latihan pemahaman

29
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 1 Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016 Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 ([email protected]), (019-5758131) PEMAHAMAN (BAHAGIAN A) SKOP PENGUJIAN JUMLAH SOALAN BENTUK SOALAN Morfologi (Tatabahasa) 10 13 soalan Objektif Aneka Pilihan Sintaksis (Ayat) 3 6 soalan Objektif Aneka Pilihan Objektif Aneka Pilihan Kompleks Kefahaman (Petikan) 3 5 soalan Objektif Aneka Pilihan TABURAN JAWAPAN ULANGAN / KEKERAPAN BENTUK JAWAPAN Skema: (5 / 5 / 5 / 5) Minimum: 3, Maksimum: 7 (3 / 5 / 5 / 7), (3 / 4 / 6 / 7) Tiga kali, (jawapan sama) Contoh 1: (A, A, A, B, C, D) Contoh 2: (A, B, B, B, D, C) Contoh 3: (C, A, B, D, D, D) Pendek panjang Panjang - pendek Bentuk cekung Bentuk cembung 1 Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. A prasyarat B prasarana C prasejarah D prasekolah 2 Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam. A bersemayam B bersiram C bertabal D beradu 3 Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya. A mencalit B mencoret C mencelup D mencalar 4 Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya. A comot ... terputus B pudar ... tertatal C lusuh ... meretas D kusam ... mengoyak

Upload: nhafiza

Post on 08-Jul-2016

144 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

FORMAT BAHARU UPSR KSSR

TRANSCRIPT

Page 1: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 1 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

PEMAHAMAN (BAHAGIAN A)

SKOP PENGUJIAN JUMLAH SOALAN BENTUK SOALAN

Morfologi (Tatabahasa) 10 – 13 soalan Objektif Aneka Pilihan

Sintaksis (Ayat) 3 – 6 soalan Objektif Aneka Pilihan

Objektif Aneka Pilihan Kompleks

Kefahaman (Petikan) 3 – 5 soalan Objektif Aneka Pilihan

TABURAN JAWAPAN ULANGAN / KEKERAPAN BENTUK JAWAPAN

Skema: (5 / 5 / 5 / 5)

Minimum: 3, Maksimum: 7

(3 / 5 / 5 / 7), (3 / 4 / 6 / 7)

Tiga kali, (jawapan sama)

Contoh 1: (A, A, A, B, C, D)

Contoh 2: (A, B, B, B, D, C)

Contoh 3: (C, A, B, D, D, D)

Pendek – panjang

Panjang - pendek

Bentuk cekung

Bentuk cembung

1 Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________

kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

A prasyarat

B prasarana

C prasejarah

D prasekolah

2 Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan

Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.

A bersemayam

B bersiram

C bertabal

D beradu

3 Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang

sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.

A mencalit

B mencoret

C mencelup

D mencalar

4 Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir

________ jahitannya.

A comot ... terputus

B pudar ... tertatal

C lusuh ... meretas

D kusam ... mengoyak

Page 2: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Pohon rambutan di dusun Pak Cik Salem ________ kerana buahnya lebat sungguh.

A meluyut

B melabuh

C merimbun

D merendang

Taburan

Jawapan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Taburan

Jawapan D A A C A D B B B C

PEMAHAMAN (BAHAGIAN B)

A1 Penggunaan Kata (Morfologi)

Isi tempat kosong Garisi jawapan Senarai perkataan Membuat Padanan

Betulkan kesalahan Bulatkan jawapan Pilih: (Betul / Salah) Simbol: ( √ ), ( X )

A2 Skema Pemarkahan A3 Bentuk Jawapan

Satu hingga empat markah (1 – 4) Perkataan, kosa kata, frasa, dan ayat lengkap

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

akan untuk kepada dengan

pada dalam tentang semenjak

Media massa harus memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan masyarakat

berilmu pengetahuan. Setiap hari pelbagai maklumat penting disebarkan __________ media

massa __________ rakyat. Secara tidak langsung, sebilangan besar rakyat negara ini didedahkan

__________ maklumat-maklumat terkini. Hal ini sangat penting dalam usaha kerajaan ingin

mewujudkan masyarakat berpengetahuan __________ mencapai Wawasan 2020.

[4 markah]

Page 3: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 3 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

A4 Sistem Ejaan (perkara yang diberi penekanan) penggunaan kosa kata dalam ayat.

Perkara yang diberi penekanan serta penggunaan perkataan dalam ayat atau penulisan.

1. Kata Asli Bahasa Melayu 2. Ejaan Kata Pinjaman

1. Perang / Rendang / Selak / Semak 2. structure (struktur), psychology (psikologi)

3. Ejaan Kata Dasar dan Kata Terbitan

1. Had (Mengehad) / Lebar (Memperlebar) / hadiah (Menghadiahi) @ (Menghadiahkan)

Soalan 21

Garisi perkataan yang salah penggunaan imbuhannya bagi ayat-ayat di bawah. Tulis perkataan

yang betul ejaannya dalam ruang disediakan.

Ayat yang mengandungi kesalahan penggunaan kata berimbuhan Jawapan

a Pak Ali memperolehi keuntungan perniagaan yang berlipat ganda.

b Bas penyiaran yang membawa pelancong itu bertolak ke arah utara.

c Majlis perlantikan pengawas sekolah akan diadakan pada hari Isnin.

d

Guru-guru sedang membincangkan tentang tempat yang menarik

untuk dilawati.

