perancangan - jupem.gov.my · pdf fileprogram latihan yang disenaraikan adalah cadangan ......

Download PERANCANGAN - jupem.gov.my · PDF fileProgram latihan yang disenaraikan adalah cadangan ... dengan dua cara iaitu secara online melalui eSPEK ... MapInfo Penolong Juruukur

If you can't read please download the document

Upload: vunguyet

Post on 06-Feb-2018

271 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

  • PERANCANGAN L AT I H A N 2 0 1 7

  • 2017

    iii

    KANDUNGAN

    Prakata iv

    Pendahuluan v

    Permohonan Kursus vi

    Indeks Latihan viii

    Program Pembangunan Bidang Kepakaran/Kemahiran Anjuran INSTUN

    A) Kadaster 15

    B) Geodetik 31

    C) Pemetaan 49

    D) Teknologi Maklumat 67

    Cadangan Program Latihan Untuk Penganjuran Bahagian/JUPEM Negeri A) Program Pembangunan Organisasi 89

    B) Program Pembangunan Nilai dan Etika 123

    Lampiran 131

    Lampiran A - Borang Permohonan Kursus 132

    Lampiran B - Garis Panduan Tatacara Permohonan Kelulusan Penganjuran 134 Latihan dan Program

    Lampiran C - Borang Penilaian Kursus 143

    Lampiran D - Format Laporan Penilaian Kursus 145

  • Perancangan Latihan

    iv

    Prakata

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Syukur Alhamdulillah dengan kerjasama wakil-wakil Bahagian dan JUPEM Negeri telah membantu Seksyen Pembangunan Kompetensi dalam menghasilkan Buku Perancangan Latihan bagi Tahun 2017. Buku Perancangan Latihan ini adalah berdasarkan kepada Analisis Keperluan Latihan, Perancangan Strategik JUPEM (2016 -2020) dan juga bengkel perbincangan dengan wakil-wakil Bahagian, JUPEM Negeri dan juga bengkel perbincangan dengan pihak Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). Buku Perancangan Latihan ini dilengkapi dengan maklumat mengenai program pembangunan bidang kepakaran, program pembangunan organisasi dan juga pembangunan nilai dan etika. Sehubungan dengan itu, buku ini sewajarmya digunakan dan dijadikan panduan untuk merancang dan melaksanakan latihan di peringkat Bahagian dan JUPEM Negeri. Perancangan latihan yang disediakan ini adalah bersifat menyeluruh yang menyasarkan semua peringkat kakitangan JUPEM. Oleh yang demikian, saya harap semua Bahagian dan JUPEM Negeri dapat membuat perancangan latihan dengan lebih sistematik dan dapat memantapkan warga JUPEM dengan kemahiran dan kepakaran di bidang masing-masing. Pada masa yang sama, sepertimana kita sedia maklum bahawa kini perkhidmatan awam mengalami kekangan peruntukan. Justeru, adalah dinasihatkan semua Bahagian dan JUPEM Negeri dapat menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy dalam melaksanakan program latihan yang bersesuaian bagi menjimatkan kos. Saya harap kita dapat membuat perancangan latihan yang baik dan bersesuaian dengan keadaan semasa agar fungsi JUPEM tidak terjejas dan mampu memperkukuhkan sistem penyampaian Jabatan selaras dengan kehendak stakeholders dan pelanggan JUPEM.

