terbit pada sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · pdf fileberdasarkan kajian...

11
MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 7 OKTOBER 2017 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Lawatan ke India tingkat dagangan sawit MUKA 3 Koperasi bantu tingkatkan pendapatan pekebun kecil MUKA 4 Oleh Noor Asmawati Abdul Samad [email protected] Putrajaya M enteri Perusahaan Per- ladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengumumkan kerajaan bersetuju memberi insentif bagi memudahkan dan membantu mengurangkan kos mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Insentif itu bagi sektor ladang dan sektor pemprosesan termasuk kilang sawit, kilang penapis dan kilang pelumat. Sebelum ini, kerajaan mengu- mumkan insentif sepenuhnya disediakan bagi membantu sektor pekebun kecil mendapatkan pensi- jilan MSPO. Siew Keong berkata, insentif 70 peratus kos audit bagi ladang sawit berkeluasan 40.46 hektar hingga 1,000 hektar dan masing-masing 30 peratus bagi kos audit ladang sawit berkeluasan melebihi 1,001 hektar serta kos audit sektor pemprosesan termasuk kilang sawit, kilang pena- pis dan kilang pelumat, disediakan kerajaan bagi pihak industri mem- peroleh sijil MSPO. Pengumuman insentif tamba- han itu dibuat ketika sesi dialog beliau dengan wakil syarikat per- ladangan sawit berkaitan pelaksa- naan pensijilan MSPO pada akhir September lalu, di sini. Lebih 120 wakil industri sawit negara yang menghadiri sesi dialog berkenaan turut diberi taklimat mengenai ciri utama skim pensiji- lan MSPO termasuk piawaian dan garis panduan serta prosedur pen- sijilan. Pada sesi dialog berkenaan, dise- balik kebimbangan yang dibang- kitkan, pihak industri tetap berse- dia memberi sokongan terhadap usaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) memudahkan pelaksanaan MSPO. 245,381 hektar kawasan terima sijil Sehingga Ogos lalu, jumlah kawa- san ditanam yang memperoleh pen- sijilan MSPO ialah 245,381 hektar. Kawasan yang diperakui adalah sebanyak 237,509 hektar di bawah syarikat perladangan; 3,868 hektar ditanam sawit oleh pekebun kecil tersusun dan 4,004 hektar diusa- hakan pekebun kecil persendirian. Selain itu, sejumlah 22 kilang juga sudah disahkan mempunyai sijil MSPO. Siew Keong berkata, kerajaan komited memastikan minyak sawit Malaysia akan diterima dan diikti- raf di pasaran antarabangsa melalui pelaksanaan pensijilan MSPO serta penyertaan pihak industri penting bagi mencapai matlamat itu. Sesi dialog itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Ketua Setiausaha MPIC, Datuk K Yogeesvaran. Insentif bagi sektor ladang dan sektor pemprosesan diumum oleh MPIC Insentif laksana pensijilan MSPO diumum Siew Keong mengikuti taklimat berkaitan MSPO di Putrajaya. Fakta nombor 70 PERATUS insentif kos audit bagi ladang sawit berkeluasan 40.46 hektar hingga 1,000 hektar 30 PERATUS insentif kos audit ladang sawit berkeluasan melebihi 1,001 hektar 30 PERATUS insentif kos audit sektor pemprosesan

Upload: tranthien

Post on 16-Feb-2018

271 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · PDF fileBerdasarkan kajian MPOB, ... pesat telah merubah cara industri sawit berurus niaga ... nyak Sawit Negara (MPOB)

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

− SABTU − 7 OKTOBER 2017

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan

Lawatan ke India tingkat dagangan

sawit ≤ MUKA 3

Koperasi bantu tingkatkan pendapatan

pekebun kecil ≤ MUKA 4

Oleh Noor Asmawati Abdul [email protected]

Putrajaya

Menteri Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew

Keong mengumumkan kerajaan ber setuju memberi insentif bagi me mu dahkan dan membantu me ngu rangkan kos mendapatkan pen sijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Insentif itu bagi sektor ladang dan sektor pemprosesan termasuk kilang sawit, kilang penapis dan kilang pelumat.

Sebelum ini, kerajaan mengu-

mumkan insentif sepenuhnya disediakan bagi membantu sektor pekebun kecil mendapatkan pensi-jilan MSPO.

Siew Keong berkata, insentif 70 peratus kos audit bagi ladang sawit berkeluasan 40.46 hektar hingga 1,000 hektar dan masing-masing 30 peratus bagi kos audit ladang sawit berkeluasan melebihi 1,001 hektar serta kos audit sektor pemprosesan termasuk kilang sawit, kilang pena-pis dan kilang pelumat, disediakan kerajaan bagi pihak industri mem-peroleh sijil MSPO.

Pengumuman insentif tamba-han itu dibuat ketika sesi dialog beliau dengan wakil syarikat per-ladangan sawit berkaitan pelaksa-naan pensijilan MSPO pada akhir September lalu, di sini.

Lebih 120 wakil industri sawit negara yang menghadiri sesi dialog berkenaan turut diberi taklimat mengenai ciri utama skim pensiji-lan MSPO termasuk piawaian dan garis panduan serta prosedur pen-sijilan.

Pada sesi dialog berkenaan, dise-balik kebimbangan yang dibang-kitkan, pihak industri tetap berse-dia memberi sokongan terhadap usaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) memudahkan pelaksanaan MSPO.

245,381 hektar kawasan terima sijilSehingga Ogos lalu, jumlah kawa-san ditanam yang memperoleh pen-sijilan MSPO ialah 245,381 hektar.

Kawasan yang diperakui adalah

sebanyak 237,509 hektar di bawah syarikat perladangan; 3,868 hektar ditanam sawit oleh pekebun kecil tersusun dan 4,004 hektar diusa-hakan pekebun kecil persendirian.

Selain itu, sejumlah 22 kilang juga sudah disahkan mempunyai sijil MSPO.

Siew Keong berkata, kerajaan komited memastikan minyak sawit Malaysia akan diterima dan diikti-raf di pasaran antarabangsa melalui pelaksanaan pensijilan MSPO serta penyertaan pihak industri penting bagi mencapai matlamat itu.

Sesi dialog itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Ketua Setiausaha MPIC, Datuk K Yogeesvaran.

Insentif bagi sektor ladang dan sektor pemprosesan diumum oleh MPIC

Insentif laksana pensijilan MSPO diumumSiew Keong mengikuti taklimat berkaitan MSPO di Putrajaya.

Fakta nombor

70 PERATUSinsentif kos audit bagi ladang sawit berkeluasan 40.46 hektar hingga 1,000 hektar

30 PERATUSinsentif kos audit ladang sawit berkeluasan melebihi 1,001 hektar

30 PERATUSinsentif kos audit sektor pemprosesan

Page 2: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · PDF fileBerdasarkan kajian MPOB, ... pesat telah merubah cara industri sawit berurus niaga ... nyak Sawit Negara (MPOB)

Siew Keong ketika merasmikan Agri Malaysia 2017 di Shah Alam, baru-baru ini.

Oleh FadzilGhazalidan Asyraf Hussinafadzilg@mp ob.gov.my;asyrafhussin@mp ob.gov.my

Shah Alam

Sumbangan industri minyak isi-rung sawit kepada sektor ter-nakan sudah berkembang ber-

ikutan perkembangan inovasi dante k n o l o g i .

Jika dahulu hasil sampingan in-dustri ini iaitu dedak isirung sawit(PKC) hanya bersesuaian menjadisumber makanan ternakan ruminanseperti lembu dan kambing keranakandungan serat terlalu tinggi, kiniteknologi Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) berjaya menurunkankadar serat dalam PKC ke tahap sesuaiuntuk makanan ayam.

“Dengan penggunaan teknologiMPOB, kini kita mampu mengha-silkan PKC mengandungi proteintinggi dan sesuai untuk diadun ber-sama komponen lain dalam meng-hasilkan makanan ayam,” kata Men-teri Perusahaan Perladangan dan Ko-moditi, Datuk Seri Mah Siew Keong

ketika melancarkan Pameran Tekno-logi Pertanian Antarabangsa Malay-sia (Agri Malaysia 2017), di sini, baru-baru ini.

Sebelum perkembangan ini, keka-ngan besar untuk industri pertaniandan ternakan membangun denganpesat adalah kos makanan haiwanyang juga 25 peratus daripada kosmenghasilkan haiwan ternakan.

Kos import jagung RM2.81 bilionBahan utama dalam makanan hai-wan adalah jagung yang diimport dariArgentina dan Brazil. Tahun lalu sa-haja, Malaysia mengimport jagung da-ri Argentina dan Brazil masing-ma-sing bernilai RM1.17 bilion dan RM1.64bilion untuk menampung sektor pe-ngilangan makanan haiwan tempa-tan.

Selama bertahun-tahun industriminyak isirung membantu sektor pe-ngeluaran makanan haiwan ternakanini, namun ia terhad kepada peng-hasilan makanan lembu.

Aktiviti melumat isirung sawit un-tuk menghasilkan minyak isirung sa-wit (PKO) turut mengeluarkan hasilsampingan iaitu PKC yang digunakansebagai komponen untuk membuatmakanan haiwan ternakan.

Sehingga kini, terdapat 45 kilangpelumat isirung sawit beroperasi diMalaysia dan menghasilkan PKC. Ta-hun lalu, Malaysia menghasilkan 2.17juta tan PKC.

Berdasarkan kajian MPOB, penggu-naan PKC dalam menghasilkan ma-

kanan ternakan adalah setinggi 25peratus untuk ayam dan sehingga 80peratus untuk lembu.

Siew Keong berkata, sektor perta-nian adalah tunggak penting ekonominegara yang menghasilkan eksportbernilai RM134.7 bilion dengan 91 pe-ratus atau RM122 bilion adalah ko-moditi utama dan produk berasaskankomo diti.

Sehingga kini, seluas 6.91 juta hek-tar keluasan tanah negara adalah la-dang sawit, getah, koko dan kenaf.

Beliau berkata, sektor pertanian te-rutama produk berasaskan makananmempunyai potensi besar meman-dangkan pertumbuhan penduduk du-nia akan meningkat daripada 7.4 bi-lion pada tahun ini kepada 8.5 bilionmenjelang 2030.

