laporan setiausaha

2
Laporan Setiausaha Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil gabungan daripada beberapa aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa, kewangan dan perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan, semasa program dijalankan dan selepas program BIG dijalankan. Proses untuk menjayakan sesuatu program seperti ini akan mengambil masa dan bermula dari peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Peringkat yang pertama adalah berkaitan dengan segala aktiviti yang dilakukan sebelum program ini dilaksanakan. Pada peringkat ini, kami telah diberikan taklimat untuk menjalankan program BIG yang disampaikan oleh pensyarah bertanggungjawab iaitu En Azman. Taklimat diberikan adalah mengikut sukatan dan kurikulum yang telah disediakan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru bagi semester keempat ini, yang merupakan Program perkhemahan dan anak angkat. Selepas taklimat diberikan, kami telah mengadakan perbincangan bersama bagi memilih lalu menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan program perkhemahan dan anak angkat ini. Selepas mendapat taklimat dan penerangan

Upload: julep-ace

Post on 10-Jul-2016

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG fasa 4

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Setiausaha

Laporan Setiausaha

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil gabungan daripada

beberapa aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa, kewangan dan

perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan, semasa

program dijalankan dan selepas program BIG dijalankan. Proses untuk

menjayakan sesuatu program seperti ini akan mengambil masa dan bermula

dari peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat

post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Peringkat yang pertama adalah berkaitan dengan segala aktiviti yang

dilakukan sebelum program ini dilaksanakan. Pada peringkat ini, kami telah

diberikan taklimat untuk menjalankan program BIG yang disampaikan oleh

pensyarah bertanggungjawab iaitu En Azman. Taklimat diberikan adalah

mengikut sukatan dan kurikulum yang telah disediakan oleh pihak Bahagian

Pendidikan Guru bagi semester keempat ini, yang merupakan Program

perkhemahan dan anak angkat.

Selepas taklimat diberikan, kami telah mengadakan perbincangan

bersama bagi memilih lalu menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan

program perkhemahan dan anak angkat ini. Selepas mendapat taklimat dan

penerangan tentang tugasan masing-masing, pelajar-pelajar telah bergerak

dimana sebahagian pelajar terlibat untuk merancang aktiviti. Saya sebagai

setiausaha telah menyiapkan kertas kerja dalam seminggu.

Selepas itu, saya mendapatkan tandatangan dan sokongan daripada

mentor, ketua jabatan, KUKP, dan timbalan pengarah. Timbalan pengarah

telah meluluskan elaun makanan bagi BIG kami ini. Dengan ini, kertas kerja

telah diluluskan dan diedarkan kepada ahli jawatankuasa yang memerlukan

untuk memohon barang-barang bagi BIG ini.