Berikut adalah contoh brokerage fee yang dikenakan oleh Jupiter Securities:

Online

Cash Upfront

Collateralised

Offline (gunakan remiser untuk place order)

Overnight Brokerage Rate

Contract value more than RM 50k = 0.05%

Contract Value more than RM100k = 0.20%

Contract Value Contract Value RM50k or Less RM100k or Less = 0.10%* = 0.30%Intra-day Brokerage rate Minimum Brokerage 0.05% or RM10* 0.05% or RM12*

Contract Value RM100k or Less = 0.60%; Contract Value more than RM100k = 0.30%

0.15% or RM40*

RM10*

RM12*

RM40*

45. Disclaimer: Jadual diatas adalah sebagai rujukan untuk pemahaman sahaja. Maklumat lanjut perlu diperolehi dari syarikat berkenaan.

46.

2. Contract stamp fee:

47. Nilainya bergantung kepada jumlah harga saham yang dibeli.

48. < RM 1,000.00

> RM1

49. < RM2,000.00

> RM2

50. < RM3,000.00

> RM3

51. dan seterusnya..

52.

3. Clearing fee:

53. Caj yang dikenakan adalah 0.03% dari jumlah nilai urusniaga saham.

54. Nota tambahan: Jika terdapat lebih dari 1 urusniaga (jual atau beli) yang melibatkan saham yang sama dalam hari yang sama, caj yang dikenakan hanya sekali sahaja. Contoh:

55. Pada 24 Disember, Leman telah membeli saham KNM ;

56. 10.30 am : beli 1000 unit

57. 11.45 am: beli lagi 4000 unit

58. 3.00 pm : beli lagi 1500 unit

59. Jumlah unit saham yang dibeli = 1000 + 4000 + 1500 = 6500 unit saham. Jadi Leman hanya kan dikenakan caj belian sekali sahaja iaitu berdasarkan 6500 unit saham dan bukan nye 3 kali caj.

60. Berikut adalah contoh case study..belajar matematik macam mana nak kira.

61. Contoh pengiraan: (anda boleh download kalkulator saham disini)

62. Beli saham KPJ sebanyak 4,000 unit pada harga RM1.80. Urusan beli saham melalui online menggunakan rate Jupiter Securities seperti diatas: