lari berganti

Upload: minxuan-chan

Post on 08-Mar-2016

297 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

3.0 PEMILIHAN PELARI

Untuk mendapatkan empat atau lima orang pelari pecut bukanlah suatu perkara yang mudah. Biasanya untuk pembentukan satu pasukan lari berganti-ganti 4 x 100 meter, pihak berkenaan akan mengadakan satu ujian khas. Pelari-pelari yang mempunyai ciri-ciri keperluan yang tertentu seperti dihuraikan dalamJadual 1akan dipilih untuk menyertai acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter tersebut. Selain itu pelari yang mempunyai persefahaman yang baik juga dijadikan pertimbangan dalam hal ini.

Pemilihan lain untuk memilih pelari adalah seperti menerusi perjumpaan olahraga yang diadakan. Amalan seperti memilih secara automatik keempat-empat pemenang pertama dalam acara 100 meter tidaklah begitu sesuai.

Giliran pelariCiri-ciri keperluan

1a)- Pelari yang mempunyai permulaan yang baik. Kebolehan untuk berlari di sekolah.b)- Biasanya pelari yang kedua terpantas dalam pasukan.

2a)- Seorang yang boleh berlari lurus dengan baik.b)- Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kiri.

3a)- Seseorang yang dapat berlari di sekolah dengan baik.b)- Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kanan.

4a)- Seseorang yang mempunyai semangat bertanding yang tinggi.b)- Kebolehan untuk berlari lurus dengan yakin.c)- Biasanya pelari yang terpantas sekali dalam pasukan.d)- Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kiri.

Jadual 1

Secara amanya, pemilihan boleh dibuat berdasarkan beberapa ciri yang tertentu, pelari itu biasanya mempunyai jarak langkah yang besar, gerakan kaki yang pantas serta kuasa otot yang tinggi.

Pelari PertamaPendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik.3 aspek penting :1.Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton.2.Berkeupayaan berlari di selekoh3.Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan

Pelari KeduaMesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklahcubamenerima baton pada tangan kiri).Aspek yang paling utama bagi pelari ini ialah atlet berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus.

Pelari KetigaPelari ketiga terpantas dalam pasukan.Berkebolehan & berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.

Pelari AkhirPelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya. Pelari ini juga mestilah berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.

4.0 CARA MEMEGANG BATONCara memegang batonBaton boleh dipegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 : -

Raja 1 : Teknik memegang baton

4.1 GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATONTerdapat dua teknik asas penukaran baton iaitu teknik bawah-atas dan teknik atas-bawah.a) Teknik atas-bawah (downsweep)- cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh- pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.- Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah) untuk menerima baton.- Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga.- Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat pada tangan kiri.

b)Teknik bawah-atas (upsweep)-Pelari dengan baton menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima yang terbuka dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima.-Cara berisiko kerana baton mudah jatuh jika tiada persefahaman yang baik antara penghantar dan penerima.-Pelari pertama membawa baton dengan tangan kanan dan apabila sampai ke zon pertukaran, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanannya.-Sambil berlari, pelari kedua mengangkat tangan kiri seperti menadah tangan ke bawah untuk terima baton.-Pelari pertama akan memberikan baton kepada pelari kedua dengan gerakan tangan dari bawah ke aras. Pelari kedua akan membawa baton dengan tangan kiri.

Cara Memberikan Baton1.kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian baton2.pemberi harus beri isyarat kepada penerima3.hulurkan baton dengan tangan yang lurus4.perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.

Cara Menerima Baton1.Penerima dalam keadaan yang sedia2.Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton3.Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan.Bagigayatanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari.4.Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton.5.Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

c) Gaya Selang-seli Tanpa Pandang- Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m- Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan.- Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton- Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.- Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang.- Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya.- Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan.- Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.- Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

d) GayaSelang-seli Cara Pandang-Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya.Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.- Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah- Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m- Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.- Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.- Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi.- Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.- Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya.- Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

5.0 ZON PERTUKARAN BATON-Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter.-Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton.-Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda. Rajah 2 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

Perkara-perkara penting1.Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing. 2.Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan.3.Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.

Rajah 3 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah

6.0 PERATURAN LARIAN

Aturan Umum-Lari ikut lorong yang ditetapkan-Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan-Buat pertukaran baton yang bersih-Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian

Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama- Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan- Permulaangayasama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton.- Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar.Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.- Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki.- Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan.- Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas- Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)

Pelari Kedua- Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri- Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri.- Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri)

Pelari Ketiga- Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri- Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh).- Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan).- Lari di sebelah dalam lorong sendiri.

Pelari Keempat-Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.-Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.-Tamatkan larian di garisan penamat.-Pelari yang penuh keazaman & tenang.

7.0 LANGKAH-LANGKAH ANSUR MAJU DALAM LARI BERGANTI-GANTISecara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih itu untuk merancang pengajaran dan latihan yang berkesan dalam ansur maju bagi acara lari berganti-ganti.

7.1 FASA-FASA ATAU ANSUR MAJUa)Fasa permulaan pegangan dan hayunan batoni.GenggamanGunakan jari-jari untuk mengenggamGenggam di hujung, tengah atau pangkal batonRapatkan jari kecuali ibu jari membentuk V menghala ke bawahLetak baton di antara bentuk V

ii.Gaya permulaan larianLompat ketinting bagi menentukan kaki yang kuat terutamanya bagi lonjakan.Duduk dekam samada tanpa blok atau dengan blok dengan keadaan yang betul dan selesa untuk perlepasan.Hayunkan tangan semasa berlariKetinggian lutut semasa berlari turut mempengaruhi larian

b)Fasa memberi dan menerima batonDalam acara lari berganti-ganti ini faktor penting untuk memastikan kemenangan dan kejayaan sesebuah pasukan itu adalah daripada kelancaran teknik penghantaran baton. Oleh yang demikian, terdapat teknik yang sering digunakan semasa hantaran baton supaya lebih berkesan.

i.Teknik pandangTeknik ini khas digunakan dalam acara 4x400m di mana penerima baton akan memandang ke arah penghantar baton sehingga penerima menerima baton.ii.Teknik tanpa pandangTeknik yang digunakan dalam acara 4x100m dan 4x200m iaitu penerima menunggu di tempat yang sesuai dalam zon pertukaran sementara menunggu pelari menghantar baton. Sebaik sahaja pelari sampai ke tempat yang ditandakan, penerima terus berpusing melihat semula ke depan dan terus berlati. Penerima menghulurkan tangan ke belakang secara lurus dengan tapak tangan dibuka menghala ke atas dalam bentuk V setelah mendapat isyarat daripada pelari.

Langkah Ansur MajuPelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berbaris antara mereka yang berjarak hantaran antara satu sama lain dan mereka berlari setempat. Pelari hendaklan mencondongkan badan dan melakukan latihan hayunan tangan. Bila diisyaratkan hulur tangan ke belakang sebentar dan meneruskan hayunan. Setiap pelari menyentuh tangan yang dihulurkan seterusnya baton dihantar dari belakang ke hadapan iaitu dari pelari pertama ke yang kedua, yang kedua ke yang ketiga dan yang ketiga ke yang keempat.Apabila selesai pelari keempat menerima baton, semua pelari menukar arah dan latihan diulangkan. Dimana pelari pertama berada di belakang sekali. Pelari pertama membawa baton di tangan kanan, pelari kedua menerima dengan tangan kiri manakala pelari ketiga menerima dengan tangan kanan. Seterusnya pelari keempat akan terima dengan tangan kiri. Setelah menerima baton, pelari keempat akan menjatuhkan baton di depannya dan meneruskan larian anak. Apabila pelari pertama sampai di tempat baton dijatuhkan, dia akan mengambil semula dan meneruskan aktiviti.

Dua pelari : pelari pertama dan kedua berlari anak mengelilingi trek. Pelari pertama memegang baton dan memberi isyarat di mana pelari kedua bertindak mengeluarkan tangan ke belakang dan menerima baton. Selepas baton dihantar, pelari pertama akan berlari di hadapan pelari kedua sehingga dia mendapat isyarat dari pelari kedua untuk menerima baton. Proses ini berterusan dan selepasa beberapa kali latihan, pelari akan menukar tangan yang membei baton. Contoh kanan ke kiri atau kiri ke kanan.