[4 markah]

Soalan 21

a. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan kata kerja yang diberi. Satu daripadanya telah

ditunjukkan sebagai contoh.

Pak Alias menakik batang pokok kelapa itu dengan

sebilah parang yang tajam.

Ibu sedang menyiram pokok bunga di taman mini

supaya hidup subur. BETUL

Pekerja-pekerja itu memperlebarkan jalan untuk

masuk ke Kampung Damai. SALAH

Budak-budak prasekolah itu menunggu giliran untuk

memperaga pakaian beragam masing-masing.

[2 markah]

Page 4: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 4 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

Soalan 21

b. Betulkan kesalahan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat yang diberi.

Ayat yang mengandungi kesalahan penggunaan penjodoh bilangan Jawapan

Tiap-tiap pagi, ayah saya makan seketul telur ayam kampung

masak separuh sebagai sarapannya.

Buruh-buruh binaan itu sedang mengalihkan beberapa tongkol

batu bata yang ada di tepi jalan itu.

Berat timbangan dua ruas pisang nangka yang baru ayah tebang

itu ialah sepuluh kilogram.

[2 markah]

B1 Sintaksis (Bentuk Ayat)

Respons tertutup Garisi jawapan Simbol jawapan (*A) Membuat Padanan

Betulkan kesalahan Tulis semula jawapan Pilih: (Betul / Salah) Simbol: ( √ ), ( X )

B2 Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang sesuai.

1. Ayat Soalan 2. Ayat Jawapan 3. Ayat Sama Maksud

4. Ayat Aktif / Ayat Pasif 5. Struktur / Laras Ayat

6. Cakap Ajuk / Cakap Pindah 7. Ayat yang Betul / Gramatis

8. Ketepatan Kata / Kosa Kata 9. Kesalahan Tatabahasa dalam Ayat

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

Jawapan:

Ya, saya telah terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara di Kem PLKN

Segari, Batu Tiga, Manjung, Perak.

[2 markah]

Page 5: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 5 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

Soalan 22

b. Tandakan “A” pada ayat yang mempunyai satu subjek sahaja dan “B” pada ayat yang

mempunyai berbilang subjek.

Kuda belang itu mampu berlari pantas sangat.

Lembu dan kambing mempunyai sepasang tanduk.

Burung hantu memburu makanan pada waktu malam.

Unta antara binatang yang boleh hidup di padang pasir.

Monyet dan beruk bergayutan di atas pokok rambutan itu.

Kunang-kunang dapat mengeluarkan cahaya pada waktu malam.

[3 markah]

Soalan 22

c. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

B3 Peribahasa (Bahan Sastera)

Berasaskan gambar Membuat Padanan Padanan Berpandu Bulatkan jawapan

Bidang Peribahasa (simpulan bahasa dan perumpamaan)

Menghubung kait maksud peribahasa dan penggunaannya dengan grafik yang disediakan.

Mengetahui dan menulis peribahasa yang sesuai/betul dengan maklumat yang disediakan.

Tahniah Alif Imran, atas

kejayaan kamu sebagai

murid cemerlang UPSR.

Page 6: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 6 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

Soalan 22

a. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 22

b. Tuliskan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang diberi.

orang harapan ________________________ ayam api

penghasut ________________________ cacing emas

gelisah ________________________ batu tambatan

baik hati ________________________ hati kepanasan

sombong ________________________ naik tinggi

meradang ________________________ hidung angin

[3 markah]

Soalan 22

c. Nyatakan perumpamaan yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah ini.

Amirul dan Ismail ________, apabila bertemu pasti bertengkar. Antara mereka amat sukar

untuk mencari persamaan pendapat.

Jawapan: ___________________________________________________________________

[2 markah]

Page 7: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 7 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

Soalan 23 / Soalan 24 / Soalan 25

PEMAHAMAN (Bahan Rangsangan)

Petikan / Teks Bahan Sastera Jadual / Carta Iklan / Peta

Bentuk Soalan (Subjektif)

Melengkapkan ayat berdasarkan teks/petikan – jawapan tersurat (respons tertutup).

Jawapan berstruktur – respons tertutup / respons terbuka (penggunaan laras bahasa).

Menyatakan maksud perkataan, kosa kata dan frasa berdasarkan teks/petikan tertentu.

Penyataan maklumat daripada teks/petikan sama ada; (betul/salah) atau (benar/palsu).

Membuat padanan; (ayat dengan perkataan, frasa) atau sebaliknya, dan (ayat dengan ayat).

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya dikenali

sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang bertanggang

jawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai

arkitek, beliau telah mendapat ilham membina reka bentuk Jam Tinggi sedemikian berdasarkan

bangunan pagoda di Negara China.

Tujuan asal pembinaan menara Jam Tinggi pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan

sebuah tangki air. Air daripada tangki ini sebagai kegunaan penduduk setempat apabila musim

kemarau atau sebagai keperluan memadamkan kebakaran. Hal ini kerana pada waktu itu tidak

ada perkhidmatan bomba. Pada tahun 1895 berlaku banjir besar di Teluk Intan menyebabkan

tapak dan tingkat bawah menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku serta bebanan air yang berat

dipercayai punca menara ini mula condong ke arah barat.

