lembaga minyak sawit malaysia - mpob.gov.my · pdf file6. penolong juruukur ... peperiksaan...

8
LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Malaysian Palm Oil Board (MPOB) www.mpob.gov.my Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan-jawatan bertaraf Tetap & Kontrak seperti berikut: BIL JAWATAN GRED GAJI MINIMUM (RM) MAKSIMUM (RM) 1. JURUTERA J41 2,360.00 8,743.00 2. JURUUKUR BAHAN J41 2,360.00 8,743.00 3. PEGAWAI TADBIR N41 1,911.00 8,646.00 4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29 1,746.00 5,104.00 5. PENOLONG JURUTERA JA29 1,418.00 5,121.00 6. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29 1,418.00 5,121.00 7. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q27 1,365.00 5,096.00 8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 1,362.00 5,092.00 9. PEMBANTU PENYELIDIK Q17 931.00 3,379.00 10. PEMBANTU AKAUNTAN W17 929.00 3,377.00 11. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17 928.00 3,375.00 12. PEMBANTU OPERASI N11 802.00 2,663.00 13. PEMANDU KENDERAAN H11 837.00 2,619.00 14. PEMBANTU AWAM H11 837.00 2,619.00 A. GAJI DAN ELAUN Penetapan gaji permulaan : Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon. Elaun : Seperti berikut: ELAUN/RM GRED J41/N41 F29/JA29/ Q27/N27 Q17/W17 /N17 N11/H11 Imbuhan Tetap Perumahan 250 180 180 180 Imbuhan Tetap Khidmat Awam 300 160 115 95 Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150 – RM300 (Tertakluk kepada penempatan) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) sebanyak 5% daripada gaji pokok bagi jawatan Jurutera/Juruukur Bahan

Upload: vannhan

Post on 07-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF file6. PENOLONG JURUUKUR ... peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; ... seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama

LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA

Malaysian Palm Oil Board (MPOB) www.mpob.gov.my

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat

di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan-jawatan bertaraf Tetap & Kontrak seperti berikut:

BIL JAWATAN GRED

GAJI

MINIMUM (RM)

MAKSIMUM (RM)

1. JURUTERA J41 2,360.00 8,743.00

2. JURUUKUR BAHAN J41 2,360.00 8,743.00

3. PEGAWAI TADBIR N41 1,911.00 8,646.00

4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI

MAKLUMAT F29 1,746.00 5,104.00

5. PENOLONG JURUTERA JA29 1,418.00 5,121.00

6. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29 1,418.00 5,121.00

7. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q27 1,365.00 5,096.00

8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 1,362.00 5,092.00

9. PEMBANTU PENYELIDIK Q17 931.00 3,379.00

10. PEMBANTU AKAUNTAN W17 929.00 3,377.00

11. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17 928.00 3,375.00

12. PEMBANTU OPERASI N11 802.00 2,663.00

13. PEMANDU KENDERAAN H11 837.00 2,619.00

14. PEMBANTU AWAM H11 837.00 2,619.00

A. GAJI DAN ELAUN

Penetapan gaji permulaan : Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon. Elaun : Seperti berikut:

ELAUN/RM

GRED

J41/N41 F29/JA29/

Q27/N27

Q17/W17

/N17

N11/H11

Imbuhan Tetap Perumahan 250 180 180 180

Imbuhan Tetap Khidmat Awam 300 160 115 95

Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150 – RM300 (Tertakluk kepada penempatan)

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) sebanyak 5% daripada gaji pokok bagi jawatan Jurutera/Juruukur Bahan

Page 2: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF file6. PENOLONG JURUUKUR ... peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; ... seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama

Siaran iklan pada 11 – 25 November 2014

2

B. KELAYAKAN / PENGALAMAN BEKERJA

JAWATAN 1 – JURUTERA

Kelayakan:

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Pengkhususan:

Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Elektrik / Kejuruteraan Awam

Keutamaan:

Calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.

JAWATAN 2 – JURUUKUR BAHAN

Kelayakan:

Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Pengkhususan:

Ukur Bahan

Keutamaan:

Calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja berkaitan pra-kontrak dan pasca kontrak.

JAWATAN 3 - PEGAWAI TADBIR

Kelayakan :

Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh

kerajaan.

BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN & PEMBANGUNAN

Bidang Pengkhususan:

Pentadbiran Awam / Ekonomi / Kewangan / Pembangunan Manusia /Sains Pengurusan / Pentadbiran Perniagaan.

Keutamaan:

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bersedia bertugas di luar pejabat.

Page 3: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF file6. PENOLONG JURUUKUR ... peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; ... seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama

Siaran iklan pada 11 – 25 November 2014

3

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KHIDMAT KORPORAT

Bidang Pengkhususan:

Sains Pengurusan / Pentadbiran Perniagaan/ Komunikasi/ Sains/Kejuruteraan atau Teknikal

Keutamaan:

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta bersedia bertugas di luar pejabat/ luar waktu pejabat. Boleh menulis makalah/ berita/ laporan

dll dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris dengan baik. Berwatakan yang menarik dan bersikap positif, serta boleh bekerja dalam keadaan tertekan dan pengawasan yang minima.

BAHAGIAN PELESENAN & PENGUATKUASAAN

Kelayakan :

Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.

Bidang Pengkhususan :

Pengurusan / Pentadbiran Perniagaan / Pentadbiran Awam / Pengkomputeran

Keutamaan:

Calon mestilah mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam penganalisaan data melalui tesis atau kajian kes

tahun akhir di Institusi-Institusi pengajian tinggi. Calon yang berpengalaman akan diberikan keutamaan dan mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerís.