“Ini pastinya akan merangsang per-mintaan produk makanan pada masadepan. Pengeluar produk makanantempatan seharusnya meningkatkanpelaburan dan kapasiti masing-ma-sing untuk mengambil kesempatandaripada peluang ini,” ka t a nya .

Menerusi Rancangan Malaysia Ke-11(RMKe-11), kerajaan sudah memper-kenalkan strategi mikro untuk sub-sektor agro-makanan dalam usahamembangunkan industri ini.

Strategi ini memberi tumpuan ke-pada meningkatkan pendapatan, te-rutama petani dan penternak.

Siew Keong berkata, ini dapat di-laksanakan dengan memodenisasi-kan subsektor agro-makanan denganpembabitan inovasi dan mekanisasi.

Teknologi makananayam isirungsawit dikomersialkan

K u ra n g ka nimport jagunguntuk makanant e r n a ka n

Pekebun kecil adalah antara penggiat utamaindustri sawit negara dengan sumbangan 40%daripada kawasan tanaman sawit seluas 5.74juta hektar.

Oleh yang demikian, perancangan dan usaha kerajaanuntuk membangunkan industri sawit dari aspek pe-ngeluaran, penghasilan minyak sawit berkualiti dankemampanan perlu melibatkan pekebun kecil yangberjumlah 650,000 orang.

Mengikut takrifan, pekebun kecil adalah pemilik ta-nah yang mengusahakan kebun sawit di bawah 40hektar atau 100 ekar. Kebanyakannya mempunyai ke-mampuan kewangan yang terhad bagi mengusahakankebun secara terancang sebagaimana yang mampudilaksanakan oleh pemilik ladang.

Namun perkembangan globalisasi dan teknologi yangpesat telah merubah cara industri sawit berurus niagadan persaingan pasaran yang membawa peningkatanproduk berkualiti yang dihasilkan secara mampan.

Pekebun kecil tidak terkecuali daripada perkemba-ngan global sektor minyak dan lelemak. Seperti industri

pertanian di negara lain terma-suk negara maju, pekebun kecilperlu sokongan agar pencapaianmereka setanding dengan pengu-saha yang lebih besar.

Kementerian Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi (MPIC)dan MPOB sebagai agensi yangberperanan dalam pembangu-nan industri sawit negara mem-beri tumpuan penting untuk me-ningkatkan keupayaan pekebunkecil bagi peningkatan hasil me-lalui amalan mampan dan men-jana pendapatan tinggi.

Sebagai langkah meningkat-kan taraf hidup pekebun kecilsawit persendirian, kerajaan me-lalui kementerian telah me-ngambil inisiatif menubuhkanKoperasi Penanam Sawit Mam-pan (KPSM) bagi penglibatan pe-

kebun kecil dalam gerakan koperasi.Penubuhan KPSM bertujuan menyatukan pekebun

kecil bagi menjalankan aktiviti ekonomi melalui AmalanPertanian Baik dan menjalankan aktiviti jualan buahsawit secara berkelompok terus ke kilang.

Kerajaan menyedia peruntukan berjumlah RM1.12juta bagi penubuhan KPSM di seluruh negara. Danasebanyak RM200,000 juga disalur melalui MPOB bagipembinaan Pusat Timbang Buah Tandan Segar (BTS)yang dikendalikan oleh KPSM.

Sebanyak 41 buah KPSM telah ditubuhkan di seluruhnegara termasuk 16 di Semenanjung, 14 di Sarawak dan11 di Sabah. Sebanyak 25 buah KPSM di seluruh negaratelah memulakan jualan kelompok buah tandan segar(BTS) terus ke kilang. KPSM yang melaksanakan jualanterus BTS ke kilang mencatatkan peningkatan hargajualan oleh pekebun kecil berbanding jualan melaluipeniaga buah sawit.

Sementara itu, MPIC dan MPOB juga giat menjalankansiri jelajah bagi memberi penerangan mengenai ke-perluan guna tenaga dan inisiatif kerajaan dalam me-lahirkan pekerja mahir dan separa mahir di sektorkomoditi sawit.

Industri sawit terutama sektor perladangan meli-batkan bilangan guna tenaga yang besar dan negaraterpaksa bergantung kepada tenaga kerja asing. Bagimengurangkan tenaga kerja asing, kerajaan perlu men-cari penyelesaian untuk jangka masa panjang.

Justeru bagi meningkatkan kesedaran di kalanganrakyat dan industri, kementerian melalui Institut Per-ladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) dan MPOBbekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia me-nganjurkan siri jelajah menerangkan mengenai latihankemahiran dan amalan mekanisasi di sektor perla-dangan sawit.

Empat siri jelajah telah dianjurkan masing-masing duadi Sabah dan Sarawak dan siri jelajah terakhir diadakandi Teluk Intan, Perak pada hari ini, 7 Oktober 2017.Melalui siri penerangan ini, diharap pihak terlibat in-dustri sawit dan orang ramai memperoleh pengetahuanagar lebih berminat menceburi sektor komoditi sawit.

kushairi@mp ob.gov.my

Page 3: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · PDF fileBerdasarkan kajian MPOB, ... pesat telah merubah cara industri sawit berurus niaga ... nyak Sawit Negara (MPOB)

Siew Keong menyampaikan ucap utama pada persidangan GlobOilIndia 2017

Siew Keongb ersamap ekebunkecil yangmenyertaiSPOC HilirPe r a k .

3

Menteri turun padang lawat pekebun kecil Hilir PerakOleh FadzilGhazaliafadzilg@mp ob.gov.my

Teluk Intan: Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi, DatukSeri Mah Siew Keong meluangkanmasa melawat satu daripada ke-bun projek Kelompok PenanamSawit Mampan (SPOC) Hilir Perak,kira-kira 10 kilometer dari sini,baru-baru ini.

Pada lawatan itu, beliau diberitaklimat mengenai SPOC Hilir Pe-rak oleh pegawai Lembaga MinyakSawit Malaysia (MPOB), selain ber-peluang mencuba alat penuaibuah sawit, Cantas Elektrik yangjuga inovasi terkini oleh MPOB.

SPOC dilancarkan pada 2009membabitkan penyertaan peke-bun sawit persendirian. Penubu-han SPOC disertai 1,000 hingga2,000 pekebun kecil ditadbir dandiurus pegawai TUNAS MPOB.

Dua aktiviti penting SPOC ialahproses mendapat Pensijilan MinyakSawit Mampan Malaysia (MSPO)dan penubuhan Koperasi PenanamSawit Mampan (KPSM) untuk men-jaga kepentingan pekebun kecil.

Siew Keong berkata, pensijilanMSPO adalah penting bagi memas-tikan minyak sawit Malaysia dapatmenembusi pasaran yang sensitifterhadap kemampanan dan alamsekitar, terutama di negara maju.

Objektif penubuhan SPOC untuk

meningkatkan pengeluaran mi-nyak sawit secara mampan me-lalui pelaksanaan pensijilan MSPOdan peningkatan pendapatan pe-kebun kecil melalui KPSM.

Sehingga 31 Ogos lalu, 20 SPOCdiberikan sijil di seluruh Malaysiaiaitu 11 di Semenanjung, lima diSarawak dan empat di Sabah.

1,034 diberi sijilBilangan pekebun kecil diberikansijil 1,034 orang dengan keluasan4,161 hektar. Di Perak, dua SPOCsudah disijilkan ialah SPOC A5 (Du-rian Sebatang dan Sungai Durian)serta SPOC A16 (Selama).

Bagi daerah Teluk Intan, limaSPOC dikenal pasti dengan jumlahpekebun kecil 10,609 merangkumikeluasan 27,960 hektar.

Hingga kini, hanya satu SPOCmendapat pensijilan mampan ia-itu SPOC A5 (Durian Sebatang danSungai Durian) yang dianggotai 40pekebun kecil dengan keluasan sa-wit 90.23 hektar.

Pada tahun lalu, Malaysia yangjuga pengeluar kedua terbesar duniasudah mengeksport produk sawitbernilai RM67.6 bilion dan menyum-bang 8.6 peratus daripada keselu-ruhan eksport barangan negara.

Setakat ini, tanaman sawit se-luas 5.74 juta hektar merangkumikawasan milik pekebun kecil yangmana hampir 40 peratus daripada

tanaman ini diusahakan golongante rb a b i t .

Selain itu, industri sawit jugabanyak menyumbang kepadapembangunan sektor pertaniandan meningkatkan pendapatanpenduduk luar bandar.

Bagi kawasan Teluk Intan, ta-naman sawit seluas 108,538 hektardiusahakan kira-kira 10,000 peke-bun kecil sawit.

Bagi membantu pekebun kecilmendapatkan pensijilan MSPO, ke-menterian melalui Lembaga Mi-nyak Sawit Negara (MPOB) me-wujudkan SPOC Hilir Perak di ka-wasan ini.

Pensijilan MSPO dilaksanakan se-cara mandatori menjelang 31 Di-

sember 2019. Ini akan dilaksanakansecara berperingkat bermula hu-jung tahun depan untuk syarikatperladangan sawit yang mempu-nyai pensijilan Meja Bulat MinyakSawit Mampan (RSPO); pertenga-han 2019 untuk syarikat sawit tan-pa RSPO dan akhir 2019 untukpekebun kecil persendirian.

Ini bermakna bermula 2020, se-mua minyak sawit Malaysia adalahdihasilkan secara mampan melaluipensijilan MSPO.

Kerajaan menyedia bantuan ba-gi pelaksanaan pensijilan MSPOkepada pekebun kecil membabit-kan aspek latihan berkaitan pen-sijilan mampan MSPO, yuran auditpensijilan MSPO dan penyediaan

peralatan perlindungan keselama-tan diri.

Pensijilan MSPO ini akan me-mastikan harga buah tandan segar(BTS) yang lebih telus untuk pe-kebun kecil yang melaksanakanAmalan Pertanian Baik (GAP), se-terusnya meningkatkan produkti-viti serta kualiti BTS.

Pematuhan pensijilan ini jugamemastikan persekitaran kerja se-lamat dan kondusif, meningkatkankesedaran mengenai perlindu-ngan alam sekitar, meningkatkaninteraksi sosial dalam kalanganmasyarakat sekitar dan mendapatkhidmat nasihat teknikal secarapercuma oleh pegawai TUNASM P O B.

