laporan tahunan 2014 - · pdf filemenawarkan kursus pasca ijazah dan diploma eksekutif....

37
UTM KUALA LUMPUR 1 LAPORAN TAHUNAN 2014

Upload: dinhlien

Post on 02-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

1 LAPORAN TAHUNAN 2014

Page 2: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

2 LAPORAN TAHUNAN 2014

KANDUNGAN MUKASURAT Falsafah, Misi, Visi 3

Perutusan Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur 4

Struktur Organisasi UTM Kuala Lumpur 5

LAPORAN SEKOLAH

Statistik Kakitangan UTM KL 6

Statistik Mahasiswa 7

Pembangunan 8

Anugerah dan Pencapaian 10

Aktiviti Berimpak Tinggi 16

Laporan Perpustakaan : Koleksi dan Perolehan 32

Page 3: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

3 LAPORAN TAHUNAN 2014

FALSAFAH, MISI, VISI

Falsafah Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti

Teknologi Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu

memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk

kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendakNya.

Visi Menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif

demi pengkayaan khazanah negara.

Misi Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf

dunia.

Page 4: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

4 LAPORAN TAHUNAN 2014

PERUTUSAN PENGARAH KAMPUS UTM KUALA LUMPUR

Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) sentiasa berjalan seiring dengan hala tuju UTM

untuk menjadi universiti bertaraf global dan bersama memastikan Pelan Global Universiti (PGU) 2020

mencapai matlamatnya.

Sebagai Graduate Focused, lima sekolah / institut yang beroperasi di UTM KL iaitu International

Business School (IBS), Razak School of Engineering and Advanced Technology (Razak School),

Advanced Informatics School (AIS), Perdana School of Science, Technology & Innovation Policy

(Perdana School) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) berfokus

menawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan

Diploma akan ditamatkan penawarannya mulai sesi hadapan. Hanya MJIIT sahaja yang akan

meneruskan penawaran tiga kursus Sarjana Muda.

UTM KL terus berusaha menyemarakkan budaya ilmu di kalangan warganya dan masyarakat.

Beberapa ceramah dan perkongsian ilmu oleh tokoh-tokoh ilmuan ternama di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa aktif dijalankan. Tidak ketinggalan juga

penganjuran seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pembinaan projek mega di UTM KL iaitu Kompleks Penginapan Pelajar (Student Accommodation

Complex) yang dibina mulai Julai 2013 dan dijangka siap pada tahun 2016 berjalan seperti yang

dijadualkan. Projek bernilai RM 171.5 juta ini menempatkan 7 tingkat podium dan 4 menara yang

menyediakan bilik penginapan dilengkapi dengan kemudahan serba moden.

Selaku Pengarah Kampus, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

semua warga UTM KL atas kerjasama dan kegigihan yang tinggi bagi memenuhi hasrat dan

tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2014 ke arah kejayaan dan keunggulan UTM.

Prof. Dr. Hamdani Saidi Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur

Page 5: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

5 LAPORAN TAHUNAN 2014

STRUKTUR ORGANISASI UTM KUALA LUMPUR

Page 6: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

6 LAPORAN TAHUNAN 2014

STATISTIK STAF UTM KUALA LUMPUR

Page 7: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

7 LAPORAN TAHUNAN 2014

STATISTIK MAHASISWA

Page 8: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

8 LAPORAN TAHUNAN 2014

PEMBANGUNAN

KEMAJUAN PEMBINAAN PROJEK

STUDENT ACCOMMODATION

COMPLEX (SAC)

UTM KUALA LUMPUR

Bil. Maklumat projek Kerja di tapak

Rancang Sebenar

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

8.1

i)

ii)

iii)

iv)

8.2

i)

ii)

iii)

iv)

9.

10.

Tarikh milik tapak : 22/7/2013

Tarikh siap : 21 Julai 2016

Tempoh siap : 36 bulan

Kos projek : RM 171.5 juta

Kawasan pembangunan : 4.28 ekar

Keluasan lantai (GFA) : 72947 m2

Bilangan parker disediakan :

i) Kereta – 719 lot

ii) Motosikal – 762 lot

Komponen bangunan :

Podium

Aras 1 - 2 – Ruang niaga & pengurusan

Aras 3- 5 – Parkir kenderaan

Aras 6 – Dewan Serbaguna & Arena boling

Aras 7 – Rumah Kelab, gymnasium, kolam

renang

4 blok menara (500 unit kediaman)

Blok 1 – 22 tingkat – 150 unit – jenis 2 bilik

Blok 2 – 13 tingkat – 50 unit – jenis 3 bilik

Blok 3 – 11 tingkat – 118 unit – jenis studio

Blok 4 – 14 tingkat – 182 unit – jenis studio

Pembiayaan : Pinjaman KWSP

Lain-lain

Kerja struktur

- Blok 1 – Aras 9

- Blok 2 – Aras 8

- Blok 3 – Aras 6

- Blok 4 – Aras 6

- Podium – Aras 7

Kerja Arkitektural

-Dinding dalaman

Kerja M & E

-Cold water & sanitary

plumbing

Kerja struktur

- Blok 1 – aras 1 -2

- Blok 2 – Aras 3

- Blok 3 – Aras 4

- Blok 4 – Aras 3 – 4

- Podium – Aras 3

Kerja Arkitektural

-Dinding dalaman

Kerja M & E

-Sanitary plumbing

Page 9: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

9 LAPORAN TAHUNAN 2014

i)

ii)

11.

Kelulusan mendirikan bangunan

- Kelulusan penuh belum diperoleh

- Tunggu kelulusan serahan jalan &

tukar syarat tanah. Dalam tindakan

KPM dan JKPTG / PTGWP. Tempoh

kebenaran khas akhir berakhir pada

15/5/2015.

Permohonan lanjutan masa

- No. 1 – mohon 203 hari

- No. 2 – mohon 101 hari

Kemajuan kerja (mingguan)

Rancang

Sebenar

Cepat / lewat

23.63 %

19.80 %

-3.83 %

Page 10: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

10 LAPORAN TAHUNAN 2014

ANUGERAH & PENCAPAIAN

Dr Mohd Nazri bin Kama, Pensyarah Kanan, UTM AIS telah mengharumkan nama

UTM dengan pencapaian anugerah di Korea. Beliau telah memenangi dua

anugerah iaitu Automobil Order of Merit dan Software Order of Merit di 2014 World

Inventor Award Festival South Korea. Beliau telah mencipta satu produk baru iaitu

"A Universal Electric Vehicle Charger for Standard and Rapid Charging System :

Japan Specif ication Compliance” (My EV).

MyEV telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan Penyiaran

Program Promosi Produk Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) Institusi Pengajian

Tinggi (IPT) melalui New Straits Times.

Program yang bermula pada bulan November 2014 ini melibatkan 30 produk R & D

daripada institusi pengajian tinggi. Tiga produk UTM telah dipilih, salah satu

daripadanya adalah MyEV.

Page 11: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

11 LAPORAN TAHUNAN 2014

Sebagai pengiktirafan kepada pencapaian yang berimpak tinggi dua orang staf

akademik UTM AIS iaitu Yg. Bhg. Dato’ Dr. Norbik Bashah bin Idris dan Dr. Mohd Nazri

bin Kama, telah menerima anugerah Inovasi Produk & Pengkomersilan, Citra

Karisma bagi tahun 2014.

Mereka telah menerima wang tunai berjumlah RM10,000.00, sijil pencapaian dan

sebuah piala iringan. Produk MyEV telah berjaya mencipta nama di peringkat

antarabangsa dan dengan secara tidak langsung meletakkan nama UTM

dipersada antarabangsa.

Page 12: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

12 LAPORAN TAHUNAN 2014

PENERIMA ANUGERAH

1. Dr. Mohd Nazri Kama (UTM AIS)

: Automobile Order of Merit and Software Order of Merit di 2014 World

Inventor Award

Festival, South Korea. Produk : A Universal Electrical Vehicle Charger for Standard

and Rapid Charging System : Japan Specification Compliance.

2. Dato' Prof. Dr. Norbik Bashah & Dr. Mohd Nazri Kama (UTM AIS)

: Anugerah Produk Inovasi & Commercialisation di Citra Karisma Ceremony 2014.

Tempat: UTM Johor Bahru

3. Puan Hafiza binti Abas (UTM AIS)

: Gold Award, Projek : Quick Response (QR) Code for Online Video Tutorial Repository

(OVTR) di Conference Competition Exhibition National Level 2014. Tempat :

Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, 24 – 25 Jun 2014

4. Puan Hafiza binti Abas (UTM AIS)

: Gold Award, Projek : Online Screencast videos through QR Code : Awareness of M-

Learning among in-service Teachers di National University Carnival on e-Learning

2014 (NUCel 2014).Tempat : SACC Shah Alam Convention Centre, 14-15 Nov 2014

5. Prof. Dr. Azizah Abdul Manaf & Puan Hafiza binti Abas (UTM AIS)

: Bronze Award, Projek : WEB 2.0 : Ideas, Technologies and Implications For E-Crime

