laporan waj.docx

Upload: laitenglow

Post on 06-Mar-2016

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

w

TRANSCRIPT

Pada semester kali ini, Subjek Kokurikulum - Persatuan (WAJ3131) telah menjadi salah satu subjek wajib bagi memenuhi syarat kelulusan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran bagi subjek ini, setiap kelas pelajar-pelajar PISMP semester 6, ambilan Jan 2013 dikehendaki untuk menubuhkan sebuah persatuan atau kelab bagi mendedahkan kepada semua guru mengetahui, memahami dan menguasai serta memperkenalkan ilmu dan kemahiran dalam aktiviti kokurikulum- persatuan. Oleh itu, kelas kita telah menubuhkan sebuah kelab yang dinamakan sebagai Kelab Pendidikan Seni Visual 1. Dalam melaksanakan tugasan ini, kami, dibahagikan kepada lapan kumpulan iaitu tiga ahli dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan sebuah hasil karya berdasarkan tajuk yang telah dipilih. Kumpulan kami telah memilih tajuk diorama dan tema yang dihasilkan bagi produk ini ialah taman permainan. Hasil kerja yang dihasilkan oleh setiap kumpulan akan dipamerkan semasa Pameran Gerko Persatuan Hari Kokurikulum diadakan. Pameran Persatuan bersempena Hari Kokurikulum ini bertujuan mendedahkan dan memperkenalkan persatuan-persatuan yang telah ditubuhkan bagi setiap kelas pelajar-pelajar PISMP semester 6, ambilan Jan 2013 ini kepada warga IPGM Kampus Sultan Mizan. Projek ini juga dilaksanakan sebagai persediaan awal atau panduan kepada bakal guru dalam mengurus dan melaksanakan sesebuah persatuan di sekolah kelak. Selepas mengikuti dan melaksanakan Pameran Gerko Persatuan Hari Kokurikulum ini, kami dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan. Dari segi kekuatan, pameran telah mendapat sambutan yang baik daripada para guru pelatih. Ia dapat memberi sedikit ilmu serta pengetahuan kepada para pengunjung dan ilmu yang ada pada para penganjur dapat diaplikasikan dan disampaikan kepada orang lain. Terdapat pelbagai kelab yang ditubuhkan seperti kelab rukun negara, kelab reka cipta, kelab alam sekitar, kelab seni visual dan sebagainya. Setiap kelab telah membuat persiapan tempat dengan mempamerkan hasil produk yang sesuai dengan tema kelab masing-masing yang dapat menyampai maklumat berkaitan dengan hasil produk yang dipamerkan. Sebagai contoh, bagi kelab pendidikan seni visual, kami telah mempamerkan hasil karya yang berkaitan dengan bidang Pendidikan Seni Visual yang dihasilkan oleh ahli kumpulan tersebut. Hal ini dapat mendekatkan masyarakat dengan hasil karya-karya seni dan mengajar masyarakat tempatan untuk menghayati keindahan hasil seni itu.Selain itu, penganjuran pameran ini dapat melatih guru pelatih untuk bermasyarakat. Pelaksanaan kegiatan pameran bukanlah kerja individu, melainkan kerja kelompok yang melibatkan banyak orang. Semua guru pelatih akan bekerjasama untuk menyediakan ruang pameran untuk mempamerkan hasil karya yang dihasilkan oleh semua ahli kumpulan. Jadi, ia dapat memupuk sikap tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan kaum. Ia secara tidak langsung dapat melatih guru pelatih untuk menghargai pendapat orang, dan dapat memberikan pendapat atau kritikan terhadap hasil kerja temannya.Di samping itu, sifat komited juga dapat dipupuk dalam kalangan guru pelatih. Hal ini demikian kerana setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing untuk menghasilkan hasil karya yang telah ditetapkan. Kami dapat bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Setiap ahli kumpulan juga bertungkus-rumus untuk menyediakan tempat pameran dengan penyusunan meja dan kerusi untuk meletakkan hasil karya masing-masing. Setelah menyediakan ruang pameran, guru pelatih juga meluangkan masa dengan ahli kumpulan untuk menghiaskan ruang pameran dengan mengantungkan belon-belon dan menghiaskan meja dengan menggunakan alas meja. Dengan ini, ia dapat dan menjadisuatu ruangan agar lebih indah dan seterusnya menarik perhatian para pengunjung. Guru pelatih juga mengemas barang-barang dan membersihkan kawasan pameran yang digunakan setelah pameran dijalankan. Secara tidak langsung, nilai disiplin dan sifat komited dapat diserapkan dalam kalangan guru pelatih. Dengan adanya nilai disiplin dan sifat komitmed dalam kalangan guru pelatih, ia mampu menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang serta menjadikan seseorang itu lebih berjaya dan cemerlang.Mempersiapkan para bakal guru dalam menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. mengurus dan melaksanakan sesebuah persatuan di sekolah kelak.Ruang untuk mempamerkan hasil karya terhadPembahagian ruang tidak Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah. Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan. Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin. Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan. Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan. MATLAMAT Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang. Posted byPERSATUANat5:57 AM

Kelemahan dalam pameran ini ialah pengaturan masa yang kurang sesuai. Hari Anugerah Kokurikulum telah dijalankan pada waktu pagi, iaitu pada 11 Oktober 2015. Sebaik sahaja program ini tamat, guru-guru pelatih perlu bersedia di pameran masing-masing. Pensyarah-pensyarah telah membuat pentaksiran terhadap bahan-bahan yang dihasilkan dan memberi markah kepada kumpulan masing-masing. Guru-guru pelatih tidak diberikan masa untuk berehat. Kebanyakan guru-guru pelatih terpaksa menahan lapar semasa berada di pameran masing-masing. Untuk cadangan penambaikannya, guru-guru pelatih perlu diberikan masa rehat sebelum sesi pemberian markah oleh pensyarah-pensyarah dijalankan.

Kelemahan pameran yang lain ialah pihak penganjur tidak menetapkan keluasan tempat. Apabila keluasan tempat tidak ditetapkan, setiap kelas bebas untuk mengambil ruang pameran masing-masing. Keadaan ini menyebabkan sesetengah kelas mengambil ruang yang kecil manakala sesetengah kelas mengambil ruang yang lebih besar. Keadaan ini menyebabkan ketidakadilan berlaku dalam program ini. Selain itu, tidak ada jurugambar yang dilantik daripada kalangan guru pelatih. Keadaan ini menyebabkan guru-guru pelatih perlu mengambil gambar-gambar sendiri tentang pameran sempena Hari Kokurikulum IPG Kampus Sultan Mizan.

Secara kesimpulannya, pameran ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara para guru pelatih serta komuniti yang terlibat. Selain itu aktiviti ini juga dapat meningkatkan kesedaran para guru pelatih terhadap memelihara dan memulihara alam sekitar. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak insan yang mampu menghadapi cabaran dalam abad ke-21. Kelemahan pameran perlu diatasi supaya pameran ini dapat terus memberi manfaat kepada semua guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan.

1. Pameran Persatuan bersempena Hari Kokurikulum ini bertujuan mendedahkan dan memperkenalkan persatuan-persatuan yang telah ditubuhkan bagi setiap kelas pelajar-pelajar PISMP semester 6, ambilan Jan 2010 ini kepada warga IPGM Kampus Darulaman. Projek ini juga dulaksanakan sebagai persediaan awal atau panduan kepada bakal guru dalam mengurus dan melaksanakan sesebuah persatuan di sekolah kelak. Diharapkan agar pameran ini akan memberi sedikit ilmu serta pengetahuan kepada para pengunjung dan ilmu yang ada pada para penganjur dapat diaplikasikan dan disampaikan kepada orang lain.2. 3.4.0 OBJEKTIF Selepas mengikuti dan melaksanakan Pameran Gerko Persatuan Hari Kokurikulum ini, para pelajar PISMP Semester 6 diharapakan dapat: 4.1 Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan. 4.2 Mempersiapkan para bakal guru dalam menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. 4.3 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan supaya menjadi idol kepada masyarakat luar. 4.4 Memiliki semangat berpasukan yang tinggi serta memiliki ketahanan fizikal dan mental yang teguh. 4.5 Memperkembangkan potensi diri sebagai seorang pendidik dan menonjolkan kebolehan yang ada dalam merancang, melaksana dan mengurus sesuatu program