Lawatan ke Indiatingkat dagangan sawit

Eksport minyaksawit pada 2016b erjumlahRM32.01 bilionOleh Dr Nagendran BalaS u n d ra mnagen@mp ob.gov.my

India

Menteri Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi,Datuk Seri Mah Siew

Keong melakukan lawatan kerjadua hari ke India, iaitu di NewDelhi dan Mumbai pada perte-ngahan bulan lalu bertujuanmempromosi serta meningkat-kan penggunaan minyak sawitMalaysia di negara itu.

Beliau turut menghargai soko-ngan Kerajaan India yang berte-rusan dari segi dagangan dua halaterutama import minyak sawit danproduk sawit keluaran Malaysia.

“India adalah rakan dagangan

penting bagi Malaysia”, katanya.Selain itu, beliau turut mengam-

bil peluang berkenaan bagi mem-promosi pengambilan minyak sawitketika bulan perayaan Deepavaliyang akan mencetuskan peningka-tan terhadap permintaan minyakdan lemak yang boleh dimakan.

Mesyuarat dua halaKetika lawatan kerja ini, SiewKeong turut mengadakan mesyua-rat dua hala dengan Menteri Per-dagangan dan Industri India, Su-resh Prabhu; Timbalan MenteriPertanian India, Gajendra SinghShekhawat dan Menteri Belia danSukan India, Kol RajyavardhanSingh Rathore.

Ketika mesyuarat dua hala de-ngan Suresh Prabhu, Siew Keongmenyatakan kebimbangan beliauterhadap kenaikan duti import mi-nyak sawit yang diumumkan Ke-rajaan India pada Ogos lalu.

Namun, beliau menegaskan pen-tingnya India dan Malaysia terusbekerjasama meningkatkan peng-gunaan minyak sawit yang dapatmemanfaatkan industri pembua-tan produk makanan dan bukan

makanan di negara berkenaan.India adalah pengimport terbe-

sar minyak dan lemak di duniaserta import negara itu menyum-bang kepada hampir 18 peratusjumlah import sedunia minyakdan lemak.

Dalam hubungan ini, SiewKeong dan Gajendra Singh ber-setuju Malaysia dan India masihdapat meningkatkan perdaganganproduk pertanian, termasuk pro-duk sawit.

Bangun pensijilan MSPOSiew Keong juga memaklumkanskim pensijilan Minyak Sawit Mam-pan Malaysia (MSPO) sudah diba-ngunkan untuk memastikan minyaksawit dihasilkan secara mampan, se-lamat dan berkualiti, selain mem-bantu pekebun kecil di Malaysia.

Beliau menggalakkan KerajaanIndia mengiktiraf skim MSPO su-paya India juga dapat menyum-bang terhadap promosi pengim-portan minyak sawit mampanyang dihasilkan Malaysia.

Kedua-dua menteri juga me-ngambil maklum yang India se-dang membangunkan garis pan-

duan kemampanan industri sawitte m p a t a n .

Ketika mesyuarat di New Delhi,Siew Keong menjelaskan penting-nya Malaysia dan India menerus-kan hubungan perdagangan duahala yang sudah lama wujud diantara kedua-dua negara.

Katanya, India adalah rakan da-gang kelima penting kepada Ma-laysia dan jumlah nilai eksportMalaysia ke India mencecahRM32.01 bilion pada tahun lalu.

Selain itu, beliau memaklumkanIndia adalah pasaran minyak sawitdan produk sawit yang terpentingbagi Malaysia, malah nilai eksportminyak dan produk sawit Malaysiake India pada tahun lalu ialahRM8.32 bilion yang menyumbangkepada lebih 25 peratus jumlahnilai eksport Malaysia ke negara

b erkenaan.Dalam mesyuarat dengan Ra-

jyavardhan Singh pula, kedua-duamenteri bersetuju terdapat potensimemperkukuhkan kerjasama duahala di antara kedua negara me-mandangkan kedua-dua pihakmempunyai kekuatan masing-ma-sing dalam lapangan sukan.

Sempena lawatan berkenaan,Siew Keong turut menyampaikanucap utama pada persidangan Glo-bOil India 2017 yang berlangsungdi Mumbai. Persidangan GlobOildianjurkan sejak tahun 1997 dankini ia antara persidangan ulungbagi industri minyak sayuran, bi-jian minyak dan sektor minyakmakanan di rantau Asia Selatan.

GlobOil 2017 disertai lebih 1,750peserta yang terbabit dalam sektorminyak dan lemak.

Page 4: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · PDF fileBerdasarkan kajian MPOB, ... pesat telah merubah cara industri sawit berurus niaga ... nyak Sawit Negara (MPOB)

Siew Keong dan Nguyen Xuan Cuong (lima dari kanan) bersama delegasi Malaysia pada pertemuan duahala di Hanoi, Vietnam.

Datuk Datu Nasrun berucap pada perasmian pusat timbang KPSMLawas.

4

Koperasi bantu tingkat pendapatan pekebun kecilOleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Lawas: Koperasi Penanam SawitMampan (KPSM) ditubuhkan ke-rajaan bagi menyatukan pekebunkecil menjalankan aktiviti eko-nomi melalui amalan baik danjualan buah sawit secara berke-lompok terus ke kilang bagi mem-bantu meningkatkan pendapa-tan pekebun kecil sawit.

Timbalan Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi, DatukDatu Nasrun Datu Mansur, berkatakerajaan menyediakan peruntu-kan RM1.12 juta atau RM40,000bagi menubuhkan sebuah KPSM diseluruh negara.

“Sehingga Ogos lalu, sebanyak 41KPSM berjaya ditubuhkan di se-luruh negara termasuk 14 di Sa-rawa k,” katanya ketika berucapmerasmikan Pusat Timbang KPSMDaerah Lawas di sini, baru-baruini.

Datu Nasrun berkata, sebanyak

25 KPSM di seluruh negara sudahmemulakan jualan kelompokbuah tandan segar (BTS) terus kekilang.

Beliau berkata, di bawah Ran-cangan Malaysia ke-11 (RMKe-11),Kerajaan Persekutuan juga mem-peruntukkan dana sebanyakRM200,000 yang disalur melaluiLembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) bagi pembinaan pusat tim-bang BTS dikendalikan KPSM.

“Penubuhan koperasi juga ada-lah antara aktiviti di bawah Ke-lompok Sawit Mampan (SPOC) ber-tujuan menghasilkan minyak sa-wit secara mampan, selainmeningkatkan produktiviti dankualiti BTS.

Program pensijilan mampan“Pengeluaran sawit secara mam-pan akan dicapai melalui programpensijilan mampan yang dilaksa-nakan agensi di bawah Kemen-terian Perusahaan Perladangandan Komoditi (MPIC).

“Bagi memastikan pensijilan

mampan dilaksanakan pihak in-dustri termasuk pekebun kecil, ke-rajaan mengumumkan pelaksana-an secara mandatori Skim Pen-sijilan Minyak Sawit MampanMalaysia (MSPO) kepada pekebunsawit pada 31 Disember 2019 bagimeningkatkan pengeluaran mi-nyak sawit mampan untuk jangkapanjang dan jaminan pasaran diluar negara”, katanya.

MSPO adalah skim pensijilan

Lawatan kerjake Hanoi perkukuhke r j a s a m asektor pertanian,komo ditiOleh Nor Asliza Semirannorasliza@mp ob.gov.my

Hanoi

Menteri Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi,Datuk Seri Mah Siew

Keong berharap dagangan duahala antara Malaysia dan Viet-nam mencecah AS$15 bilionmenjelang 2020 terutama dalamsektor pertanian serta komoditi.

Beliau berkata demikian ketikapertemuan dengan Menteri Per-tanian dan Pembangunan LuarBandar Vietnam, Nguyen XuanCuong sempena lawatan kerja keVietnam baru-baru ini.

Lawatan kerja itu disasar dapatmemperkukuhkan hubungan ker-jasama dua hala dalam sektor ko-moditi minyak sawit, getah danlada di antara kedua-dua negara.

Turut serta mengiringi SiewKeong dalam lawatan itu adalahPengerusi Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB), Datuk Seri Ah-mad Hamzah; Ketua PengarahMPOB, Dr Ahmad Kushairi Din;Ketua Pegawai Eksekutif Majlis

Minyak Sawit Malaysia (MPOC),Dr Kalyana Sundram dan pega-wai kanan Lembaga Getah Ma-laysia (MRB), Majlis Promosi Eks-port Getah Malaysia (MREPC) ser-ta Lembaga Lada Malaysia(MPB).

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak yakin perdagangan duahala dalam sektor pertanian dankomoditi akan menjadi kunci uta-ma bagi merealisasikan matlamatmeningkatkan nilai dagangan ke-pada AS$15 bilion menjelang ta-hun 2020.

Teroka peluang kerjasamaKedua-dua negara juga bersetujumenerokai peluang kerjasama da-lam sektor hiliran bagi penghasilanproduk berasaskan komoditi se-perti sawit, getah dan lada yangberkualiti dan bernilai tinggi.

Sesi dialog turut diatur bagi men-dapatkan maklum balas daripadapenggiat industri minyak dan le-mak utama di Vietnam serta kum-pulan ahli perniagaan MalaysiaVietnam (Malaysia Business Cham-ber Vietnam) mengenai langkahperlu diambil untuk meningkat-kan eksport minyak sawit Malaysiake Vietnam.

Sesi dialog berjaya menarik pe-nyertaan 40 wakil daripada Cai LanOils & Fats Industries Co.Ltd (Ca-lofic), Golden Hope Nha Be, Min HueTrading dan An Long JSC serta ahliMalaysia Business Chamber Viet-nam, selain kehadiran wakil industriMalaysia seperti FGV, Agri Asia sertaSime Darby Plantation Sdn Bhd.

“Malaysia adalah pembekal uta-ma minyak sawit dan baranganberasaskan sawit di Vietnam ber-ikutan kualitinya yang tinggi danharganya kompetitif.

“Malaysia memberi jaminan ba-hawa hanya produk minyak sawitberkualiti tinggi akan dibekalkanke Vietnam, selain kita akan terusmemberikan khidmat nasihat tek-nikal dan sokongan kepada pe-main industri di Vietnam,” ka t aSiew Keong ketika menyampaikanucap utama pada sesi dialog ber-ke n a a n .