Pada zaman pemerintahan Jepun (1942 - 1945), bangunan Menara Condong ini dijadikan

pusat kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini yang digunakan sebagai

bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian

atas. Menara Condong mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi. Secara umum, bangunan

ini mempunyai tiga tingkat, setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki. Menara Condong juga

mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu, pandangan dari luar,

bangunan ini seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.

a. Nama lain bagi bangunan Jam Tinggi ialah ______________________________________________

[1 markah]

Page 8: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 8 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

b. Apakah punca bangunan Jam Tinggi ini condong ke arah barat?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan

sebagai contoh.

Menara Condong mempunyai 110 anak tangga yang

diperbuat daripada kayu.

Sepuluh tahun selepas Jam Tinggi siap dibina, banjir

besar telah melanda pekan Teluk Intan. BETUL

Orang yang bertanggang jawab membuat Menara

Jam Tinggi ini ialah Leong Cheong Choon. SALAH

Hampir lapan tahun Jam Tinggi digunakan oleh

askar Jepun sebagai pusat kawalan ketenteraan.

[2 markah]

Soalan 24

Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memaklumkan

perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral ke Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak

ke Padang Besar telah bermula hari ini. KTMB dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua

perkhidmatan tren tersebut dikendalikan oleh KTM Intercity.

Buat permulaan KTMB hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah

bagi dua unit ETS. Kekerapan tren akan ditambah dari semasa ke semasa apabila ETS baharu

mula beroperasi. Perkhidmatan ETS Ekspres ke Padang Besar hanya akan berhenti di 15 buah

stesen atau hentian bermula dari KL Sentral.

“Laluan tren dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pada pukul 9:30 pagi dan

dijangka tiba pada pukul 3:00 petang manakala, perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral

pula bertolak pada pukul 4:00 petang dan sampai 9:15 malam. Harga tiket untuk perjalanan

sehala adalah RM80.00,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KTMB hari ini.

Page 9: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 9 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh ke

Butterworth ke Padang Besar dan sebaliknya telah bermula semalam. Perkhidmatan transit ini

akan berhenti di kesemua 24 stesen dari Ipoh ke Padang Besar.

Tambah kenyataan itu, sebanyak sepuluh stesen atau hentian baharu turut diperkenalkan

iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas,

Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.

“Penumpang boleh membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini. Untuk

maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau menghubungi

Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862,” kata kenyataan tersebut.

(Dipetik daripada Utusan Online)

a. Perkataan tren dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan _____________________

[1 markah]

b. Nyatakan laluan yang diperkenalkan oleh KTMB melalui perkhidmatan tren elektrik (ETS)

yang bermula pada 11 Julai.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Apakah nama sepuluh stesen atau hentian baharu yang diperkenalkan oleh KTMB melalui

perjalanan ETS dari Ipoh ke Padang Besar?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

Page 10: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 10 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

d. Berapakah harga tiket yang dikenakan bagi perjalanan sehala menggunakan perkhidmatan

ETS dari KL Sentral ke Padang Besar? Nyatakan dua cara untuk membeli dan menempah

tiket ETS tersebut?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 25

Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelip-kelip disangka api,

Kalau api mana puntungnya;

Hilang ghaib disangka mati,

Kalau mati mana kuburnya?

Orang Rengat menanam betik,

Betik disiram air berlinang;

Hilang semangat penghulu itik,

Melihat ayam lumba berenang.

Air melurut ke tepian mandi,

Kembang berseri bunga senduduk;

Elok diturut resminya padi,

Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sakat di Pulau Angsa;

Indah tampan kerana budi,

Tinggi darjat kerana bahasa.

Letak bunga di dalam loyang,

Hiasan rumah seindah rasa;

Banyak berdoa selepas sembahyang,

Mohon diampuni segala dosa.

Page 11: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 11 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

a. Apakah jawapan bagi rangkap pertama pantun di atas dan apakah jenis pantun tersebut?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Apakah yang harus kita lakukan selepas menunaikan sembahyang?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[1 markah]

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah

berdasarkan pantun tersebut.

Semakin tinggi ilmunya semakin mantap akhlaknya.

Darjat yang tinggi dapat menghapuskan segala dosa.

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.

Elok diturut resminya padi,

Semakin berisi semakin tunduk.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[3 markah]

Page 12: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 12 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

BAHAGIAN A [20 markah]

Soalan 1 hingga 4

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Nakhoda mengarahkan kelasi kapal dagang itu supaya _________sauh bagi meneruskan

pelayaran mereka.

A menarik

B melabuh

C membuka

D membongkar

2 Pak Cik Dollah terpaksa ________ reban ayamnya kerana anak-anak ayam kampung yang

diternaknya bertambah dari hari ke hari.

A terbesar

B kebesaran

C memperbesar

D memperbesarkan

3 Air sungai itu semakin hari semakin ________kerana banyak bahan buangan dan sampah

sarap mendap di dasarnya.

A lesu

B deras

C jernih

D dangkal

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Se ________ lanun berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa di perairan Selat Melaka hasil

maklumat orang ramai.

