lari berganti

3
Refleksi Pada sem kelima ini, dalam matapelajaran WAJ 3121, iaitu Olahraga kami diamanahkan untuk menjalankan pengajaran mikro selama 30 minit. Kami 3 atau 4 orang dalam satu kumpulan telah menjalankan pengajaran mikro ini dengan jayanya. Sepanjang menjalankan sesi pengajaran mikro, saya memperoleh banyak ilmu baharu, terutamanya tekni-teknik mengajar kepada murid- murid sekolah rendah. Hasil undian dalam kelas saya, saya dan dua orang rakan saya mendapat tajuk acara lari berganti-ganti. Dalam kumpulan kami juga telah mengagihkan tugasan iaitu, saya telah menjalankan aktiviti memanaskan badan selama 5 minit dan juga mengajar satu bahagian daripada langkah 1 selama 5 minit. Aktiviti seterusnya telah dijalankan oleh rakan-rakan saya. Para atlet perlu melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum latihan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan serta untuk meningkatkan prestasi kendiri. Sehubungan itu, saya telah memulakan sesi pengajaran mikro kami dengan aktiviti memanaskan badan. Saya telah menunjukkan beberapa aktiviti regangan yang khusus bagi aktiviti larian berganti-ganti. Selepas itu, saya juga menjalankan permainan kecil iaitu permainan “virus” yang sesuai bagi aktiviti lari berganti-ganti. Pada mulanya kami sekumpulan telah merancang permainan ‘aci ligan duduk’. Apabila kumpulan lain telah menjalankan permainan tersebut, saya terpaksa menukarkan permainan kecil lain yang sesuai bagi aktiviti lari berganti-ganti. Pensyarah saya telah membetulkan kesilapan saya iaitu, sebagai guru olahraga, harus menjalakan aktiviti permainan kecil dahulu dan kemudiannya membuat aktiviti regangan. Ini adalah salah satu peluang bagi saya untuk mendapat info baharu. Selepas itu, saya telah mengajar cara memegang baton. Walaupun saya telah merujuk kepada buku olahraga dan juga melayari internet

Upload: ani

Post on 05-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Page 1: lari berganti

Refleksi

Pada sem kelima ini, dalam matapelajaran WAJ 3121, iaitu Olahraga kami

diamanahkan untuk menjalankan pengajaran mikro selama 30 minit. Kami 3 atau 4 orang

dalam satu kumpulan telah menjalankan pengajaran mikro ini dengan jayanya. Sepanjang

menjalankan sesi pengajaran mikro, saya memperoleh banyak ilmu baharu, terutamanya

tekni-teknik mengajar kepada murid- murid sekolah rendah. Hasil undian dalam kelas saya,

saya dan dua orang rakan saya mendapat tajuk acara lari berganti-ganti. Dalam kumpulan

kami juga telah mengagihkan tugasan iaitu, saya telah menjalankan aktiviti memanaskan

badan selama 5 minit dan juga mengajar satu bahagian daripada langkah 1 selama 5 minit.

Aktiviti seterusnya telah dijalankan oleh rakan-rakan saya.

Para atlet perlu melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum latihan. Ini adalah

untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan serta untuk meningkatkan prestasi

kendiri. Sehubungan itu, saya telah memulakan sesi pengajaran mikro kami dengan aktiviti

memanaskan badan. Saya telah menunjukkan beberapa aktiviti regangan yang khusus bagi

aktiviti larian berganti-ganti. Selepas itu, saya juga menjalankan permainan kecil iaitu

permainan “virus” yang sesuai bagi aktiviti lari berganti-ganti. Pada mulanya kami

sekumpulan telah merancang permainan ‘aci ligan duduk’. Apabila kumpulan lain telah

menjalankan permainan tersebut, saya terpaksa menukarkan permainan kecil lain yang

sesuai bagi aktiviti lari berganti-ganti. Pensyarah saya telah membetulkan kesilapan saya

iaitu, sebagai guru olahraga, harus menjalakan aktiviti permainan kecil dahulu dan

kemudiannya membuat aktiviti regangan. Ini adalah salah satu peluang bagi saya untuk

mendapat info baharu.

Selepas itu, saya telah mengajar cara memegang baton. Walaupun saya telah

merujuk kepada buku olahraga dan juga melayari internet mengenai cara memegang baton,

namun terdapat beberapa kesalahan dalam teknik memegang baton. Daripada pensyarah

saya, saya telah memperbaiki kelemahan-kelemahan saya semasa mengajar teknik

memegang baton.

Seterusnya, semangat kerjasama memainkan perananan penting dalam meyiapkan

tugasan ini. Saya bersama dua rakan saya telah bekerjasama dengan penuh dedikasi dan

komited untuk melaksanakan tanggungjawb ini dengan harapan dapat memperoleh

pencapaian cemerlang melalui kesungguhan dalam melaksanakan tugasan ini. Masa yang

telah diperuntukkan adalah sangat mencukupi bagi menyiapkan tugasan ini. Disebabkan

beberapa tugsan yang lain perlu disiapkan, kami terpaksa memulakan tugasan ini lewat

sedikit tetapi dengan penuh kesungguhan.

Page 2: lari berganti

Saya juga telah menjadi sedikit gementar semasa sesi pengajaan saya. Hal ini

kerana, sebelum ini saya tidak kebiasaan untuk mengajar mana-mana teknik permainan.

Tambahan pula, saya juga tidak pernah bermain atau tidak mempunyai sebarang

pengetahuan tentang permainan lari berganti-ganti sebelum sesi pengajaran mikro ini. Oleh

itu, saya dan juga rakan-rakan saya terpaksa melayari internet, merujuk kepada buku dan

juga atlet-atlet yang pernah bermain lari berganti-ganti untuk memperoleh maklumat

mengenainya. Saya juga telah berbangga dengn rakan saya yang boleh memberikan

penerangan yang ringkas dan mudah difahami semua orang. Saya akan berusaha bagi

mengatasi masalah ini pada masa depan.

Akhirnya, terlalu banyak info baru dan maklumat terkini yang telah kami peroleh.

Setinggi ucapan terima kasih kami hulurkan kepada pensyarah yang banyak membimbing

serta tidak lupa kepada kerjasama rakan-rakan yang terlibat. Saya juga berpuas hati dengan

persembahan kumpulan saya. Saya juga mempertingkatkan kelemahan saya untuk

menghadapi cabaran yang akan menghadapi pada masa depan nanti. Saya akan

menggunakan ilmu ini, apabila saya menjadi guru pada masa depan.