Beliau berharap sektor swasta dikedua-dua negara saling bekerja-sama membentuk rangkaian per-niagaan dalam meningkatkan per-dagangan minyak sawit di antara

Malaysia dan Vietnam.Program lawatan turut diselit-

kan dengan kunjungan ke kilangGolden Hope Nha Be di Bandar HoChi Minh. Kilang Golden Hope NhaBe yang berkeluasan 26,300 meterpersegi adalah syarikat usaha samadi antara Sime Darby PlantationSdn Bhd dan Vietnam VegetableOils Industry Corporation (Voca-rimex).

Ia mengeluarkan minyak olein,minyak kacang soya, minyak ma-sak campuran, shortening danbutter oil substitute.

Ketua Pegawai Eksekutif GoldenHope Nha Be, Dominic Xavier yangmenyambut ketibaan delegasi Ma-laysia berharap eksport minyak sa-wit dan barangan berasaskan sa-

wit dari Malaysia dapat diperting-katkan kerana ekonomi Vietnamdijangka berkembang pesat padamasa depan.

Bagi tempoh tujuh bulan per-tama tahun ini, perolehan daga-ngan bagi komoditi dan baranganberasaskan komoditi antara Ma-laysia dan Vietnam meningkat 27peratus kepada RM2.8 bilion ber-banding jumlah direkodkan bagitempoh sama pada tahun lalu.

Eksport minyak sawit dan pro-duk berasaskan sawit bagi tempohJanuari hingga Julai lalu adalah418,591 tan dan menyumbangRM1.2 bilion kepada hasil penda-patan negara, iaitu meningkat 28peratus berbanding tempoh samapada tahun lalu.

Dagangan Malaysia, Vietnamdijangka cecah AS$15 bilion

yang dibangunkan kerajaan bagimemastikan industri dan pekebunkecil sawit mematuhi keperluandigariskan untuk menghasilkanminyak sawit mampan.

Antara kelebihan skim pensiji-lan MSPO adalah harga BTS yanglebih telus kepada pekebun kecil,selain meningkatkan produktivitidan kualiti buah sawit.

Skim pensijilan MSPO juga dapatmeningkatkan kesedaran pekebun

kecil mengenai perlindungan alamsekitar dan interaksi sosial dalamkalangan masyarakat.

“Bagi mencapai matlamat pen-sijilan MSPO menjelang tahun2020, kerajaan menyediakan ban-tuan kepada pekebun kecil me-nerusi dana RMKe-11.

“Peruntukan dana kepada pe-kebun kecil dalam bentuk yuranpensijilan, latihan berkaitan MSPOdan peralatan perlindungan ke-selamatan diri (PPE),” ka t a nya .

Majlis berkenaan turut dihadiriTimbalan Menteri Perdagangan Da-lam Negeri, Kepenggunaan dan Ko-perasi yang juga Ahli Parlimen La-was, Datuk Henry Sum Agong sertaTimbalan Ketua Pengarah (Penye-lidikan dan Pembangunan) MPOB,Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Pada majlis itu, KPSM Lawas Ber-had turut menerima Geran Ban-tuan Pembangunan bernilaiRM50,000 dan Tabung PembiayaanSuntikan Modal Koperasi berjum-lah RM100,000 daripada Suruhan-jaya Koperasi Malaysia.

Page 5: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · PDF fileBerdasarkan kajian MPOB, ... pesat telah merubah cara industri sawit berurus niaga ... nyak Sawit Negara (MPOB)

B10, syarikat pengangkutan perlu komitedOleh Nursyairah Jalilnursyairah@mp ob.gov.my

Bangi: Syarikat pengangkutandiseru menggunakan biodieselB10 yang memiliki adunan 10peratus diesel sawit dengan 90peratus diesel petroleum seca-ra percubaan sebagai persedia-an bagi pelaksanaan programB10.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) dalam forum bersama Per-satuan Biodiesel Malaysia MBA),berkata interaksi bersama penge-luar biodiesel Malaysia diadakansecara berterusan dari semasa kesemasa bagi membincangkan pe-lan pelaksanaan Program Biodieselnegara serta perkara berkaitan in-dustri biodiesel seperti perminta-an dan bekalan bagi eksport, pe-matuhan piawaian antarabangsa,kualiti serta lain-lain.

Sebagai persediaan pelaksanaanprogram biodiesel B10 pada sektorpengangkutan, MPOB menjelas-kan beberapa siri sesi perundingandengan pihak berkepentingan se-perti syarikat pengeluar dan pe-ngedar kenderaan (original equip-ment manufacturers - OEM), sya-

rikat petroleum, MalaysianAutomotive Association (MAA),MBA, agensi kerajaan berkaitan se-perti Malaysia Automotive Insti-tute (MAI), Jabatan PengangkutanJalan (JPJ) dan lain-lain sudah di-a d a ka n .

Pendekatan perbincangan ber-asingan mengikut kepentingankumpulan sasar bertujuan mem-bincang dan memberi penjela-san berhubung kebimbanganpenggunaan biodiesel B10 dariaspek kesesuaian enjin, pembe-rian lanjutan jaminan enjin, pe-nyelenggaraan, kos dan lain-lain.

MPOB turut mendapatkan pe-ngesahan bertulis daripada OEMberhubung kesesuaian enjin ter-hadap penggunaan B10.

Forum dihadiri 35 wakil dari-pada kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi (MPIC)serta pengeluar biodiesel Malay-sia.

MPOB turut menyatakan keja-yaan pelaksanaan program biodi-esel di negara lain seperti Indo-nesia, Colombia, Minnesota danIllinois adalah percubaan lapa-ngan sebenar membuktikan bio-

diesel B10 dan B20 tidak menim-bulkan sebarang risiko teknikal ke-pada pengguna.

MPOB kini dalam usaha mem-peroleh laporan rasmi berkenaanprogram biodiesel di negara ber-kenaan sebagai persediaan pe-laksanaan program B10 pada ma-

sa depan.

Penggunaan biodiesel B10Pada masa ini, MPOB sedang men-jalankan projek penggunaan bio-diesel B10 dengan syarikat peng-angkutan bagi memberi keyakinanbahawa penggunaan biodiesel B10

tidak mendatangkan masalahpada enjin dan isu lain berkaitan.

MPOB turut mengalu-alukanpembabitan MBA secara tidaklangsung dengan memperkenal-kan syarikat pengangkutan biodi-esel untuk terbabit dalam projekpenggunaan biodiesel B10.

5

Kongsi kejayaan MPOB selakuorganisasi urus industri sawit Malaysia

Ahli MBA yang menghadiri forum industri anjuran MPOB.

FIRCA terokake r j a s a m abidang sawit

Oleh Siti Nurhajar MariamWan Jaafarnurhajar@mp ob.gov.my

Bangi

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) baru-baru inimenerima kunjungan dari-

pada InterprofessionalFund for Agricultural Research

and Consultancy (FIRCA) yang jugabadan bertanggungjawab membe-ri dana dalam bidang pertaniandan penternakan di Ivory Coast.

Delegasi diketuai Pengarah Ek-sekutif dan Penasihat TeknikalFIRCA, Ndiaye Oumar itu disam-but Ketua Pengarah MPOB, Dr Ah-mad Kushairi Din, bersama-samaTimbalannya, Dr Ahmad ParveezGhulam Kadir di Ibu PejabatM P O B.

Dalam kunjungan tersebut itu,Dr Kushairi berkongsi mengenailatar belakang MPOB selaku or-ganisasi yang berperanan signifi-kan dalam industri sawit di Ma-laysia terutama dalam aspek pe-nyelidikan sawit.

Beliau menekankan penyelidi-kan MPOB adalah menyeluruhmembabitkan pencarian solusi da-lam mengatasi masalah dihadapiindustri termasuk kekurangan te-naga kerja yang berpotensi diatasimelalui ciptaan teknologi baharudalam mekanisasi perladangan.

Hasrat utama lawatan itu adalahmenjurus kepada perkongsian in-tensif mengenai teknologi penua-ian buah sawit bermotor dikenalisebagai Cantas.

Sehubungan itu, delegasi diberipenerangan ringkas mengenai tek-nologi Cantas melalui taklimat di-

sampaikan Ketua Unit MekanisasiMPOB, Abdul Rahim Shuib.

Mesin penuaitandan sawit bermotorCantas adalah mesin penuai tan-dan sawit bermotor yang dikua-sakan oleh bahan api petrol di-perkenalkan MPOB.

Teknologi ini didatangkan de-ngan mata berbentuk sabit danpahat serta menggunakan daya tu-jahan dan getaran ringan yangdikenakan ke atas tandan sawitbagi memisahkannya dengan ba-tang pokok.

Sejak dikomersialkan pada ta-hun 2007, Cantas dianugerahkantiga paten oleh MyIPO, MY-149538-A, MY-136496-A dan MY 06-01022atas kecekapan dan tahap keber-

kesanan teknologi berkenaan bagimengatasi isu kritikal kekurangantenaga buruh dalam industri per-ladangan sawit.

Dalam pertemuan itu, delegasididedahkan dengan perbandinganpenggunaan Cantas dalam sektorperladangan dengan penuaianmenggunakan kaedah manual ba-gi memberikan gambaran jelas ta-hap kemampuan teknologi inimembantu mempercepatkan pro-ses penuaian sawit.

Pencapaian MPOB dalam meng-komersialkan teknologi dihasilkanmemacu kepada pembaharuandan inovasi baharu dalam produkpenyelidikan sedia ada seiring ke-hendak industri pada masa kini.

Dengan itu, MPOB mula mem-perkenalkan Cantas yang lebih ri-

ngan dan lebih tahan lasak di-kenali sebagai Cantas Evo yangmemasuki pasaran sejak 2014. Ter-kini, Cantas versi baharu meng-gunakan teknologi bateri mula di-perkenalkan sebagai inovasi ter-baru daripada Cantas edisi laluyang menggunakan bahan api pet-rol.

Justeru, dalam memacu per-kembangan industri sawit, MPOBkomited menghasilkan teknologiyang versatil dan mempunyai nilaikomersial tinggi mengikut permin-taan industri.

Sehingga 2017, MPOB sudahmenghasilkan lebih 600 teknologimerangkumi kaedah dan sistempengurusan ladang, mekanisasi la-dang, perlindungan tanaman, bio-teknologi dan pelbagai lagi.