A kawan

B pasang

C pasukan

D gerombolan

Page 13: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 13 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

Soalan 5

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

5 I Murid-murid prasekolah menyertai acara merebut pundi kacang ke dalam bakul.

II Dia gagal merebut undi terbanyak bagi pemilihan pengerusi belia di kampungnya.

III Penulis itu berjaya merebut hati para pembaca dengan gaya bahasanya yang indah.

IV Anuar ingin merebut kembali gelaran Raja Pecut Asia yang pernah dimenangi dahulu.

A

B

C

D

I dan II

II dan III

III dan IV

I dan IV

Soalan 6

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

6 Delegasi Korea itu amat terpegun melihat hasil kraf tangan tradisional orang Melayu seperti

wau, tikar mengkuang, dan labu sayung.

A “Aduh, kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung

sangat asli sekali!” kata delegasi Korea itu.

B “Wah, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu

sayung amat hebat!” kata delegasi Korea itu.

C “Aduhai, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu

sayung baik sungguh!” kata delegasi Korea itu.

D “Eh, keaslian kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu

sayung sukar dihasilkan!” kata delegasi Korea itu.

Soalan 7

Pilih ayat yang betul.

7 I Arisha menerima sejambak bunga-bungaan daripada tunangnya yang tersayang.

II Harga ikan bawal putih betul mahal berbanding dengan harga ikan-ikan yang lain.

III Di negara kita tidak dibenarkan memperjualbelikan barangan terlarang seperti candu.

IV Majlis kenduri selamat ini adalah bagi menyambut kepulangan kakak dari luar negara.

A

B

C

D

I dan II

II dan III

III dan IV

I dan IV

Page 14: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 14 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

BAHAGIAN B [30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

ketika apabila semenjak walaupun

dalam sewaktu tentang sementara

Dhia Idrina, Mei Mei dan Rita Mary berlari-lari anak menuju ke perhentian bas. __________

menunggu bas tiba, mereka membaca buku cerita. __________ mereka sedang asyik membaca

buku cerita, muncul Sumit Kaur seraya menegur mereka.

“Kamu bertiga sangat menghargai masa. __________ menunggu bas pun masih sempat

menimba ilmu. __________ sekejap, pencarian ilmu mesti diteruskan,” ujarnya.

[4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

Jawapan: Bersawah padi adalah pekerjaan utama kaum Banjar di Kampung Sungai Manik.

[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

Sementara

Sewaktu

Walaupun

Ketika

Apakah pekerjaan utama penduduk berketurunan Banjar di Kampung Sungai Manik?

Jebat, pastikan Perairan Selat Melaka bebas daripada ancaman lanun durjana.

Baiklah Tuah, hamba akan

pastikan laluan di Perairan

Selat Melaka ini selamat

daripada ancaman lanun.

Page 15: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 15 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kuih baulu merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk

membuat kuih baulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses

pembakaran. Kuih baulu telah menjadi menu utama dalam hidangan masyarakat Melayu pada

hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan.

Kemampuan menyediakan kuih baulu yang baik dari segi rupa dan cita rasa menjadi

kebanggaan seseorang individu atau pengusaha makanan kerana produk tersebut akan menjadi

tumpuan atau pilihan kepada penggemar kuih baulu.

Sekarang ini, pembuatan kuih baulu lebih mudah dan hanya memerlukan bahan-bahan

yang mudah dan senang didapati di kedai-kedai runcit seperti tepung gandum, telur ayam, dan

gula pasir. Namun, perbezaan bagi setiap kuih baulu yang dihasilkan adalah pada sukatan dan

teknik pembakaran bahan-bahan asas dan pembuatan kuih baulu tersebut.

Dengan keadaan dunia yang semakin moden, teknik pemuatan kuih baulu juga sudah

berbeza berbanding zaman dahulu. Jika dahulu, orang perlu berpenat lelah bagi menggaulkan

bahan-bahan asas seperti tepung gandum, telur dan gula. Selain itu, mereka juga turut membakar

adunan di atas bara api dan diselubungi asap yang menyesakkan.

Namun kini tidak lagi, segala-galanya sudah berubah. Melalui penggunaan alat-alat yang

berteknologi moden seperti oven dan mixer, pembuatan kuih baulu lebih cepat dan ringkas. Para

pengusaha makanan tradisional seperti kuih baulu ini tidak lagi memerlukan masa yang lama

untuk menghasilkannya, malahan turut dapat menghasilkan produk dengan jumlah yang lebih

banyak bagi memenuhi permintaan para pelanggan.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Page 16: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 16 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

a. Pada masa sekarang, kuih baulu dibakar menggunakan ___________________________________

[1 markah]

b. Apakah tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih baulu?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan

sebagai contoh.

Kuih baulu ialah kuih tradisional orang Melayu dari

zaman dahulu hingga sekarang ini.

Kuih baulu masih menjadi hidangan penting dalam

majlis perkahwinan dan sambutan Hari Raya.

BETUL

Kuih baulu tidak dapat dihasilkan pada masa dahulu

kerana masalah asap yang menyesakkan nafas.

SALAH

Kuih baulu yang disediakan dengan baik dari segi

rupa dan cita rasa menjadi kebanggaan seseorang.

[2 markah]

c. Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat atau petikan yang disediakan.

Kita perlu menggaulkan bahan-bahan asas seperti tepung gandum, telur, dan gula.

Pada masa dahulu untuk membuat kuih baulu terpaksa mengambil masa yang lama.

Selain itu, mereka juga turut membakar adunan di atas bara api yang diselubungi asap.

[2 markah]

oven.

Tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih baulu ialah tepung gandum,

telur ayam dan gula pasir.

Page 17: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 17 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

Soalan 24

Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SHAH ALAM, 19 Oktober 2015 – Rapid Bus Sendirian Berhad, pengendali bus ‘Rapid KL’

hari ini memperkenalkan perkhidmatan bas dua tingkat bagi laluan U64 iaitu dari Taman Sri

Muda, Seksyen 25 Shah Alam ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Pengurus Zon Tiga, Sarifudin bin Saidin berkata, perkhidmatan itu adalah untuk laluan

keempat menggunakan kemudahan bas dua tingkat selepas laluan U80 dari Seksyen Dua, Shah

Alam ke Pasar Seni, U30 dari Ampang ke KLCC dan dari Kajang ke Jalan Silang di ibu kota.

“Bagi laluan U64 ini, kami memperuntukkan empat buah bas dua tingkat kerana jumlah

pengguna di sini mencatat hampir 5,000 penumpang sehari pada hari bekerja dan meningkat

kepada 6,000 penumpang pada hari cuti,” kata beliau dalam sidang akhbar pagi tadi.

“Tiada bayaran tambahan akan dikenakan kepada para pengguna yang menaiki bas dua

tingkat ini, kadar tambangnya tetap sama seperti bas Rapid KL yang lain,” katanya kepada

pemberita selepas memperkenalkan perkhidmatan bas berkenaan di sini hari ini.

Kadar tambang yang dikenakan bagi perjalanan sehala dari Taman Sri Muda ke Pasar

Seni ialah RM3.00 bagi setiap penumpang. Menurutnya lagi, sejak perkhidmatan bas dua tingkat

ini dilancarkan September lepas, perkhidmatan berkenaan telah mendapat sambutan yang amat

baik dan memberangsangkan daripada para pengguna.

“Ada pengguna yang mahu perkhidmatan bas itu disediakan di semua laluan Rapid KL

tetapi perkhidmatan ini masih tertakluk kepada kesesuaian laluan memandangkan bas berkenaan

adalah setinggi 4.2 meter,” katanya, semasa mengulas permintaan pelanggan.

Sehingga kini 14 daripada 40 buah bas dua tingkat telah beroperasi di sekitar Lembah

Klang. Bas berkenaan yang mampu membawa sehingga 108 orang penumpang pada setiap masa

dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya tandas dan kemudahan rangkaian kawasan setempat

(Wifi) secara percuma. Selain itu, perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL ini juga sangat mesra

pelanggan. Bas ini amat istimewa kerana mesra untuk orang kurang upaya (OKU).

(Dipetik daripada sumber; Bernama)

Page 18: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 18 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

a. Perkataan ‘Rapid KL’, ‘rapid’ merujuk kepada perhidmatan bas yang ______________________

[1 markah]

b. Nyatakan laluan yang diperkenalkan oleh ‘Rapid KL’ melalui perkhidmatan bas dua tingkat

yang bermula pada 19 Oktober 2015.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Mengapakan perkhidmatan bas dua tingkat ‘Rapid KL’ tidak dapat disediakan bagi kesemua

laluan yang meliputi Shah Alam dan Kuala Lumpur?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

d. Berapakah anggaran penumpang perkhidmatan bas dua tingkat ‘Rapid KL’ bagi hari-hari

bekerja dan hari-hari cuti umum? Nyatakan anggaran lebihan penumpang bagi hari cuti

umum dengan hari bekerja?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[3 markah]

a. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Kebanyakan perkhidmatan ‘Rapid KL’ menurunkan penumpangnya di Medan Pasar. √

Dua belas buah bas ‘Rapid KL’ disediakan untuk orang ramai ke Bangkok Bank. X

[1 markah]

pantas / cepat

Laluan yang diperkenalkan oleh ‘Rapid KL’ melalui perkhidmatan bas dua tingkat, bermula

pada 19 Oktober 2015 adalah antara Taman Sri Muda, ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Perkhidmatan bas dua tingkat ‘Rapid KL’ tidak dapat disediakan bagi kesemua laluan Shah

Alam – Kuala Lumpur kerana faktor kesesuaian laluan dan ketinggian bas tersebut yang

mencecah 4.2 meter.

Anggaran penumpang untuk perkhidmatan bas dua tingkat ‘Rapid KL’ bagi hari-hari bekerja

adalah sebanyak 5,000 penumpang sehari, manakala bagi hari-hari cuti pula meningkat

kepada 6,000 penumpang. Anggaran lebihan penumpang bagi hari cuti umum dengan hari

bekerja adalah sebanyak 1,000 penumpang.

Page 19: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 19 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

Soalan 25

Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Payah kami menanam padi,

Nanas juga ditanam orang;

Payah kami menabur budi,

Emas juga dipandang orang.

Tinggi bukit gilang-gemilang,

Air laut tenang-tenangan;

Budi sedikit tidakkan hilang,

Bekal menjadi kenang-kenangan.