    Latihan Ke Arah Kecemerlangan

    (DATO SR MOHD NOOR BIN ISA)Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan IMerangkapPengerusi Jawatankuasa Perancangan dan Penyelarasan Latihan

  • 2017

    v

    PendahuluanBuku Perancangan Latihan ini diterbitkan setiap tahun oleh Seksyen Pembangunan Kompetensi (SPK), Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Buku Perancangan Latihan bagi tahun 2016 dan tahun-tahun sebelumnya menyenaraikan program-program latihan dalaman yang dirancang untuk dijalankan oleh BPK sendiri dan juga program latihan kemahiran atau teknikal yang dianjurkan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) sebagai panduan latihan yang telah dirancang sepanjang tahun yang boleh disertai mengikut keperluan kompetensi setiap kakitangan JUPEM. Bagi tahun 2017, SPK telah menambahbaik kandungan dan struktur Buku Perancangan Latihan ini di mana program latihan dalaman yang disenaraikan tidak hanya tertumpu kepada program latihan anjuran BPK sahaja. Program latihan yang disenaraikan adalah cadangan program latihan dalaman yang boleh dianjurkan oleh Bahagian atau JUPEM Negeri mengikut kesesuaian dan keperluan kompetensi organisasi dan kakitangan.

    Program latihan yang disenaraikan di dalam buku ini adalah hasil daripada Bengkel Perancangan Latihan 2017 yang telah dianjurkan oleh SPK dan dihadiri oleh Pegawai Penyelaras Latihan (PPL) setiap Bahagian dan JUPEM Negeri dengan berpandukan kepada Pelan Operasi Latihan (POL) dan Analisis Keperluan Latihan (TNA) JUPEM sebagai rujukan. Secara amnya program latihan yang dimuatkan di dalam buku ini adalah mengikut pecahan yang baharu seperti berikut:i. Program Pembangunan Bidang Kepakaran/Kemahiran Anjuran INSTUN A) Kadaster B) Geodetik C) Pemetaan D) Teknologi Maklumatii. Cadangan Program Latihan Dalaman A) Program Pembangunan Organisasi B) Program Pembangunan Nilai dan Etika

    Jadual Indeks Latihan dilengkapi dengan maklumat Program, Kumpulan Sasar, Jawatan/Gred dan Bahagian yang ada kaitan dengan keperluan kompetensi terhadap program yang berkenaan. Buku Perancangan Latihan Tahun 2017 juga menggariskan cadangan program latihan dalaman untuk pembangunan organisasi dan pembangunan nilai dan etika yang boleh dianjurkan oleh Bahagian/JUPEM Negeri mengikut keperluan masing-masing.

    Selain itu, buku ini juga dilengkapkan dengan butiran maklumat lain seperti Jangkamasa Kursus, Bilangan Peserta, Objektif, Modul dan Metodologi sebagai rujukan penganjuran dan pegawai menghadiri kursus.

    Sehubungan itu, semua Bahagian dan JUPEM Negeri hendaklah menggunakan buku ini sebagai rujukan dalam merangka POL bagi tahun 2017 yang terdiri daripada perancangan dan pelaksanaan penganjuran latihan dalaman dan pegawai menghadiri kursus anjuran luar supaya program latihan yang dianjurkan dan dihadiri menepati keperluan kompetensi organisasi dan kakitangan Jabatan.

  • Perancangan Latihan

    vi

    PERMOHONAN KURSUSSemua pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan layak membuat permohonan mengikuti kursus. Keutamaan untuk menyertai sesuatu kursus adalah berdasarkan kepada keperluan kompetensi terhadap tugas-tugas semasa.

    YURANBagi kursus anjuran Jabatan, tiada sebarang bayaran dikenakan. Manakala, bagi kursus anjuran Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) bayaran sebanyak RM 30 dikenakan untuk setiap kursus.

    PENCALONANSetiap permohonan daripada kakitangan Jabatan ini ataupun agensi lain hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan mestilah dikemukakan sekurang-kurangnya sebulan sebelum sesuatu kursus dijalankan dan hendaklah dikemukakan kepada:

    Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia,Wisma JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra,50578 Kuala Lumpur(u.p.: Seksyen Pembangunan Kompetensi)

    Semua permohonan menghadiri kursus adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan.

