pertandingan kumpulan inovatif dan kreatif (kik) … penyertaan pertandingan kik... ·...

17
PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) TAHUN 2018 PETIKAN UCAPAN YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSEMPENA MAJLIS ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI (AIPM) 7 NOVEMBER 2017

Upload: doanlien

Post on 15-Jul-2019

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

PERTANDINGAN

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

JABATAN PERDANA MENTERI (JPM)

TAHUN 2018

PETIKAN UCAPAN

YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSEMPENA MAJLIS ANUGERAH INOVASI

PERDANA MENTERI (AIPM)

7 NOVEMBER 2017

Page 2: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

2

PENGENALAN

Pertandingan KIK diadakan bertujuan sebagai satu usaha untuk

meningkatkan penyertaan anggota perkhidmatan awam dalam aktiviti

penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan/agensi

Kerajaan. Penganjuran Pertandingan KIK dilihat dapat merubah dan

memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta

menghasilkan output dan outcome yang lebih baik.

Penganjuran Pertandingan KIK diharap dapat menjadikan KIK sebagai

satu budaya bagi menghasilkan penambahbaikan di jabatan/agensi di

bawah JPM.

OBJEKTIF

i. menggalakkan jabatan/agensi JPM untuk terus membudayakan

kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan proses kerja bagi

meningkatkan kecekapan; dan

ii. memberi pendedahan kepada jabatan/agensi mengenai

pelaksanaan Horizon Baharu KIK;

iii. persediaan bagi menghadapi Pertandingan KIK peringkat

Kebangsaan.

Page 3: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

3

PANDUAN PENYERTAAN

Page 4: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

4

PANDUAN PENYERTAAN PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF

DAN KREATIF (KIK) JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) TAHUN

2018

SYARAT UMUM:

1. Penyertaan adalah dibuka kepada kumpulan KIK daripada semua

jabatan/agensi di bawah JPM.

2. Projek KIK yang akan menyertai pertandingan mestilah projek

semasa tahun 2017/2018.

3. Kumpulan yang mengambil bahagian merupakan kumpulan yang

telah mempersembahkan projek mereka kepada pihak pengurusan

di jabatan/agensi masing-masing pada tahun 2017/2018. Kumpulan

tersebut hendaklah dipilih daripada kumpulan yang terbaik dalam

kalangan kumpulan KIK di jabatan/agensi.

4. Projek KIK tersebut hendaklah belum pernah dipersembahkan oleh

kumpulan dalam mana-mana pertandingan KIK peringkat Wilayah

Persekutuan/ Negeri/ Kebangsaan pada tahun-tahun sebelumnya.

Projek kumpulan mestilah telah selesai dilaksanakan sebelum

Pertandingan KIK pada tahun semasa.

5. Setiap jabatan/agensi dibenarkan menghantar maksimum:

a. maksimum tiga (3) projek KIK Primer sama ada dalam

bidang Inovasi Sosial (kategori Penciptaan atau

Penambahbaikan) atau dalam bidang Inovasi Penyampaian

Perkhidmatan (kategori Penciptaan atau Penambahbaikan)

atau gabungan kedua-dua bidang inovasi; dan

Page 5: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

5

b. satu (1) projek KIK Hibrid terbuka kepada kedua-dua bidang

inovasi iaitu Inovasi Sosial atau Inovasi Penyampaian

Perkhidmatan daripada kategori Penciptaan atau

Penambahbaikan.

6. Penetapan bidang dan kategori inovasi adalah berdasarkan jenis

projek KIK yang dilaksanakan. Penganjur berhak menukar kategori

penyertaan berdasarkan kesesuaian projek.

7. Bagi KIK Hibrid sekiranya penyertaan yang diterima adalah kurang

daripada tiga (3) penyertaan, maka kategori KIK Hibrid tidak akan

dipertandingkan tetapi perlu dibentangkan semasa sesi

pemeriksaan dokumen dan viva.

8. Peringkat saringan awal melalui penilaian dokumen akan diadakan

dan akan dinilai oleh panel profesional yang dilantik (sekiranya

perlu).

9. Pencalonan penyertaan hendaklah dibuat oleh jabatan/agensi

masing-masing dengan menggunakan Borang Penyertaan seperti

di Lampiran A bersama-sama dengan empat (4) salinan Borang

Penyertaan dan satu (1) softcopy Borang Penyertaan (dalam

bentuk pdf) beserta gambar pasukan.

10. Kriteria dan wajaran penilaian projek adalah seperti di

Lampiran B.

