laporan sekolah

3
BAB 2 HURAIAN PROJEK PENANDAARASAN Pengenalan Pusat sumber sekolah adalah institusi yang utama dalam sistem pendidikan negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat penyediaan bahan, khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi wadah ilmu kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang memerlukan perkhidmatan pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah juga merupakan penjana pembenbentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan pusat dunia pendidikan telah memberi impak yang positif kepada perkembangan pusat sumber sekolah dan menjadi dasar dan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini sehingga mencapai pendidikan bertaraf dunia. Elemen keceriaan pusat sumber memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Oleh itu pemilihan tajuk program keceriaan pusat sumber adalah amat relevan dengan memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Kepentingan pusat sumber sekolah dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik adalah praktikal kerana pusat sumber dapat membantu menyediakan bahan-bahan bercetak yang sesuai dijadikan sebagai rujukkan untuk guru dan pelajar. Bahan-bahan tersebut dapat membantu pelajar dan guru mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan masalah pembelajaran masing-masing. Misalnya pelajar Linus dapat menggunakan pusat sumber sekolah untuk belajar dan mendapatkan bahan-bahan yang sesuai selaras dengan kemampuan pelajar. Masalah pembelajaran linus terutamanya dalam literasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mendorong pihak pengurusan sekolah iaitu Guru Besar untuk memantapkan lagi pengurusan

Upload: josephkondo

Post on 14-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

projek guru

TRANSCRIPT

Page 1: laporan sekolah

BAB 2 HURAIAN PROJEK PENANDAARASAN

Pengenalan

Pusat sumber sekolah adalah institusi yang utama dalam sistem pendidikan

negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat penyediaan bahan,

khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi wadah ilmu kepada

guru-guru dan pelajar-pelajar yang memerlukan perkhidmatan pusat sumber sekolah.

Pusat sumber sekolah juga merupakan penjana pembenbentukan masyarakat yang

berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan

kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan pusat dunia

pendidikan telah memberi impak yang positif kepada perkembangan pusat sumber

sekolah dan menjadi dasar dan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

meningkatkan mutu pendidikan di negara ini sehingga mencapai pendidikan bertaraf

dunia.

Elemen keceriaan pusat sumber memainkan peranan yang penting dalam

memupuk minat dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Oleh itu

pemilihan tajuk program keceriaan pusat sumber adalah amat relevan dengan

memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Kepentingan pusat sumber sekolah

dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik adalah praktikal kerana pusat

sumber dapat membantu menyediakan bahan-bahan bercetak yang sesuai dijadikan

sebagai rujukkan untuk guru dan pelajar. Bahan-bahan tersebut dapat membantu

pelajar dan guru mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan masalah

pembelajaran masing-masing. Misalnya pelajar Linus dapat menggunakan pusat

sumber sekolah untuk belajar dan mendapatkan bahan-bahan yang sesuai selaras

dengan kemampuan pelajar.

Masalah pembelajaran linus terutamanya dalam literasi Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris mendorong pihak pengurusan sekolah iaitu Guru Besar untuk

memantapkan lagi pengurusan sumber yang berkesan dalam menyediakan wadah

ilmu kepada pelajar dan juga guru dalam mencari maklumat-maklumat yang

berkaitan dengan bidang masing-masing. Dalam menarik minat para pelajar untuk

Page 2: laporan sekolah

menelaah buku di dalam pusat sumber, aspek keceriaan amat ditekankan oleh Guru

Besar dan memberi mandat kepada guru pusat sumber untuk menceriakan suasana di

dalam pusat sumber sekolah.

Pemilihan tajuk keceriaan pusat sumber ini adalah relevan kerana

sumbangannya dalam membantu meningkatkan kemahiran pelajar untuk menguasai

sekurang-kurangnya 3M iaitu membaca, Menulis dan Mengira dalam saringan linus

yang telah diadakan. Hasilnya peratus murid menguasai konstruk linus bagi SK

Lubok Nibong telah meningkat dan menunjukkan peningkatan yang positif. Harapan

Guru Besar ialah pada saringa terakhir semua murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3

menguasai kemahiran konstruk linus sepenuhnya, Penguasaan 3M pada peringkat

rendah akan memudahkan lagi usaha pihak sekolah untuk merancangkan program

pemantapan kecemerlangan sekolah terutamanya meningkatkan peratus dan kualiti

UPSR.

Pemilihan projek keceriaan pusat sumber untuk meningkatkan kehadiran

para pelajar untuk menaal buku di sumber amat bersesuaian dengan perancangan

projek sandaran yang akan dilaksanakan di sekolah sandaran dengan membuat

penambaikan program bersesuai dengan keadaan di sekolah sandaran nanti. Secara

umumnya projek keceriaan pusat sumber adalah asas kepada pemperolehan ilmu dan

sesuai dengan peranan pusat sumber sebagai gerbang ilmu yang dapat menjana minda

para pelajar dan memantapkan lagi pengetahuan guru-guru.

Dalam program ini, guru-guru matapelajaran berkaitan dengan linus,

disediakan bahan-bahan yang menarik dan mudah diperoleh dan dibawa ke kelas

masing-masing. Ini kerana guru pusat sumber sekolah iaitu Puan Susie

memperkenalkankaedah mini perpustakaan bergerak di mana guru-guru

matapelajaran boleh membawa satu kotak beroda ke kelas masing-masing untuk

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Penggunaan bekas beroda

juga membolehkan ia disusun dengan kemas di dalam pusat sumber sekolah.

Disamping itu penggunaannya yang fleksibel dan mudah dan penggunaan warna yang

ceria secara tidak langsung dapat menarik minat guru-guru menggunakan

perkhidmatan pusat sumber.

Page 3: laporan sekolah

2.1 Situasi