    BORANG PERMOHONANSetiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Kursus seperti yang dilampirkan di Lampiran A atau boleh diperolehi di Seksyen Pembangunan Kompetensi, Bahagian Perancangan dan Korporat, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

    Bagi kursus yang dikendalikan oleh pihak INSTUN, permohonan boleh dibuat dengan dua cara iaitu secara online melalui eSPEK (Sistem Pengurusan Kursus INSTUN) atau dengan mengisi borang permohonan kursus APD (U-04).

    PENGANJURAN KURSUSBagi penganjuran kursus oleh Bahagian atau JUPEM Negeri, permohonan penganjuran kursus hendaklah dibuat mengikut prosedur yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Tatacara Permohonan Kelulusan Penganjuran Latihan dan Program seperti di Lampiran B. Selepas penganjuran sesebuah kursus, penganjur dari Bahagian atau JUPEM Negeri hendaklah mengedarkan Borang Penilaian Kursus seperti di Lampiran C kepada peserta seterusnya melengkapkan Laporan Penilaian Latihan mengikut format di Lampiran D dan menyerahkan kepada SPK berserta laporan latihan bulanan.

  • 2017

    vii

    PERTANYAAN

    Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai kursus-kursus yang disenaraikan dalam Buku Program Latihan ini hendaklah dimajukan kepada:

    Pengarah Ukur Seksyen(Pembangunan Kompetensi)Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia,Tingkat 14, Wisma JUPEM,Jalan Sultan Yahya Petra,50578 Kuala LumpurTelefon : 03 26170821/822Faksmili : 03 26170636

  • INDEKS LATIHAN

  • 2017

    ix

    PETUNJUK

    Berikut merupakan senarai petunjuk bagi singkatan yang digunakan di ruangan Kumpulan Sasar (Kompetensi) Bahagian di senarai Indeks Kursus:

    BK Bahagian KadasterJN JUPEM NegeriBDPP Bahagian Dasar dan Penyelarasan PemetaanBEP Bahagian Ehwal PersempadananBUG Bahagian Ukur GeodetikBPDGN Bahagian Pangkalan Data Geospatial NegaraBPT Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung/Sabah/SarawakBKG Bahagian Kartografi dan GISBPU Bahagian Pemetaan UtilitiBGSP Bahagian Geospatial PertahananBPK Bahagian Perancangan dan Korporat

  • 2017

    1

    INDEKS KURSUS

    i. PROGRAM PEMBANGUNAN BIDANG KEPAKARAN / KEMAHIRAN ANJURAN INSTUN A) KADASTER

    Bil. Nama ProgramKumpulan Sasar (Kompetensi) Muka

    SuratJawatan / Gred Bahagian

    1UK01/17 - Kursus Pengeluaran Hakmilik / Geran Tanah

    Penolong Juruukur (Gred 29-38) BK / JN 16

    2.UK02/17 - Kursus Pengimbasan Utiliti Bawah Tanah - Teori

    Juruukur, Jurugeospatial dan Penolong Juruukur

    (Gred 29-52)BPU / JN 17

    3.UK03/17 - Kursus Apresiasi Perundangan Tanah

    Juruukur, Jurugeospatial dan Penolong Juruukur

    (Gred 29-54)BK / JN 18

    4.UK04/17 - Kursus Kadaster 3D, Kadaster Marin dan Multipurpose Cadastre

    Juruukur, Jurugeospatial dan Penolong Juruukur

    (Gred 29-JUSA C)BK / JN 19

    5.UK05/17 - Kursus Pengimbasan Utiliti Bawah Tanah - Amali

    Juruukur, Jurugeospatial dan Penolong Juruukur

    (Gred 29-52)BPU / JN 20

    6.UK06/17 - Kursus Persediaan Saksi Pakar

    Juruukur dan Jurugeospatial (Gred 41

    JUSA C)

    BK / JN / BDPP / BEP / BGSP / BPU

    21

    7.UK07/17 - Kursus Penggunaan Alat Total Station