11. Pihak penganjur Pertandingan KIK JPM berhak untuk membuat

sebarang pindaan terhadap mana-mana bahagian pada

Page 6: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

6

syarat-syarat penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa perlu

merujuk kepada peserta.

12. Pihak penganjur berhak menerima atau menolak penyertaan

daripada mana-mana kumpulan KIK berdasarkan syarat yang telah

ditetapkan dan juga di atas kuasa pertimbangan (sekiranya perlu).

Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan untuk menyertai

pertandingan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

13. Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak

penganjur pertandingan sebelum atau pada 25 Mei 2018

(Jumaat) di alamat berikut:

Urus Setia

Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Peringkat Jabatan Perdana Menteri Tahun 2018

Pusat Inovasi Nilai

Aras 3, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 Putrajaya

Page 7: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

7

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Pembentukan kumpulan KIK adalah seperti berikut:

i. KIK Primer

Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang-

kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10)

orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk

melaksanakan projek.

ii. KIK Hibrid

Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada dua (2) atau

lebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama untuk

melaksanakan projek KIK Hibrid. Bilangan ahli tertakluk

kepada skala, kos, kategori projek dan dipersetujui oleh

pihak yang melaksanakan projek.

Pelaksanaan KIK Hibrid boleh dilaksanakan dengan tiga (3)

kaedah iaitu:

(a) Kombinasi/penggabungan sekurang-kurangnya dua (2)

atau lebih Kementerian/Jabatan/Agensi yang berbeza;

(b) Kombinasi/penggabungan sekurang-kurangnya dua (2)

atau lebih Jabatan/Agensi di bawah Kementerian yang

sama; dan

(c) Kombinasi/penggabungan ahli kumpulan KIK daripada

Kementerian/Jabatan/Agensi dengan komuniti (contoh:

Persatuan Penduduk, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan

sebagainya).

Page 8: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

8

2. Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

i. Bidang Inovasi Sosial

Bidang inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian

baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu

memenuhi kepentingan sosial dengan lebih berkesan dan

mengutamakan penglibatan rakyat. Fokus pelaksanaan

inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial

semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses

penglibatan rakyat dalam membangunkan sesuatu inovasi.

ii. Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan

idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk

mentransformasikan penyampaian perkhidmatan

Kerajaan. Inovasi ini bermatlamat meningkatkan produktiviti,

kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke

arah penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan lancar

serta meningkatkan kepuasan hati pelanggan. Ciri-ciri utama

inovasi penyampaian perkhidmatan adalah seperti berikut:

i) Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan;

ii) Meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos

dalam menangani kekangan sumber kewangan dan

sumber manusia;

iii) Memperkenalkan pendekatan penyampaian

perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah

semasa yang kurang berkesan; dan

iv) Memanfaatkan teknologi terkini.

Page 9: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

9

Projek KIK boleh dikelaskan kepada dua (2) kategori inovasi

setelah pemilihan bidang inovasi seperti berikut:

i. Inovasi Penciptaan

Penciptaan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses yang

baharu dan belum pernah dilaksanakan di Malaysia.

ii. Inovasi Penambahbaikan

Penambahbaikan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses

sedia ada melalui kaedah yang inovatif agar menjadi lebih

berkualiti serta berdaya saing.

Page 10: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

10

LAMPIRAN A

Borang Penyertaan

Page 11: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

11

LAMPIRAN A

(Untuk Kegunaan Pejabat)

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

PERINGKAT JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2018

LATAR BELAKANG KUMPULAN

No :

(sila lampirkan dalam lampiran berasingan)

(sila lampirkan dalam lampiran berasingan)

Page 12: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

12

* Nota: Sila gunakan kertas tambahan sekiranya tidak mencukupi.

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK DIHUBUNGI

PENGESAHAN KETUA JABATAN

Pengesahan Ketua Jabatan/Agensi :

Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang dikemukakan adalah benar dan

projek ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Inovasi / Mesyuarat

Pengurusan Tertinggi Jabatan / Agensi pada ________________________.

Tandatangan Ketua Jabatan/ Agensi Cop Jabatan/Agensi

........................................................

(Nama Ketua Jabatan/ Agensi)

Tarikh :............................................

RINGKASAN EKSEKUTIF (300 – 500 patah perkataan / 1 hingga 2 muka

surat)

*minimum saiz tulisan adalah 11 font Arial dan spacing multiple at 1.15

PERINCIAN PROJEK (3000 – 5000 patah perkataan / 10 hingga 15 muka surat)

* bilangan muka surat tidak termasuk lampiran pembuktian

* minimum saiz tulisan adalah 11 font Arial dan spacing multiple at 1.15

Sila rujuk panduan penyediaan dokumentasi projek KIK.