Jentayu burung jentayu,

Hinggap di balik pokok mayang;

Bunga kembang akan layu,

Budi baik tidakkan hilang.

Biarlah orang bertanam buluh,

Mari kita bertanam padi;

Biarlah orang mencari musuh,

Marilah kita menyemai budi.

Jikalau kita bertanam padi,

Senanglah makan adik-beradik;

Jikalau kita menyemai budi,

Orang yang jahat menjadi baik.

a. Apakah maksud yang hendak disampaikan bagi rangkap ketiga pantun di atas?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Apakah harta yang paling berharga yang dinyatakan dalam pantun di atas?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[1 markah]

Rangkap ketiga pantun di atas menceritakan tentang perbandingan bunga dengan budi,

bunga cantik tatkala sedang kembang dan hilang serinya apabila layu manakala budi tidak

akan hilang serta akan dikenang sepanjang hayat.

Harta yang paling berharga yang dinyatakan dalam pantun di atas adalah emas.

Page 20: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 20 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah

berdasarkan pantun tersebut.

Nilai budi sangat tinggi dalam kehidupan bermasyarakat. √

Orang jahat diibaratkan seperti bunga yang sudah layu. X

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.

Biarlah orang mencari musuh,

Marilah kita menyemai budi.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[3 markah]

d. Tuliskan (Betul) bagi pernyataan yang betul dan (Salah) bagi pernyataan yang salah.

Sedikit kebaikan yang kita lakukan tetap dikenang orang sepanjang zaman. Betul

Masyarakat melabelkan budi lebih tinggi nilainya berbanding dengan emas. Salah

Suka bermusuhan merupakan amalan keji yang perlu dijauhi oleh setiap orang. Betul

Budi baik seseorang mampu membawa insan malang kembali ke pangkal jalan. Betul

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Baris-baris pantun di atas bermaksud kita hendaklah menjauhi sikap suka bermusuhan atau

tidak bermusuhan dengan sesiapa pun sebaliknya, kita amat digalakkan untuk menabur budi

kepada insan yang memerlukan atau insan yang kurang bernasib baik.

Page 21: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 21 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

TIP MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN (PETIKAN ATAU TEKS DALAM UPSR)

1. Soalan pemahaman (petikan), hanya menguji aspek pengetahuan tentang teks yang dibaca.

Murid membaca dan memahami kandungan teks lalu mencari maklumat yang disoal.

2. Baca petikan dengan teliti supaya segala isi dalam petikan dapat anda/calon fahami.

3. Baca setiap soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan dengan teliti. (Strategi “KL”).

4. Cari kata kunci soalan kemudian cari dan padankan maklumat dalam petikan. Seterusnya,

menanda / menggaris isi dalam teks.

5. Garisi jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam petikan.

6. Telitilah jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda/calon pilih itu

benar-benar menepati kehendak soalan.

7. Bagi soalan yang menanyakan, “Pilih pernyataan yang benar atau tidak benar atau kecuali,

murid/calon mesti memahami jalan cerita yang ada dalam petikan sebelum membuat pilihan

jawapan dengan mengaras maklumat yang terdapat dalam petikan berkenaan.

8. Bagi soalan yang menanyakan maksud perkataan, frasa atau rangkai kata yang terkandung

dalam petikan, murid/calon mesti dapat membuat padanan maksud sama erti atau sinonim.

9. Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis kata tanya), membayangkan kerencaman

(kepelbagaian) tugasan dalam buku soalan. Antara contoh kata tugas:

BIL KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN

1 Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik

2

Bagaimanakah

Memerihalkan atau memberi penerangan tentang sesuatu ciri, cara,

keadaan, langkah atau kejadian

3 Berapakah Menyatakan jumlah / kuantiti

4 Beri Ulasan Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik

5 Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara

6 Bilakah Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu peristiwa

7 Bincangkan Memberikan penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek

8 Catatkan Merakam sesuatu maklumat / pandangan / pendapat

9 Di manakah Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi sesuatu peristiwa

10 Isikan Memasukkan jawapan yang sesuai / logik / munasabah

11 Manakah Menyatakan pilihan / membuat keputusan

12 Mengapakah Memberi sebab yang logik / konkrit

13

Nyatakan

Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan huraian lanjut,

huraian atau sokongan

14 Pilih Membuat pilihan jawapan yang terbaik / tepat

15 Siapakah Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu

16 Tuliskan Menulis maklumat berdasarkan respons yang diharapkan

Page 22: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 22 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

BAHAGIAN BAHASA MELAYU PENULISAN (012)

BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)

Bahan Rangsangan

Gambar tunggal Gambar bersiri Gambar berpusat Intisari Rancangan

Peta Minda Peta i-Think Atur Cara Carta

Graf Jadual Peta Pelan

Poster Iklan

KAEDAH TETINGKAP MAKLUMAT : SATU PEMUDAH CARA LESTARI DAN BERKESAN

Siapa ? / Apa ?

Buat Apa ? / Kenapa ?

Peluasan Ayat {Keterangan / Tempat / Masa}

{Mengapa / Di mana / Bila}

KAEDAH TETINGKAP MAKLUMAT : SATU PEMUDAH CARA LESTARI DAN BERKESAN

Siapa ? / Apa ?