Hantaran terus : bilangan pelari terdiri daripada nombor yang genap dengan menggunakan trek 400m dan penanda bendera pada tiap-tiap 50m. Jumlah stesen adalah lapan.

c)Fasa larian dalam zon pertukaran baton Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di dalam zon pertukaran baton yang telah ditetapkan. Jarak zon pertukaran bagi acara 4x100m ialah 20 meter. Semua atlet bagi acara ini perlu didedahkan tentang zon ini supaya tiada masalah ketika pertukaran baton yang menyebabkan batal. Sebagai seorang penghantar baton, isyarat perlu dibunyikan supaya penerima sedar akan penghantar dan menerima dalam hanya zon baton. Baton perlu diserahkan sepanjang 1/3 kepada penerima dan pastikan hantaran dalam tangan penerima. Bagi penerima pula, larian perlu dilakukan daripada garisan awal sepanjang zon dan jangan memandang ke belakang. Penerima mesti menerima baton dengan segera dan berada di luar pertengahan lorong jika menerima dengan tangan kanan yang bertujuan untuk member kawasan lari bagi pelari yang menerima baton.

Terdiri daripada 3 fasa iaitu:Fasa pecutan

Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan-Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter hingga 60 meter-Dalam acara lari pecutan, pecutan berlaku awal dalam larian .-Sebenarnya 95 peratus daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.-Apabila seseorang atlit mencapai kelajuan maksimm, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.-seseorang atlit tidak mungkin bolh berlar pada kelakuan maksimum lebih dari jarak 14-18 meter , maka atlit perlu mengekalkan kelajuan

Fasa larian di selekoh-Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa centrifugalpelari juga perlu merendahkan badan ke arah dalam untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan untuk mengimbangkan kuasacentrifugal.- Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

Langkah Ansur MajuBerlari anak dalam kawasan atau garisan yang disediakan. Garisan atau kawasan tersebut dibuat dengan menggunakan skital sebagai penanda. Pelari atau peserta dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga ke kawasan akhir penanda. Aktiviti dilakukan berulang-ulang.

Lakukan secara berpasangan. Seorang akan menjadi pemberi dan seorang lagi sebagai penerima. Pemberi akan berada di luar zon dan penerima akan berlari anak hingga kegarisan yang telah ditandakan sesuai untuk menerima baton. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang dan menggunakan satu zon yang dipilih di dalam padang yang sebenar bagi memastikan baton dihantar dengan kemas dalam zon pertukaran.

Akrtiviti berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam 1 kumpulan. Aktiviti ini dilakukan seperti cara berpasangan tetapi menggunakan padang yang sebenar. Peserta mengambil tempat seperti yang telah ditetapkan. Buat permulaan, peserta membuat larian anak. Setelah beberapa kali, lakukan seperti keadaan sebenar bagi membiasakan atlet membuat pertukaran baton dengan kemas dalam zon pertukaran.

d)Fasa penamat-Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.-Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

Langkah Ansur MajuLatihan kepada peserta dalam kumpulan untuk menamatkan satu-satu larian dengan jarak 20 meter. Apabila sampai kegarisan penamat, peserta mendepankan dada dahulu supaya melintasi garisan penamat. Latihan ini dilakukan berulang-ulang.

a)Latihan Statik Berpasangan melibatkan dua peserta-AtlitA perlu berada lebih kurang 1 meter belakangatlitB.-AtlitA memberi isyarat kepadaatlitB.-AtlitB menghulurkan tangan kanannya ke belakang.-AtlitB menarik tangannya ke hadapan sebaik sahajaatlitA menepuknya dengan tangan kiri.

(b)Latihan Bergerak Berpasangan memerlukan 2 peserta-Dilakukan sambil berlari anak (joging)-AtlitA akan berlari ke hadapanatlitB setelah baton kepadanya.-AtlitB pula menghantar baton kepadaatlitA.

(c)Latihan Bergerak Berpasangan asingkan kedudukan-kedua-dua peserta dalam jarak lebih kurang 30 meter.-AtlitA berlari dan apabila dia sampai di tandaan.-AtlitB pula mula berlari.-AtlitA terus mengejaratlitB untuk memberi baton kepadanya.-Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.

Latihan-latihan tersebut boleh dijalankan oleh 4 hingga 6 orang peserta di dalam satu barisan. Semasa menjalankan latihan hendaklah menggalakkan memerhati kawan-kawan dan meneliti sama ada teknik atau cara yang dipraktiskan betul atau tidak.