Page 13: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

13

PANDUAN PENYEDIAAN DOKUMENTASI PROJEK KIK

RINGKASAN EKSEKUTIF (300 – 500 patah perkataan / 1 hingga 2 muka surat)

Ringkasan Eksekutif perlu ditulis dengan ringkas (bahasa yang mudah difahami) dan

padat berdasarkan penulisan penuh dokumentasi projek, pernyataan masalah atau

subjek serta nyatakan solusi atau pencapaian dengan penjelasan keberhasilan

(outcome) serta impak projek. Penggunaan grafik, butiran poin berserta maklumat

yang ringkas dan tajuk kecil bagi menyusun tema ringkasan boleh digunakan bagi

memudahkan kefahaman.

PERINCIAN PROJEK (3000 – 5000 patah perkataan / 10 hingga 15 muka surat)

1. Signifikan Pemilihan Projek

Kaitan dengan fungsi utama jabatan

Memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholder

Kaitan dengan agenda nasional

Kaitan dengan keadaan dan ekosistem semasa

Kaedah pemilihan projek dan analisis

Pembuktian melalui analisis (bagi tujuan penyelesaian)

Gunakan tools sebagai pemudah untuk kumpulan memilih projek

Penyataan sasaran outcome dan impak

Menepati lima (5) kriteria projek KIK iaitu:

Kreatif dan inovatif

Idea baharu yang kreatif diterjemahkan melalui

penghasilan projek berinovatif yang memberi manfaat

kepada organisasi dan pelanggan

Impak positif yang tinggi dan menyeluruh

Organisasi: meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

penyampaian perkhidmatan

Pelanggan: menepati standard perkhidmatan dan

memenuhi harapan pelanggan

Rakyat: memastikan keperluan sosial rakyat dipenuhi

Page 14: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

14

Pulangan nilai terbaik

Penjimatan kos melalui pengoptimuman penggunaan

sumber

Penjanaan atau peningkatan pendapatan

Replikasi

Projek berpotensi diadaptasi secara terus atau diubah suai

mengikut keperluan agensi

Pengkomersialan

Penciptaan dan penyampaian nilai baharu kepada

pelanggan di pasaran. Projek juga berupaya bersaing di

pasaran serta mampu menjana pendapatan

2. Tindakan Penyelesaian dan Pembuktian

Penerangan mengenai strategi dan proses penyelesaian

Strategi pelaksanaan termasuk aplikasi penggunaan tools

Penghasilan, penyataan output dan pelaksanaan projek

Tempoh penghasilan projek

Perakuan daripada pihak bertauliah/berkuasa

Pembuktian melalui perolehan data

3. Keberhasilan Projek – Outcome Projek dan Pembuktian

Pencapaian outcome

Faedah sampingan

Pembuktian melalui data dan sumber rasmi.

4. Keberhasilan Projek – Impak Projek dan Pembuktian

Penilaian impak

Faedah sampingan

Pembuktian melalui data dan sumber rasmi

5. Potensi Pengembangan Inovasi

Tahap kemajuan ketersediaan teknologi/sistem/proses

Tahap replikasi atau pengkomersialan

6. Lampiran

Page 15: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

15

LAMPIRAN B

Kriteria Dan Wajaran Penilaian Projek

Page 16: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

16

LAMPIRAN B

KRITERIA DAN WAJARAN PENILAIAN PROJEK PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

PERINGKAT JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2018

BIL PERKARA WAJARAN

a) Latar Belakang Kumpulan dan Pengesahan

Ketua Jabatan

4%

b) Signifikan Pemilihan Projek 10%

c) Tindakan Penyelesaian dan Pembuktian 23%

d) Keberhasilan Projek - Outcome Projek dan

Pembuktian

35%

e) Keberhasilan Projek - Impak Projek dan

Pembuktian

18%

f) Potensi Pengembangan Inovasi 10%

Page 17: PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) … PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK... · memperkenalkan cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan serta ... persediaan bagi menghadapi

17

Borang penyertaan juga boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi Jabatan Perdana Menteri di www.jpm.gov.my.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai Pertandingan KIK JPM 2018, sila hubungi pihak urus setia berikut:

Puan Rosmida Binti Omar 03 - 8872 3720

Encik Muhammad Firdaus Bin Nor Hashim

03 - 8872 1848

Cik Siti Rohaya Binti Alias 03 - 8872 1901

Pusat Inovasi Nilai Jabatan Perdana Menteri

Aras 3, Blok B8, Kompleks JPM Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA