lari berganti

7
LARI BERGANTI-GANTI DEFINISI Dibahagikan kepada dua jenis iaitu 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter. Jenis larian ini memerlukan penggunaan baton yang tidak kurang daripada 50 gram, panjang 28-30 cm, garis lilit 12-13 cm dan berwarna. Cara memegang baton dan kedudukan mula TEKNIK PENUKARAN BATON Dalam teknik penukaran baton terdapat dua gaya utama yang digunakan, iaitu gaya selang seli tanpa pandang dan gaya selang-seli cara pandang. GAYA SELANG-SELI TANPA PANDANG Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter. Gaya ini pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan. Semasa menerima baton, pelari tidak menoleh ke belakang.

Upload: ainyenryzam

Post on 06-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

acara balapan

TRANSCRIPT

Page 1: Lari Berganti

LARI BERGANTI-GANTI

DEFINISI

Dibahagikan kepada dua jenis iaitu 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter. Jenis larian ini

memerlukan penggunaan baton yang tidak kurang daripada 50 gram, panjang 28-30 cm,

garis lilit 12-13 cm dan berwarna.

Cara memegang baton dan kedudukan mula

TEKNIK PENUKARAN BATON

Dalam teknik penukaran baton terdapat dua gaya utama yang digunakan, iaitu gaya selang

–seli tanpa pandang dan gaya selang-seli cara pandang.

GAYA SELANG-SELI TANPA PANDANG

Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter.

Gaya ini pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari

kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan. Semasa

menerima baton, pelari tidak menoleh ke belakang.

Page 2: Lari Berganti

GAYA SELANG-SELI CARA PANDANG

Gaya ini diberi disebut gaya pandang kerana semasa pertukaran baton dilakukan, pelari

yang menerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton

kepadanya. Tugas pembawa baton untuk meletakkan baton ke dalam tangan penerima.

 TEKNIK HANTARAN BATON

Gaya popular menghantar baton ialah gaya selang-seli, iaitu baton ditukar di antara tangan

kanan dan tangan kiri oleh keempat-empat pelari dalam satu pasukan. Dua cara

menghantar baton ialah :

Hantaran atas

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke bawah untuk memukul tapak tangan penerima yang terbuka.

2. Penerima memegang hujung baton semasa menerimanya. 

                              

Hantaran bawah

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke atas tangan penerima yang terbuka  dalambentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima.2. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.

Page 3: Lari Berganti

3. Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.       

TEKNIK MENERIMA BATON

Menerima dari atas

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi

garisan zon penukaran .

2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon  melaungkan “keluar” apabila

hampir dengan penerima baton.

      3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton  akan menghulurkan sebelah

tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah)  ke atas dalam bentuk ‘V’

yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima  untuk menerima

baton.Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya.

4. Penghantar  baton akan menghayun baton ke atas tangan penerima.

5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari

penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta.

6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan

mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

Menerima dari bawah

 

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran .

Page 4: Lari Berganti

2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon  melaungkan “keluar” apabila hampir dengan penerima baton.

      3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton  akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah)  ke bawah dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima  untuk menerima baton.Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya.4. Penghantar  baton akan menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima.5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta.6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

TEKNIK MENENTUKAN PELARI

Biasanya pemilihan pelari untuk acara ini dijalankan menerusi satu ujian khas yang dibuat oleh sesuatu badan atau pihak yang bertanggungjawab ke atas pasukan itu. Mungkin bilangan pelari yang menghadiri ujian itu ramai. Jika hal itu terjadi, acara saringan perlu diadakan bagi mendapatkan peserta terbaik ke peringkat akhir.

Empat atau lima orang pelari terbaik akan dipilih berdasarkan kedudukan masing-masing untuk membentuk satu pasukan pelari kelima sebagai simpanan.Walau bagaimanapun, ini buknlah perkara utama yang harus dijadikan syarat. Ada kalanya terdapat pelari-pelari lain yang mampu berlari dengan baik di selekoh walaupun tidak di garisan lurus. Jika demikian, terserlahlah kepada budi bicara jawatankuasa pemilih untuk membuat pemilihan akhir. Secara amnya, pemilihan dibuat dengan berasaskan kepada beberapa perkara seperti, mengikut keupayaan pelari dalam peringkat tertentu. Ini kerana dalam acara lari berganti-ganti 4x100 meter ini, ada pelari perlu berlari lebih jauh dan ada pula yang perlu berlari lebih dekat daripada pelari lain. Dan ada pelari yang mampu berlari dengan baik pada lorong lurus dan ada yang mampu berlari dengan baik pada selekoh.

 

Page 5: Lari Berganti

Pelari pertama

Pelari pertama haruslah mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton, dan berkeupayaan berlari di selekoh. Selalunya pelari pertama adalah pelari kedua terbaik dalam satu pasukan. Ketiga-tiga aspek ini penting kerana dibandingkan dengan pelari lain, pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama baton. Ia juga akan menjadi pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik.

Pelari kedua

Pelari ini hendaklah berkeupayaan berlari dengan pantas pada garisan lurus. Dia juga mestlah bijak daripada segi menerima dan menghantar baton. Selalunya, jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tanagan kiri. Namun ini bukanlah satu syarat.

Pelari ketiga

Kriteria utama bagi pelari ketiga ialah kebolehan dabn berkemampuan berlari di selekoh dan menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya. Daripada segi keupayaan, biasanya pelari ketiga terpantas dalam pasukan diletakkan sebagai pelari ketiga. Satu lagi aspek penting ialah keupayaannya berlari di selekoh.

Pelari akhir

Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam satu-satu pasukan kerana pada bahunyalah terletak keputusan yang bakal dicapai oleh seseubah keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan lari berganti- ganti  4x100 meter. Pelari ini haruslah berkebolehan berlari di garisan lurus. Walaupun daripada segi jarak larian sebenar, pelari terakhir ini adalah terpendek, namun daripada segi kepantasan dan kelajuan, ia amat penting.

KEDUDUKAN PELARI UNTUK MENERIMA BATON1.    Pemilihan pelari dan penentuan kedudukan hendaklah dibuat terlebih dahulu, dan tumpuan

latihan hendaklah mengikut kedudukan ini.2.    Menentukan tangan yang akan memegang baton, sama ada tangan kiri atau tangan kanan.3.    Menyediakan blok permulaan untuk pelari pertama dan menentukan zon pertukaran baton

bagi pelari kedua, ketiga dan keempat.4.    Menentukan lorong larian setelah undian dibuat.

SEMASA LARIAN1.    Aturan umuma)    Berlari mengikut lorong yang ditetapkan.b)    Membuat pertukaran baton dalam kawasan atau zon yang ditetapkan.

Page 6: Lari Berganti

c)    Membuat pertukaran yang bersih.d)    Mengekalkan baton dalam tangan pelari awal hingga akhir larian.

2. Pelari pertama

a)    Gunakan blok permulaan.b)    Berlari mengikut isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas.c)    Berlari pada selekoh pertama.d)    Membawa baton pada tangan kanan.

3. Pelari kedua

a)     Bersedia dan mula berlari dalam keadaan berdiri.b)     Berlari dalam lorong yang lurus.c)      Membawa baton pada tangan kiri atau boleh menukarkannya semasa berlari ke tangan kanan.d)     Berlari dalam lorong sendiri.e)     Menerima baton dalam zon pertukaran.

4. Pelari ketiga

a)  Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.b)  Berlari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua.c)  Membawa baton pada tangan kanan.d)  Berlari di sebelah dalam lorong sendiri.

5. Pelari keempat

a)Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.b)  Berlari dalam lorong yang lurus dan lorong sendiri.c)   Membawa baton pada tangan kiri atau ditukarkan pada tangan kanan semasa berlari.d)  Menyerahkan baton kepada pegawai bertugas.