Dr Ahmad Kushairi bersalaman dengan delegasi FIRCA Ivory Coast.

Page 6: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · PDF fileBerdasarkan kajian MPOB, ... pesat telah merubah cara industri sawit berurus niaga ... nyak Sawit Negara (MPOB)

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT6 7

Oleh Nur Affifah Baharim [email protected]

Pada 2016, industri sawit men- catatkan nilai eksport dan menyumbang kepada penda-

patan negara sebanyak RM67.6 bilion.

Bagaimanapun, industri ini ternyata terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing dalam aktiviti perladangan. Berdasarkan statistik terbaru Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), kira-kira 340,000 pekerja asing terbabit secara lang-sung dan tidak langsung dalam industri sawit negara.

Sejajar saranan Menteri Perusa-haan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang mahukan kebergantungan terhadap pekerja asing dikurangkan dalam sektor perladangan, MPOB terus mengorak langkah dengan mem-perkenalkan inovasi baharu atau mekanisasi perladangan terkini yang dapat mengurangkan keber-gantungan terhadap tenaga kerja asing selain dapat meningkatkan produktiviti ladang sawit dan menambah pendapatan.

Menggandakan hasil produktivitiTuaian efisien dapat dicapai melalui dua langkah iaitu, alat tuaian yang

Inovasi baharu MPOB kurangkan kebergantungan buruh asing

cekap dan juga memiliki tenaga penuai yang mencukupi. Kesulitan dalam mendapatkan tenaga kerja yang mahir menyebabkan peladang mula mencari alat tuaian efisien yang dapat menggandakan hasil produktiviti bagi menampung pe -ngurangan kebergantungan ke atas tenaga kerja asing.

Justeru, beberapa tahun lalu, MPOB memperkenalkan mesin tua-ian buah sawit yang dikenali seba-gai Cantas Evo untuk tuaian pokok sawit berketinggian tujuh meter.

Ketika mula diperkenalkan mesin Cantas Evo ini beroperasi menggu-nakan kuasa petrol dan mesin ini terbukti dapat menggandakan hasil tuaian berbanding menggunakan alat tuaian manual seperti sabit dan galah.

Jimat kos, mesra alamBagaimanapun, beberapa masalah timbul apabila mesin Cantas Evo berkuasa petrol ini diperkenalkan. Antaranya, peladang berdepan dengan masalah kenaikan harga petrol dan peralatan gantian untuk mesin Cantas Evo yang agak mahal di pasaran.

Selain itu, mesin Cantas Evo ber-kuasa petrol ini tidak mesra alam dan mengeluarkan asap yang ber-bahaya buat masyarakat dan alam sekitar.

Lantas penyelidik MPOB yang di- ke tuai oleh Razak Jelani mula mencari inisiatif baharu dalam menghasilkan mesin cantas yang lebih efisien, menjimatkan kos dan mesra alam. Maka terhasillah mesin Cantas Elektrik berkuasa bateri seperti yang dapat dilihat kini.

Berdasarkan ujian makmal yang dilakukan, mesin Cantas Elektrik ini

ternyata mampu bertahan selama tiga jam pada kadar 1.22V/perjam.

Menurut Razak Jelani, mesin Cantas Elektrik ini ternyata lebih efisien dan menjimatkan kos ber-banding mesin Cantas Evo berkuasa petrol yang diperkenalkan sebelum ini.

Bagi mengatasi masalah ini, antara mekanisasi terkini yang dicipta oleh MPOB, termasuk Cantas Elektrik berkuasa bateri yang lebih efisien dan menjimatkan kos ber-banding mesin Cantas yang dicipta sebelum ini.

Selain itu, mesin Cantas Elektrik berkuasa bateri ini juga mempunyai kuasa sebanyak 20volt dan mampu berfungsi selama tiga jam tanpa henti dan dapat menuai kira-kira 200 tandan pokok sawit.

Disamping itu, disebabkan meka-nisasi operasinya yang agak ringkas dan tidak rumit, pekebun kecil dapat menjimatkan kos operasi kerana alat gantian lebih murah dan tahan lama. Malah, mesin Cantas Elektrik ini juga dapat menjimatkan kos penuaian sekurang-kurangnya sehingga RM1,000 setahun menurut Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Khusairi Din.

Mesin Cantas Elektrik yang men-capai ketinggian 7 meter dan hanya seberat 7.6 kilogram memudahkan kerja-kerja penuaian dapat dija-lankan.

Sasar pasaran tahun hadapanSelain itu, berbanding mesin Cantas Evo, mesin Cantas Elektrik ini kurang getaran, tidak bising dan lebih mudah diselenggara dan alat gantian yang lebih tahan lama.

Beliau berkata, sebelum ini MPOB memperkenalkan mesin Cantas Evo

berkuasa enjin yang menggunakan petrol namun ia kurang efisien kerana tangki minyak yang dipa-sang mengakibatkan mesin berke-naan lebih berat, tangki minyaknya mudah pecah dan alat gantian mudah rosak.

Beliau berkata pengusaha ladang terpaksa membeli beberapa mesin Cantas Evo dalam tempoh setahun dan ia secara tidak langsung mem-bebankan pekebun kecil.

MPOB menyasarkan mesin Cantas Elektrik ini akan berada di pasaran pada pertengahan tahun hadapan.

Sebelum mesin Cantas Elektrik dan mesin Cantas Evo, MPOB mula memperkenalkan mesin Cantas yang pertama pada tahun 2007. Selepas itu, mesin tuaian berkenaan terus diperbaharu dan diperbaiki dari semasa ke semasa untuk menghasil-kan mesin cantas yang benar-benar efisien untuk kegunaan pekebun kecil bagi mempercepatkan proses penuaian dan meningkat hasil pro-duktiviti golongan ini.

Mesin Cantas Elektrik ini ternyata lebih efisien dan menjimatkan kos berbanding mesin berkuasa petrol yang diperkenalkan sebelum ini

Razak Jelani,Ketua penyelidik MPOB

Cantas Elektrik lebih ringan, efisien dan jimat kos

Pengunaan mesin Cantas Elektrik lebih ringan dan efisien.

Page 7: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · PDF fileBerdasarkan kajian MPOB, ... pesat telah merubah cara industri sawit berurus niaga ... nyak Sawit Negara (MPOB)

MPOB promosi sawit di AAOCS 2017Oleh Subashini Nadrassubashini@mp ob.gov.my

Barossa Valley: Lembaga MinyakSawit Malaysia (MPOB) mempro-mosi minyak sawit negara sem-pena Mesyuarat Australian Sec-tion of the American Oil Che-mists’ Society (AAOCS 2017) ke-10yang berlangsung di Château Ta-nunda, Barossa Valley, Australia,baru-baru ini.

Mesyuarat dwitahunan yangberlangsung dari 11 hingga 14 Sep-tember 2017 membabitkan sesipersidangan serta dua bengkel ker-ja yang berjaya menarik lebih 100orang saintis, penyelidik dan wakilindustri, terutama dari negaraNew Zealand dan Australia.

Sebanyak 32 kertas kerja berkai-tan minyak sayuran dalam bahanmakanan, lipodimik, bioteknologi,pembuatan produk makanan ber-asaskan lemak, penyelidikan pema-kanan, analisis minyak makanan,perkembangan penyelidikan mi-nyak omega-3 dan perkembanganterbaru dalam industri minyak danlemak dibentangkan.

Penyelidik MPOB turut memben-tangkan dua kertas kerja berkaitanpenyelidikan kesan kedudukan asidlemak sn-1,3 dalam triasilgliseroldan perkembangan penyelidikan

serta kemudahan proteomic sertametabolomic yang disediakan olehBahagian Pusat Kemajuan Biotek-nologi dan Biakbaka (ABBC), MPOBuntuk kepentingan penyelidikanminyak sawit Malaysia.

Sebagai Penaja Emas, MPOB te-lah disediakan ruang pameran un-tuk mempamerkan produk ma-kanan dan bukan makanan ber-asaskan sawit.

Risalah berkaitan aplikasi dankebaikan minyak sawit turut di-edarkan bertujuan memaklumkanperkembangan terkini penyelidi-kan minyak sawit kepada peserta.

Pupuk hubungan kerjasamaYang turut serta dalam pameranberkenaan ialah pembekal utamaperalatan dan teknologi yang ber-kaitan dengan minyak dan lemakdan pengeluar produk makanan.

Secara keseluruhannya, pemba-bitan MPOB dalam AAOCS 2017bukan sahaja mencapai objektif-nya untuk meningkatkan imej mi-nyak sawit Malaysia, malah ia ber-jaya memupuk hubungan kerja-sama di antara MPOB dengankomuniti saintifik global. Bahkan,ia menjadi platform terbaik untukmeneroka potensi kerjasama ber-sama institusi penyelidikan terke-muka di Australia dan New Zea-land.

MPOB menyediakan ruang pameran untuk mempamerkan produk makanan dan bukan makananberasaskan sawit pada AAOCS 2017 di Château Tanunda, Barossa Valley, Australia, baru-baru ini.

8

Maklumat khasiatsawit disebar kepadapengamal perubatan

Peserta mendengar penerangan mengenai produk sawit yangdipamerkan MPOB.

Oleh Nor Asliza Semirannorasliza@mp ob.gov.my

Se rd a n g

Seramai 230 peserta dalamkalangan pengamal peruba-tan menyertai seminar ber-

kaitan kebaikan dan khasiat mi-nyak sawit yang diadakan sem-pena Mesyuarat Agung Khas

Pertubuhan Doktor-Doktor IslamMalaysia (PERDIM) di UniversitiPutra Malaysia (UPM), di sini, ba-ru-baru ini.

Seminar berkenaan mengete-ngahkan topik berkaitan khasiatpemakanan minyak sawit dan ke-lebihan fitonutrien yang terkan-dung dalam minyak sawit.

Seramai tiga pembentang kertaskerja yang juga pakar dalam bi-dang masing-masing turut men-jayakan seminar ini.

Peluang interaksi dengan penga-mal perubatan ini digunakan se-penuhnya oleh Pengarah Pemba-ngunan Produk dan Khidmat Na-sihat Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB), Rosidah Radzian,terutama bagi menerangkan ke-pentingan industri sawit dalammenjana pendapatan negara, ke-gunaan minyak sawit yang serbaboleh serta memperbetulkan per-sepsi negatif terhadap minyak sa-wit dengan membekalkan mak-

lumat tepat berhubung pemaka-nan minyak sawit.