Investigation and Incident Response Management Subject di National University

Carnival on e-Learning 2014 (NUCel 2014).Tempat : SACC Shah Alam Convention

Centre, 14-15 Nov 2014

6. Prof. Madya Wardah binti Zainal Abidin & Puan Hafiza binti Abas (UTM AIS)

: Bronze Award, Projek : UTM student E-Portfolio Service di National University Carnival

on e-Learning 2014 (NUCel 2014).Tempat : SACC Shah Alam Convention Centre,

14- 15 Nov 2014

Page 13: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

13 LAPORAN TAHUNAN 2014

EIMARACE BERJAYA DENGAN BERGAYA, UTM KL MENJUARAI KESELURUHAN

PERTANDINGAN

Program tahunan EIMARace telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Kejituan, MJIIT dan Persatuan Pelajar Mekanikal Kejituan (Premech). Ia merupakan program

tahun kelima dan telah berjaya diadakan dua pusingan iaitu pusingan pertama di Litar

Pulau Dato’ Sagor Perak dan pusingan kedua di Litar Maktab Teknik PDRM, Muar Johor.

Selain keunikan menganjurkan dua pusingan, EIMArace kali ini bukan sahaja telah berjaya

menambahkan bilangan peserta tetapi juga berjaya menganjurkan dua kategori yang

berbeza iaitu kategori 250cc dan ketegori tradisi iaitu 150 cc. Tahun ini, pasukan dari UTM

Razak School (UTM KL) telah berjaya menjadi johan keseluruhan untuk kategori 130 cc

manakala untuk kategori 250 cc pasukan yang diwakili oleh pelajar Premech, buat pertama

kalinya menyertai program EIMARace telah berjaya merangkul tempat ketiga keseluruhan.

Page 14: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

14 LAPORAN TAHUNAN 2014

SISTEM PENGURUSAN KUALITI PEJABAT PENDAFTAR UTM KUALA LUMPUR

(PPUTMKL) BERJAYA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN ISO 9001: 2008

Pada 5 Mac 2014, secara rasmi PPUTMKL telah diberikan pengiktirafan ISO 9001:2008 oleh

pihak SIRIM QAS International bagi skop perkhidmatan pengurusan modal insan,

keselamatan dan pentadbiran. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ini melibatkan

49 prosedur termasuk 1 Manual kualiti, 6 Prosedur SPK, 11 Prosedur Aktiviti dan 31 Arahan

Kerja. Inisiatif untuk mendapatkan pengiktirafan ISO 9001:2008 adalah hasil daripada

kesedaran tentang kepentingan untuk memberikan perkhidmatan dan produk yang

berkualiti kepada semua pelanggan PPUTMKL yang terdiri daripada pelanggan misi,

pelanggan proses, pelanggan dalaman dan pelanggan luaran.

Page 15: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

15 LAPORAN TAHUNAN 2014

KONVENSYEN KIK UTM KE-10 2014

Pejabat Pendaftar UTM KL buat julung kalinya telah menghantar wakil Kumpulan Inovatif &

Kreatif (KIK) Perintis ke Konvensyen KIK UTM kali ke 10 yang berlangsung pada 10 hingga 12

November 2014.

Penyertaan kali pertama dengan tajuk projek ‘Pencarian Fail Peribadi Arkib Ambil Masa

Yang Lama’ telah berjaya mencuri perhatian para juri dan pemerhati konvensyen dengan

membuahkan hasil dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik Kategori

Pengurusan dan pem enang Anugerah Emas di Pemenang berjaya menggondol hadiah

wang tunai berjumlah RM500 dan piala kemenangan.

Perintis diketuai oleh Pn. Noraini bt. Ramli dan dibantu oleh En. Muhammad Ridhwan bin

Othman, En. Mohd Rushidi bin Shaari, Pn. Latifah bt Md Yatim, Pn. Nurul Farhana bt. Sufian,

Cik Ainul Adla bt. Ab. Jalil, Pn. Yanti Hajar bt Hamzah, En. Mohd Norazlan bin Mohd Nazari,

Pn. Sahidar bt Ab. Sahir dan Pn. Suhanim bt Mohd Zaki.

