koleksi - kkr.gov.my ramadhan 1 1435h.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... syarat wajib puasa...

24
1 KOLEKSI TAZKIRAH IHYA’ RAMADHAN 1434 HIJRAH UNIT INTEGRITI KEMENTERIAN KERJA RAYA

Upload: vokhuong

Post on 24-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

1

KOLEKSI

TAZKIRAH IHYA’ RAMADHAN 1434 HIJRAH

UNIT INTEGRITI

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Page 2: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

2

ISI KANDUNGAN M/S

IHYA RAMADHAN 1 (RABU 1 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: PUASA……………………………………………………………………..………5

IHYA RAMADHAN 2 (KHAMIS 2 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: KELEBIHAN RAMADHAN………………………………………………...…….25

IHYA RAMADHAN 3 (JUMAAT 3 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: SUNNAH-SUNNAH PUASA……………………………………….………..….30

IHYA RAMADHAN 4 (ISNIN 6 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: LOCENG YANG SENYAP………………………………………………….…..36

IHYA RAMADHAN 5 (SELASA 7 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: DOA ABU DARDA‟……………..……………………………………….………40

IHYA RAMADHAN 6 (RABU 8 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: LAILATUL QADR & DOA YANG MAQBUL……………………………..……43

IHYA RAMADHAN 7 (KHAMIS 9 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: RUMAISA‟ AL-QANITAT: MOGA ALLAH MEMBERKATI MALAM KAMU

BERDUA………………..………………………………………………………….……....50

IHYA RAMADHAN 8 (JUMAAT 10 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: KELEBIHAN HARI JUMAAT…………………………………….……….…….53

IHYA RAMADHAN 9 (ISNIN 13 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: SIKAP MANUSIA TERHADAP ILMU………………………………..………..59

Page 3: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

3

IHYA RAMADHAN 10 (SELASA 14 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: APABILA KAMU BERPRASANGKA BURUK, JANGANLAH KAMU

MEMASTIKANNYA…………………………………………………………………..……62

IHYA RAMADHAN 11 (RABU 15 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: HIDUP UMPAMA BERNIAGA…………………………………….……………67

IHYA RAMADHAN 12 (KHAMIS 16 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: SOLAT SUNAT WITIR………………………………………………………..…72

IHYA RAMADHAN 13 (JUMAAT 17 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN………………………81

IHYA RAMADHAN 14 (ISNIN 20 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: MENCARI LAILATUL QADR……………………………………………………85

IHYA RAMADHAN 15 (SELASA 21 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: TANDA ALLAH MURKA: LAGI BUAT DOSA, LAGI MURAH REZEKI…….91

IHYA RAMADHAN 16 (RABU 22 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: TANDA AKHIR ZAMAN…………………………………………………………92

IHYA RAMADHAN 17 (KHAMIS 23 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: TAUBAT (1)……………………………………………………………………..102

IHYA RAMADHAN 18 (JUMAAT 24 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: TAUBAT (2): TAUBAT KAAB BIN MALIK…………………………………...105

IHYA RAMADHAN 19 (ISNIN 27 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: TAUBAT (3): PENGAJARAN KISAH TAUBAT KAAB BIN MALIK………. 122

Page 4: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

4

IHYA RAMADHAN 20 (SELASA 28 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: KEWAJIPAN ZAKAT…………………………………………………………...132

IHYA RAMADHAN 21 (RABU 29 RAMADHAN 1434H)

TAJUK: SOLAT SUNAT IDUL FITRI & IDUL ADHA………………………………….153

اللهم سلمني لرمضان وسلم رمضان لي وتسلمو مني متقبال

Page 5: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

5

IHYA' RAMADHAN 1 1435H

Puasa (الصوم)

Pengertian Puasa (الصوم)

Dari segi bahasa الصوم bererti menahan diri (daripada apa saja), seperti

dalam firman Allah SWT dalam surah Maryam: 26:

ف قول إني نذرت للرحن صوما ف لن أكليم الي وم إنسيا

“Maka katakanlah: sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang

Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini”.

Dari ayat tersebut jelas bagi kita bahawa yang dimaksud dengan puasa

adalah menahan diri dari berbicara.

Adapun menurut istilah syara‟, Puasa (الصوم) ialah menahan diri dari segala

yang membatalkannya bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari

yang disertai dengan niat.

Pembahagian Puasa Dari Segi Hukumnya

Pertama: Puasa Wajib, iaitu: puasa Ramadhan, puasa kaffarah jimak

tengah hari Ramadhan, puasa kaffarah membunuh, puasa kaffarah zihar, puasa

nazar, dan lain-lain.

Kedua: Puasa Sunat, iaitu puasa enam hari bulan Syawal (tidak

disyaratkan berturut-turut), puasa hari Isnin dan Khamis, puasa hari „Asyura (10

Muharram), puasa hari Tasu‟a (9 Muharram) puasa 9 hari dari awal Zulhijjah, puasa

Page 6: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

6

hari „Arafah bagi bukan yang sedang melakukan ibadat haji, puasa Ayyaam Al-Biid

(iaitu pada 13, 14 dan 15 tiap bulan qamariyah) dan lain-lain.

Ketiga: Puasa haram, iaitu puasa pada dua hari raya (Idul Fitri dan Idul

Adha), puasa pada hari-hari Tasyriik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dan puasa pada hari

Syak.

Keempat: Puasa makruh, iaitu puasa yang dikhuatiri membahayakan bagi

orang yang sakit, hamil, menyusukan anak, musafir, orang tua dan puasa sepanjang

tahun (jika diyakini membahayakan menjadi haram), dan mengkhususkan puasa

pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad1.

Puasa Ramadhan

Perkataan ramadhan berasal daripada perkataan al-ramadh, yang ertinya

sangat panas. Ini kerana orang Arab, ketika ingin menamakan nama-nama bulan,

kebetulan pada bulan tersebut, cuacanya sangat panas, maka dinamakanlah bulan

tersebut bulan Ramadhan. Ada pandangan yang mengatakan bahawa bulan

tersebut dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa (perkataan

Ramadhan daripada ramadha yang artinya membakar). Pandangan tersebut adalah

lemah kerana nama tersebut sudah ada sebelum datangnya syara‟. Begitu juga

pandangan yang mengatakan makruh menyebut Ramadhan saja tanpa bulan,

kerana Ramadhan adalah salah satu dari nama-nama Allah adalah pandangan yang

tidak boleh dijadikan pegangan kerana hadithnya lemah iaitu sabda Nabi SAW:

ال ت قولوا جاء رمضان وذىب رمضان، ولكن قولوا جاء شهر رمضان وذىب شهر

رمضان، فإن رمضان إسم من أسماء الل

1 Al-Dirasaat al-Fiqhiyah ‘Ala Mazdhab al-Imam al-Syafi’I 464-471, Ihyaa ‘Ulum al-Din 3/43-46.

Page 7: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

7

“Jangan kamu mengatakan: “Telah datang Ramadhan, dan telah pergi Ramadhan”,

tetapi katakanlah: “Telah datang bulan Ramadhan dan telah pergi bulan Ramadhan”,

kerana sesungguhnya Ramadhan adalah salah satu dari nama-nama Allah”2.

Kedudukan Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan sayyid al-syuhur (penghulu segala bulan),

bulan yang diberkati, yang padanya dibuka semua pintu syurga, ditutup semua pintu

neraka, dibelenggu syaitan-syaitan, dan pada setiap malamnya ada yang menyeru:

“Wahai yang menginginkan kebaikan, bersegeralah; wahai yang menginginkan kejahatan,

tahanlah (yakni: tahan diri dari melakukannya)”3

Bulan Ramadhan adalah bulan yang padanya telah diturunkan Al-Quran,

sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah: 185:

نات من الهدى والفرقان فمن شهد شهر رمضان الذي أنزل فيو الق رآن ىدى للناس وب ي

ة من أيام أخر يريد اللو بكم هر ف ليصمو ومن كان مريضا أو على سفر فعد اليسر وال منكم الش

روا اللو على ما ىداكم ولعلكم تشكرون يريد بكم العسر ولتكمل ة ولتكب وا العد

2 Al-Tasir al-Kabiir5/91, Mughni al-Muhtaaj 1/420

3 Imam Ahmad, di dalam Musnadnya, dan Baihaqi, di dalam Syu’ab al-Iman, meriwayatkan dari seorang

lelaki bahwa Rasulullah SAW bersabda:

ياطني، وي نادى مناد رمضان شهر مبارك، ت فتح فيو أب واب النة، وت غ عري، وتصفد فيو الش لق فيو أب واب السري أقصر . ، وياباغى الش لة: يا باغي الري ىلم كل لي

“Ramadhan bulan yang diberkati, yang padanya dibuka semua pintu syurga, ditutup semua pintu neraka, dibelenggu syaitan-syaitan, dan pada setiap malam ada yang menyeru: Wahai orang yang menginginkan kebaikan, bersegeralah; wahai yang menginginkan kejahatan, tahanlah (yakni: jangan melakukannya)”. (Sahih al-Jami’ al-Shaghir1/660, hadis no.3519.

Page 8: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

8

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya

diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan

mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang

siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia

berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka),

maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari

yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran

bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu

mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur”.

Pada bulan tersebut ada suatu malam, iaitu malam diturunkannya kitab suci

Al-Quran, yang disebut “Lailat al-qadr”, yang fadhilatnya lebih baik dari seribu bulan,

sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Qadar:

لة القدر ) لة القدر)1إنا أن زلناه في لي ر من ألف شهر 2( وما أدراك ما لي لة القدر خي ( لي

(5( سالم ىي حتى مطلع الفجر )4كل أمر ) ( ت ن زل المالئكة والروح فيها بإذن ربهم من 3)

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Laitatul-Qadar Dan

apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat

dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah Malam

(yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Ketetapan Bulan Ramadhan

Kedatangan bulan Ramadhan dapat ditetapkan melalui salah satu cara:

1. Melihat Anak Bulan, yang demikian itu dengan penyaksian seorang yang adil

di hadapan Qadi bahawasanya ia melihat anak bulan.

Page 9: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

9

2. Melengkapkan 30 hari bulan Syaaban, iaitu dalam keadaan tidak

memungkinkan melihat anak bulan dengan sebab awan mendung atau tidak

ada seorang saksi yang adil bahawasanya ia melihat anak bulan. Dalilnya

adalah sabda RasuluLlah SAW:

يتو، فإن غم عليكم فأكملوا عدة شعبان ثالثين يوما.صوموا لرؤيتو وأفطروا لرؤ

رواه البخاري

Maksudnya: “Berpuasalah kalian karena melihatnya (anak bulan), dan berhari

rayalah kerana melihatnya, dan jika terhalang awan maka hitunglah sampai 30 hari

(bulan Syaaban).”

