laporan taklif

4
Laporan majlis Taklif Sekolah Kebangsaan Seri Bertam Tahun 2012 Tarikh : 16 Julai 2009 (Khamis) Masa : 11.45 pagi-1.10 petang Tempat : Dewan Sekolah Kebaangsaan Seri Bertam. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim. Program ini melibatkan semua murid – murid tahun 5 dan 6 dan guru-guru Sek Keb Seri Bertam yang beragama Islam. Selain itu, program ini dijayakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Bertam. Segala aktiviti – aktivti di dalam program ini telah dirancang oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim. Guru – guru pula bertindak di dalam menyediakan fasiliti dan keselesaan ibu bapa dan murid sahaja selain bahagian pengurusan majlis. Taklif adalah untuk memperingati dan memberi penerangan terperinci kepada murid tentang erti tanggungjawab di dalam kehidupan sebenar selepas akil baligh. Ini adalah salah satu usaha dalam menjelaskan tuntutan agama tentang seorang bapa / wali kepada anaknya yang mencapai usia baligh. Dengan itu, anak – anak yang baru memasuki alam baligh dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam dan anak yang soleh atau solehah. Penyerahan Taklif ini penting agar memberi

Upload: zarul-shafiq

Post on 11-Feb-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TAKLIF

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN TAKLIF

Laporan majlis Taklif Sekolah Kebangsaan Seri Bertam Tahun 2012

Tarikh : 16 Julai 2009 (Khamis)

Masa : 11.45 pagi-1.10 petang

Tempat : Dewan Sekolah Kebaangsaan Seri Bertam.

Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim. Program ini melibatkan semua murid –

murid tahun 5 dan 6 dan guru-guru Sek Keb Seri Bertam yang beragama Islam. Selain

itu, program ini dijayakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri

Bertam. Segala aktiviti – aktivti di dalam program ini telah dirancang oleh Yayasan

Pembangunan Keluarga Darul Takzim. Guru – guru pula bertindak di dalam

menyediakan fasiliti dan keselesaan ibu bapa dan murid sahaja selain bahagian

pengurusan majlis.

Taklif adalah untuk memperingati dan memberi penerangan terperinci kepada

murid tentang erti tanggungjawab di dalam kehidupan sebenar selepas akil baligh. Ini

adalah salah satu usaha dalam menjelaskan tuntutan agama tentang seorang bapa /

wali kepada anaknya yang mencapai usia baligh. Dengan itu, anak – anak yang baru

memasuki alam baligh dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang

Islam dan anak yang soleh atau solehah. Penyerahan Taklif ini penting agar memberi

kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri ke atas baik buruk perbuatan

sama ada dosa atau pahala ganjarannya.

Pemantapan institusi keluarga yang membina generasi muda berkualiti perlu

dilakukan dengan penerapan nilai – nilai murni yang ada lafaz penyerahan agar anak –

anak melaksanakan tanggungawab pada tuhan dengan baik. Sebenarnya, YPKDT

merangka program ini bagi melaksana program perubahan dan pembangunan sikap

berteraskan nilai – nilai murni bangsa. Usahasama ini dilakukan dengan harapan dapat

membanteras gejala sosial yang semakin parah dan melarat berlaku pada zaman kini

ini dengan kemantapan didikan agama.

Page 2: LAPORAN TAKLIF

Program ini dilihat berjalan seperti yang dirancang dengan jayanya. Respons

daripada ibu bapa menyatakan bahawa program ini sangat bagus bagi memberi

kesedaran kepada setiap pihak untuk memainkan peranan masing – masing dalam

mendidik anak – anak remaja yang bakal menjadi tonggak negara satu ketika nanti.

Sesi penyerahan taklif pula dilihat begitu menyayatkan hati di mana anak – anak

mereka mencium tangan kedua-dua ibu bapa dan mendakap pelukan dengan erat.

Refleksi

Ketepatan masa dapat dilihat sewaktu perlaksanaan program tersebut.

Pengumuman telah dibuat 30 minit awal sebelum aktiviti bermula. Jadi, guru dapat

membawa murid ke dewan pada masa yang telah ditetapkan. Bahkan, program dapat

berjalan dengan lancar seperti yang telah dijadualkan kerana murid dapat dikumpulkan

mengikut masa yang telah ditetapkan. Setiap guru memainkan peranan masing-masing

khususnya peranan guru kelas bagi setiap kelas. Setiap guru telah mendapat maklumat

awal tentang program yang akan dilaksanakan. Justeru, peranan guru kelas ialah

mengumpul murid-murid di luar kelas, memastikan bilangan murid mengcukupi dan

mengiring murid-murid ke dewan.

Sistem kawalan murid mengikut susunan aktiviti program di bawah seliaan pihak

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim dengan kerjasama guru-guru adalah

teratur. Ini adalah sistem kawalan murid yang sentiasa digunakan untuk memudahkan

guru menyusun dan membuat kawalan murid-murid sewaktu sesuatu program

dilaksanakan.Selain itu, perlunya sesuatu program berbentuk keagamaan untuk

membentuk sahsiah murid yang terpuji. Jadi, program ini dapat membantu secara tidak

langsung untuk membentuk sahsiah diri seseorang murid-murid agar menjadi insan

yang berguna di masa akan datang dengan sifat-sifat terpuji yang ada pada diri mereka.

Justeru, berdasarkan kepada beberapa perkara di atas, saya akan jadikan

panduan di masa akan datang sewaktu berkhidmat sebagai guru nanti. Segala

Page 3: LAPORAN TAKLIF

pengalaman yang dilihat semasa program “Penyerahan taklif” perlu diambil kira

khususnya dari segi perlaksanaan dan topik yang ingin disampaikan apabila

mengendalikan sesuatu program berbentuk keagamaan di masa akan datang. Dengan

cara ini Memberi kesedaran pada diri saya tentang tanggungjawab dari segi rohani dan

jasmani dalam memantapkan institusi keluarga. Saya juga harus peka bagi menyentuh

aspek Kefahaman tentang batas – batas tuntutan agama dan kewajipan yang mesti

dilakukan.