latihan kemajuan projek

28
C 5385 PROJEK UKUR BAHAN 2 LAPORAN KEMAJUAN PROJEK

Upload: syahir-ahmad

Post on 29-Jun-2015

1.469 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

C 5385 PROJEK UKUR BAHAN 2

LAPORAN KEMAJUAN PROJEK

Page 2: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

1.0 PENGENALAN

Gelanggang futsal merupakan satu tempat riadah atau bersukan yang mana ianya merupakan salah satu struktur bangunan.

Gelanggang futsal kini biasa dijumpai di merata tempat kerana aktiviti futsal kini begitu terkenal di kalangan aktiviti masyarakat sekarang sebagai aktiviti riadah di waktu petang.

Ramai golongan ingin mencuba permainan baru dan mereka mendapati permainan futsal adalah menarik jika dibandingkan dengan bola sepak. Ini adalah antara salah satu faktor mengapa gelanggang futsal kini mudah didapati di sekitar kita dan lebih digemari daripada sukan bola sepak di negara ini.

Page 3: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

2.0 PENYATA MASALAH

Penyataan masalah dalam kajian kami ini adalah berkaitan ketiadaan gelanggang futsal di sekitar Politeknik Kota Bharu.

Dengan itu, pelajar-pelajar di Politeknik Kota Bharu (PKB) yang ingin berekreasi atau beriadah di tempat tersebut sukar kerana terpaksa menjalankan aktiviti futsal di luar kawasan Politeknik Kota Bharu.

Dengan ketiadaanya gelanggang futsal di politeknik ini, pelajar-pelajar yang ingin bermain aktiviti futsal ini sukar kerana terpaksa menjalankan aktiviti futsal ini di luar kawasan Politeknik Kota Bharu (PKB). Ini akan menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kosnya sendiri sekiranya mereka ingin menjalankan aktiviti futsal tersebut.

Page 4: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Apakah faktor-faktor pemilihan lokasi bagi pembinaan gelanggang futsal di politeknik?

Apakah kaedah pembinaan yang digunakan bagi membina gelanggang tersebut?

Berapakah kos pembinaan bagi membina gelanggang tersebut?

Page 5: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi pembinaan gelanggang futsal di politeknik.

Mengenalpasti kaedah pembinaan gelanggang futsal.

Mengkaji kos pembinaan gelanggang futsal. 

Page 6: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Gelanggang futsal merupakan satu tempat riadah atau bersukan yang mana ianya merupakan salah satu daripada struktur bangunan.

Kini gelanggang futsal biasa dijumpai di merata tempat kerana aktiviti futsal ini begitu terkenal di kalangan masyarakat sekarang

Struktur rekabentuk gelanggang futsal ini diadaptasikan dari permainan bola sepak. Tetapi bezanya ia dibina dalam bentuk gelanggang berjejaring yang dilengkapi dua gawang gol.

Ramai golongan masyarakat ingin mencuba permainan ini dan mereka mendapati permainan futsal adalah menarik jika dibandingkan dengan bola sepak.

Ini merupakan antara salah satu faktor mengapa gelanggang futsal kini mudah didapati di sekitar kita dan lebih digemari daripada sukan bola sepak di negara ini.

Page 7: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

2.2 SEJARAH FUTSAL

Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Federation Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salao yang bermaksud bola sepak dalam dewan.

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Merujuk kepada  Find out about futsal BBC SPORT bertarikh 31/8/2002,

salah seorang daripada merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil.

Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik.

Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat.

Page 8: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

 "The FA.com - History of Futsal di dalam laman web www.TheFA.com [12] menyatakan bahawa sejarah futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA.

Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federacion Internacional de Futbol de Salon) pada tahun 1971.

Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara dua pihak terhadap pentadbiran bola sepak, maka permainan ini telah diberi nama futsal pada tahun 1985.

Page 9: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

2.3 DEFINISI GELANGGANG FUTSAL DAN LOKASI CADANGAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, ‘gelanggang boleh didefinisikan sebagai sebuah lapangan tempat mengadakan sesuatu pertandingan sukan seperti bola keranjang, bola baling, futsal dan sebagainya’.

2.3.1 Definisi Futsal Di dalam buku ‘Mahir Bermain Futsal’ yang ditulis oleh John D. Tenang,

mengatakan bahawa Javier Lozano. Pelatih Timnas Futsal Sepanyol (Juara Piala Dunia Futsal 2004) ‘Futsal bukan hanya suatu permainan bagi pemain yang merasa lebih nyaman bermain di lapangan sempit. Namun yang dikembangkan dalam futsal adalah kecepatan dan kualitas untuk membuat suatu keputusan’.