Selain itu, kertas pembentanganoleh Ketua Unit PemakananMPOB, Dr Kangarani Selvaduray,pula lebih menekankan hasil pe-nyelidikan minyak sawit yang di-jalankan MPOB bersama pusat pe-nyelidikan terulung luar negaraseperti Kings College London danOhio State University.

Minyak sawit bebas kolesterolBeliau menjelaskan, hasil penye-lidikan itu berjaya membuktikanminyak sawit adalah seimbang,membekalkan tenaga, bebas ko-lesterol dan asid lemak serta kayadengan fitonutrian seperti karo-tenoid dan vitamin E.

Minyak sawit akan bertindak se-perti lemak tidak tepu dalam ba-dan dan tidak memberikan impakkepada paras kolesterol, sekali gusmenjadikan minyak sawit pilihanyang baik setanding dengan mi-

nyak zaitun.Sementara itu, Profesor Kehor-

mat di Pusat Pengajian Sains Far-masi, Universiti Sains Malaysia(USM), Prof Dr Yuen Kah Hayturut mengambil peluang ini un-tuk menerangkan lebih terperincimengenai kebaikan fitonutrienyang terkandung dalam minyaks aw i t .

Katanya, dalam aplikasi maka-nan, minyak sawit bukan saja mem-punyai ciri minyak penggorenganyang bagus, malah ia juga sumberpelbagai fitonutrien yang baik un-tuk kesihatan seperti vitamin E,karotena, fitosterol, fosfolipid, Q en-

zyme (Q10) dan polifenolik.Kebanyakan peserta yang dite-

mui berkata, seminar ini berjayamembuka mata dan minda me-reka berhubung pelbagai khasiatpemakanan minyak sawit dan ke-gunaannya dalam sektor makananserta bukan makanan.

Selain seminar, maklumat ber-kenaan kebaikan minyak sawit ju-ga disampaikan menerusi pame-ran MPOB.

Pengunjung juga mendapatmanfaat berhubung penjelasanterperinci mengenai khasiat pro-duk sawit terutama produk to-ko t r i e n o l .

Se m i n a rketengah topikkhasiatp emakananminyak sawit,ke l e b i h a nfitonutrien

Page 8: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · PDF fileBerdasarkan kajian MPOB, ... pesat telah merubah cara industri sawit berurus niaga ... nyak Sawit Negara (MPOB)

9

Antara ibu bapa yang hadir pada program kajian nutrisi di SK Bangi.

Pupuk kesedaran khasiatsawit kepada warga sekolahOleh Siti Nurhajar MariamWan Jaafarnurhajar@mp ob.gov.my

Bangi: Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) menganjurkanProgram Kesedaran dan KajianNutrisi yang diadakan secara ber-siri di sekolah rendah bertujuanmendidik pelajar dan ibu bapayang mempunyai persepsi nega-tif dengan minyak sawit dalamdiet harian.

Menyedari hakikat salah angga-pan itu, MPOB mengambil inisiatifuntuk memberi pencerahan ke-pada golongan ini supaya mem-punyai pengetahuan dan pema-haman mantap mengenai kebai-kan minyak sawit sebagai sumberlemak dalam diet seimbang, selainmenggalakkan pelajar mengamal-kan gaya hidup aktif.

MPOB sudah mengenal pasti se-

kolah di sekitar lingkungan 50 ki-lometer dari Ibu Pejabat MPOByang berpotensi terbabit denganprogram julung kali diadakan ini.

Lebih 20 sekolah memberi mak-lum balas positif menyertai prog-ram itu yang diadakan secara ber-kala mengikut kelapangan pihaksekolah dan ibu bapa terbabit.

Dedah informasi tepatMenerusi program dianjur dengankerjasama Kementerian Pendidi-kan Malaysia, pelajar dan ibu bapadi sekolah terpilih akan didedah-kan dengan informasi tepat me-ngenai manfaat kebaikan pemi-lihan minyak sawit berbanding mi-nyak sayuran lain melalui sesitaklimat oleh pegawai penyelidikM P O B.

Seramai 50 murid Tahun Empatdan Lima dipilih bagi satu sesi disesebuah sekolah.

Ibu bapa dan pelajar yang me-nyertai program akan ditemu dugadengan soal selidik berkenaan ru-tin pengambilan makanan sertaaktiviti fizikal yang diamalkan se-tiap hari.

Data itu akan dikumpul dandianalisa bagi menentukan kela-ziman obesiti dalam kalangan pe-lajar sekolah rendah serta hubungkait faktor peningkatan risiko sa-kit jantung dan lebihan berat ba-dan.

Siri jelajah program yang mem-buka tirainya bermula Julai laluitu, mengunjungi Sekolah Kebang-saan (SK) Bangi baru-baru ini danmenerima maklum balas positifdaripada warga sekolah serta ibubapa berkaitan kelebihan penggu-naan minyak sawit.

“Selama ini saya kurang menge-tahui mengenai khasiat minyaksawit, namun kini saya sedar mi-

nyak sawit mempunyai pelbagaikhasiat bermanfaat dengan hargayang jauh lebih murah. Saya pastiakan bertukar kepada minyak sa-wit dalam masakan selepas ini,”kata seorang ibu peserta programyang mengunjungi pameranMPOB disediakan sempena prog-ram berkenaan.

Pelajar dan ibu bapa yang hadir

seawal waktu pendaftaran bermu-la, jelas menunjukkan sambutanbaik terhadap program itu.

MPOB akan terus komited me-nyebarkan maklumat tepat me-ngenai kebaikan dan kelebihan mi-nyak sawit menerusi pelbagai me-dium termasuk mengadakanaktiviti di sekolah dan institusipendidikan tinggi.

Malaysia, Jepunjalin kerjasamadalam programbiodiesel sawit

Dua negara kongsi maklumat,data teknikal majukan industriOleh Nursyairah Abd Jalilnursyairah@mp ob.gov.my

Bangi

Malaysia melalui LembagaMinyak Sawit Malaysia(MPOB) dan Persatuan

Pengeluar Automobil Jepun (JA-MA) dari Jepun menjalin kerja-sama sejak 2011 bagi perkongsianmaklumat serta data teknikalpenggunaan biodiesel dan adu-nannya pada enjin diesel.

Dalam satu pertemuan diada-kan di sini, baru-baru ini, Kemen-terian Perusahaan Perladangandan Komoditi (MPIC), MPOB danJAMA turut mengadakan perbin-cangan bersama wakil PersatuanAutomotif Malaysia (MAA) mem-babitkan wakil UMW Toyota, Hinodan Isuzu.

Delegasi JAMA diwakili Penge-rusi Teknikal Jawatankuasa Mi-nyak Diesel, Tomoaki Kakihara; Pe-

ngerusi Jawatankuasa Teknikal Mi-nyak Pelincir, Hitoshi Hayashi danKetua JAMA di Singapura, TadashiToya .

Pada sesi perbincangan itu, MPOBmembentangkan kertas kerja tek-nikal berhubung hasil pemantauankualiti minyak biodiesel sawit (B100)dan adunan B7 bagi 2017.

Wakil JAMA juga membentang-kan cadangan kajian usaha samaantara MPOB dan JAMA mengenaipenggunaan adunan biodiesel sa-wit dengan diesel Euro5 lebih da-ripada 7 peratus pada enjin ber-teknologi tinggi seperti EuroV.

Kerjasama sejak 2011Kerjasama MPOB dan JAMA ter-jalin sejak 2011 dengan perkong-sian maklumat serta data teknikalpenggunaan biodiesel dan adu-nannya pada enjin diesel. Program‘Pemantauan Bersama MPOB-JA-M A’ bagi kualiti minyak B7 di ste-sen minyak dan biodiesel sawit

(B100) daripada pengeluar biodi-esel mula dijalankan pada tahun2014 yang mana hasil pemantauandibentangkan dan dikongsi ber-sama JAMA serta MAA setiap duakali setahun.

MPOB melakukan pensampelansecara rawak di stesen minyak diseluruh Malaysia dan menganalisasampel B7 untuk memeriksa em-pat parameter utama iaitu kan-dungan air, kestabilan pengoksi-daan, kandungan biodiesel sawitdalam diesel serta nombor asid.

Bagi pemantauan B100, MPOBmenganalisa data dua parameterutama iaitu kestabilan pengoksida-an dan kandungan monogliseridapada Certificates of Assurance (CoA)yang dikeluarkan pengeluar biodi-esel bagi lori tangki bagi setiap peng-hantaran ke depoh petroleum.

Menerusi usaha sama ini, pihakJAMA pada Disember 2016 menge-luarkan kenyataan terkini menge-nai sokongan bersyarat bagi peng-gunaan adunan biodiesel sawit se-hingga 20 peratus (B20) untukkenderaan diesel mematuhi pia-

waian pelepasan ekzos Euro4/IVdan ke bawah.

Perkembangan ini memberi ke-yakinan teknikal untuk Malaysiamelaksanakan program B10 untuksektor pengangkutan.

Kesulitan dihadapi untuk kajianenjin menggunakan biodiesel ialahtiada satu kajian enjin tunggalyang dapat memenuhi kehendaksemua pengeluar kenderaan(OEM) disebabkan perbezaan sis-tem dan teknologi pengeluar ken-deraan yang unik serta tersendiri.

Di Eropah dan Amerika Syarikat,kebanyakan kajian enjin berkaitanbiodiesel dijalankan menggunakanbiodiesel berasaskan minyak soyaserta minyak sesawi yang kurangstabil berbanding dengan biodieseldaripada minyak sawit.

Ujian enjin sendiriPenting bagi Malaysia menjalan-kan ujian enjin sendiri bagi me-nunjukkan kesesuaian adunan bio-diesel sawit pada kadar adunanbiodiesel yang lebih tinggi sepertiB10 dan 15. Sehingga kini, tiada

kajian muktamad penggunaan bio-diesel melebihi 7 peratus ada enjinberteknologi EuroV dilakukan.

Berikutan pegangan pasarankenderaan berenjin diesel di Ma-laysia didominasi pengeluar ken-deraan dari Jepun, MPOB me-ngambil inisiatif menjalankan ka-jian usaha sama dengan JAMAbertujuan mengumpul data tek-nikal yang akan menjadi penandaaras kebolehlaksanaan bagi Prog-ram B10 dan B15 di Malaysia padamasa depan yang fokus kepadaenjin berteknologi EuroV.

