lawatan menara taming sari

Upload: selvamani-selva

Post on 03-Mar-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kjjkkj

TRANSCRIPT

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JALAN TAJUL ,

81900 KOTA TINGGI

JOHOR TEL/ FAX: 07-8821384 EMAIL: [email protected]

Ruj.Kami : JBD3015/100-19/7/1(1) Tarikh : 12 Oktober 2012

Tuan Pengurus,Melaka Taming Sari Berhad,

Jalan Merdeka Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa kami ingin memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Menara Taming Sari.2. Tujuan lawatan ini adalah untuk menimba pengetahuan, di samping mengurangkan tekanan para pelajar selepas menduduki peperiksaan UPSR.

3.Maklumat-maklumat lanjut berkaitan rancangan adalah seperti berikut:

Tarikh

: 20 Oktober 2012 (Sabtu)

Peserta : 37 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring

Ketua Rombongan : En. Mohd Muslawari bin Yahya (019-7743571)

4.Kami juga memohon jasa baik pihak tuan supaya dapat memberikan maklum balas secepat mungkin. Kerjasama dan komitmen daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.5.Bersama-sama ini juga disertakan jadual lawatan untuk perhatian pihak tuan.Sekian,

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,.................................................................(NADARASON A/L K MARUTHAMUTHU)

Guru Besar,

SJK (T) Jalan Tajul,

81900 Kota Tinggi,

Johor Darul Takzim.

Jadual Lawatan

TarikhMasaTempat Yang DilawatiNama Dan Alamat Penuh Tempat Bermalam

19.10.2012

(Jumaat)07.00 pagi- Bertolak dari sekolah ke

Melaka

- Sarapan pagi

- Taman Mini Malaysia & Taman Mini ASEAN

- Taman Rama-Rama

- Taman Buaya

- Makan tengah hari

- Zoo Melaka

- Melaka Tropical Fruit Farm

(Sungai Udang)

- Little India Melaka

- Taman Rekreasi

- Rehat dan makan malam

Homestay

20.10.2012

(Sabtu)

07.00 pagi- Sarapan pagi

- A-Farmosa

- Muzium Samudera

- Menara Taming Sari- Makan tengah hari

- Melaka Planetarium

- Under Water World Melaka

- Bertolak balik ke sekolah

Homestay