Ia merupakan sebuah gelanggang yang mana tidak mempunyai banyak perbezaan dengan gelanggang sukan permainan yang lain. Ianya bersaiz seperti gelanggang bola keranjang yang mana panjangnya adalah antara 25 meter hingga 42 meter serta lebarnya pula adalah antara 15 meter hingga 25 meter.

Gelanggang ini mempunyai dua buah gawang gol serta mempunyai satu bulatan permulaan yang bersaiz 3 meter diameter.

Page 10: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

2.3.4 LOKASI BINAAN

Kedudukan cadangan pembinaan gelanggang futsal tersebut adalah di dalam kawasan Politeknik Kota Bharu di kawasan kompleks sukan di mana ia menempatkan kesemua gelanggang-gelanggang sukan di kawasan tersebut. Antara gelanggang-gelanggang sukan yang ada di kawasan tersebut adalah gelanggang tenis, bola keranjang, bola jaring, bola tampar dan juga padang bola sepak. Cadangan tapak projek ini adalah terletak bersebelahan gelanggang tenis dan belakang padang bola sepak seperti yang ditanda di dalam Rajah 2.3.

Page 11: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

Rajah 2.3.1 : Pelan Lokasi Cadangan Pembinaan Gelanggang Futsal (Sumber : Diambil dari laman web www.pkb.edu.my)

Page 12: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

Rajah 2.3.2: Gambar di atas menunujukkan kawasan lapang yang sesuai dijadikan tempat cadangan pembinaan gelanggang futsal di Politeknik Kota Baharu.

Page 13: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

2.5.1.1 Definisi Asas

Merujuk kepada Terzaghi, Karl; Peck, Ralph Brazelton; Mesri, Gholamreza (1996), Soil mechanics in engineering practice, ‘’Bahagian yang paling penting bagi sesebuah bangunan adalah asas atau Building Foundation. Pembinaan sesebuah bangunan itu bermula dari asas yang terletak paling di bahagian bawah diatas tanah yang menanggungnya’’.

Asas mengandungi struktur yang terletak dibawah tanah. Struktur ini termasuklah cerucuk (filling) dan penapak (base). Pembinaan asas memerlukan bahan binaan yang kuat untuk menampung beban di atasnya.

 

Page 14: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

2.5.1.3 ASAS YANG DIGUNAKAN UNTUK PEMBINAAN GELANGGANG FUTSAL

Asas pad adalah asas yang sering digunakan dalam pembinaan gelanggang futsal. Asas ini diperbuat daripada konkrit (1:2:4).

Kedalaman asas pad ini biasanya 3.00 meter. Ianya menggunakan tetulang keluli untuk menguatkan asas. Asas ini terdapat dalam beberapa bentuk antaranya segi empat,

trapezium, bulat dan lain-lain lagi. Lazimnya asas pad ini digunakan untuk rumah sehingga 4 tingkat,

sekolah, kantin, dan bangunan berstruktur seperti gelanggang-gelanggang sukan.

Antara gelanggang sukan tersebut adalah gelanggang futsal dan sebagainya.

Rajah 2.3 menunjukkan contoh asas pad yang dipasang untuk pembinaan gelanggang futsal.

Page 15: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

Rajah 2.5.1 : Contoh asas yang dibina untuk pembinaan gelanggang futsal (Sumber :

Gambarajah diambil di dalam laman web www.wawasanintact.com)

Page 16: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

2.5.2 LANTAI

Menurut laman web www.wfca.org (World Floor Covering Association), “lantai ialah permukaan dasar bangunan yang menerima segala aktiviti penghuni dan beban-beban yang lain’’.

Pembinaan lantai hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan penghuninya.

Dalam pembinaan bangunan, lantai boleh dibahagikan kepada 2 lantai iaitu lantai bawah konkrit padu dan lantai atas konkrit tetulang bagi bangunan yang bertingkat.

Lantai bawah padu kebanyakkannya dibina dengan batu pejal, konkrit, dan lapisan kalis lembap.

Bagi lantai atas konkrit tetulang dibina pada bangunan bertingkat yang memerlukan besi tetulang (BRC) dan konkrit.

