lawatan krn

6
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK SK BANDAR UTAMA DAMANSARA ( 4 ) PETALING JAYA, SELANGOR KERTAS KERJA CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PULAU LANGKAWI TARIKH 28 – 30 OKTOBER 2010

Upload: aman-shah

Post on 08-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

suka-suka jer... percubaan

TRANSCRIPT

Page 1: LAwatan KRN

PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

SK BANDAR UTAMA DAMANSARA ( 4 )

PETALING JAYA, SELANGOR

KERTAS KERJA CADANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PULAU LANGKAWI

TARIKH

28 – 30 OKTOBER 2010

Page 2: LAwatan KRN

PENGENALAN

Pulau Langkawi merupakan salah sebuah pulau di Malaysia yang sangat terkenal dengan

keindahan alam semula jadinya. Lagenda Mahsuri turut menjadikan Pulau Langkawi menjadi

salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia. Keunikan alam semula jadi

serta kepesatan pertumbuhan ekonomi serta sosial Pulau Langkawi pastinya menggamit

sesiapa sahaja untuk berkunjung ke pulau ini. Apatah lagi kepada murid-murid sekolah yang

pastinya mahu mengenali dengan lebih dekat lagi lagenda dan sejarah ‘sumpahan tujuh

keturunan’ oleh Mahsuri terhadap Pulau Langkawi.

Atas keunikan dan keistimewaan itulah, Persatuan Sains dan Matematik SK Bandar Utama

Damansara (4), menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi lawatan sambil belajar pada

tahun 2010 ini. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu kaedah Pembelajaran Luar

Bilik Darjah, yang akan memberi ruang kepada murid secara langsung merasai serta

mengalami sendiri keunikan dan keistimewaan Pulau Langkawi.

OBJEKTIF

Program ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut :

i- Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang lagenda dan sejarah Pulau

Langkawi.

ii- Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengenali dengan lebih dekat tokoh-

tokoh yang banyak disebut dalam buku mengenai Pulau Langkawi

iii- Menghargai dan mencintai keunikan dan keistimewaan Pulau Langkawi sebagai salah

satu destinasi pelancongan dalam Negara yang kaya dengan keindahan alam semula

jadinya yang tersendiri.

TEMPAT

Tempat lawatan yang dicadangkan adalah seperti berikut :

i- Under Water Worldii- Kabel Cariii- Kilang Pembuatan Gamativ- Galeri Perdana

Page 3: LAwatan KRN

v- Makam Mahsurivi- Dataran Lang

TARIKH

Tarikh yang dicadangkan adalah pada 28 – 30hb Oktober 2010 .

PESERTA

Secara dasarnya, program ini adalah untuk ahli Persatuan Sains dan Matematik sahaja.

Namun, peluang menyertai lawatan ini dibuka kepada murid-murid lain yang berminat.

Keutamaan adalah diberi kepada murid-murid tahun 6. Jumlah peserta lawatan adalah seperti

berikut :

i- 38 orang murid

ii- 4 orang guru pengiring

AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR

Pengerusi : Puan Naimah binti Mohd Nasir ( Guru Besar )

Timbalan Pengerusi : En. Ahmad Kamal bin Mohammed Arshed ( PK ko-kurikulum )

Penyelaras : Puan Salbiah binti Abdul Rani

Setiausaha : En. Zulhisham bin Abdul Kadir

Bendahari : Puan Rusmazura binti Che Halid

Ahli Jawatankuasa : En. Aman Shah bin Syed Ali

KEWANGAN

Sumber kewangan untuk program ini adalah melalui peruntukan kewangan sedia ada.

Kewangan diperlukan untuk membiayai perbelanjaan seperti berikut :

a. Yuran daripada murid-murid : RM 300.00 seorang X 38 orang

RM 11,400.00

b. Peruntukan Ko-kurikulum RM

1400.00

Page 4: LAwatan KRN

JUMLAH RM 12, 800.00

PENUTUP

Adalah diharapkan semoga program ini akan mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan

Jabatan Pelajaran Daerah,. Lawatan ini adalah satu usaha berterusan ke arah merintis program

lain yang akan diadakan oleh Persatuan Sains dan Matematik khasnya kepada murid-murid

tahun 6 setelah selesai menduduki perperiksaan UPSR.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………….. ………………………………

Puan Salbiah binti Abdul Rani En. Ahmad Kamal bin Mohammed Arshed

Penyelaras Lawatan Sambil Belajar Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Persatuan Sains dan Matematik SK Bandar Utama Damansara ( 4 )

SK Bandar Utama Damansara ( 4 )

Diluluskan oleh,

…………………………………..

Puan Naimah binti Mohd Nasir

Guru Besar

SK Bandar Utama Damansara ( 4 )