Page 16: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

16 LAPORAN TAHUNAN 2014

AKTIVITI BERIMPAK TINGGI

3RD INTERNATIONAL CONFERENCE ON ENGINEERING BUSINESS MANAGEMENT

(ICEBM)

UTM Razak School dan Advanced Technology and Graduate School of Business

Administration (GSBA), Meiji University telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa kali

Ketiga mengenai Engineering Business Management (EBM) 2014. Persidangan ini bertujuan

untuk menyediakan satu forum bagi ahli akademik dan penyelidik untuk bertukar idea dan

meneroka perkembangan terbaru dalam bidang Kejuruteraan, Perniagaan dan

Pengurusan. Persidangan tersebut dapat membina rangkaian, kerjasama dan usaha

bersama di kalangan peserta.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SUSTAINABLE URBAN DESIGN

FOR LIVABLE CITIES (SUDLIC 2014) SUDLiC 2014 telah diadakan pada 11 -13 November 2014 di UTM Kuala Lumpur. Seminar ini

bertujuan untuk menjadi platform antarabangsa dalam berkongsi idea dan teknologi antara

industri dan universiti. Melalui program ini, semoga ia dapat meningkatkan pemahaman dan

penyelidikan dalam bidang reka bentuk bandar yang mampan dan pembinaan bangunan

hijau serta dari bidang-bidang berkaitan.

Page 17: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

17 LAPORAN TAHUNAN 2014

GOP@JAPAN MENGGALAKKAN MAHASISWA UTM KL DALAM BERKONGSI

TEKNOLOGI TERMAJU DENGAN MAHASISWA UNIVERSITI TSUKUBA

Program GOP@Japan (Sakura’14) telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa,

Kolej Siswa Jaya, UTM KL dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Majlis

perasmian program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Rafidah bin Aziz, selaku Pengerusi

Air Asia X.

Objektif utama pelaksanaan program adalah untuk memberi pendedahan dan

pengetahuan tentang teknologi termaju terutamanya Teknologi Hijau kepada mahasiswa.

Selain itu, program ini juga diharap dapat membentuk budaya sihat dalam diri mahasiswa,

khususnya dengan mencontohi budaya masyarakat Jepun yang memiliki disiplin diri yang

tinggi, berintegriti, beretika serta kaya budi pekerti.

Page 18: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

18 LAPORAN TAHUNAN 2014

SISWA@KETEREH’14 – SISWA PRIHATIN

Pusat Khidmat Amal & Aktiviti Masyarakat Parlimen Ketereh (KHADAM KETEREH) dan

Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) menganjurkan Program Mesra Siswa Perdana 2014.

600 orang mahasiswa telah menyumbang bakti sebagai jawatankuasa penggerak,

fasilitator dan peserta. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri

Idris bin Haji Jusoh. Beliau berkata, ‘Melalui program ini, mahasiswa dapat melihat dan

merasai cara hidup masyarakat desa.’ Budaya tempatan seperti wayang kulit dapat

dipertontonkan.

Kembara Motivasi Tan Sri Annuar Musa disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah.

Treasure Hunt, Gotong-royong, Sukan Rakyat, Selawat Perdana dan Malam Kebudayaan

memeriahkan program. Sebagai tanda perihatin, mahasiswa UTM KL menyumbangkan

wakaf di Kampung Chengal.

Page 19: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

19 LAPORAN TAHUNAN 2014

ASIMILASI MANTAP FAKTOR UTAMA KEJAYAAN PROGRAM LIBATSAMA

KOMUNITI DI PADANG, INDONESIA

Program CE@Padang atau lebih dikenali sebagai Rafflesia’14 telah dilaksanakan oleh

mahasiswa UTM KL di bawah bimbingan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (HEMA) dan

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UTM-CTC). Ia juga mendapat kolaborasi daripada

Politeknik Universitas Andalas dan Komuniti Penduduk Nagari Koto Rantang, daerah Batang

Palupuh, Bukittinggi, Indonesia.

Majlis Pembukaan Program telah dirasmikan oleh Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI),

YB. Senator Datuk Seri Mohd Ali bin Hj. Mohd Rustam dan Wakil Gabenur Sumatera Barat,

Bapak Kassim.

Antara aktiviti adalah sesi berkhatan, pemeriksaan kesihatan rumah ke rumah, ‘bedah

rumah’, tutorial fun with science dan juga perkongsian teknologi komputer kepada

murid/guru sekolah dasar di sana.

Page 20: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

20 LAPORAN TAHUNAN 2014

HASIL JUALAN AMAL PROGRAM FIESTA’14: ‘GIVE FROM THE HEART’ MELEBIHI

SASARAN

Mahasiswa Kediaman Siswa Jaya (KSJ) dengan usaha sama Pusat Transformasi Komuniti

Universiti (UTM-CTC) dan Unit Pengurusan Makmal Universiti (UPMU) telah menganjurkan

Program UTM-Engage: ‘Give from the Heart’. Program ini turut mendapat kerjasama

daripada Persatuan AnNajjah Selangor serta beberapa warga prihatin UTM KL.