Berdasarkan hadith di atas, penetapan awal Ramadhan dan awal Syawwal

hanyalah dengan rukyah al-hilal (melihat anak bulan) pada malam 30 Syaaban dan

malam 30 Ramadhan. Jika anak bulan tidak boleh kelihatan disebabkan cuaca atau

awal tebal, dan tidak ada saksi yang adil yang menyatakan bahawa ia telah melihat

anak bulan, maka ditetapkan awal bulan Ramadhan dan Syawal dengan 30 hari

bulan sebelumnya.

Ada pandangan yang mengatakan bahawa mengapa kita tidak mengqiyas

kepada penetapan waktu solat? Dalam penetapan waktu solat berdasarkan hadith-

hadith adalah dengan melihat peredaran matahari. Contohnya: solat Zohor, di

daerah khatulistiwa, bermula waktunya dari mulai tergelincirnya matahari sehingga

bayang-bayang sesuatu sama panjangnya dengan bendanya. Waktu Asar bermula

dengan berakhirnya waktu Zohor sehingga terbenamnya matahari dan seterusnya.

Namun demikian, dari segi praktiknya, kita tidak melihat matahari ketika hendak

melakukan solat, tetapi ketika melihat waktu solat dalam kalender dan melihat jam.

Ini maknanya kita percaya pada hisab yang menentukan waktu-waktu solat tersebut.

Mengapa dalam menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal kita tidak mahu

Page 10: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

10

melihat penetapan hisab dalam kalender, tetapi mesti bersusah payah melihat anak

bulan? Mengapa kita tidak mahu mengqiyas penetapan awal Ramadhan dan awal

Syawal dengan penetapan waktu-waktu solat?

Kita menolak qiyas tersebut, kerana ia merupakan qiyas ma‟al fariq, iaitu

mengqiyas dua perkara yang berbeza. Dalam penetapan waktu-waktu solat, kita

boleh ihtiyat, yakni jalan selamat dan berhati-hati. Sebagai contoh, waktu Subuh.

Jika mengikut hisab, waktu Subuh yang sebenarnya pukul 5.45, maka ditetapkan

dalam kalender pukul 5.50, ditambah (ditunda) lima minit, ihtiyatan, yakni sebagai

langkah berhati-hati untuk mencegah supaya jangan ada orang yang solat sebelum

waktunya. Tetapi waktu imsak ditetapkan dalam kalender pukul 5.40, dikurangkan

(dimajukan) lima minit, sebagai langkah berhati-hati supaya jangan ada orang yang

masih makan selepas terbitnya fajar4.

Kita semua mengetahui bahawa waktu Subuh dan waktu puasa bermula dari

terbitnya fajar, ertinya sama waktunya. Jika waktu solat dapat kita tunda sekadar

lima minit, bolehkah kita tunda waktu awal puasa seperti itu? Kita mengetahui

bahawa hilal atau anak bulan Ramadhan atau Syawal nampak hanya beberapa saat

saja. Puasa atau hari raya bukan boleh ditunda beberapa minit, tetapi ditentukan

dengan melihat anak bulan, jika nampak anak bulan bererti esok puasa atau hari

raya, dan jika tidak nampak dilengkapkan bulan Syaaban atau Ramadhan 30 hari.

Kita jangan lupa bahawa puasa ini adalah ibadah khassah yang rukun dan

syarat-syaratnya ditetapkan oleh Allah SWT, dan kita diperintah untuk

melakukannya seperti yang diperintah tanpa boleh merubah sebarang rukun atau

syarat-syaratnya. Disamping itu, sebahagian ulama berpendapat bahwa usaha

44

Berdasarkan keterangan ini, kita harus jelas bahawa andainya waktu imsak 5.40 dan waktu subuh 5.50,

maknanya waktu yang diperkirakan terbit fajar adalah 5.45, tetapi ditambah 5 minit supaya lebih meyakinkan

dan tidak ada orang yang solat subuh sebelum masuk waktunya. Maka sekiranya kita mengabaikan waktu imsak

dan makan sehingga detik pertama jam 5.50, maka jelaslah puasa kita sudahpun batal kerana waktu tersebut

bukan lagi waktu berjaga-jaga tetapi CONFIRM dah masuk waktu!!

Page 11: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

11

melihat anak bulan itu sendiri merupakan ibadat tersendiri yang akan hilang kalau

kita berpegang pada hisab dan meninggalkan rukyah, sebagaimana yang diperintah

oleh Rasulullah SAW.

Syarat Wajib Puasa

1. Islam.

2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

berakal. Sekiranya gugur salah satu daripada 2 sifat ini, maka gugurlah

kewajipan berpuasa. Dalilnya ialah Sabda RasuluLlah SAW:

الصبي حتى يحتلم، وعن المجنون رفع القلم عن ثالثة: عن النائم حتى يستيقظ، وعن

رواه أبو داود حتى يعقل

Maksudnya: “Diangkat pena (tulisan amal) dari 3 golongan: orang gila sampai dia

sedarkan diri ,orang yg tidur hingga dia bangun dan anak kecil hingga dia baligh.”

3. Sunyi dari uzur yang menghalang puasa atau yang mengharuskan berbuka.

Keuzuran yang menghalang berpuasa ialah:

a. Berada dalam keadaan haid dan nifas pada mana-mana bahagian

waktu siang.

b. Pengsan ataupun gila sepanjang siang hari. Sekiranya dia sedar pada

waktu siang walaupun sesaat, maka hilanglah keuzuran dan wajib

menahan diri pada baki hari tersebut.

