laporan temubua

4
Tugasan 1 1.0 Pendahuluan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa yang terakhir ini telah saya laksanakan di Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim di Kuala Lipis, Pahang. Sekolah ini merupakan sekolah kluster kecemerlangan dan mempunyai 63 orang guru. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang terbesar di kawasan Kuala Lipis. Saya telah mengadakan temubual dengan beberapa orang responden untuk mendapatkan maklumat mengenai profil budaya murid di sekolah ini. Antaranya adalah GPK Hal Ehwal Murid, guru kaunseling, guru kelas dan murid-murid terutamanya murid tahun 3. 2.0 Profile Budaya Murid 2.1 Komposisi Kaum Bilangan murid di sekolah ini sebanyak 682 orang calon yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu diikuti kaum Orang Asli dan India. Menurut GPK HEM di sekolah ini, murid dari kalangan kaum Melayu adalah yang paling ramai iaitu sebanyak 80 peratus, kaum Orang Asli 15 peratus dan India 5 peratus. Jadi, pelajar cemerlang di sekolah ini didominasikan oleh orang Melayu. Sebagai contoh, menurut guru kelas tahun 3 Syukur iaitu kelas pertama bagi tahun 3, pelajar yang paling cemerlang dalam kelas tersebut merupakan pelajar Melayu iaitu Nur Harisah. Manakala kaum lain seperti orang Asli dan India berada di kelas yang sederhana. Hal ini disebabkan apabila adanya ujian bertulis, mereka cenderung untuk menulis perkataan yang dituturkan di rumah. Contohnya, seperti murid orang asli tersebut menulis ‘mok’ (ibu) dan ‘ma’ (saya) dalam kertas peperiksaannya. Hal ini telah

Upload: nizna-abdul-jamil

Post on 10-Jul-2016

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan temubua

Tugasan 1

1.0 Pendahuluan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa yang terakhir ini telah saya laksanakan di

Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim di Kuala Lipis, Pahang. Sekolah ini merupakan sekolah

kluster kecemerlangan dan mempunyai 63 orang guru. Sekolah ini juga merupakan sekolah

yang terbesar di kawasan Kuala Lipis. Saya telah mengadakan temubual dengan beberapa

orang responden untuk mendapatkan maklumat mengenai profil budaya murid di sekolah ini.

Antaranya adalah GPK Hal Ehwal Murid, guru kaunseling, guru kelas dan murid-murid

terutamanya murid tahun 3.

2.0 Profile Budaya Murid

2.1 Komposisi Kaum

Bilangan murid di sekolah ini sebanyak 682 orang calon yang majoritinya terdiri daripada kaum

Melayu diikuti kaum Orang Asli dan India. Menurut GPK HEM di sekolah ini, murid dari

kalangan kaum Melayu adalah yang paling ramai iaitu sebanyak 80 peratus, kaum Orang Asli

15 peratus dan India 5 peratus. Jadi, pelajar cemerlang di sekolah ini didominasikan oleh orang

Melayu. Sebagai contoh, menurut guru kelas tahun 3 Syukur iaitu kelas pertama bagi tahun 3,

pelajar yang paling cemerlang dalam kelas tersebut merupakan pelajar Melayu iaitu Nur

Harisah. Manakala kaum lain seperti orang Asli dan India berada di kelas yang sederhana. Hal

ini disebabkan apabila adanya ujian bertulis, mereka cenderung untuk menulis perkataan yang

dituturkan di rumah. Contohnya, seperti murid orang asli tersebut menulis ‘mok’ (ibu) dan ‘ma’

(saya) dalam kertas peperiksaannya. Hal ini telah dimaklumkan kepada saya oleh guru

kelasnya sendiri ketika sesi temu bual.

Menurut GPK HEM, murid di sekolah tersebut mempunyai kesedaran kepelbagaian

budaya di kalangan mereka. Hal ini disebabkan apabila adanya program bacaan yassin untuk

setiap hari jumaat, murid Islam akan berkumpul dalam dewan manakala murid bukan Islam ini

akan berkumpul di tapak perhimpunan untuk membuat aktiviti yang diminta oleh guru. Selain

itu, murid bukan Islam juga akan belajar Pendidikan Agama Islam dalam kelas bersama-sama

rakan yang lain. Ini disebabkan, pelajar bukan Islam tidak ramai. Jadi, guru sukar untuk

mengasingkan kelas mereka dan mengajar mereka Pendidikan Moral. Namun begitu, ibu bapa

pelajar telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara tersebut.