Ia berkonsepkan kepada jualan amal barang-barang terpakai yang telah disumbangkan

oleh pelbagai pihak. Hasil jualan telah diserahkan kepada Tabung Dana Gaza pada Majlis

Sambutan Ambang Merdeka & Penutupan Fiesta Terbuka KSJ.

Sebahagian daripada barangan tersebut juga telah diberikan kepada sejumlah 45 orang

penghuni Rumah Kebajikan Nuri, Setiawangsa. Mereka diberi keistimewaan untuk memilih

kelengkapan baju sempena Raya Haji yang bakal tiba.

Page 21: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

21 LAPORAN TAHUNAN 2014

KONVENSYEN KEPIMPINAN MUDA NUSANTARA (NUSA ’14)

Pada 19-21 Disember 2014, Konvensyen Kepimpinan Muda Nusantara (NUSA ’14) telah

berlangsung di Akademi Kenegaraan Birotatanegara, Kuala Lumpur. Program telah disertai

seramai 250 orang peserta daripada lima (5) buah IPTA iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti

Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai tuan rumah.

Konvensyen ini turut dihadiri oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bekas Perdana Menteri

Malaysia) yang telah menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Halatuju Melayu Islam Menjelang

Wawasan 2020’.

Page 22: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

22 LAPORAN TAHUNAN 2014

SYARAHAN UMUM OLEH PROF. DR TU WEIMING

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2014 – Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (UTM

CASIS), telah menganjurkan syarahan umum bertajuk “Doctrine of the Mean and

Moderation in the Context of Regional Multiculturalism” oleh Prof. Dr. Tu Weiming.

Beliau merupakan Profesor Falsafah dan Pengarah Institut Kajian Lanjutan Humanistik di

Peking University, Profesor Penyelidikan di Universiti Harvard dan Fellow Akademi Amerika

Sastera dan Sains.

Sebagai penyokong utama “Third Epoch of Confucian Humanism”, beliau sentiasa

melibatkan diri dalam tafsiran klasik Confucian, dan pada masa yang sama menjalankan

penilaian daripada perspektif perkembangan budaya global pluralis untuk penyuburan

semula kebudayaan Cina melalui transformasi tradisi kreatif.

Pelbagai topik telah dibahaskannya, termasuklah "Kebudayaan China", "Dialog Antara

Tamadun", “Reflection on the Enlightenment Mentality” dan “Third Epoch of Confucian

Humanism”.

Page 23: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

23 LAPORAN TAHUNAN 2014

SYARAHAN UMUM BERKENAAN “THE ECONOMIC TRANSFORMATION OF

MALAYSIA” OLEH PROFFESOR DR. DIEGO ADOLFO COMIN, HARVARD BUSINESS SCHOOL

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2014 - UTM International Business School (UTM IBS) telah

menganjurkan Syarahan Umum bertajuk “The Economic Transformation Of Malaysia” oleh

Profesor Dr. Diego Adolfo Comin dari Harvard Business School.

Pada 21 September 2010, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Program

Transformasi Ekonomi (ETP). Ia dapat dilihat sebagai program teras di negara ini yang

menjadi pelan transformasi ekonomi menyeluruh untuk menggerakkan ekonomi Malaysia ke

dalam ekonomi berpendapatan tinggi.

Negara telah memasuki tahun ke-4 pelaksanaan ETP telah membantu meningkatkan dan

menjadi pemangkin kepada ekonomi negara. Dengan syarahan umum ini, beliau memberi

maklumat agar rakyat perlu memahami dengan lebih mendalam untuk meningkatkan

pelaksanaannya untuk berfikir secara kritikal dan memahami intipati teras program.

Page 24: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

24 LAPORAN TAHUNAN 2014

SYARAHAN KEPIMPINAN OLEH YBHG. TAN SRI RAFIDAH AZIZ

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2014 – Sebagai sebahagian daripada Siri Syarahan Kepimpinan

anjuran MJIIT, YBhg. Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi Air Asia X dan Mantan Menteri

Perdagangan Antarabangsa dan Industri 1987-2008, telah menyampaikan syarahan

bertajuk “Japan-Malaysia Relations beyond the Look East Policy”.

Beliau menyentuh mengenai hubungan Malaysia-Jepun yang dinamik secara serantau dan

global. Beliau juga menasihatkan agar mahasiswa dapat berfikir secara inovatif untuk

pembangunan Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020.

Page 25: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

25 LAPORAN TAHUNAN 2014

CASIS SATURDAY NIGHT LECTURE SERIES

KUALA LUMPUR, 5 April 2014 – Yang Mulia Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

mengingatkan kembali perihal adab. Adab itu bukanlah mainan bicara tilikan nazar. Akan

tetapi, ilmu yang benar menerangkan akan kedudukan yang sah bagi tiap-tiap maujud itu,

yang dengannya kedudukan yang haq bagi dirinya sendiri juga diketahui.

Tan Sri Prof. menjelaskan makna perkataan “Dīn” yang dihurainya selama lebih 40 tahun lalu

bukanlah terhasil daripada angan-angan dan tilikan buta, tetapi pengamatan yang teliti

daripada al-Qur’ān beserta anugerah petunjuk dan ilham daripada Ilahi. Maka tidaklah

wajar sekiranya seorang murid itu hanya setelah mendengar slogan-slogan bahawa “Dīn”

itu lebih tepat diterjemah sebagai “way of life” atau “cara hidup” terus sahaja membuat

keputusan bahawa tentu sekali ini terjemahan yang lebih tepat, yang lebih meliputi

keseluruhan makna kalimah itu.

Ilmu mengenai Islam tidaklah harus dihadkan semata-mata kepada ilmu fiqh, tetapi

haruslah merangkumi keseluruhannya yang meliputi fiqh, kalam dan tasawwuf. Cabaran

pembangunan yang begitu pesat dalam dunia hari ini tidaklah harus memalingkan kita

daripada pembangunan diri insan yang secara peribadi itu.

Page 26: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

26 LAPORAN TAHUNAN 2014

NEW ZEALAND WEEK 2014

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2014 – Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur menjadi tuan

rumah kepada seminar “Guardianship and Economic Development: Indigenous Community-

Based Eco-Tourism”, sempena sambutan New Zealand Week 2014.

Ia bertujuan untuk memberi peluang mempelajari ekonomi, budaya, masyarakat dan

pemuliharaan daripada eko-pelancongan masyarakat Kaitiakitanga di Māori.

Seminar tersebut telah dihadiri oleh Dr. Pita Sharples, Menteri Dalam Negeri, Māori, New

Zealand dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Moham ed Nazri bin Tan Sri

Abdul Aziz.

Penemuan hubungan budaya antara New Zealand dan Malaysia dapat dik ongsi bersama

untuk pembangunan ekonomi seterusnya dapat mengukuhkan kerjasama pada masa

hadapan.

Page 27: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

27 LAPORAN TAHUNAN 2014

BUKU TUN ABDULLAH AYUB : RIWAYAT SEORANG PENTADBIR (KETUA

SETIAUSAHA NEGARA 1979-1981) DILANCAR

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2014 – Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan majlis

pelancaran buku Tun Abdullah Ayub; Riwayat Seorang Pentadbir (Ketua Setiausaha Negara

1979-1981) hasil karya Datin Seri Fatini Yaacob dan Toh Puan Anna Abdul Ranee. Karya ini

telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan

Malaysia.

Tun Abdullah Ayub adalah tokoh-tokoh pentadbir yang memainkan peranan penting

merealisasikan dasar-dasar kerajaan di sebalik nama-nama besar negarawan iaitu Perdana

Menteri Malaysia.

Beliau dilantik sebagai KSN dan Pengerusi NEB (1 Januari 1979 – 3 Januari 1981) dan

Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam (1981-1991). Beliau turut memegang beberapa

jawatan seperti Pengerusi SPPK Sdn Bhd (1971-84), Lembaga Pengarah Perbadanan negeri

Johor (1971-2001), Pro-Canselor UTM (1998-2011) dan Senator Dewan Negara (2001-2004).

Sehingga kini dalam usia 87 tahun, beliau masih menjadi Pengerusi Koperasi Sedar Berhad,

Pasir Panjang Laut, iaitu koperasi yang ditubuhkan untuk kemajuan dan penyatuan warga

kampungnya.

Page 28: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

28 LAPORAN TAHUNAN 2014

Sesungguhnya nama Abdullah Ayub begitu sinonim dengan kecem erlangan perkhidmatan

awam. Prestasi perkhidmatannya yang cemerlang sewaktu berkhidmat dengan kerajaan

dan setelah bersara, mewajarkan beliau ditempatkan sebagai salah seorang pentadbir

yang terbilang pernah dilahirkan oleh negara.

Sesungguhnya, penerbitan buku ini dapat memperkayakan khazanah keilmuan negara, di

samping pemangkin dalam memumpuk sikap dedikasi, bertanggungjawab, berintegriti, dan

patriotik demi berkorban dan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

Page 29: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

29 LAPORAN TAHUNAN 2014

KOMITMEN TINGGI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) TERHADAP USAHA

PEMELIHARAAN KEPELBAGAIAN BIO DAN KHAZANAH NEGARA

GERIK, PERAK, 23 SEPTEMBER 2014 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan

Program Sambutan Penyelidikan TRANSROYAL UTM 2014 bertempat di Kampung Sg. Raba,

Temenggor, Perak.

Program ini dianjurkan oleh UTM dengan kerjasama universiti tempatan dan antarabangsa

serta pelbagai agensi kerajaan di peringkat negeri dan daerah.

Program sambutan ini direncanakan susulan penyelidikan berimpak tinggi pelbagai bidang

yang sedang giat dilaksanakan secara bersepadu terutama melibatkan teknologi geo -

spatial moden yang dihubung jalinkan bagi mengenalpasti permasalahan sebenar berkait

dengan ekosistem terrestrial (hutan) dan akuatik (tasik) dan seterusnya menyokong kajian

pengurusan sumberjaya, pembangunan lestari dan perubahan iklim.

Tanggungjawab yang besar inilah yang tersandang di bahu serta diusahakan dengan

penuh tekun oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dengan

kerjasama strategik rakan-rakan penyelidik daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT)

tempatan dan luar negara, selain agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Sebanyak empat tonggak utama penyelidikan dikenalpasti bagi kajian UTM-Royal Belum

iaitu (1) geo-keselamatan; (2) geo -kelestarian; (3) geo-biodiversiti dan ekosistem dan; (4)

teknologi luar bandar.

Page 30: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

30 LAPORAN TAHUNAN 2014

ADVANCED SENIOR MANAGEMENT PROGRAM 2014

BERSAMA PROFESSOR DAVID YOFFIE, HARVARD BUSINESS SCHOOL

KUALA LUMPUR, 19 November 2014 – UTM International Business School telah menganjurkan

“Advanced Senior Management Programme 2014” bersama Professor dari Harvard Business

School, David B. Yoffie.

Ia bertujuan untuk membangunkan kemahiran pengurusan dan membuat keputusan

pengurus, selaras dengan pemikiran pengurusan kontemporari.

Program ini dijalankan khas untuk kakitangan pengurusan, pengurus kanan dan pengarah

syarikat-syarikat yang menyediakan permintaan pasaran dengan memajukan pengetahuan

pengurusan.

Program selama 2 hari membolehkan para peserta untuk mempelajari cara penyelesaian

masalah jangka pendek. Selain itu, ia menyediakan proses intensif penilaian sendiri dengan

bertujuan untuk memperolehi kemahiran analitikal dan strategik bagi memacu inovasi,

prestasi dan membuat keputusan yang berkesan di seluruh organisasi.

Page 31: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

31 LAPORAN TAHUNAN 2014

MALAYSIA’S HUMAN CAPITAL TOWARDS A HIGH-INCOME ECONOMY

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2014 – UTM International Business School dan Harvard Business

School Alumni Club of Malaysia telah menganjurkan ceramah oleh YB Encik Khairy

Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. Tajuk ceramah ‘Malaysia’s Human Capital Towards A

High-Income Economy’ menyentuh berkenaan pendekatan Malaysia ke arah ekonomi

berpendapatan tinggi.

Ekonomi Malaysia perlu melihat keseimbangan antara ekonomi modal dan ekonomi rakyat.

Ekonomi Modal merujuk kepada pengurusan dan dasar dari perspektif makro ekonomi. Ini

akan memudahkan negara untuk menetapkan sasaran utamanya dan menanda aras

dengan negara-negara lain.

Ia termasuklah dalam pengurusan ekonomi berasaskan modal, pertumbuhan KDNK,

pendapatan per kapita, pelaburan swasta, pasaran modal, keuntungan korporat, penilaian

dan kredit, indeks Bursa dan nilai saham.

Page 32: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

32 LAPORAN TAHUNAN 2014

LAPORAN PERPUSTAKAAN : KOLEKSI & PEROLEHAN

Jumlah Bahan di UTM Reading Stations

Jumlah bahan di Reading Stations UTM KL sehingga Disember 2014 adalah sebanyak

3,840 buah bahan berbanding 3,590 pada tahun 2013. Iaitu pertambahan sebanyak 250

buah bahan. Ia merangkumi bahan Buku dan juga Jurnal.

Unit Perolehan

Pada tahun 2014, Unit Perolehan Perpustakaan UTM KL telah diberi tanggungjawab untuk

menguruskan peruntukan sebanyak RM1,000,000.00 bagi tujuan perolehan bahan baru

berbanding RM500,000.00 yang diterima pada tahun 2013. Unit Perolehan Perpustakaan UTM

KL turut menerima peruntukan tambahan sebanyak RM150,000.00 untuk pembangunan

koleksi Ocean Thermal Energy Centre (OTEC)

0.00

500,000.00

1,000,000.00

1,500,000.00

500,000.00

1,150,000.00

JUMLAH BAJET DITERIMA (RM)

2013 2014

Page 33: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

33 LAPORAN TAHUNAN 2014

AGIHAN PERUNTUKAN

Peruntukan RM1,150,000.00 yang diterima telah diagihkan seperti berikut

AIS 65,000.00

IBS 140,000.00

PERDANA SCHOOL 55,000.00

RAZAK SCHOOL 100,000.00

MJIIT 300,000.00

UTMSPACE - PPD 40,000.00

CAIRO 80,000.00

IKG 50,000.00

CASIS 70,000.00

OTEC 200,000.00

FICTION 5,000.00

REFERENCE 45,000.00

AGIHAN PERUNTUKAN PUTM KL 2014 (RM)ADVANCED INFORMATICS SCHOOL (AIS)

INTERNATIONAL BUSINESS SCHOOL (IBS)

PERDANA SCHOOL OF SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION POLICY (PERDANA SCHOOL)RAZAK SCHOOL OF ENGINEERING AND ADVANCED TECHNOLOGY (RAZAK SCHOOL)

MALAYSIA - JAPAN INTERNATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (MJIIT)

SCHOOL OF PROFESSIONAL AND CONTINUING EDUCATION - FULLTIME DIPLOMA (UTMSPACE - PPD)CENTRE FOR ARTIFICIAL INTELLIGENCE AND ROBOTICS (CAIRO)

INSTITUTE OF NOISE AND VIBRATION (IKG)

CENTRE FOR ADVANCED STUDIES ON ISLAM, SCIENCE AND CIVILISATION (CASIS)

OCEAN THERMAL ENERGY CENTRE (OTEC)

FICTION KL

REFERENCE KL

Page 34: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

34 LAPORAN TAHUNAN 2014

PENERIMAAN BAHAN Penerimaan bahan yang berjumlah 2,299 naskhah merangkumi pesanan bahan yang

dibuat pada tahun 2013 dan 2014. Jumlah penerimaan bagi tahun 2014 adalah sebanyak

2,299 judul dan naskhah berbanding 1,718 pada tahun 2013.

UNIT BIBLIOGRAFIK Unit Bibliografik (UB) merupakan salah satu bahagian yang bertanggungjawab di dalam

aktiviti memproses bahan dan maklumat untuk pembangunan koleksi Perpustakaan UTM.

Unit Bibliografik bertanggungjawab untuk memproses bahan yang diterima dari Unit

Perolehan untuk dikatalog, dilabel dan dihantar ke Unit / Perpustakaan Cawangan bagi

ditempatkan di rak dan seterusnya bagi kegunaan pengguna. Peningkatan bahan yang

dikatalog telah menambah stok Perpustakaan UTM KL kepada 109,458 judul.

0

500

1,000

1,500

2,000

2,500 1,718

2,299

NASKHAH

2013

2014

Page 35: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

35 LAPORAN TAHUNAN 2014

PENGUNJUNG PERPUSTAKAAN MENARA RAZAK

Bilangan pengunjung Perpustakaan Menara Razak meningkat dari 1604 orang pada tahun

2013 kepada 2470 orang pada tahun 2014.

Page 36: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

36 LAPORAN TAHUNAN 2014

PERPUSTAKAAN MJIIT

Perpustakaan MJIIT telah beroperasi pada Jun 2013. Fungsi perpustakaan adalah untuk

memenuhi keperluan pengguna terutama para pelajar dan staf akademik MJIIT. Aktiviti

sepanjang tahun adalah termasuk menerima cadangan pembelian daripada pensyarah

MJIIT, mengkatalog bahan hadiah dan urusan pinjaman bahan.

JUMLAH PENGUNJUNG

Jumlah pengunjung ke Perpustakaan MJIIT telah mempunyai peningkatan berbanding 2013

dengan 2014 iaitu daripada 553 kepada 1137 orang.

Page 37: LAPORAN TAHUNAN 2014 - · PDF filemenawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan n. Hanya ... Kerja struktur - Blok 1 – Aras 9 - Blok 2 –

UTM KUALA LUMPUR

37 LAPORAN TAHUNAN 2014

JAWATANKUASA TEKNIKAL LAPORAN TAHUNAN UTM KL 2013

PENGARANG

Puan Siti Salamah Mohd Shihab

EDITOR

Puan Mirahani Maris

PEREKA

Encik Muhaimin Sulong Tuah

JURUGAMBAR

Encik Muhammad Faiz Mahmood