Buat Apa ? / Kenapa ?

Kata Hubung {dan / lalu / sambil / serta}

{kerana / ketika / semasa / tatkala / untuk}

Gambar di bawah menunjukkan suasana sambutan Hari Kemerdekaan.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang sambutan Hari Kemerdekaan berdasarkan gambar.

Page 23: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 23 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)

Bahan Rangsangan

Teks (Cara-cara) Teks (Kegunaan) Teks (Faedah) Teks (Kebaikan)

Teks (Situasi) Teks (Aktiviti) Petikan (NM) Petikan (Pengajaran)

Poster / Iklan Resipi / Menu Peta / Carta Carta Alir

Peta Minda Peta i-Think Bahan Sastera

Lima Panduan Asas (PW) (Anda Mesti Hafal)

Ulasan {Maklumat Soalan / Bahan Rangsangan} (Cari dan Tulis Semula)

SATU (Pendahuluan)

(Soalan; Apakah Topik Ulasan) Buah-buahan tempatan ada yang bermusim dan ada yang tidak

bermusim. Misalnya, durian, cempedak, dan manggis adalah

antara buah-buahan yang bermusim. Manakala, tembikai, betik

dan, belimbing pula merupakan buah-buahan tidak bermusim

dan boleh didapati sepanjang tahun. Selain itu, buah-buahan

tempatan ini mudah didapati sama ada di gerai-gerai tepi

jalan, warung buah-buahan atau di pasar raya. Seterusnya,

harga yang ditawarkan bagi buah-buahan ini amat berpatutan.

Justeru, buah-buahan ini juga boleh dijadikan perasa makanan

dan jus minuman yang enak dan menyegarkan. Kesimpulannya,

buah-buahan tempatan setanding dengan buah-buahan yang

diimport. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan.

Isi Satu : Misalnya,

Isi Dua : Manakala,

Isi Tiga : Selain itu,

Isi Empat : Seterusnya,

Isi Kelima : Justeru,

Penutup : Kesimpulannya,

Gambar di bawah menunjukkan poster tentang buah-buahan tempatan.

Tulis ulasan tentang buah-buahan tempatan dan produk yang dihasilkan daripada buah-buahan

tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Page 24: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 24 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)

Bahan Rangsangan (Imaginatif dan Deskriptif)

Berformat Khusus Fakta / Rencana Bahan Sastera Berdasarkan Situasi

Bahan Rangsangan Cerita Keperihalan

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Anda berpeluang mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh

pejabat pelajaran daerah. Tajuk syarahan anda ialah, “Cara-cara Menjaga Kesihatan”.

Tuliskan teks syarahan kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Bangsa Malaysia berhemah tinggi

Ramah dan mesra elok pekerti

Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi

Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas

Mencurah bakti tak minta dibalas

Harapan rakyat satu amanah

Budi bahasa budaya kita

Dua rangkap di atas merupakan korus daripada lirik lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” yang

dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza. Lirik tersebut menggambarkan pentingnya budi bahasa

demi memperkasa budaya bangsa.

Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut. Tuliskan cerita berpandukan situasi yang diberi.

Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, tiba-tiba kamu ternampak seorang

warga emas terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.

Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.

Page 25: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 25 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

BAHAGIAN A [10 markah]

[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan amalan dan aktiviti bagi mengisi masa lapang.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara mengisi masa lapang berdasarkan gambar.

AKTIVITI

MASA LAPANG

BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)

1 Kita dapat mengisi masa lapang dengan bermain gasing bersama-sama rakan.

2 Kita akan dapat menaikkan wau di udara apabila angin bertiup pada ketika itu.

3 Bermain congkak dapat menghiburkan hati di samping mencerdaskan minda kita.

4 Permainan sepak raga bulatan menguji kebolehan menimang dan mengawal bola.

5 Permainan catur memerlukan strategi yang bijak supaya mudah menumpaskan lawan.

Page 26: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 26 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

BAHAGIAN B [15 markah]

[Masa dicadangkan : 25 minit]

Gambar di bawah menunjukkan poster produk hasilan lembu.

Tulis ulasan tentang produk hasilan lembu tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

PRODUK HASILAN LEMBU

BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)

Lembu adalah antara binatang ternakan yang amat banyak memberi manfaat kepada manusia.

Misalnya, tulang lembu sangat enak dimasak sup. Manakala, daging lembu yang diproses dapat

dijadikan daging burger dan boleh disimpan berbulan-bulan di dalam peti sejuk. Selain itu, kulit

lembu pula dapat dijadikan pakaian atau barangan tertentu seperti baju kulit, tali pinggang,

kasut dan beg tangan. Seterusnya, alat muzik seperti kompang dan rebana adalah berasaskan

kulit lembu yang dikeringkan. Justeru, daripada lembu kita juga boleh memperoleh susunya,

susu lembu dalam bentuk cecair dan susu tepung amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan kita.

Kesimpulannya, semua bahagian daripada anggota lembu kita boleh gunakan untuk tujuan

makanan, minuman, pakaian dan peralatan muzik.

Page 27: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 27 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

BAHAGIAN C [25 markah]

[Masa dicadangkan : 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Anda berpeluang mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh

pejabat pelajaran daerah. Tajuk syarahan anda ialah, “Cara-cara Menjaga Kesihatan”.