JAMA mengalu-alukan projek usa-ha sama ini bersama MPOB untukbersama-sama mendapatkan datateknikal muktamad. Kajian ini di-jangka mengambil masa tiga tahun.

Delegasi JAMA turut dibawa me-lawat loji rintis biodiesel sawit danmakmal analisa bio bahan api ber-kaitan biodiesel yang terletak diIbu Pejabat MPOB.

Loji rintis biodiesel sawit ini di-bina pada tahun 1985 iaitu yangpertama di Malaysia dibangunkanoleh penyelidik MPOB.

Ahmad Farid (enam dari kiri) dan Dr Ahmad Parveez (empat dari kiri) bersama delegasi JAMA serta MAA.

Page 9: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · PDF fileBerdasarkan kajian MPOB, ... pesat telah merubah cara industri sawit berurus niaga ... nyak Sawit Negara (MPOB)

10

Jangan fitnahminyak sawit

Fa k tamengenaikebaikan minyaksawit mamputepis pelabelannegatif produkm a ka n a n

Adalah penting bagi gene-rasi masa depan kita su-paya tidak mudah terpe-

ngaruh dengan perkara negatifdan berita palsu yang tersebarmengenai minyak sawit.

Masyarakat kita menyedari mi-nyak sawit sedang digugat di Ero-pah. Ini termasuk tanggapan ne-gatif mengenainya dalam kala-ngan pengguna di sana, yangkebanyakannya mudah terpenga-ruh dengan pelabelan negatif padaproduk makanan.

Apa yang kita kurang sedari ialahpengaruh negatif sedemikian turutmenular dalam kehidupan kita disini. Jika pergi membeli-belah padahari ini, kita boleh melihat an-caman sama di atas rak pasar rayakita atau di kedai tempatan lain.

Kita semua bertanggungjawabmemantau syarikat yang meren-dahkan kepentingan negara kitamelalui cara ini dan dengan se-ngaja memperlekehkan minyak sa-wit yang juga tonggak utama eko-nomi Malaysia.

Ini penting kerana sektor mi-nyak sawit adalah satu daripadapencapaian Malaysia yang hebatdan menyumbang kepada eksportterbesar kita.

Berjuta-juta rakyat kita bergan-tung pada tanaman sawit untukmenampung kehidupan, serta me-nyediakan kehidupan lebih baikuntuk anak mereka. Banyak ka-wasan luar bandar dahulunyamundur berubah menjadi mak-mur dan produktif dengan pena-naman sawit.

Untuk sektor ini terus mengecapikejayaan dan berkembang, gene-

rasi masa depan perlu dididik su-paya mereka tidak mudah terpe-ngaruh dengan perkara negatif danberita palsu mengenai minyak sa-wit yang tersebar di luar negara.

Satu contoh terkini ialah peng-iklanan ‘Tiada Minyak Sawit’ a t aupelabelan yang sama pada produkmakanan yang kebiasaannya di-gunakan untuk mempromosikanminyak sayuran saingan.

Pengiklanan sebegini menjejas-kan imej minyak sawit di Eropahdan ia tidak mustahil akan berlakudi Malaysia, kecuali jika kita sentiasaberwaspada serta mengambil tin-dakan mengenainya dengan cepat.

Kongsi fakta minyak sawitPertama, kita mesti fokus padapendidikan. Generasi baharu perludiberi maklumat dan fakta me-ngenai kebaikan, serta sumbanganminyak sawit supaya mereka mem-punyai pengetahuan dan pema-haman mendalam untuk menang-kis tuduhan tidak benar berkenaanminyak sawit dan industrinya. Initanggungjawab kita semua terma-suk kerajaan, industri, media, ibubapa dan sebagainya.

Jika kita bekerjasama dan me-mainkan peranan masing-masingdalam mendidik anak muda kita,nescaya penghargaan terhadapmanfaat minyak sawit dapat di-turunkan dari generasi ke generasi.

Sebagai contoh, baru-baru ini,saya bertemu sekumpulan penye-lidik dari Amerika Syarikat yangsedang mengkaji dan mencipta se-jenis ubat untuk melawan penya-kit Alzheimer. Komponen utamadigunakan dalam ubat ini ialahminyak isirung sawit.

Bagaimanapun, pendidikan se-mata-mata tidak mencukupi. Labelsebegini yang mula muncul di pa-sar raya di Malaysia atau dalamtalian, menjadi ancaman seriusyang tidak boleh diterima ke atasindustri terpenting kita.

Kita mesti mengkaji dengan telitiapakah langkah proaktif boleh di-ambil, sama ada melalui tindakanpengguna untuk memberi isyaratkepada syarikat terbabit atau tin-dakan kerajaan dalam menanganiisu ini daripada akar umbi.

Kesan negatif label produkJenama Lurpak dari Denmark ada-lah contoh terdekat. Produk ke-luaran jenama ini memaparkanlabel ‘Tidak Mengandungi MinyakS aw i t .’

Syarikat induk kepada jenama

Lurpak adalah antara anggota Per-sidangan Meja Bulat Minyak SawitMampan (RSPO).

Satu daripada peraturan RSPOialah komitmen daripada setiapanggotanya untuk tidak menge-cilkan atau menjejaskan pengelua-ran minyak sawit mampan.

Pembungkusan produk di ba-wah jenama Lurpak adalah satucubaan jelas bertujuan menjejas-kan dan mengkritik minyak sawitMalaysia, malah secara terbukamempromosikan minyak sayuransaingan.

Ini bukan kali pertama syarikatanggota RSPO didapati memper-lekehkan minyak sawit. Pasar rayaterkenal di Perancis, Casino turutmenggunakan label ‘Tidak Me-ngandungi Minyak Sawit’ selamabertahun-tahun ketika ia menjadiahli RSPO.

Reaksi daripada RSPO nyata ti-dak mencukupi dan tidak berke-san. Syarikat seperti Lurpak di-dapati terus memperlekehkan mi-nyak sawit termasuk di Malaysia.

Syarikat ini mungkin berpenda-pat label ‘Tidak Mengandungi Mi-nyak Sawit’ bukan satu tindakanmenyalahi undang-undang. Malah,formula dalam menghasilkan se-suatu produk adalah hak mutlakmereka. Secara teknikalnya, me-reka mungkin tidak melanggar se-barang peraturan RSPO.

Bagaimanapun, alasan teknikalsebegini tidak boleh diterima un-tuk menghalalkan tindakan me-r e ka .

Syarikat ini sebenarnya berse-lindung di sebalik RSPO untukmembolehkan mereka terus me-lancarkan kempen anti minyak sa-wit.

Jika RSPO benar-benar seriusmempertahankan imej minyak sa-wit, ia mesti bertindak segera de-ngan merobohkan perisai ini. Ke-menterian saya berpendapat isulabel sebegini melangkaui persoa-lan teknikal.

Syarikat seperti Lurpak sudahmembuat pilihan sendiri untukmemasuki pasaran Malaysia danmereka berusaha membina keper-cayaan daripada masyarakat Ma-laysia terhadap produk mereka.

Ini bermakna mereka mempu-nyai tanggungjawab yang lebihluas dari sudut teknikal yang manasebarang tindakan mereka mestiberpaksikan pada ciri semangatatau niat yang betul.

Tanggungjawab etika mesti se-iring dengan tanggungjawab un-

dang-undang. Adakah ia beretikauntuk sesebuah syarikat yang ber-operasi di Malaysia memperlekeh-kan minyak sawit, apabila lebihdaripada sejuta rakyat Malaysia,termasuk 650,000 pekebun kecilsawit bergantung kepadanya un-tuk mata pencarian? Jawapan sayaadalah tidak.

Perlu diingat, kita mengalu-alu-kan kedatangan sebahagian besarsyarikat seperti Lurpak ke Malay-sia. Mereka menyediakan produkdan perkhidmatan yang kita mahudan diperlukan rakyat Malaysia.

Kebanyakan syarikat ini mema-tuhi undang-undang dan dihorma-ti, namun kita mesti bertegas da-lam hal tertentu. Sama seperti kitamengalu-alukan dan memuji ma-joriti daripada mereka yang ber-kelakuan baik, kita mesti beranimengutuk mereka yang cubamemperlekehkan Malaysia.

Ambil tindakan tegasDalam isu ini, kerajaan menegas-kan ia akan mempertahankan hakpetani kecil sawit kita daripadasebarang bentuk tindakan diskri-minasi pihak asing.

Malah, Perdana Menteri, DatukSeri Najib Razak sudah mengu-mumkan kerajaan akan mengam-bil tindakan balas terhadap mana-mana negara mendiskriminasi mi-nyak sawit serta produknya.

Jadi, kita mesti sentiasa berwas-pada sepanjang masa, tidak kira dimana kita berada. Sebarang tin-dakan diskriminasi yang tidak adilatau tidak sah oleh mana-manasyarikat asing yang beroperasi da-lam negara kita tidak boleh di-b i a rka n .

Kepada syarikat yang masih ber-degil untuk terus memperlekeh-kan minyak sawit, nasihat sayaadalah mudah, berhenti berbuatdemikian dan berinteraksi denganpihak kami dalam menangani ma-salah anda secara ikhlas.

(Artikel ini disunting daripadaartikel asal bertajuk ‘NoDenigration of Palm Oil’ olehMenteri PerusahaanPerladangan dan KomoditiMalaysia, Datuk Seri Mah SiewKeong, untuk kolum “Pa l mVo i c es ” dalam akhbar TheStar terbitan 16 September2017)

Produk jenama Lurpurk yang meletakkan label ‘tanpa minyak sawit’ dianggap mendiskriminasikanminyak sawit negara.

Page 10: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · PDF fileBerdasarkan kajian MPOB, ... pesat telah merubah cara industri sawit berurus niaga ... nyak Sawit Negara (MPOB)

Dalam dunia serba moden masa kini, Malaysia

merupakan antara negara terbesar yang mengeksport sawit ke pasaran dunia.

Sebahagian amalan per-ladangan yang baik juga dia-malkan dalam industri sawit seperti tiada lagi amalan pembakaran, mengekalkan tumbuhan menjalar, menge-lakkan pemampatan tanah, pengurusan sisa buangan dan tandan kosong.

