bahagian pasca perkhidmatan

27
BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN No. Siri : BP 1/03 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

Upload: elvin

Post on 21-Jan-2016

78 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

No. Siri : BP 1/03 No. Fail: JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN. “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”. PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

No. Siri : BP 1/03No. Fail : JPA(BKP)548/1/12Pindaan : 00/2009

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUANMENGENAI FAEDAH TERBITAN

“JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

Page 2: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

JPA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUANMENGENAI FAEDAH TERBITAN

Page 3: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

Kata-kata AluanKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi.

Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan.

Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI ISMAIL ADAM)

Page 4: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Tujuan 1

2. Kedudukan Di bawah Undang-undang Pencen 1

3. Tafsiran “Orang Tanggungan” 2

4. Anggota Berpencen Yang Mati Dalam Perkhidmatan

4

5. Anggota Berpencen Yang Mati Dalam Persaraan

11

6. Pegawai Sementara Yang Mati Dalam Perkhidmatan Atau Mati Dalam Persaraan

13

7. Formula dan Contoh Pengiraan Faedah Terbitan

14

8. Pembahagian Faedah Terbitan Kepada Orang Tanggungan

15

9. Pencen Tanggungan 16

10. Peringatan-peringatan Penting 17

11. Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank 19

12. Pembayaran Pencen Kepada Anak 19

13. Kad Pesara 21

14. Pertanyaan 22

Page 5: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

1

1. TUJUAN

Panduan ini bertujuan untuk menerangkan pemberian faedah terbitan di bawah undang-undang pencen kepada orang tanggungan pegawai berpencen Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri dan pekerja berpencen Perkhidmatan Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (selepas ini disebut “anggota berpencen”) dan pegawai sementara Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri yang mati dalam perkhidmatan atau yang mati dalam persaraan (selepas ini disebut gemulah) dan urusan permohonannya.

2. KEDUDUKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG PENCEN

2.1 Faedah terbitan kepada orang tanggungan anggota berpencen diperuntukkan di bawah :

(a) Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Peraturan-peraturan Pencen 1980; dan

(b) Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) dan Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990.

2.2 Faedah terbitan tersebut ialah :

(a) Ganjaran Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 Akta 227 atau Seksyen 15 Akta 239;

Page 6: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

2

(b) Pencen Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 atau 15 Akta 227 atau Seksyen 15 atau 16 Akta 239;

(c) Pencen Tanggungan diperuntukkan di bawah Seksyen 18 Akta 227 atau Seksyen 20 Akta 239; dan

(d) Elaun Bersara Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 25 Akta 227.

3. TAFSIRAN “ORANG TANGGUNGAN”

3.1 Balu/Duda

(a) Balu/duda ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang anggota yang mati, yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat dan kelaziman.

(b) Bagi orang yang bukan beragama Islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], mengkehendaki perkahwinan selepas 1 Mac 1982 didaftarkan.

(c) Bagi orang yang beragama Islan, sekiranya berlaku kematian suami semasa dalam tempoh eddah, maka isteri layak diberi faedah terbitan.

Page 7: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

3

3.2 Anak

Anak ertinya anak seorang anggota atau pesara yang mati dan berumur di bawah 21 tahun dan masih belum berkahwin, iaitu :

(a) anak kandung;

(b) anak tiri tanggungan;

(c) anak tak sah taraf, iaitu anak yang dikandung atau lahir sebelum atau tanpa

perkahwinan yang sah;

(d) anak angkat, iaitu anak yang diambil sebagai anak angkat oleh anggota itu di

bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman;

(e) anak cacat, iaitu anak yang tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal, dan tidak berupaya menanggung nafkahnya sendiri, sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun. Bagi anggota yang dilantik sebelum 16 Mei 1986, syarat umur 21 tahun itu tidak

terpakai; dan

(f) bagi anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) menuju ijazah pertama akan terus diberi pencen terbitan, selagi mereka tidak berkahwin atau berhenti menuntut atau mendapat ijazah tersebut mengikut mana yang terdahulu.

Page 8: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

4

3.3 Ibu atau Bapa

Ibu atau bapa ertinya ibu kandung atau bapa kandung kepada anggota berpencen yang mati dalam perkhidmatan.