Tuliskan teks syarahan kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Bangsa Malaysia berhemah tinggi

Ramah dan mesra elok pekerti

Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi

Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas

Mencurah bakti tak minta dibalas

Harapan rakyat satu amanah

Budi bahasa budaya kita

Dua rangkap di atas merupakan korus daripada lirik lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” yang

dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza. Lirik tersebut menggambarkan pentingnya budi bahasa

demi memperkasa budaya bangsa.

Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut. Tuliskan cerita berpandukan situasi yang diberi.

Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, tiba-tiba kamu ternampak seorang

warga emas terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.

Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.

Page 28: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 28 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

BAHAGIAN C (1) – SYARAHAN (KERANGKA)

CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN

Assalamualaikum, selamat sejahtera saya ucapkan. Yang saya hormati Saudara Pengacara

Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel

hakim yang arif lagi bijaksana, serta rakan-rakan yang disenangi. Tajuk syarahan yang telah

diamanahkan kepada saya berbunyi “Cara-cara Menjaga Kesihatan”.

Kesihatan merupakan aset atau anugerah yang terlalu tinggi nilainya kepada setiap

individu. Amalan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit yang berbahaya seperti

sakit jantung, darah tinggi, angin ahmar, strok, kencing manis dan lain-lain lagi. Kesihatan

dapat dijaga dan dikawal melalui pengambilan makanan yang seimbang.

Hadirin yang saya muliakan,

Selain itu, kita juga hendaklah bersenam dalam masa setengah jam, sekurang-

kurangnya tiga kali seminggu. Semasa bersenam, lemak akan dibakar dan peluh daripada

badan kita akan keluar bersama-sama kotoran yang boleh menyebabkan penyakit. Amalan

bersenam dan berjoging juga dapat memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kita.

Di samping itu, kebersihan tubuh badan merupakan satu daripada punca kesihatan

seseorang individu. Kita hendaklah menjaga kebersihan kulit, rambut, kuku, gigi dan pakaian.

Tubuh badan yang bersih dapat mengelakkan serangan kuman serta jangkitan penyakit.

Hadirin yang saya hormati,

Kita sewajarnya mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa. Kurangkan

pengambilan gula, lemak, garam dan minyak dalam sajian makanan harian kita. Kita tidak

boleh merokok, minum arak, mengambil dadah jika mahu hidup yang sempurna dan bahagia.

Kesimpulannya, kita mestilah menjaga tempat tinggal kita agar sentiasa bersih. Oleh

sebab itu, kita wajarlah menghindarkan pembiakan lalat, tikus dan lipas yang boleh membawa

pelbagai penyakit sekali gus boleh mengancam kesihatan dan aktiviti seharian kita. Justeru,

wujudkanlah persekitaran “rumahku mahligaiku”. Sekian, terima kasih.

Page 29: LATIHAN PEMAHAMAN

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 29 Kertas BM (011 & 012) – Format Baharu UPSR 2016

Disediakan Oleh : Haji Md. Ramli bin Haji Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hakcipta Terpelihara © Kursus Pembugaran Bahasa Melayu UPSR Format Baharu 2016 – ([email protected]), (019-5758131)

BAHAGIAN C (2) – CERITA (KERANGKA)

MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA WARGA EMAS

Saya dan beberapa orang kawan menuju ke pondok perhentian bas. Kami bercadang hendak

pergi ke kedai buku yang terletak di bandar Batu Pahat. Saya berhasrat untuk membeli alat tulis

dan barang keperluan sekolah serta buku-buku rujukan UPSR.

Semasa saya dan rakan-rakan sedang berjalan menuju pondok perhentian bas, saya

terpandang akan seorang warga emas yang sedang terkial-kial membawa beg plastik berisi

barangan. Dengan tidak semena-mena, warga emas itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya

dalam karung plastik itu bertaburan di atas jalan raya.

Saya dan rakan-rakan saya segera membantu, saya mengutip barang yang bertaburan di

atas jalan raya. Saya memimpin warga emas itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian,

warga emas tersebut bernasib baik kerana mengalami luka kecil sahaja. Dia hanya mengalami

luka di bahagian tapak tangan dan siku tangan sebelah kirinya.

Warga emas itu memberitahu kami bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumah

anaknya di Taman Perumahan Parit Raja, Batu Pahat. Saya berjanji untuk menghantarnya

pulang ke rumah anaknya itu. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu pada masa itu.

Setelah saya dan Pak Cik Jamaluddin tiba di rumah anaknya, dia mempelawa saya

masuk ke dalam rumah anaknya itu. Dia menghidangkan segelas minuman sejuk dan beberapa

keping kek untuk saya. Kami minum dan makan kek bersama-sama. Dia mengucapkan terima

kasih atas pertolongan saya dan rakan-rakan saya terhadapnya.

Sungguhpun rancangan saya untuk membeli peralatan sekolah dan buku rujukan tidak

kesampaian, namun saya berasa amat gembira sekali kerana dapat membantu orang yang

dalam kesusahan. Saya pun beredar meninggalkan Pak Cik Jamaluddin ke pondok perhentian

bas untuk menunggu bas dan pulang semula ke rumah.