Hal seumpama ini sete-rusnya dapat mengekalkan kesuburan tanah dan sekali gus membantu peningkatan hasil minyak sawit negara.

Memang tidak dapat disangkal bahawa penggu-naan minyak sawit di Malay-sia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pencapaian ini adalah hasil peningkatan produktiviti dan amalan mentrans-formasikan ladang sawit dengan mempercepatkan penanaman semula pokok sawit matang, di samping melaksanakan kawalan kualiti yang ketat bagi meningkatkan pengek-trakan minyak dan mem-bangunkan kemudahan biogas di kilang memproses sawit.

Pertumbuhan pesat industri sawit juga dapat dilihat di peringkat industri hiliran dengan penghasilan pelbagai produk daripada sawit termasuk produk makaman dan produk bukan makanan seperti kosmetik, produk bijisim dan biodiesel sawit.

Bagi menghasilkan produk sawit yang berkuali-ti, amalan penanaman dan pengurusan sawit secara mampan adalah langkah yang dipraktikkan oleh penggiat industri sawit

negara. Amalan sawit mampan

bukan sahaja berupaya menghasilkan minyak sawit yang berkualiti tetapi ia dija-min selamat dimakan dan akan diterima di pasaran antarabangsa.

Sejajar dengan permin-taan minyak sawit mampan di pasaran antarabangsa, kerajaan Malaysia memper-kenalkan skim pensijilan bagi memastikan minyak sawit yang dihasilkan di negara ini adalah mampan.

Kerajaan melalui MPOB memperkenalkan pelbagai skim pensijilan seperti Kod Amalan Baik (CoP) dan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). MSPO pada masa ini dilaksa-nakan secara sukarela sejak diperkenalkan pada 2015 dan akan menjadi manda-tori menjelang akhir tahun 2019.

Ini bermakna pada tahun 2020, industri sawit sepe-nuhnya akan dipersijilkan dengan MSPO. Pensijilan MSPO ini bukan sahaja men-jamin pengeluaran minyak sawit berkualiti tetapi ia juga menjenamakan semual minyak sawit Malaysia men-jadi minyak sawit berkelas premium.

Secara konklusinya, industry sawit mampan bukan sahaja menjamin kualiti minyak sawit yang tinggi tetapi ia juga mengan-dungi elemen-elemen mesra alam yang akan menjamin keselamatan alam seki-tar. Penggunaan teknologi dalam pelbagai rangkaian penghasilan minyak sawit juga akan mampu men-gangkat minyak sawit Malaysia agar terus diteri-ma pengguna di peringkat global.

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah dan awam di seluruh negara. Karangan adalah men-

genai industri sawit negara dan antarabangsa berpandukan tajuk yang diberikan di bawah:

PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN OKTOBER 2017

KEPUTUSAN PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN SEPTEMBER 2017

Kategori 1: Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)Tajuk: “Pensijilan MSPO jamin penghasilan minyak sawit berkualiti. Bincangkan”.

Kategori 2: AwamTajuk: “Pensijilan MSPO jamin minyak sawit Malaysia diiktiraf pasaran global. Bincangkan”.

Tiga pemenang utama bagi setiap kategori akan menerima;− Hadiah Pertama : RM250− Hadiah Kedua : RM200− Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran bulan NOVEMBER 2017 akan datang.

PEMENANG KATEGORI 1Pelajar Sekolah Menengah Hadiah Pertama Nurfatihah Mat AliasSMK Putrajaya Presint 16 (1)Putrajaya

Hadiah Kedua Nur Afiqah AzizSMK Putrajaya Presint 14-1Putrajaya

Hadiah KetigaTiada pemenang

PEMENANG KATEGORI 2Awam

Hadiah Pertama Syafiqah Najlaa Aqilah SallehRawang, Selangor

Hadiah Kedua Alia Najiha Ahmad RidzuanGombak, Kuala Lumpur

Hadiah KetigaHasnah Md SehLabis, Johor

Syarat Penyertaan − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar sekolahmenengah tingkatan 1 hingga 5− Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas. − Bukan kakitangan MPOB.− Panjang esei di antara 500 - 700 patah kata− Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, alamat email (jika ada) nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport− Keputusan juri adalah muktamad.− Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Oktober 2017.− Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita SawitIbu Pejabat MPOB6, Persiaran Institusi,Bandar Baru Bangi,43000 Kajang, Selangoru/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Komunikasi Korporat)

Penghasilan minyak sawit dan produk sawit yang

berkualiti, selamat dan ber-nilai premium di pasaran antarabangsa kesan dari-pada konsistensi amalan mampan dalam industri sawit Malaysia mampu meningkatkan penggu-naan minyak sawit pada peringkat global dan juga negara bangsa.

Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia atau Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) yang memberi fokus kepada sektor perla-dangan, pekebun kecil dan kilang minyak sawit adalah sejajar dengan usaha pen-jenamaan minyak sawit Malaysia bagi memper-tingkatkan penggunaan pasaran minyak sawit secara global.

Menjelang akhir tahun 2019, hampir 650,000 peke-bun kecil seluruh negara yang melibatkan keluasan melebihi 2 juta hektar perlu memperoleh sijil MSPO. Sehubungan itu, kerajaan cakna dengan situasi peke-bun kecil, justeru pensijilan MSPO diberikan secara per-cuma kepada pekebun kecil. Insentif kerajaan ini dijang-ka dapat mengurangkan beban kewangan pekebun kecil bagi menampung yuran pengauditan pensiji-lan MSPO.

Usaha kerajaan bagi memastikan pelaksanaan pensijilan MSPO di bawah tanggungjawab Majlis Pen-sijilan Minyak Sawit Malay-sia (MPOCC) harus dipuji, di mana pihak kementerian giat menganjurkan ‘roads-how’ khas untuk memberi penerangan kepada peke-bun kecil mengenai kepen-tingan memiliki sijil MSPO

bagi meningkatkan penda-patan dan pembangunan mampan industri sawit negara.

Jalinan kerjasama antara MPOB dan Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Program Kerjasama Tekni-kal Malaysia menghasilkan satu program tahunan iaitu Program Suai Kenal Indus-tri Sawit. Objektifnya ialah untuk menyediakan ruang interaksi dengan penggiat industri minyak dan lele-mak serta pengguna minyak sawit seluruh dunia, sete-rusnya membawa kepada penggunaan minyak sawit secara menyeluruh.

Misalnya, banyak pen-gisian sepanjang program tersebut yang dikongsi oleh peserta POFP disamping berpeluang meninjau ope-rasi industri dan kemajuan bidang penyelidikan mela-lui siri lawatan ke ladang, kilang dan makmal. Amalan mampan inilah yang membantu menyebarkan maklumat sahih mengenai kemajuan industri sawit dan keistimewaan minyak sawit yang mengandungi pelbagai khasiat seperti Fitonutrien yang kaya Vitamin A dan E.

Selain itu, umum juga mengetahui dengan baiknya bahawa sawit adalah tana-man yang paling produktif, pelbagai guna, kos efektif dan dibangunkan secara mampan. Industri sawit juga mampu menjadi tunggak ekonomi Malay-sia yang memberi peluang kepada lebih 4 juta orang termasuk pekebun kecil.

Penggunaan sawit terus dipelbagaikan antaranya dalam sektor biodiesel sawit dimana ianya dilihat sebagai langkah tambah nilai dalam menyokong Dasar Biobahan Api Negara. Kerajaan terus komited menyokong penye-lidikan dengan menyedi-akan geran untuk industri sawit dan hiliran.

Dasar Bio Bahan Api Negara (Mational Biofuel Policy – BNP) adalah penting kerana ia menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam, lestari dan berdaya maju untuk men-gurangkan pergantungan kepada bahan bakar fosil.

Justeru, ianya mampu meningkatkan permintaan untuk minyak sawit dan ini mampu meningkatkan kesejahteraan semua pihak berkepentingan dalam industri pertanian dan komoditi berdasarkan harga yang stabil.

Konklusinya, amalan mampan dalam indus-tri sawit menjadi teras peningkatan penggunaan minyak sawit seperti yang telah dibincangkan. Ternya-ta industri sawit mampan mampu menjamin kualiti minyak sawit negara. Juste-ru, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menjana perubahan indus-tri sawit.

Nurfatihah Mat Alias SMK Putrajaya Presint 16 (1), Putrajaya

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 1 - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Syafiqah Najlaa Aqilah Salleh Rawang, Selangor

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 2 - AWAM

Industri sawit mampan jamin kualiti minyak sawit

Amalan mampan dalam industri sawit jadi teras peningkatan penggunaan minyak sawit

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 7 OKTOBER 2017 − SABTU 11

Pertumbuhan pesat industri sawit juga dapat dilihat di peringkat industri hiliran dengan penghasilan pelbagai produk daripada sawit termasuk produk makaman dan produk bukan makanan seperti kosmetik, produk bijisim dan biodiesel sawit”

Page 11: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · PDF fileBerdasarkan kajian MPOB, ... pesat telah merubah cara industri sawit berurus niaga ... nyak Sawit Negara (MPOB)

12

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keongbersama Menteri Perdagangan dan Industri India, Suresh Prabhu ketika mesyuaratdua hala menteri kedua-dua negara di Mumbai, India baru-baru ini.

Datuk Seri Mah Siew Keong beramah mesra dengan wakil syarikat perladangansawit yang menyertai sesi dialog bagi membincangkan pelaksanaan skim pensijilanMinyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Turut kelihatan Pengerusi MPOB, Datuk SeriAhmad Hamzah ( kiri).

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun DatuMansur (tengah) merasmikan Seminar Keperluan Latihan Kemahiran Dalam MemperkasaModal Insan Sektor Komoditi Sawit Negeri Sarawak di Saratok.

Datuk Datu Nasrun DatuMansur bersama Timbalan

Menteri PerdaganganDalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan, DatukHenry Sum Agong

memotong riben seb agaisimbolik perasmian Pusat

Timbang Koperasi PenanamSawit Mampan (KPSM) Daerah

Lawas, Sarawak.

Datuk SeriMah SiewKe ongmencub aalat penuaibuah sawitb ermotoratau Cantasketikalawatan kekebun sawitmilik pekebunkecil yangmenjadi ahliKelomp okSawitMamp an(SPOC) HilirPerak di TelukIntan, Perak.