3.4 Wakil Yang Sah Di sisi Undang-undang

Wakil yang sah di sisi undang-undang ertinya orang yang diberi kuasa atau yang bertindak bagi pihak atau keluarga terdekat kepada anggota berpencen yang mati.

4. ANGGOTA BERPENCEN YANG MATI DALAM PERKHIDMATAN

4.1 Anggota Berpencen Yang Berkahwin

(a) Ganjaran terbitan dan pencen terbitan diberi kepada :

(i) balu; atau(ii) duda kepada anggota berpencen

yang berada dalam perkhidmatan pada atau selepas 1 Julai 1980; dan/atau

(iii) anak; dan(iv) ibu atau bapa sebanyak 1/10

bahagian daripada ganjaran terbitan sahaja dan tiada pencen terbitan.

Page 9: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

5

4.2 Anggota Berpencen Yang Bujang

(a) Ganjaran terbitan sahaja diberi kepada :

(i) ibu atau bapa (jika ibu telah meninggal dunia); atau

(ii) wakil yang sah di sisi undang-undang.

4.3 Pencen Tanggungan

(a) Sebagai tambahan kepada pencen terbitan/ ganjaran terbitan dan tertakluk kepada

syarat-syarat yang ditetapkan, pencen tanggungan boleh diberi kepada orang tanggungan anggota berpencen yang mati dalam tempoh tujuh tahun disebabkan :

(i) kemalangan dalam perjalanan; atau(ii) mendapat bencana semasa melaksanakan tugas rasminya; atau(iii) mendapat penyakit kerana

tugasnya.

dengan syarat bencana yang menimpa, kemalangan yang berlaku, atau penyakit yang dihidapi tidak berpunca daripada kecuaian atau salah laku anggota itu dan tidak menjadi semakin teruk oleh kerana kecuaian atau salah lakunya.

Page 10: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

6

(b) Pencen tanggungan diberi kepada :

(i) balu;(ii) duda dalam tanggungan iaitu duda

yang mengalami cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tiada upaya menanggung diri sendiri;

(iii) anak, terhad kepada enam orang sahaja dikira dari yang tertua sekali; dan

(iv) ibu atau bapa (jika ibu telah meninggal dunia) yang bergantung sepenuhnya atau sebahagian besar nafkah kepada gemulah.

4.4 Bagaimana Memohon Faedah Terbitan Apabila Berlaku Kematian Dalam Perkhidmatan?

(a) Tindakan oleh Balu/Duda/Waris

Jika berlaku kematian anggota berpencen dalam perkhidmatan, balu/duda/waris hendaklah mengambil tindakan berikut :

(i) laporkan segera kepada Ketua Jabatan

di mana anggota berpencen berkhidmat; dan

(ii) memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan.

Page 11: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

7

(a) Tindakan Oleh Ketua Jabatan

Borang dan dokumen yang diperlukan untuk memohon faedah terbitan ialah seperti di bawah. Bagi anggota berpencen yang

bujang, borang dan dokumen yang diperlukan ialah yang bertanda (*) sahaja.

(i) Borang JPA.BP.SPT.B01a –Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Perkhidmatan*;

(ii) Borang JPA.BP.SPT.B01e –Maklumat Tanggungan beserta sisipan Surat Akuan Balu/Duda yang sah;

(iii) Borang JPA.BP.SPT.B02 –Permohonan Penjaga jika anak tidak dijaga oleh ibu atau bapa kandung;

(iv) Borang JPA.BP.SPT.B03a –Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau JPA.BP. SPT.B03b bagi anak yang menuntut di luar negeri (jika berkenaan);

(v) Borang JPA.BP.SPT.B06 –Maklumat Akaun Bank Penerima

Pencen dan Salinan muka surat yang mengandungi maklumat nama dan nombor akaun bank;

Page 12: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

8

(vi) Borang JPA.BP.SPPP.B04 –

Notis Pelepasan/Pengasingan

Caruman Kerajaan di Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja untuk tujuan

pengiraan faedah persaraan (tidak

perlu ditandatangani)*;

(vii) Borang JPA.BP.UMUM.B01 –

Sijil Akuan Berhutang/Tidak

Berhutang*;

(viii) Borang JPA.BP.UMUM.B02.Pin –

Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh

Dikumpulkan di bawah Peraturan 21,

Peraturan-peraturan Pencen 1980 (jika

berkenaan)*;

