laporan terapi renang

Upload: kiuum6554

Post on 05-Apr-2018

284 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Laporan Terapi Renang

    1/4

    PENGENALAN

    Program terapi renang atau lebih dikenali sebagai hidroterapi merupakan aktviti

    riadah yang diadakan setiap tahun untuk murid Program Pendidikan khas Integrasi

    (PPKI) bagi meberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran

    menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain.

    Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan

    renang di mana murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek.

    OBJEKTIF

    1. Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-

    murid bermasalah pembelajaran.

    2. Membentuk kemahiran sosial dan sikap kerjasama antara rakan-rakan.

    3. Membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi

    kemahiran renang sama seperti murid-murid normal.

    4. Membantu dalam perkembangan koordinasi otot tangan dan kaki serta sistem

    pernafasan kanak-kanak.

    SASARAN

    Semua guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Air

    Merah.

    19 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan

    Air Merah

    Pembantu Pengurusan Murid

  • 7/31/2019 Laporan Terapi Renang

    2/4

    LAPORAN

    AKTIVITI RENANG PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

    Tarikh : 10 Februari 2012

    Hari : Khamis

    Tempat : Kulim Golf & Country Resort Sdn Bhd

    Masa : 9.00 12.15 tengahari

    Pada 16 Februari 2012 yang lalu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)Sekolah Kebangsaan Air Merah telah mengadakan satu program terapi renang

    bertempat di Kulim Golf & Country Resort Sdn Bhd, Kulim Kedah Darul Aman.

    Aktiviti ini telah disertai oleh semua guru pendidikan khas dan 19 orang murid

    bermasalah pembelajaran dengan sokongan pembantu pengurusan murid. Aktiviti ini

    merupakan satu aktiviti yang diakui mampu memberikan manfaat kepada fizikal dan

    emosi murid PPKI.

    Sebelum bertolak ke Kulim Golf & Country Resort Sdn Bhd, semua murid

    diminta berkumpul di kantin untuk diberi penerangan tentang perjalanan program

    terapi renang. Penolong Kanan, Pendidikan Khas, Pn. Hjh Siti Norma Bt Salleh

    memberi penjelasan ringkas kepada murid-murid PPK mengenai maklumat destinasi

    yang dituju serta langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan oleh murid-murid

    semasa berada di kolam renang. Murid-murid kemudiannya diagihkan mengikut

    kereta guru masing-masing untuk dibawa ke tempat yang dituju.

    Setelah tiba di Kulim Golf & Country Resort kira-kira jam 9.20 pagi, murid-

    murid dibawa ke kawasan kolam renang, murid diarah menanggalkan kasut dan

    meletakkan beg masing-masing di tempat yang disediakan. Terdapat tiga jenis

    kolam renang di Kulim Golf & Country Resort Sdn Bhd di mana setiap kolam

    mempunyai saiz dan kedalaman yang berbeza. Murid diagihkan mengikut

    kedalaman kolam berdasarkan ketinggian murid masing-masing.

    Murid-murid dibimbing oleh guru dengan teknik-teknik berenang yang betul yangmelibatkan koordinasi tangan dan kaki semasa berenang. Murid pada mulanya

  • 7/31/2019 Laporan Terapi Renang

    3/4

    menunjukkan perasaan gementar dan takut apabila guru mengangkat badan mereka

    bagi memudahkan murid melakukan pergerakan tangan dan kaki sebagai latihan

    pada peringkat awal berenang. Setelah melakukan pergerakan kaki dan tangan

    secara berulang-kali, murid mula menampakkan keyakinan berada di air di samping

    terdapat juga yang masih agak ketakutan untuk berenang di air. Namun begitu,

    perasaan takut dan gementar dapat diatasi sekiranya murid-murid diberi

    pendedahan terhadap aktiviti air secara kerap dan ia juga dapat membina semangat

    kecekalan dan ketabahan dalam diri mereka masing-masing.

    Ternyata pelaksanaan terapi ini membantu murid berasa lebih yakin dan

    membina sifat berani murid apabila berada di dalam air. Selain itu juga, ia

    mewujudkan sikap bekerjasama dalam kalangan murid semasa melakukan aktiviti

    berkumpulan bagi membolehkan mereka saling bertoleransi. Murid juga akan lebih

    berdikari dalam melaksanakan setiap aktiviti yang telah mereka lakukan.

    Adalah diharapkan program ini telah mendatangkan hasil seperti yang telah

    dirancang. Kerjasama sepanjang aktiviti ini berlangsung diharapkan dapat

    mengeratkan lagi hubungan di antara murid dan guru. Ucapan setinggi-tinggi

    penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit terutamanya pihak

    guru dan PPM serta pihak pengurusan Kulim Golf & Country Resort Sdn Bhd di ataskesudian memberikan potongan harga terhadap penggunaan kolam renang dan juga

    makanan kepada murid-murid pendidikan khas.

    Disediakan Oleh Disemak Oleh

    _____________________ _____________________

    EN.KALAISELVAM A/L MURUGAN PN. HJH SITI NORMA BINTI SALLEH

    Ketua Program Penolong Kanan PKBP

    Sek. Keb. Air Merah Sek. Keb. Air Merah

    Disahkan Oleh

  • 7/31/2019 Laporan Terapi Renang

    4/4

    _____________________

    PN. HJH CHE INDON BT OSMAN

    Guru Besar

    Sek. Keb. Air Merah