laporan taklimat persediaan menghadapi bencana

3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEGAMA PETI SURAT 61400 91122 LAHAD DATU, SABAH LAPORAN TAKLIMAT PERSEDIAAN MENGHADAPI BENCANA (GEMPA BUMI/ BANJIR) Tarikh : 16 Jun 2015 (Selasa) Masa : 7.00 pagi 8.00 pagi Sasaran : Semua pelajar dan kakitangan sekolah. OBJEKTIF i.) Memberi kesedaran tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku bencana alam seperti gempa bumi. ii.) Memupuk semangat kerjasama dan disiplin terutamanya di kalangan pelajar ketika menghadapi bencana. LAPORAN i.) Berhubung dengan kejadian gempa bumi berpusat di Ranau yang telah melanda negeri Sabah pada 5 Jun 2015 yang lepas, pihak sekolah telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberikan taklimat berkenaan persediaan menghadapi bencana gempa bumi. ii.) Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En. Muhammad bin Razali, Ketua Unit Kebakaran, Kecemasan dan Bencana Sekolah yang mewakili pihak pengetua. iii.) Sebelum taklimat dijalankan, semua warga SMK Segama terlebih dahulu berkumpul di kawasan tapak perhimpunan sekolah. iv.) Taklimat yang disampaikan merangkumi beberapa perkara yang berkaitan dengan Standard Operating Procedure (SOP) untuk gempa bumi sebagaimana yang telah digariskan oleh JPN dan KPM. v.) Selesai sesi taklimat, para guru dan pelajar kembali semula ke kelas untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. REFLEKSI i.) Sesi taklimat berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. ii.) Semua warga SMK Segama termasuk para pelajar memberikan kerjasama yang baik dengan memberikan sepenuh perhatian ketika sesi taklimat dijalankan. CADANGAN Adalah diharapkan agar taklimat seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan jika berlakunya bencana alam seperti gempa bumi dan lain-lain.

Upload: muhammad-bin-razali

Post on 02-Sep-2015

311 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Laporan SOP menghadapi bencana di sekolah.

TRANSCRIPT

  • SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEGAMA

    PETI SURAT 61400

    91122 LAHAD DATU, SABAH

    LAPORAN TAKLIMAT PERSEDIAAN MENGHADAPI BENCANA

    (GEMPA BUMI/ BANJIR)

    Tarikh : 16 Jun 2015 (Selasa)

    Masa : 7.00 pagi 8.00 pagi

    Sasaran : Semua pelajar dan kakitangan sekolah.

    OBJEKTIF

    i.) Memberi kesedaran tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya

    berlaku bencana alam seperti gempa bumi.

    ii.) Memupuk semangat kerjasama dan disiplin terutamanya di kalangan pelajar

    ketika menghadapi bencana.

    LAPORAN

    i.) Berhubung dengan kejadian gempa bumi berpusat di Ranau yang telah

    melanda negeri Sabah pada 5 Jun 2015 yang lepas, pihak sekolah telah

    mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberikan taklimat berkenaan

    persediaan menghadapi bencana gempa bumi.

    ii.) Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En. Muhammad bin Razali, Ketua

    Unit Kebakaran, Kecemasan dan Bencana Sekolah yang mewakili pihak

    pengetua.

    iii.) Sebelum taklimat dijalankan, semua warga SMK Segama terlebih dahulu

    berkumpul di kawasan tapak perhimpunan sekolah.

    iv.) Taklimat yang disampaikan merangkumi beberapa perkara yang berkaitan

    dengan Standard Operating Procedure (SOP) untuk gempa bumi

    sebagaimana yang telah digariskan oleh JPN dan KPM.

    v.) Selesai sesi taklimat, para guru dan pelajar kembali semula ke kelas untuk

    meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

    REFLEKSI

    i.) Sesi taklimat berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang.

    ii.) Semua warga SMK Segama termasuk para pelajar memberikan kerjasama

    yang baik dengan memberikan sepenuh perhatian ketika sesi taklimat

    dijalankan.

    CADANGAN

    Adalah diharapkan agar taklimat seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang

    sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan jika berlakunya bencana

    alam seperti gempa bumi dan lain-lain.

  • STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) UNTUK GEMPA BUMI

    a) Sekiranya berada di dalam bangunan

    i.) Terus berada di dalam bangunan.

    ii.) Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau

    tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.

    iii.) Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur

    atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang

    kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek

    yang jatuh) di mana mungkin.

    iv.) Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di

    mana bangunan runtuh di sekeliling anda.

    v.) Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu

    bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan

    jatuh.

    vi.) Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.

    vii.) Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk

    menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.

    viii.) Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada

    kemungkinan kebocoran gas.

    ix.) Padamkan semua api.

    b) Sekiranya anda di luar bangunan

    i.) Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa,

    tiang letrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling

    besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke

    dinding sebelah luar.

    ii.) Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.

    iii.) Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

    c) Sekiranya di dalam bangunan yang sesak

    i.) Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan

    beratus-ratus orang lagi mungkin mendapat idea yang sama.

    ii.) Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan

    berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.

    iii.) Jauhkan diri daripada rak-rak yang mengandungi objek-objek yang mungkin

    jatuh.

    d) Sekiranya di dalam bangunan tinggi

    i.) Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan

    diri daripada tingkap.

    ii.) Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak

    dengan penghuni lain.

  • iii.) Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga

    gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan

    diperlukan.

    iv.) Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.

    v.) Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

    e) Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan

    i.) Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-

    bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

    f) Sekiranya di dalam kereta yang bergerak

    i.) Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan

    yang sesuai. Walau bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau

    lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke

    atas anda.

    ii.) Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap

    kejutan yang amat baik dan akan mengayak di atas spring semasa gempa

    bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang selamat untuk menilai situasi

    anda.

    iii.) Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya

    yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah

    jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan jalan yang rosak atau

    berlubang-lubang.

    Disediakan oleh

    (MUHAMMAD BIN RAZALI)

    Ketua

    Unit Kebakaran, Kecemasan dan Bencana Sekolah

    SMK segama

    Lahad Datu, Sabah

    Disahkan oleh

    (YEOH SEK GOH)

    Pengetua

    SMK Segama

    Lahad Datu, Sabah