Kelayakan :

Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh

kerajaan.

Bidang Pengkhususan :

Undang-Undang

Keutamaan:

Calon yang berpengalaman akan diberikan keutamaan dan mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerís.

JAWATAN 4 - PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kelayakan:

Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Page 4: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF file6. PENOLONG JURUUKUR ... peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; ... seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama

Siaran iklan pada 11 – 25 November 2014

4

JAWATAN 5 - PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL/AWAM)

Kelayakan:

Sijil dalam bidang kejuruteraan Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada

politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

Diploma dalam bidang Kejuruteraan Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan

daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Keutamaan:

Keutamaan kepada calon Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal/Kejuruteraan Awam yang mempunyai

sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja kerja-kerja penyelenggaraan bangunan atau kerja berkaitan pra-kontrak dan pasca kontrak.

JAWATAN 6 - PENOLONG JURUUKUR BAHAN

Kelayakan:

(i) Sijil dalam bidang Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Diploma dalam bidang Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi

pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Keutamaan:

Calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Ukur Bahan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja

berkaitan pra-kontrak dan pasca kontrak.

JAWATAN 7 - PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK

Kelayakan:

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Ilmu Sains; atau

(Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai 5 Prinsipal).

(ii) Diploma dalam bidang Sains/Sains Biologi / Kimia Industri / Pertanian / Sains Pertanian / Perhutanan / Alam Sekitar Pengurusan Ladang/Perniagaan Tani / Teknologi Makanan / Ekonomi Pertanian / Mikrobiologi/

Kimia Alam Sekitar / Kimia Analisis / Biokimia / Sains Biologi / Pengurusan Koperasi / Pentadbiran

Perniagaan / Pemasaran yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Untuk lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyelidik (Pegawai Koperasi) keutamaan kepada calon yang pernah berkerja dalam industri sawit serta berpengalaman dalam menjalankan pengurusan dan pemasaran kelapa sawit].

Page 5: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF file6. PENOLONG JURUUKUR ... peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; ... seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama

Siaran iklan pada 11 – 25 November 2014

5

JAWATAN 8 - PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Kelayakan:

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

atau (Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai 5 Prinsipal). (ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (iii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam / Pengurusan Perniagaan / Pengurusan Kewangan yang diiktiraf

oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Untuk lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Penguatkuasaan) bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik adalah digalakkan memohon]. JAWATAN 9 - PEMBANTU PENYELIDIK

Kelayakan:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(ii) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 10 - PEMBANTU AKAUNTAN

Kelayakan:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam

subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada

politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

JAWATAN 11 - PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

Kelayakan:

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas)

Page 6: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF file6. PENOLONG JURUUKUR ... peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; ... seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama

Siaran iklan pada 11 – 25 November 2014

6

JAWATAN 12 - PEMBANTU OPERASI Kelayakan:

(i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(ii) PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam

tempoh percubaan (P)]. JAWATAN 13 - PEMANDU KENDERAAN

Kelayakan:

(i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali

lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim

perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

• Lesen D RM896.15

• Lesen E/E1/E2 RM942.30 • Lesen F/H RM988.45

• Lesen G/I RM1,034.60 JAWATAN 14 - PEMBANTU AWAM

Kelayakan:

Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

C. UMUR

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga had umur pelantikan pada tarikh tutup iklan jawatan adalah seperti berikut:

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau

56 tahun; atau

ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun;

atau

iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

D. PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

Bagi kakitangan Kerajaan/Badan-badan Berkanun Tempatan yang Lulus Peperiksaan Khas untuk Peningkatan

Secara Lantikan (PSL) ke jawatan-jawatan yang berkenaan bolehlah memohon melalui Jabatan.

Page 7: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF file6. PENOLONG JURUUKUR ... peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; ... seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama

Siaran iklan pada 11 – 25 November 2014

7

E. KEPERLUAN BAHASA

Jawatan 1 - 2, 4, 7 & 9

Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 3 , 5, 6, 8, 10 - 11

Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 12 - 14

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

F. PERMOHONAN

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online yang boleh diperolehi dari Laman Web MPOB di alamat: www.mpob.gov.my

ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil sehingga dihubungi untuk temuduga.

iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

iv) Tarikh tutup iklan jawatan pada 25 November 2014.

Page 8: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF file6. PENOLONG JURUUKUR ... peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; ... seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama

Siaran iklan pada 11 – 25 November 2014

8

KELAYAKAN MASUK TAMBAHAN BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

A. KELAYAKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MENGIKUT SISTEM TERBUKA

(S.P.P. BIL. 1/2002)

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan

kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

a) Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu

peperiksaan; atau

b) Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah

di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

B. KELAYAKAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) (S.P.P. BIL. 1/1998)

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh dilantik

ke jawatan-jawatan dalam Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam yang bersesuaian yang mensyaratkan

‘lulus’ SRP atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Pelantikan ini boleh dibuat dengan syarat calon-calon berkenaan memiliki keputusan-keputusan seperti berikut:

a) mendapat sekurang-kurangnya peringkat ‘D’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk

Bahasa Melayu dan Matematik; dan

b) bagi skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘kepujian’ dalam mata pelajaran tertentu

seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama Islam atau seumpamanya diperingkat SRP, calon-calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya peringkat ’C’ dalam mata pelajaran

berkenaan di peringkat PMR.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbangkan untuk maksud

lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SRP/PMR/SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.