laporan(bdk)

25
LAPORAN

Upload: cikgu-hafizzudin

Post on 27-Jun-2015

5.213 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan(bdk)

LAPORAN

Page 2: Laporan(bdk)

DIBENTANGKAN OLEH: MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN

MOHD ZAINUDIN MOHD SYAFIQ WAFIUDDIN BIN

AHMAD ZAINI WAN MUHAMMAD FAUZAN BIN WA

ZAIN

Page 3: Laporan(bdk)

• TUJUAN • JENIS LAPORAN• CIRI LAPORAN• UNSUR LAPORAN• FORMAT DAN CONTOH LAPORAN

Page 4: Laporan(bdk)

Pengenalan• Laporan ialah kertas yang mengandungi khabar

atau maklumat. Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah berlaku.

• Laporan ialah dokumen untuk menyampaikan

maklumat yang khusus kepada pembaca tertentu.

maklumat tersebut disampaikan secara sistematik

dengan menitikberatkan kejelasan dan ketepatan.

Page 5: Laporan(bdk)

Tujuan laporan

Secara umumnya, laporan dihasilkan adalah

untuk:• Merakamkan dan merekodkan sesuatu.• Memaklumkan pelaksanaan &

perkembangan sesuatu.• Menyalurkan cadangan.• Mempertahankan tindakan.• Membentangkan perancangan.

Page 6: Laporan(bdk)

Jenis laporan

• Terdapat pelbagai jenis laporan yang ditulis

untuk tujuan dan maksud tertentu.

• Laporan dapat dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu laporan lisan dan laporan bertulis.

• Laporan bertulis ada berbagai-bagai jenis, antaranya adalah seperti berikut:

Page 7: Laporan(bdk)

Laporan Tahunan

Laporan yang dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan lazimnya melaporkan hal-hal penting yang berkaitan dengan kewangan & belanjawan.

Laporan tahunan disediakan oleh sesebuah persatuan, organisasi, syarikat atau institusi yang bertujuan untuk menyediakan satu perancangan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Disampaikan mengikut urutan tarikh.

Page 8: Laporan(bdk)

Laporan Khas

Bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang pantas, tepat dan jelas.

Berguna kepada organisasi atau masyarakat mendapatkan gambaran sebenar sesuatu peristiwa.

Page 9: Laporan(bdk)

Laporan Prestasi

Laporan yang mengandungi penjelasan tentang tugas-tugas yang telah selesai & kejayaan yang telah dicapai oleh sesebuah organisasi.

Diterbitkan untuk makluman pihak tertentu atau masyarakat umum bagi memperlihatkan keupayaan syarikat atau organisasi tersebut.

Page 10: Laporan(bdk)

Laporan Penilaian

Laporan ini digunakan untuk menyatakan nilai, mutu, keadaan atau sifat sesuatu yang menjadi fokus penilaian.

Matlamat akhir laporan ini adalah untuk memberikan maklumat kepada pihak tertentu yang akan membuat keputusan atau hanya sebagai makluman sahaja.

Page 11: Laporan(bdk)

Laporan Sulit

Laporan ini biasanya ditujukan kepada seseorang individu. Laporan ini mengandungi segala maklumat tentang latar belakang orang tersebut.

Laporan ini digunakan untuk membantu sesuatu pihak, misalnya jawatankuasa atau panel yang bertujuan untuk membuat keputusan terhadap permohonan sesorang calon.

Page 12: Laporan(bdk)

Laporan Kajian

Laporan yang dijalankan oleh sesuatu jawatankuasa atau lembaga yang dipertanggungjawab untuk mengkaji sesuatu isu, kejadian, dasar dan sebagainya.

Memberikan gambaran tentang sesuatu hal atau projek.

Laporan ini memerlukan kajian dan pengumpulan data atau maklumat dilakukan.

Page 13: Laporan(bdk)

Laporan Lawatan

Laporan lawatan bertujuan untuk merakamkan peristiwa yang berlaku sepanjang lawatan itu berlangsung.

Laporan ini melaporkan peristiwa yang benar-benar dialami sendiri oleh orang yang melaporkannya.

Page 14: Laporan(bdk)

Laporan Aktiviti Persatuan

Hendaklah ditulis mengikut format yang tertentu. Hal ini kerana dalam laporan ini beberapa perkara wajib seperti nama ahli jawantankuasa, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun juga dilaporkan.

Pelapornya pula mestilah berjawatan Setiausaha kerana dialah yang menyimpan segala rekod.

Page 15: Laporan(bdk)

Ciri laporan

Untuk menghasilkan laporan yang baik

bukanlah satu kerja yang mudah kerana

laporan memerlukan kebolehan menulis yang

tinggi dari segi penguasaan bahasa.

Page 16: Laporan(bdk)

Antara ciri laporan yang baik ialah:

• Bersifat objektif & sahih, iaitu bukan tanggapan atau agakan.

• Mempunyai unsur penilaian.

• Mempunyai unsur ilmiah, empirikal dan konkrit.

• Fakta-fakta yang dipersembahkan dalam laporan disertakan dengan gambar, foto, jadual atau graf bagi memudahkan gambaran pemahaman pembaca.

• Bahasa yang digunakan dalam laporan mestilah ringkas & mudah.

Page 17: Laporan(bdk)

Unsur laporan

Selain ciri-ciri laporan seperti yang telah

disenaraikan, terdapat beberapa unsur-unsur

yang perlu ada dalam dalam sesebuah laporan.

Unsur ini penting dalam menyempurnakan dan

melengkapkan laporan tersebut.

Page 18: Laporan(bdk)

Antaranya adalah seperti yang berikut:

• Fungsi atau objektif– sesuatu laporan perlu mencatatkan fungsi atau objektif dalam laporan tersebut.

• Pernyataan pendapat– pelapor perlu membuat kesimpulan setelah mengkaji, menilai, dan mengupas bukti-bukti yang diketengahkan.

• Pengenalan– pernyataan ringkas tentang kaedah penyelidikan.

• Hujahan– digunakan oleh pelapor bagi mempertahankan pendapatnya, terutama bagi jenis laporan khas tentang suatu fenomena yang berlaku.

Page 19: Laporan(bdk)

• Kesimpulan- rumusan secara keseluruhan terhadap perkara yang telah diperkatakan dalam laporan.

• Cadangan- cadangan adalah sesuatu yang disarankan kepada pihak yang terlibat. Boleh direalisasikan oleh pihak-pihak yang terlibat.

• Penyampaian- dipersembahkan dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Page 20: Laporan(bdk)

Format dan contoh laporan

Laporan mempunyai format khas yang meliputi

tajuk & subtajuk, sistem pernomboran,

pengenalan ringkas, senarai ringkas, isi

kandungan, cadangan, penutup dan lampiran.

Laporan bersifat formal dengan laras

bahasanya juga formal.

Format laporan berbeza-beza disebabkan

terdapat berbagai-bagai jenis laporan & tujuan

sesuatu laporan itu dihasilkan juga berbeza.

Page 21: Laporan(bdk)

Namun demikian, format umum sesuatu

laporan itu terdiri daripada perkara-perkara

berikut:

Kepala laporan- nama persatuan, tajuk laporan. Selang sebaris daripada tajuk dituliskan tarikh, masa, dan tempat terutama bagi laporan yang khusus tentang aktivti lawatan.

Isi Laporan- tajuk @ subtajuk dan menggunakan sistem pernomboran. Isi bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Page 22: Laporan(bdk)

Penamat laporan- ditulis selang sebaris daripada ayat terakhir dalam isi laporan & dimulakan dengan frasa pengakuan pelapor, iaitu, “ Disediakan oleh” atau “ Dilaporkan oleh”.

Dibawah pengakuan pelapor disediakan ruang untuk tandatangan pelapor. Selepas itu, nama lengkap pelapor diletakkan dalam kurungan dengan huruf besar semuanya diikuti dengan jawatan.

Page 23: Laporan(bdk)

Selang sebaris dicatatkan pula tarikh laporan

itu ditulis. Kesemua maklumat ini ditulis di

sebelah kiri.

Bahagian-bahagian lain- dalam sebuah laporan terdapat bahagian-bahagian yang tidak kurang pentingnya, terutamanya jika laporan tersebut mempunyai banyak halaman dan mempunyai banyak bab.

Page 24: Laporan(bdk)

Antara bahagian lain ialah:

Senarai kandungan Senarai jadual dan rajah Ringkasan Senarai rujukan atau bibliografi Lampiran

Page 25: Laporan(bdk)

Microsoft Office Word Document Microsoft Office

Word Document

Microsoft Office Word Document