(ix) Borang JPA.BP.UMUM.B03 –

Maklum balas Siasatan Polis Bagi Kes

Kemalangan (jika berkenaan)*;

(x) Borang JPA.BP.UMUM.B04 –

Laporan Pengesahan Pakar Perubatan

Mengenai Anak Cacat/Cacat Anggota

(jika berkenaan);

(xi) Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan

Kenyataan Cuti*;

(xii) Salinan Sijil Kematian*;

(xiii) Sijil Nikah / Sijil Pendaftaran

Perkahwinan;

(xiv) Salinan Kad Pengenalan Balu/Duda;

Page 13: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

9

(xv) Salinan Sijil Kelahiran dan salinan Kad

Pengenalan anak di bawah 21 tahun

yang belum berkahwin dan tiada had

umur bagi anak cacat;

(xvi) Salinan surat pengesahan

pengambilan anak angkat (jika

berkenaan);

(xvii) Salinan Kad Pengenalan ibu atau

bapa/wakil diri yang sah di sisi

undang-undang (mana yang

berkenaan)*; dan

(xviii) Salinan Sijil Kelahiran anggota atau

bukti pengesahan ibu atau bapa*.

4.5 Bagaimana Memohon Pencen Tanggungan?

(a) Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan

dokumen-dokumen berikut :

(i) Surat permohonan pencen

tanggungan oleh orang tanggungan

yang layak. bagi anggota berpencen

yang telah berkahwin dan mempunyai

tanggungan, dipohon oleh balu/duda

dalam tanggungan, anak dan ibu atau

bapa; dan bagi anggota berpencen

yang bujang, dipohon oleh ibu atau

bapa.

Page 14: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

10

DAN

Bagi kes kemalangan dalam

perjalanan atau akibat menanggung

bencana :

(ii) Borang JPA.BP.UMUM.B03 –

Maklum balas Siasatan Polis

Bagi Kes Kemalangan;

(iii) Pengesahan Ketua Jabatan

bahawa anggota berpencen

menanggung bencana semasa

melaksanakan tugas rasminya;

dan

(iv) Keputusan inkues (jika kecuaian

atau kesalahan tidak dapat

ditentukan oleh pihak polis).

ATAU

Bagi kematian akibat menghidapi

penyakit kerana tugasnya :

(i) Pengesahan daripada Pegawai

Perubatan Kerajaan bahawa

anggota berpencen mendapat

penyakit kerana jenis tugasnya;

dan

(ii) Pengesahan Ketua Jabatan

mengenai tugas anggota berpencen.

Page 15: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

11

5. ANGGOTA BERPENCEN YANG MATI DALAM

PERSARAAN

5.1 Pencen terbitan sahaja diberi kepada :

(i) Balu; atau

(ii) Duda kepada anggota berpencen yang

berada dalam perkhidmatan pada atau

selepas 1 Julai 1980; dan/atau

(iii) Anak.

5.2 Bagaimana Memohon Faedah Terbitan Apabila

Berlaku Kematian Dalam Persaraan?

(a) Tindakan Oleh Balu/Duda/Waris

Apabila berlaku kematian pesara, balu/duda

yang layak hendaklah memohon pencen

terbitan dengan mengemukakan

dokumen- dokumen yang disahkan seperti

berikut :

(i) Borang JPA.BP.SPT.B01d –

Permohonan Faedah Terbitan Bagi

Kematian Dalam Persaraan beserta

sisipan Surat Akuan Balu/Duda yang

sah;

(ii) Bagi anak yang belajar di IPT di dalam

negara, sila sertakan borang

JPA.BP.SPT.B03a, manakala

borang JPA.BP.SPT.B03b bagi anak

yang menuntut di luar negeri;

Page 16: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

12

(iii) Borang JPA.BP.SPT.BP06 dan salinan

muka surat yang mengandungi maklumat

nama dan nombor akaun bank;

(iv) Bagi anak cacat, sila sertakan borang

JPA.BP.UMUM.B04 iaitu borang Laporan

Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai

Anak Cacat Yang Memohon Pencen

Terbitan/Pencen Tanggungan semasa

mengemukakan permohonan (sekiranya

belum melaporkan perkara ini);

(v) Salinan Kad Pengenalan balu/duda;

(vi) Salinan Sijil Kelahiran dan salinan Kad

Pengenalan anak di bawah 21 tahun yang

belum berkahwin dan tiada had umur bagi

anak cacat;

(vii) Salinan Sijil Kematian;

(viii) Salinan Sijil Nikah/Sijil Pendaftaran

Perkahwinan; dan

(ix) Kad Pesara yang asal.

Page 17: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

13

6. PEGAWAI SEMENTARA YANG MATI DALAM

PERKHIDMATAN ATAU MATI DALAM PERSARAAN

6.1 Jika pegawai sementara yang memenuhi syarat-syarat

seperti yang disebutkan di bawah iaitu :

(a) dilantik sebelum 1 Januari 1976 dan

berkhidmat terus menerus sehingga tarikh

persaraannya selepas itu;

(b) mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh

dimasukkira selama tidak kurang daripada

10 tahun; dan

(c) tidak kena mencarum kepada mana-mana

kumpulan wang simpanan pada tarikh

pelantikan.

mati dalam perkhidmatan, boleh beri :

(a) ganjaran terbitan dan elaun bersara terbitan

kepada orang tanggungan seperti di

perenggan 4.1; atau

(b) ganjaran terbitan sahaja kepada orang

tanggungan seperti di perenggan 4.2

panduan ini.

mati dalam persaraan, boleh beri :

(a) elaun bersara terbitan kepada orang

tanggungan seperti di perenggan 5.1

panduan ini.

Page 18: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

14

6.2 Ganjaran terbitan dan elaun bersara terbitan ialah sama banyak dengan tiga perempat (3/4) daripada ganjaran dan pencen yang lazim kena dibayar kepada pegawai berpencen yang bersara di bawah Akta 227.

7. FORMULA DAN CONTOH PENGIRAAN FAEDAH TERBITAN

7.1 Ganjaran Terbitan

Contoh

7.5% x 350 x RM1,960 = RM51,450

7.2 Pencen Terbitan

Contoh

1/600 x 350 x RM1,960 = RM1,143.33

tetapi terhad kepada setengah gaji akhir sekiranya perkhidmatan adalah 300 bulan atau lebih = RM980 sebulan.

Bagi anggota berpencen yang mati dalam perkhidmatan yang mana perkhidmatannya kurang dari 10 tahun akan menerima pencen terbitan tidak kurang 1/5 daripada gaji yang akhir diterima.

7.5 x Jumlah genapnya bulan perkhidmatan

yang boleh dimasukkira

x Gaji yang akhir

diterima

1/600

x Jumlah genapnya bulan

perkhidmatan yang boleh dimasukkira

x Gaji yang akhir

diterima

Page 19: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

15

8. PEMBAHAGIAN FAEDAH TERBITAN KEPADA ORANG

TANGGUNGAN

8.1 Ganjaran Terbitan

- 1/10 bahagian kepada ibu atau bapa (jika

ibu telah meninggal dunia).

- 9/10 bahagian kepada balu atau duda dan

anak-anak.

Contoh

1/10 bahagian dari RM51,450 = RM 5,145

9/10 bahagian dari RM51,540 = RM46,305

JUMLAH RM51,450

8.2 Pencen Terbitan

- 2 bahagian kepada balu atau duda.

- 1 bahagian kepada anak-anak.

Contoh

Jika anggota berpencen meninggalkan 2 orang

balu dan 3 orang anak

2 bahagian kepada 2 orang balu = 4

1 bahagian kepada 3 orang anak = 3

JUMLAH 7

Pencen terbitan setiap balu : 2/7 x RM980 =

RM280 sebulan

Pencen terbitan setiap anak : 1/7 x RM980 =

RM140 sebulan

Page 20: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

16

9. PENCEN TANGGUNGAN

(a) Kadar pencen tanggungan sekiranya bencana, kemalangan atau penyakit berlaku di dalam Kawasan

Keselamatan.

(b) Kadar pencen tanggungan sekiranya bencana, kemalangan atau penyakit berlaku di luar Kawasan Keselamatan.

(c) Pencen tanggungan dikira mengikut kadar pencen tanggungan yang layak bagi orang tanggungan itu daripada gaji yang akhir diterima oleh anggota berpencen yang mati dalam perkhidmatan.

Balu Anak Ibu/Bapa

1/4 1/24 1/8

1/4 Tiada 1/8

Tiada 1/12 1/4

Tiada Tiada 1/4

Tiada 1/12 Tiada

Balu Anak Ibu/Bapa

1/6 1/48 1/12

1/6 Tiada 1/12

Tiada 1/24 1/6

Tiada Tiada 1/6

Tiada 1/24 Tiada

Page 21: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

17

10. PERINGATAN-PERINGATAN PENTING

10.1 Pencen Terbitan dan Pencen Tanggungan

(a) Pencen terbitan kepada anak akan

diteruskan selagi mereka tidak mencapai

umur 21 tahun atau berkahwin mengikut mana

yang terdahulu. Bagi anak yang sedang

menuntut di IPT menuju ijazah pertama,

pencen terbitan akan diteruskan selagi

mereka tidak berkahwin atau berhenti

menuntut atau mendapat ijazah

tersebut mengikut mana yang terdahulu. Bagi

anak cacat otak atau hilang upaya jasmani

secara kekal dan tidak berupaya

menanggung diri sendiri, pencen terbitan akan

diteruskan.

(b) Pencen terbitan kepada balu/duda di mana

perkahwinan dilangsungkan semasa

gemulah masih dalam perkhidmatannya

serta anak hasil dari perkahwinan itu akan

disusutkan kepada 70% setelah 12 ½ tahun dari

tarikh bersara atau tarikh mati dalam

perkhidmatan, mana yang berkenaan.

(c) Pencen terbitan kepada balu/duda di mana

perkahwinannya dengan gemulah

dilangsungkan dalam persaraan serta anak

hasil dari perkahwinan itu akan dihentikan

setelah 12 ½ tahun dari tarikh bersara.

Page 22: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

18

(d) Pencen terbitan kepada seseorang balu/

duda/anak akan dihentikan setelah 12 ½

tahun dari tarikh bersara atau tarikh mati

dalam perkhidmatan jika balu/duda/anak

tidak bermastautin di Malaysia.

(e) Penerima pencen terbitan/pencen

tanggungan bertanggungjawab memberitahu

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),

Bahagian Pencen sekiranya mereka

merancang untuk ke luar negeri bagi tempoh

melebihi tiga bulan.

(f) Penerima pencen terbitan/pencen

tanggungan bertanggungjawab memberitahu

JPA, Bahagian Pasca Perkhidmatan sekiranya

mereka tidak bermastautin di Malaysia.

(g) Anak yang menerima pencen terbitan

bertanggungjawab memberitahu JPA,

Bahagian Pasca Perkhidmatan jika ia

berkahwin atau telah mendapat ijazah

pertama atau berhenti menuntut.

(h) Kerajaan berhak membahagi-bahagikan

mana-mana Bahagian Pasca Perkhidmatan

terbitan yang dihentikan kepada penerima

yang layak.

(i) Pencen tanggungan akan dihentikan serta

merta sekiranya penerima diberikan bayaran

di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta

273].

Page 23: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

19

11. SKIM PEMBAYARAN PENCEN MELALUI BANK

11.1 Penerima pencen terbitan/pencen tanggungan akan

dibayar pencen melalui bank. Pembayaran dibuat

melalui Skim B yang mana penerima dikehendaki hadir

di bank untuk mengisi borang tuntutan pencen bagi

membolehkan pencen dikreditkan ke dalam akaun.

Sekiranya tidak berbuat demikian selama

enam bulan berturut- turut, bayaran pencen akan

dipulangkan kepada JPA, Bahagian Pasca

Perkhidmatan dan perlu dituntut daripada Jabatan

ini.

12. PEMBAYARAN PENCEN KEPADA ANAK

12.1 Pencen untuk anak (syer anak) akan dibayar melalui

balu/duda (yang menjaga anak berkenaan). Walau

bagaimanapun, sekiranya ada permohonan, pencen

boleh dibayar secara terus kepada anak berkenaan

(perlu dikemukakan maklumat bank dan salinan

sijil beranak/kad pengenalan anak

berkenaan).