Page 2: laporan temubua

Seterusnya untuk corak hubungan antara murid di bilik darjah pula, saya dapati terdapat

perbezaan pendapat antara guru dan murid. Pada pemerhatian guru, murid tidak bergaduh

walaupun dalam kelas tersebut ada pelbagai kaum. Namun setelah menemubual 4 orang murid

berlainan kaum, saya dapati bahawa ada di antara murid-murid tersebut tidak mahu berkawan

dengan murid lain yang berlainan kaum. Contohnya, murid Melayu tidak mahu berkawan

dengan murid India atau Orang Asli. Hal ini kerana mereka selalu diejek dan menyatakan

mereka anak Orang Asli dan anak India. Perkara ini telah mencetuskan pergaduhan antara

mereka. Walaubagaimanapun, pergaduhan antara mereka tidak berpanjangan. Setelah

beberapa ketika, mereka akan berbaik semula seperti sedia kala.

Menurut guru kaunseling di sekolah ini, terdapat pelajar yang kurang bersosial dengan

rakan-rakan mereka. Hal ini disebabkan perasaan rendah diri yang terdapat dalam diri pelajar

tersebut. Perasaan ini hadir kerana dia merasakan satus ekonomi keluarganya tidak setanding

rakan-rakannya. Contohnya, pelajar India yang ditemu bual tersebut menyatakan ibu bapanya

belum mendapat sebarang pekerjaan. Ibu bapa murid tersebut ada membuka kedai runcit

sebelum ini. Namun nasib tidak menyebelahi mereka, kedai mereka telah muflis dan sekarang

masih menganggur. Kesannya, murid India tersebut berasa rendah diri dan menjadikannya

malu untuk bergaul dengan rakan-rakannya.

GPK HEM menyatakan bahawa murid dapat bekerjasama dengan baik sekiranya aktiviti

berkumpulan dijalankan dalam kelas. Berbeza pula dengan hasil dapatan saya iaitu menurut

murid Orang Asli tersebut, rakan-rakannya kadangkala tidak mahu memberikan kerjasama

untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan dengannya. Alasan mereka kerana dirinya adalah

anak Orang Asli. Namun jika dipantau oleh guru, mereka dapat memberikan kerjasama dengan

baik. Ini jelas menunjukkan bahawa murid kurang menerima kepelbagaian budaya antara

mereka. Kesannya, ia dapat mengurangkan interaksi antara murid dan menyebabkan perasaan

perkauman tersebut ada dalam diri murid. Hal ini menyebabkan perpaduan antara kaum

tersebut sukar dicapai disekolah.

Menurut guru kaunseling, berdasarkan perbandingan antara ketiga-tiga kaum yang

terdapat di sekolah tersebut, murid Orang Asli dan India didapati lemah dalam pelajaran

berbanding kaum Melayu. Hal ini berlaku kerana mereka kurang berminat untuk belajar.

Kadangkala, mereka bermain ketika guru sedang mengajar. Selain itu, mereka juga tidak dapat

menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Sehinggakan guru perlu mengurangkan

bilangan soalan untuk memastikan mereka dapat menyiapkan kerja rumah tersebut. Selain itu,

Page 3: laporan temubua

pelajar yang lemah dalam pembelajaran ini juga disebabkan ibu bapa tidak memantau hasil

kerja murid di rumah. Contohnya, murid Orang Asli dan India tersebut berkata bahawa mereka

membuat kerja rumah sendirian di rumah tanpa bantuan daripada ibu bapa mahupun adik

beradik yang lain kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan mereka. Kesannya, murid

tidak dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

3.0 Rumusan

Intihanya, aspek komposisi kaum di sekolah tersebut banyak memberi kesan terhadap

pengajaran dan pembelajaran murid. Sebagai guru seharusnya mengenali kepelbagaian

budaya murid di sekolah supaya perpaduan di antara murid dapat dicapai. Guru dan pihak

sekolah seharusnya bekerjasama dan mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengatasi

kepelbagaian budaya di sekolah agar tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.