Page 17: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

2.5.3 KEMASAN LANTAI

 Merujuk kepada buku Derek Osbourn (1985), Solid ground floor construction, Introduction to Building. Batsford mengatakan ‘’kemasan lantai adalah kerja-kerja terakhir yang dilakukan pada permukaan lantai dalaman dan luaran pada sesebuah bangunan bagi memberikan kelicinan, keselesaan dan kecantikan kepada pengguna’’.

Ia terdiri daripada beberapa jenis kemasan yang sesuai dengan kegunaannya.

Tujuan kemasan lantai adalah untuk menambahkan nilai pada sesebuah bangunan, melindungi binaan dan menutup segala kecacatan, memberikan perlindungan keselamatan kepada pengguna, membahagikan ruang-ruang yang sesuai kemasan untuk ruang dan mencantikkan serta memberikan keselesaan kepada pengguna.

Kemasan lantai juga merupakan lapisan penyudah atau bahagian teratas bagi sesuatu lantai. Ianya digunakan untuk mendapatkan keselesaan oleh pengguna.

Page 18: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

2.5.4 JENIS KEMASAN LANTAI BAGI GELANGGANG FUTSAL

I. Herculan Lantai Herculan Multi Functions (MF) adalah sejenis lantai yang

mempunyai banyak fungsi. Selain itu ianya juga sebuah kemasan yang elastik di mana ianya lembut apabila dipijak. Lantai Herculan MF ini telah di iktiraf di Jerman dan ianya di isytiharkan sebagai selamat digunakan untuk kegunaan permainan dalaman dari segi keselamatan dan bahannya.

Permukaan lantai Herculan MF ini merangkumi semua aspek dan memenuhi semua keperluan yang diinginkan di dalam sesebuah gelanggang. Selain itu juga, Herculan MF ini boleh digunakan di semua jenis gelanggang termasuklah tenis, bola keranjang dan sebagainya

Kemasan lantai Herculan ini mempunyai permukaan yang halus dan juga bermutu tinggi. Ianya juga mudah untuk dibersihkan berbanding dengan kemasan lain. Selain itu, kemasan lantai ini mempunyai tahap kelicinan yang optimum dan ianya paling dituntut dalam sukan indoor ini. Ini kerana jika kemasan lantai itu licin, maka ia akan menyukarkan lagi pergerakan seseorang itu. Kemasan lantai ini juga tahan lama dan mudah diselenggara.

Di samping itu, lantai ini bukan sahaja boleh digunakan bagi tujuan sukan sahaja, malah lantai ini juga boleh digunakan bagi tujuan pameran, konsert dan sebagainya tanpa memerlukan bahan-bahan tambahan. Kemasan lantai ini juga mudah untuk dibina dan juga ekonomik.

Page 19: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

Rajah 2.5.2 : Contoh lantai gelanggang futsal jenis Herculan(Sumber : gambarajah diambil di www.herculan.com)

Page 20: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

II. Rubber Flooring Jubin getah merupakan salah satu dari kemasan pada bahagian lantai.

Kini jubin getah telah banyak digunakan di kawasan persekitaran kita.

Ia bukanlah untuk kemasan bagi rumah kediaman atau bangunan-bangunan, tetapi ianya adalah untuk kemasan bagi di taman-taman permainan, gelanggang-gelanggang sukan dan sebagainya. Jubin getah ini adalah satu jenis kemasan yang lembut berbanding kemasan-kemasan lain yang sedia ada di negara kita ini.

Ia dibina di taman-taman permainan dan gelanggang-gelanggang sukan adalah untuk meningkatkan lagi pertambahan dari segi faktor keselamatan yang sedia ada.

Ini kerana dengan sifat jubin getah yang lembut ini ia mampu mengurangkan impak apabila seseorang itu jatuh ketika bermain. Jika pengunaan kemasan-kemasan lain digunakan bagi kawasan-kawasan sebegini, ia akan menguatkan lagi impak apabila seseorang itu jatuh. Disebabkan itulah pengunaan jubin getah ini sangat meluas bagi kerja-kerja pembinaan taman-taman permainan, pusat reakrasi dan juga gelanggang-gelanggang sukan di negara kita.

Selain itu, pengunaan jubin getah ini dapat mengurangkan lagi kos penyelenggaraan bagi sesebuah gelanggang tersebut.

Ini kerana jubbin getah ini berkualiti tinggi dan tahan lasak. Kita juga boleh melihat di persekitaran kita dimana kebanyakan gelanggang futsal mengunakan kemasan lantai ini.