Keuzuran yang mengharuskan berbuka ialah:

a. Sakit yang mendatangkan mudharat yang besar ataupun kesakitan dan

kebimbangan yang amat dahsyat kepada orang yang berpuasa. Jika

Page 12: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

12

penyakitnya menjadi semakin teruk ataupun kesakitan itu semakin

dahsyat (jika dia berpuasa), dan dia bimbang dia akan mati (sekiranya dia

meneruskan puasa), maka ketika itu wajiblah ia berbuka.

b. Musafir yang jauh tidak kurang daripada 83km dengan syarat ia adalah

perjalanan yang diharuskan dan makan masa seluruh hari. Adapun orang

yang bermukim pada waktu pagi kemudian bermusafir pada waktu siang,

maka dia tidak dibenarkan berbuka. Dalil kedua-dua uzur ini ialah firman

Allah SWT:

ة من أيام أخر ومن كان مريضا أو على سفر فعد

Maksudnya: “dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka) maka

(wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari

yang lain”. (Al-Baqarah:185)

c. Tidak mampu berpuasa. Maka tidak wajib berpuasa disebabkan terlalu tua

atau sakit yang tiada harapan sembuh kerana puasa hanya wajib kepada

orang yang mampu. Dalilnya firman Allah SWT:

وعلى الذين يطيقونو فدية طعام مسكين

Maksudnya: “..dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua

dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin”

(Al-Baqarah:184)

Dibacakan juga “Yutawwqunahu” yang bermaksud jika mereka tetap diwajibkan

berpuasa nescaya mereka tidak mampu melakukannya. Ibnu Abbas r.a berkata:

Maksudnya ialah orang lelaki dan juga wanita yang terlalu tua hingga keduanya tidak

mampu berpuasa maka kedua-duanya hendaklah menggantikan setiap hari puasa

dengan memberi makan seorang fakir miskin.

Page 13: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

13

Rukun-rukun Puasa

Puasa mempunyai rukun asas iaitu:

1. Niat puasa

Iaitu kehendak (qasad) melakukan puasa. Tempatnya di hati. Tidak cukup

dengan melafazkannya dengan lidah dan tidak juga disyaratkan

melafazkannya. Bagi puasa Ramadhan, disyaratkan wujudnya perkara-

perkara berikut:

a. Berniat pada waktu malam. Sekiranya ia niat setelah terbit fajar, maka

batallah niat dan puasanya. Dalilnya sabda RasuluLlah SAW:

من لم يبيت الصيام قبل الفجر فال صيام لو

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak

ada puasa baginya” Diriwayatkan oleh Ad-Daruqutni dan katanya: perawinya

adalah thiqah (dipercayai).

b. Penentuan. Iaitu menetapkan jenis puasa. Sekiranya niat puasa semata-

mata tanpa penetuan jenisnya, maka niatnya tidak sah.

c. Berulang-ulang. Maksudnya hendaklah niat pada setiap malam sebelum

terbitnya fajar untuk berpuasa pada hari berikutnya. Tidak cukup dengan

satu niat untuk puasa sebulan Ramadhan kerana puasa Ramadhan

bukanlah ibadah yang satu bahkan ia adalah ibadah yang berulang-ulang

dan setiap ibadah itu mesti dikhususkan niatnya yang tersendiri. Berbeza

dengan puasa sunat, tidak disyaratkan niat pada waktu malam dan tidak

perlu ditentukan. Niat sah sebelum tergelincir matahari (waktu solat zohor)

Page 14: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

14

dan sah juga dengan niat mutlak (tidak ditentukan). Dalilnya ialah hadith

Aisyah r.a:

“Pada suatu hari Nabi SAW bertanya kepadanya: Apakah kamu mempunyai

makanan tengahari? Jawabnya: Tidak. Sabda Baginda SAW: Kalau begitu aku

berpuasa”. (Ad-daruqutni)

2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar

hinggalah terbenam matahari. Inilah asal waktu berpuasa.

Maka sekiranya seseorang bermusafir ke tempat yang jauh dan mempunyai

perbedaan waktu yang sangat ketara, maka mereka haruslah berpegang

pada asal waktu berpuasa tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang

bermusafir dari Malaysia menuju ke London, maka sudah tentu berlaku

perbedaan waktu berpuasa bagi dirinya kerana perbedaan waktu kedua

tempat tadi berdasarkan waktu terbitnya fajar dan terbenamnya matahari.

Waktu terbitnya fajar dan terbenamnya matahari bagi kedua tempat ini tidak

sama. Saya perincikan seperti berikut sebagai contoh:

KL (11.00 pm) London (5.50 am waktu London

bersamaan 5.50 pm waktu Malaysia).

Sekiranya seseorang bermusafir dari Malaysia ke London seperti jadual di

atas, maka ia akan mendapati berlaku perbedaan waktu dan tempoh

berpuasa. Ketika ia meninggalkan Malaysia jam 11.00 malam sebagai contoh,

tempoh masa bagi orang yang berada di Malaysia untuk menikmati makanan

dan minuman adalah sehingga jam 5.30 am (waktu imsak di Kuala Lumpur),

iaitu 6 jam 30 minit dari masa ia bertolak. Akan tetapi ketika jam 5.30 waktu

Malaysia, ia sudah berada di tempat lain yang masih berada pada waktu

malam kerana waktu fajar hampir menjelang di Malaysia sedang ia berada di

tempat lain yang masih malam kerana ia bergerak selari dengan waktu

matahari, maka ia akan mendapati keadaan malam yang lebih panjang

daripada biasa. Ketika ini ia masih boleh menikmati makanan sedang orang

yang berada di Malaysia sudah mula berpuasa. Begitu jugalah sebaliknya

Page 15: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

15

apabila ia bertolak pulang ke Malaysia. Perlu difahami bahawa waktu solat

bagi seseorang yang bermusafir seperti ini adalah waktu tempatan iaitu

sekiranya ia menaiki pesawat maka waktu tempatan adalah waktu di

sesebuah Negara di mana ia sedang berada di ruang udara Negara tersebut.

Biasanya akan ada petunjuk yang disediakan di dalam pesawat.

Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit. Sekiranya terlupa maka

puasanya tidak batal walau berapa banyak sekalipun. Dalilnya Sabda

RasuluLlah SAW:

من نسي وىو صائم فأكل أو شرب فليتم صومو، فإنما أطعمو الل وسقاه

Maksudnya: “Barangsiapa yang terlupa bahawa ia sedang berpuasa lalu ia makan

ataupun minum maka hendaklah ia meneruskan puasanya kerana sesungguhnya

Allahlah yang telah memberinya makan dan minum”. H.R Bukhari dan Muslim

2. Sampai „ain (sesuatu) ke dalam al-jauf (rongga) melalui liang yang terbuka.

Maksud liang yang terbuaka adalah seperti mulut, telinga, qubul, dubur

samada bagi lelaki ataupun wanita. Oleh itu, setitik air yang masuk ke dalam

telinga membatalkan puasa kerana ia adalah liang yang terbuka manakala

setitik air yang masuk ke dalam mata tidak membatalkan puasa kerana ia

adalah liang yang tidak terbuka. Begitu juga suntikan pada urat tidak

membatalkan puasa kerana urat adalah liang yang tidak terbuka dan

begitulah seterusnya. Semuanya ini sekiranya dilakukan dengan sengaja.

Sekiranya ia berkumur dan memasuki air ke dalam hidung lalu air itu masuk

ke dalam rongga, puasanya tidak batal jika ia tidak melampau dalam

memasukkan air itu sewaktu berwudhuk. Sekiranya melampau, maka batal.

Sekiranya ia dipaksa makan atau minum, puasanya tidak batal kerana hukum

ikhtiarnya (iaitu mempunyai pilihan) telah gugur.

Page 16: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

16

3. Muntah dengan sengaja.

4. Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar air mani. Ia bukan hanya

membatalkan puasanya, tetapi juga mewajibkan kifarat, iaitu: memerdekakan

hamba sahaya atau puasa dua bulan ( 60 hari ) berturu-turut atau memberi

makanan yang mengenyangkan kepada 60 orang fakir atau miskin, tiap orang

¾ liter. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan:

وما جاء رجل الى النبى صلى الل عليو وسلم ف قال: ىلكت يا رسول الل، قال:

أىلكك ؟ قال: وف عت على امرأتى فى رمضان. قال: ىل تجد ما ت عتق رق بة ؟ قال:

ال. قال: ىل تستطيع ان تصوم شهرين منتابعين ؟ قال: ال. قال: ىل تجد ما تطعم

ها اىل ب يت احوج اليو ستين مكينا ؟ قال قرمنا ؟ ف والل ما بين ال ب ت ي : ف هل على أف

منا. فضحك النبى صلى الل عليو وسلم حتى بدت ن واجذه، وقال: اذىب

مو أىلك. ع ط فا

“Seseorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Celaka aku

wahai Rasulullah. Beliau SAW bertanya: Apa yang mencelakakan kamu? Orang itu

menjawab: Aku telah menyetubuhi isteriku pada bulan Ramadan. Beliau SAW

bertanya: Adakah anda mempunyai sesuatu untuk memerdekakan seorang hamba

sahaya? Orang itu menjawab: Tidak. Beliau SAW bertanya lagi: Sanggupkah anda

berpuasa dua bulan berturut-turut?. Orang itu menjawab: Tidak. Beliau SAW

bertanya lagi: Apakah anda mempunyai sesuatu memberi makan 60 orang miskin?

Orang itu menjawab: Tidak. Kemudian beliau pun duduk. Maka tiba-tiba Nabi

SAW bawa kepada beliau satu bakul besar berisi kurma. Baginda SAW bersabda:

Bersedekahlah dengan ini. Orang itu bertanya: Apakah kepada orang yang paling

Page 17: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

17

fakir daripada kita? Demi Allah, tidak ada di antara dua tepian kota Madinah ini

ahli rumah yang lebih berhajat kepadanya daripada kami. Maka Nabi SAW tertawa

sehingga nampak gigi-gigi taring dan bersabda: Pergilah dan beri makan ahlimu”.

5. Al-Istimna‟, iaitu mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan

sebagainya atau dengan menggunakan tangan. Dengan ini, dimakruhkan

dengan ‘karahah tahrim’ (makruh yang hampir kepada haram) bercium

pada siang Ramadhan bagi orang yang cepat naik syahwatnya samada

lelaki atau wanita. Dalilnya hadith Aisyah yang bermaksud: “RasuluLlah SAW

telah menciumku sewaktu Baginda berpuasa. Siapakah di kalangan kamu

yang dapat menguasai nafsunya sebagaimana RasuluLlah SAW menguasai

nafsunya (maksudnya sebagimana kata sebahagian ulama: seharuslah bagi

kamu menjauhkan daripada perbuatan tersebut iaitu berciuman di siang

Ramadhan dan jangan merasakan diri kamu yakin dapat mengawal nafsu

sebagaimana RasuluLlah SAW”.

6. Haid dan nifas.

7. Gila dan murtad

Mereka yang berpuasa wajib menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang

membatalkan ini agar puasanya sah dari terbit fajar hingga matahari betul-betul

tenggelam. Sekiranya orang yang berpuasa melakukan perkara yang membatalkan

ini dengan sangkaan fajar belum terbit tetapi setelah melakukannya, sangkaannya

jelas meleset, maka puasanya batal dan dia hendaklah menahan dirinya (tidak

makan, minum dan sebagainya) sepanjang siang sebagai menghormati bulan

Ramadhan. Dia juga dikehendaki qadha‟ puasanya tadi. Begitu juga bagi orang

yang melakukannya dengan sangkaan matahari sudah tenggelam kemudian terbukti

bahawa matahari belum tenggelam, maka batallah puasanya dan dia wajib

mengqadha‟nya.

Page 18: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

18

Kewajipan-Kewajipan Akibat Berbuka Puasa

Pertama: Mengqada‟ puasanya pada hari lain, baik berbuka dengan

keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran, seperti perempuan yang datang haid

atau nifas, begitu juga orang yang murtad. Kecuali orang kafir yang masuk Islam,

orang yang baru baligh dan orang gila yang baru sembuh, maka tidak diwajibkan

mengqada puasa yang ditinggalkan sebelumnya da dalam mengqada tidak

disyaratkan berturut-turut.

Kedua: Membayar kaffarah dengan memerdekakan hamba sahaya. Jika

tidak mampu, maka dengan berpuasa dua bulan berturut-turut; dan jika tidak

mampu, maka dengan memberi makan enam puluh orang miskin, tiap orang satu

mud (¾ liter), bagi orang lelaki (suami) yang membatalkan puasanya dengan

menjimak isterinya.

Ketiga: Bagi yang berbuka puasa tanpa keuzuran, diwajibkan menahan

diri dari makan, minum dan lain-lain pada sisa siangnya. Adapun bagi orang yang

berbuka kerana keuzuran, seperti haid, nifas atau safar, maka tidak wajib yang

demikian.

Keempat: Membayar fidyah ke atas orang yang hamil atau menyusukan

anak ia jika berbuka dengan sebab kekhuatiran terhadap kesihatan anak yang

dikandung atau disusuinya. Jika berbuka disebabkan kekhuatiran terhadap

kesihatan dirinya sendiri, maka tidak diwajibkan membayar fidyah. Kadar fidyahnya

ialah satu mud gandum atau beras.

Bagi orang tua yang sudah tidak mampu, atau terlalu lemah untuk berpuasa,

jika tidak berpuasa diwajibkan bersedekah setiap hari satu mud5.

5 Ihyaa ‘Ulum al-Din 3/36-37.

Page 19: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

19

Solat Sunnat Tarawih

Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Malik,

Ahmad dan Al-Darimi meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah

SAW bersabda:6

م من ذنبو . من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر لو ما ت قد

“Siapa yang menghidupkan Ramadhan (yakni: dengan solat tarawih) kerana iman

dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, maka akan diampuni segala dosanya yang telah

terdahulu”.

Solat Tarawih dua puluh rakaat, selepas tiap dua rakaat salam. Tiap empat

rakaat atau dua salam disebut satu tarwihah kerana para sahabat dahulu, setiap

selepas empat rakaat, mereka beristirehat. Jadi dua puluh rakaat atau sepuluh

salam sama dengan lima tarwihah. Penduduk Madinah, berdasarkan ijtihad Umar

Bin Abdil Aziz r.a., melakukan Solat Tarawih tiga puluh enam rakaat. Beliau melihat

penduduk Makkah, setiap antara dua tarwihah, mereka melakukan tawaf, maka

beliau menggantikan setiap tawaf dengan satu tarwihah atau empat rakaat. Empat

Tawaf sama dengan enambelas rakaat, dicampur dengan duapuluh rakaat

menjadikannya tiga puluh enam rakaat.

Menurut pandangan Imam Syafiie r.a. bahawa yang demikian khusus untuk

mereka yang melakukan Solat Tarawih di Masjid Nabawi di Madinah saja, kerana

kemuliannya sebagai tempat berhijrah dan wafatnya Rasulullah SAW. Pada selain

masjid Madinah tidak dibolehkan. Tetapi Imam Malik r.a. menjadikannya umum,

yakni, mengikut mazhab Maliki, Solat Tarawih dimana saja tiga puluh enam rakaat.

6 Sahih Bukhari: Kitab Al-Iman (34, 36, 37), Kitab Al-Sawm (1768, 1869, 1879, 1875), Sahih Muslim:

Kitab Solat Al-Musafiriin Wa Qasriha (1266), Sunan Al-Tirmidzi: Kitab Al-Sawm (619, 726), Sunan Al-Nasai:

Kitab Qiyam Al-Lail Wa Tatowwu’ Al-Nahar (1584, 1585, 1634), Sunan Abi Daud: Kitab Al-Solat (1164,

1165), Sunan Ibni Majah: Kitab Al-Siyam (1631), Muwatta`: Kitab Al-Nida` Li Al-Solat (230), Musnad

Ahmad: Baqi Musnad Al-Mukthiriin (10422, 9100), Sunan Al-Darimi: Kitab Al-Sawm (1711).

Page 20: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

20

Solat Tarawih ini disunnatkan hanya pada bulan Ramadhan, selepas solat

Isyak, meskipun ditaqdim; dan berakhir waktunya dengan terbitnya Fajar kedua, dan

disunatkan dilakukan secara berjamaah, meskipun boleh dilakukan secara

bersendirian.

Imam Mawardi, di dalam kitabnya Al-Hawi Al-Kabir,7 mengatakan bahawa

dalil pensyariatan qiyam Ramadhan, iaitu menghidupkan malam Ramadhan dengan

solat Tarawih, ialah hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah keluar ke

tengah orang ramai pada malam pertama bulan Ramadhan yang mengumpulkan

mereka dan solat bersama mereka, kemudian keluar pada malam kedua,

menghimpun dan solat bersama mereka; dan pada malam ketiga mereka menanti,

tetapi baginda tidak keluar menjumpai mereka, maka mereka pun solat sendiri-

sendiri. Keesokan paginya baginda SAW bersabda:8

7 Al-Hawi Al-Kabir 2/368-369

8 Bukhari dalam Sahihnya: Kitab Al-Jumu’ah (1061), Muslim: Kitab Solat Al-Musafiriin Wa Qasriha

(1270, 1271), Abu Daud: Kitab Al-Solat (1166), Ahmad: Baqi Musnad Al-Ansar (24194) dan Malik: Kitab Al-

Nida` Li Al-Solat (229) telah meriwayatkan dari ‘Aisyah r.a.:

لة في المسجد فصلى بص التو ن اس ث م ص لى أن رسول اللو صلى الل عليو وسلم صلى ذات لي

ال ة أو الرابع ة ف ل م ل ة ال يخ رج إل يهم رس ول الل و م ن القابل ة فك ر الن اس ث م اجتمع وا م ن اللي

ا أصبح قال قد رأيت الذي صن عتم ولم يمن عني من الخروج إ ليكم إال صلى الل عليو وسلم ف لم

أني خشيت أن ت فرض عليكم وذلك في رمضان .

“Bahawa Rasulullah SAW pada suatu malam solat di dalam masjid, maka orang ramai solat

mengikuti solat baginda. Kemudian keesokan malamnya baginda solat, maka orang bertambah ramai.

Kemudian pada malam ketiga atau keempat orang ramai berkumpul tetapi Rasulullah SAW tidak keluar

menjumpai mereka. Ketika tiba waktu paginya, baginda bersabda: Aku telah melihat apa yang kamu

lakukan, dan tidak ada yang mencegahku keluar melainkan kerana aku takut ia akan difardukan ke atasmu.

Yang demikian adalah pada bulan Ramadhan”.

Page 21: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

21

رت الني خفت أن ت فرض عليكم.ق د علمت باجتماعكم، وإنما تأخ

“Aku telah mengetahui berkumpulnya kamu; aku tidak datang disebabkan kerana

aku takut difardukan ke atasmu”.

Selepas itu, pada zaman Rasulullah SAW sehingga awal khilafah Umar r.a.

Ubai bin Kaab menghimpun orang ramai dan solat bersama mereka di Masjid

Rasulullah SAW pada tiap sepuluh pertama dan kedua bulan Ramadhan dan solat

bersendiri pada sepuluh terakhir, sehinggalah Umar r.a. menetapkan untuk

mengumpulkan mereka semua untuk melakukan (solat Tarawih) berjamaah. Ini

kerana apa yang diriwayatkan bahawa orang ramai yang solat di dalam masjid jika

mendengar bacaan yang baik mereka mengikutinya, maka Umar r.a. berkata (yang

maksudnya): Kamu telah menjadikan Al-Qur`an seperti nyanyian. Beliau pun

menghimpun orang ramai supaya solat berjamaah di belakang Ubai bin Ka‟b r.a.9

Dengan demikian, ia menjadi sunat yang diikuti pada masa sesudahnya, masa

Othman, Ali dan para imam diseluruh negeri sehingga kini.

Dalam solat Tarawih, membaca seluruh Al-Quran dalam sebulan Ramadhan

adalah lebih baik dari mengulang-ulangi surah lazim. Di Masjid al Haram dan Masjid

Nabawi, imam membaca satu juzuk lebih dalam dua puluh rakaat, sehingga pada

9 Bukhari di dalam Sahihnya: Kitab Solat Al-Tarawih (1871) dan Malik di dalam Muwatta`nya: Kitab Al-

Nida` Li Al-Solat (231) telah meriwayatkan dari Abd Al-Rahman bin Abd Al-Qari` r.a. bahawa beliau berkata:

طاب رض ي ال ار مت فريق ون يص ليي الرج ل لن فس و و خرجت مع عمر بن ال ا الن اا أو ل ة م رمض ان إم المس إد ف ن يص ليي عن و لي أمثل ث عزم فإمعهم على أبي بن كعب الرجل ف يصليي بصالتو الرىط ف قال عمر إني أرى لو جعت ىؤالء على قارئ واحد لكان لة أخرى والناا يصلون بصالة قارئهم قال عمر نعم البدعة ىذه ... الرب .. ث خرجت معو لي

“Aku telah keluar bersama Umar bin Khattab r.a. pada bulan Ramadhan ke Masjid, maka orang

ramai telah berpecah kepada kelompok-kelompok: ada yang solat sendiri, dan ada yang solat diikuti oleh

beberapa orang. Umar berkata: Kalaulah aku himpun mereka semua di belakang seorang qari` tentunya akan

lebih baik. Beliau pun berazam menghimpun mereka di belakang Ubai bin Ka’b. Selepas itu aku keluar

bersama beliau pada malam lain, dan orang ramai solat di belakang qari` mereka. Umar berkata: Sebaik-baik

bid’ah inilah dia … al-khabar”

Page 22: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

22

malam kedua puluh sembilan selesai atau tamat tiga puluh juzuk dari seluruh Al-

Quran. Banyak yang mengikuti yang demikian, tetapi lebih banyak lagi yang tidak

sanggup berbuat demikian, dan mereka hanya mengulang-ulangi surah Al-Ikhlash

dan surah-surah pendek yang dikenal sebagai surah-surah lazim.10

Selepas selesai menunaikan solat Tarawih, imam membaca doa berikut:

د بسم اللو الرحمن الرحيم. الحمد للو رب العالمين الم على سيدنا محم ، والصالة والس

وعلى آلو وصحبو أجمعين.