12.2 Bagi bayaran pencen untuk anak di bawah umur

12 tahun atau anak cacat (tidak kira umurnya), yang

dijaga oleh balu/duda (bercerai) atau penjaga, boleh

dibayar secara terus kepada anak berkenaan melalui

akaun bank perseorangan atau akaun bank bersama (dengan

balu/duda/penjaga yang menjaga anak

berkenaan).

Page 24: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

20

Bagi penggunaan akaun bank (kategori akaun

bersama), pelantikan wakil diri adalah dimestikan

atas nama balu/duda/penjaga yang sama seperti di

dalam akaun bank berkenaan. Bagi penggunaan

akaun bank (kategori akaun perseorangan),

sekiranya anak berkenaan tidak dapat membuat

tuntutan sendiri di bank, maka adalah perlu

untuknya melantik wakil diri. Bagi kes di mana anak

cacat tidak dapat membuka akaun bank, waran

akan diberi secara bulanan bersama “Surat Kuasa”

untuk menunaikan pencen berkenaan bagi pihak

anak itu.

12.3 Pembayaran pencen kepada anak yang telah

mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di

IPT, bayaran pertama (selepas meningkat umur)

akan dibayar melalui Bendahari IPT dan bayaran

seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank anak

tersebut (sekiranya bayaran sebelum ini dibayar di

dalam akaun balu/duda, maka bayaran akan

diteruskan di dalam akaun yang sama). Kelayakan

pencen adalah sehingga anak berkenaan tamat

pengajian, atau berkahwin, atau diberhentikan dari

pengajian. Walau bagaimanapun, bagi anak yang

menuntut di luar negara, pembayaran akan dibuat

ke akaun anak tetapi seorang wakil diri perlu dilantik

bagi menuntut pencen berkenaan setiap bulan bagi

pihak anak berkenaan.

Page 25: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

21

13. KAD PESARA

13.1 Pesara dan penerima pencen boleh diberi kad pesara

untuk pengenalan dan bagi melayakkan dia mendapat

faedah perubatan. Pesara dan penerima pencen yang telah

hilang kelayakan, hendaklah mengembalikan kad tersebut

kepada JPA, Bahagian Pasca Perkhidmatan.

13.2 Jika kad pesara hilang, pesara dan penerima pencen

hendaklah membuat laporan polis dan mengemukakan

satu salinan laporan tersebut kepada JPA, Bahagian Pasca

Perkhidmatan bagi membolehkan kad pesara yang

baru dikeluarkan dengan bayaran sebanyak

RM5 (lima ringgit).

13.3 Jika didapati mana-mana pesara atau penerima

pencen menggunakan kad pesara tersebut apabila

dia tidak lagi berhak menggunakannya atau

membenarkan orang lain menggunakan kad pesaranya,

apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi

RM1,000 (satu ribu ringgit) atau penjara tidak

melebihi enam bulan atau kedua- duanya sekali.

Page 26: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

22

14. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Ibu Pejabat

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bahagian Pasca Perkhidmatan

Aras 2 – 5, Blok C1, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 W.P PUTRAJAYA

Tel. : 03-8885 4475 / 4476 / 4477 / 4478

Hotline: 03-8885 4906

Faks : 03-8885 2193 / 2196

03-8888 40278

E-mel : [email protected]

Kaunter Bahagian Pasca Perkhidmatan, Kuala Lumpur

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Kaunter Bahagian Pasca Perkhidmatan

Suite 5.03 & 5.04

Aras 5, Maju Junction Mall

Jalan Sulatan Ismail

50250 W.P KUALA LUMPUR

Tel. : 03-2691 7585

03-2691 7590

Faks : 03-2692 0931

Page 27: BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

Bahagian Pasca Perkhidmatan Cawangan Sabah

Aras 1, Blok A

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

Jalan UMS – Sulaman, Likas

Peti Surat No. 2061

88450 Kota Kinabalu

SABAH

Tel. : 088-488661 / 088-488662 / 088-488663

Faks : 088-488664 / 088-488665

Bahagian Pasca Perkhidmatan Cawangan Sarawak

Aras 1 & 2, Bangunan Marzuki

Lot 1656, Seksyen 65

Jalan Tun Datuk Patinggi

Hj. Abdul Rahman Yaakub

Petra Jaya, 93050 Kuching

SARAWAK

Tel. : 082-251818/ 082-241144

Faks : 082-250126 / 082-255510

23