latar belakang pj green squad merupakan program kelab

4
Latar Belakang PJ Green Squad merupakan program kelab keahlian yang ditubuhkan atas inisiatif Jabatan Perkhidmatan Kesihatan & Persekitaran, Majlis Bandaraya Petaling Jaya melalui Bahagian Alam Sekitar dalam melibatkan penyertaan penduduk di Petaling Jaya dalam sama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar Objektif 1. Melahirkan masyarakat yang bertindak sebagai mata dan telinga Pihak Berkuasa Tempatan bagi menjaga kesejahteraan alam sekitar. 2. Melahirkan rasa cinta kepada keindahan alam sekitar dan menanam kesedaran yang mendalam tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 3. Menanam sikap tanggungjawab dalam diri masyarakat dalam memelihara dan memulihara alam semulajadi. 4. Sebagai medium perkongsian ilmu dan pandangan berkaitan alam sekitar di antara pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan masyarakat khususnya di Petaling Jaya.

Upload: lamxuyen

Post on 13-Jan-2017

251 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latar Belakang PJ Green Squad merupakan program kelab

Latar Belakang

PJ Green Squad merupakan program kelab keahlian yang ditubuhkan atas inisiatif Jabatan Perkhidmatan Kesihatan & Persekitaran, Majlis Bandaraya Petaling Jaya melalui Bahagian Alam Sekitar dalam melibatkan penyertaan penduduk di Petaling Jaya dalam sama-sama memelihara

dan memulihara alam sekitar

Objektif

1. Melahirkan masyarakat yang bertindak sebagai mata dan

telinga Pihak Berkuasa Tempatan bagi menjaga kesejahteraan alam sekitar.

2. Melahirkan rasa cinta kepada keindahan alam sekitar dan menanam kesedaran yang mendalam tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

3. Menanam sikap tanggungjawab dalam diri masyarakat dalam memelihara dan memulihara alam semulajadi.

4. Sebagai medium perkongsian ilmu dan pandangan berkaitan alam sekitar di antara pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan masyarakat khususnya di Petaling Jaya.

Page 2: Latar Belakang PJ Green Squad merupakan program kelab

Penyertaan Keahlian PJ Green Squad

Syarat Penyertaan

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermaustatin di sekitar Petaling Jaya termasuklah pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), orang awam dan seumpamanya.

Pendaftaran

Keahlian PJ Green Squad adalah melalui pendaftaran secara atas talian menerusi pautan PJ Green Squad di portal rasmi Majlis Bandaraya Petaling Jaya ataupun melalui Borang Pendaftaran Keahlian PJ Green Squad. Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Bahagian Alam Sekitar

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan & Persekitaran

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Tingkat 9, Menara MBPJ, Jalan Tengah,

46200 Petaling Jaya, Selangor.

Tel : 03-7955 2381

Faks : 03-7957 5218

Email : [email protected]

Page 3: Latar Belakang PJ Green Squad merupakan program kelab

Pendidikan Alam Sekitar 1. Kem Kesedaran Alam Sekitar yang melibatkan penyertaan

pelajar sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diadakan pada setiap tahun.

2. Pameran dan ceramah pendidikan alam sekitar secara berterusan.

3. Pertandingan Envirohunt yang diadakan pada setiap tahun. 4. Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun. 5. Program Eksplorasi Alam Sekitar yang melibatkan kakitangan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan penduduk setempat. 6. Kempen-kempen pendidikan alam sekitar . Aduan berkaitan Pencemaran Alam Sekitar Aduan-aduan berkaitan boleh dibuat melalui sistem aduan di pautan Portal rasmi Majlis Bandaraya Petaling Jaya ataupun : Bahagian Alam Sekitar : 03-7955 2381

Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut :

Ahli PJ Green Squad berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak

Urusetia

Page 4: Latar Belakang PJ Green Squad merupakan program kelab

Logo MBPJ

MBPJ sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan Petaling Jaya yang bersama-sama warga Petaling Jaya dalam memelihara dan memulihara alam sekitar dan menjadikan Petaling Jaya sebuah bandaraya hijau yang lestari.

LOGO : PJ GREEN SQUAD

PJ Green Squad

Membawa maksud skuad yang terdiri daripada warga Petaling Jaya yang mencintai alam sekitar yang berperanan sebagai mata dan telinga Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam menjaga kesejahteraan alam sekitar.

Pemandangan pokok dan alam semulajadi

Melambangkan alam semulajadi yang harus dipelihara dan dipulihara.