Page 21: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

Rajah 2.5.3 : Contoh lantai gelanggang futsal jenis Rubber Flooring (Sumber : diambil di

www.sportsvenue- technology.com

Page 22: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

2.5.5 BUMBUNG UNTUK BANGUNAN STRUKTUR

Bumbung terbahagi kepada 2 iaitu:-

I. Bumbung Rata Berdasarkan Modul Teknologi Binaan 2, ‘bumbung rata adalah bumbung yang

mempunyai kecerunan tidak melebihi 10 darjah samada berkerangka kayu, besi, rasuk konkrit ataupun papak konkrit yang ditutupi dengan bahan kalis air seperti kepingan asbestos, zink, besi bergalvani, asohalt, kuprum dan sebagainya’[8].

II.Bumbung Curam Merujuk Modul Teknologi Binaan 2, ‘bumbung curam merupakan bumbung yang

kecerunannya melebihi 10 darjah yang boleh didapati di dalam pelbagai bentuk dan sesuai untuk bangunan bersaiz sederhana dan berbentuk sekata’[8].

Page 23: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

2.6.1 PENGENALAN KEPADA ANGGARAN KOS

Menurut buku Anggaran Kos Kerja Bangunan edisi kedua, ‘anggaran kos adalah suatu proses teknikal untuk meramal kos pembinaan untuk sesuatu bangunan yang dicadangkan. Anggaran kos boleh dibuat sama ada untuk keseluruhan bangunan, setiap komponen bangunan ataupun setiap item kerja bangunan yang diukur’[1].

2.6.2 Analisis Harga

Analisis harga adalah suatu cara kajian harga untuk mengetahui jenis komponen harga serta amaun setiap komponen tersebut. Secara mudahnya, ia adalah satu pemeriksaan ke atas komponen-komponen sesuatu harga. Maksud harga di sini termasuklah jumlah harga untuk sesuatu kerja dan juga kadar harga, iaitu harga satu unit harga. Menurut SMM2 Second Edition, ‘unit sesuatu kerja termasuklah nombor (no), meter linear (m), meter persegi meter padu dan sebagainya.’[10]

Page 24: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN3.1 PENGENALAN

Metadologi kajian merupakan kaedah atau proses sesebuah kajian dilakukan dari peringkat pencarian data hingga ke peringkat menganalisa data. Ianya juga merupakan asas kepada penerbitan sesuatu kajian atau penyelidikan. Metodologi kajian juga dapat meningkatkan keupayaan penyelidik dalam menilai dan memberi pandangan terhadap permasalahan yang sedia ada.

Dalam menjayakan kajian bagi mencapai objektif yang dinyatakan serta permasalahan yang timbul, pelbagai prosedur yang dirangka secara berperingkat akan dilakukan. Sebelum perlaksanaan sesebuah kajian projek, satu perancangan gerak kerja harus dibuat bagi memastikan perlaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.

Bagi kajian ini, penumpuan diberikan lebih kepada pengumpulan dan analisa data bagi teknik serta kaedah kerja yang sesuai dalam mendapatkan maklumat yang tepat untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan gelanggang futsal ini. Oleh itu, maklumat perlu diperolehi berdasarkan kepada realiti keadaan sebenar kerja di tapak.

Page 25: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

3.2 PERANCANGAN METODOLOGI PROJEKKedua-dua data iaitu data primer dan data sekunder yang digunakan ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kajian projek kami iaitu Cadangan Membina Gelanggang Futsal Di Politeknik Kota Bharu. Berikut adalah mengenai metodologi yang digunakan :-

Membuat kajian literatur tentang kajian projek tentang kaedah pembinaan bagi gelanggang futsal.

Mencari maklumat melalui laman web sesawang untuk mendapatkan maklumat kajian.

Membuat sesi temubual dengan beberapa responden untuk mendapatkan maklumat serta mendapatkan sedikit khidmat nasihat terhadap perlaksanaan projek yang akan dikaji.

Membuat pemerhatian tentang keadaan sebenar mengenai kajian projek untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

 

Page 26: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

Perancangan dalam melaksanakan sesuatu projek adalah amat penting bagi memastikan projek yang ingin dilaksanakan dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Data terkumpul bagi kaedah penyelidikan ini adalah seperti berilut :-

Kaedah temubual berstruktur Kaedah soal selidik Kaedah pemerhatian Kaedah literatur

Page 27: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

3.3 CARTA ALIR METODOLOGI CARTA ALIR METODOLOGI

Page 28: LATIHAN KEMAJUAN PROJEK

SEKIAN, TERIMA KASIH