، وللصالة حافظين، وللزكاة فاعلين، ، ولفرائضك مؤدين ناجعلنا بااليمان كاملياللهم

كين ، ولعفوك راجين ولما عندك طالبين ن يا ، وعن اللغو معرضين ، وبالهدي متمس ، وفي الد

عماء شاكرين ، وبالقضاء راضين ، وفي االخرة راغبين زاىدين ، ، وعلى الباليا صابرين ، وبالن

د صل ، الحوض واردين ى، وإل عليو وسلم ي وم القيامة سائرين الل ىوتحت لواء سيدنا محم

، ومن سندس ، وبحور عين مت زوجين ، وعلى سريرة الكرامة قاعدين في الجنة داخلين و

رق وديباج مت لبسين ، ، ومن لبن وعسل مصفين شاربين ، ومن طعام الجنة آكلين واستب

هداء واب وأباريق وكأس من معين بأك يقين والش ، مع الذين أن عمت عليهم من النبيين والصد

. والصالحين

10

Rujuk Mughni Al-Muhtaj 1/226-227

Page 23: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

23

عداء م الله هر المبارك من الس ريفة من الش لة الش ، وال المقبولين اجعلنا في ىذه اللي

، إلهنا عافنا واعف عنا، واغفر اللهم لنا، ولوالدينا، تجعلنا اللهم من االشقياء المردودين

اتنا، ولمشايخنا، والمهاتنا، والخواننا، والخواتنا، والىلنا، وأىل ب يتنا، والجدادنا، ولجد

هم واال موات، ولمعلمينا، ولجميع المسلمين والمسلمات ، والمؤمنين والمؤمنات، االحياء من

اج نا وعلى عبيدك الحج المة والعافية علي ، والمعتمرين ، والغزاة ، واكتب اللهم الس

ك ، وقنا شر الظالمين ، وانصرنا على القوم الكافرين، يا والمسافرين في ب رك وبحرك وجو

ائلين، واختم لنا يا رب نا منك بخير يا أرحم الر د مجيب الس احمين، وصلى الل على سيدنا محم

. وعلى آلو وصحبو وسلم، والحمد للو رب العالمين

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rahmat dan

kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabatnya

sekalian.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sempurna dengan keimanan, yang

melaksanakan segala yang difardukan, yang memelihara solat, menunaikan zakat, menuntut

apa yang ada padaMu, mengharapkan kemaafanMu, berpegang teguh pada petunjuk,

berpaling dari segala perkara sia-sia, zuhud di dunia, gemar kepada akhirat, redha kepada

qada, bersyukur ke atas segala nikmat, sabar menghadapi segala cobaan, berjalan di bawah

bendera Rasulullah SAW pada hari kiamat, mendatangi telaga (Nabi SAW), memasuki

Syurga, duduk di atas singgahsana kemuliaan, mengahwini bidadari, memakai segala jenis

kain sutera, memakan makanan Syurga, dan meminum susu dan madu yang murni, dengan

cawan, gelas dan cerek dari air yang mengalir, bersama orang-orang yang Engkau telah beri

Page 24: KOLEKSI - kkr.gov.my RAMADHAN 1 1435H.pdf · melakukan solat, tetapi ketika ... Syarat Wajib Puasa 1. Islam. 2. Taklif, maksud taklif ialah hendaklah seseorang muslim itu baligh serta

24

nikmat ke atas mereka dari para nabi, siddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-

orang yang soleh.

Ya Allah, jadikanlah kami pada malam yang mulia dari bulan yang diberkati ini

termasuk orang-orang yang bahagia, yang diterima amal ibadatnya, dan janganlah Engkau

jadikan kami, ya Allah, termasuk orang-orang yang sengsara yang ditolak segala amalannya.

Wahai Tuhan kami, maafkanlah kami, hapuskanlah segala dosa kami, dan ampunilah ya

Allah bagi kami, bagi bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, saudara-saudara lelaki kami, saudara-

saudara wanita kami, keluarga kami, ahli rumah kami, datuk-datuk kami, nenek-nenek kami,

syeikh-syeikh kami, guru-guru kami, dan seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin

dan mukminat, baik yang masih hidup di kalangan mereka maupun yang sudah mati.

Ya Allah, tentukanlah keselamatan dan keafiatan ke atas kami, dan ke atas hamba-

hambaMu yang sedang menunaikan ibadat haji, ibadat umrah, yang sedang berperang

ataupun yang musafir, baik di darat, laut, atau udara, lindungilah kami dari kejahatan

orang-orang yang zalim, dan berikanlah kami kemenangan ke atas orang-orang kafir, wahai

Tuhan yang mengabulkan orang-orang yang memohon. Sudahilah bagi kami, wahai Tuhan

kami, dengan kebaikan dariMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari semua yang bersifat

pengasih.

Semoga Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami

Muhammad SAW, para keluarga dan sahabat-sahabatnya, dan segala puji bagi Allah Tuhan

semesta alam”.

Wallahu „Alam Bissowab

Disediakan oleh: [email protected]

UNIT INTEGRITI, KKR