laporan tugas khas

2
LAPORAN BIRO AKTIVITI BINA INSAN GURU SIRI 2/2012 Bina Insan Guru (BIG) fasa 2 telah dijalankan di rumah anak-anak yatim perlis. Selaku ketua biro tugas-tugas khas saya amat bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada AJK-AJK lain terutama ahli biro saya dalam menjayakan program-program yang telah dirancang dengan lancar. Sebelum BIG fasa 2 ini dijalankan, terdapat beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan. Mesyuarat pertama diadakan di BK BP 2. Dalam mesyuarat pertama ini, ahli jawatankuasa BIG fasa 2 telah dibentuk. Maka, saya diberi tanggungjawab untuk memikul tugas sebagai ketua biro tugas-tugas khas. Senarai ahli jawatankuasa untuk biro aktiviti adalah seperti yang berikut: Ketua Biro : Muhamad Faris Bin Azaman AJK : Idris Din Bin Abu Bakar Memang tidak dinafikan, biro tugas-tugas khas merupakan salah satu biro yang amat penting sekali dalam struktur organisasi BIG. Biro tugas-tugas khas haruslah memastikan segala aktiviti yang dijalankan dengan lancar sepanjang aktiviti BIG ini. Dengan ini, saya dan ahli biro saya terus melaksanakan tugas kami dengan semangat dan penuh dedikasi. Kami akan bertindak selaku orang yang akan membantu segala urusan yang serta merta dan urusan yang melibatkan masalah yang berlaku secara tidak dirancang. Tugas yang kami jalankan sebelum program ini bermula adalah dengan memastikan segala alatan yang diperlukan semasa program khidmat masyarakat ini seperti alatan sukaneka, alatan gotong royong, alatan LDK dan juga hadiah-hadiah. Perbincangan antara ketua-ketua biro telah diadakan. Perjumpaan ini dijalankan oleh Pengerusi program iaitu saudara Samuel Anak Alfred untuk mendapat maklumat dengan lebih jelas mengenai apa yang telah dijalankan oleh setiap biro dan masalah yang dihadapi oleh setiap biro. Secara kesimpulannya, saya selaku peserta yang telah diberi peluang untuk memegang jawatan ketua biro tugas-tugas khas ini berpuas hati dengan segala program dan aktiviti serta kesungguhan yang diberikan oleh para peserta dalam semua aktiviti yang telah dijalankan. Ianya juga memberi pengalaman yang bermakna buat saya.

Upload: muhamad-faris

Post on 26-Jul-2015

136 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Tugas Khas

LAPORAN BIRO AKTIVITI BINA INSAN GURU SIRI 2/2012

Bina Insan Guru (BIG) fasa 2 telah dijalankan di rumah anak-anak

yatim perlis. Selaku ketua biro tugas-tugas khas saya amat bersyukur

kerana mendapat kerjasama daripada AJK-AJK lain terutama ahli biro saya

dalam menjayakan program-program yang telah dirancang dengan lancar.

Sebelum BIG fasa 2 ini dijalankan, terdapat beberapa aktiviti yang

telah dilaksanakan. Mesyuarat pertama diadakan di BK BP 2. Dalam

mesyuarat pertama ini, ahli jawatankuasa BIG fasa 2 telah dibentuk. Maka,

saya diberi tanggungjawab untuk memikul tugas sebagai ketua biro tugas-

tugas khas. Senarai ahli jawatankuasa untuk biro aktiviti adalah seperti

yang berikut:

                                   Ketua Biro :    Muhamad Faris Bin Azaman

                                   AJK           :    Idris Din Bin Abu Bakar

                                                         

Memang tidak dinafikan, biro tugas-tugas khas merupakan salah

satu biro yang amat penting sekali dalam struktur organisasi BIG. Biro

tugas-tugas khas haruslah memastikan segala aktiviti yang dijalankan

dengan lancar sepanjang aktiviti BIG ini. Dengan ini, saya dan ahli biro

saya terus melaksanakan tugas kami dengan semangat dan penuh

dedikasi. Kami akan bertindak selaku orang yang akan membantu segala

urusan yang serta merta dan urusan yang melibatkan masalah yang

berlaku secara tidak dirancang.

Tugas yang kami jalankan sebelum program ini bermula adalah

dengan memastikan segala alatan yang diperlukan semasa program

khidmat masyarakat ini seperti alatan sukaneka, alatan gotong royong,

alatan LDK dan juga hadiah-hadiah.

Perbincangan antara ketua-ketua biro telah diadakan. Perjumpaan

ini dijalankan oleh Pengerusi program iaitu saudara Samuel Anak Alfred

untuk mendapat maklumat dengan lebih jelas mengenai apa yang telah

dijalankan oleh setiap biro dan masalah yang dihadapi oleh setiap biro.

Secara kesimpulannya, saya selaku peserta yang telah diberi

peluang untuk memegang jawatan ketua biro tugas-tugas khas ini berpuas

hati dengan segala program dan aktiviti serta kesungguhan yang

Page 2: Laporan Tugas Khas

diberikan oleh para peserta dalam semua aktiviti yang telah dijalankan.

Ianya juga memberi pengalaman  yang bermakna buat saya.

 

Yang menjalankan tugas,

 

…………………………………

(MUHAMAD FARIS BIN AZAMAN)

KETUA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS,

PROGRAM BUG FASA 2