laporan ldp sekolah

4
LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE 5 BAGI TAHUN 2012 Tarikh : 21 Mei 2012 (Isnin) Masa : 2.00 ptg – 5.00 ptg Tempat : Bilik Mesyuarat, SRATAAP PELAKSANAAN - LDP ini bertajuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang disampaikan oleh Jurulatih Utama KSSR dan PBS iaitu Puan Rusnita bt Hussin dari Sekolah Kebangsaan Sungai Embak Kuala Krai. - Dalam kursus ini semua peserta telah diberi penerangan yang sejelas-jelasnya mengenai KSSR dan juga PBS. Penerangan yang lebih jelas telah diberi penekanan terhadap Penilaian Berasaskan Sekolah. Ini kerana masih ramai guru yang tidak dapat memahami dengan jelas bagaimana cara yang sepatutnya seseorang murid diberi penilaian dan cara untuk menilai bagi setiap murid. - Setiap persoalan yang masih lagi belum dijawab akhirnya terungkai dengan sesi pembentangan yang telah diberikan oleh penceramah. - Setelah siap sesi penerangan isi kandungan kursus ini, penceramah telah mengadakan sesi soal jawab untuk memberi peluang kepada peserta bertanya tentang masalah-masalah yang timbul dan sebarang keraguan yang masih bersarang di benak fikiran mereka. KEJAYAAN Program ini boleh dikatakan berjaya atas alasan-alasan berikut :

Upload: izdc9165

Post on 28-Apr-2015

227 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

latihan dalam perkhidmatan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan LDP sekolah

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE 5 BAGI TAHUN 2012

Tarikh : 21 Mei 2012 (Isnin)

Masa : 2.00 ptg – 5.00 ptg

Tempat : Bilik Mesyuarat, SRATAAP

PELAKSANAAN

- LDP ini bertajuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang disampaikan oleh Jurulatih Utama KSSR dan PBS iaitu Puan Rusnita bt Hussin dari Sekolah Kebangsaan Sungai Embak Kuala Krai.

- Dalam kursus ini semua peserta telah diberi penerangan yang sejelas-jelasnya mengenai KSSR dan juga PBS. Penerangan yang lebih jelas telah diberi penekanan terhadap Penilaian Berasaskan Sekolah. Ini kerana masih ramai guru yang tidak dapat memahami dengan jelas bagaimana cara yang sepatutnya seseorang murid diberi penilaian dan cara untuk menilai bagi setiap murid.

- Setiap persoalan yang masih lagi belum dijawab akhirnya terungkai dengan sesi pembentangan yang telah diberikan oleh penceramah.

- Setelah siap sesi penerangan isi kandungan kursus ini, penceramah telah mengadakan sesi soal jawab untuk memberi peluang kepada peserta bertanya tentang masalah-masalah yang timbul dan sebarang keraguan yang masih bersarang di benak fikiran mereka.

KEJAYAAN

Program ini boleh dikatakan berjaya atas alasan-alasan berikut :- Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru yang terlibat bagi menjayakan

majlis ini.- Penceramah yang dijemput memberikan input yang berguna untuk

dikongsi bersama.

KEKANGAN/KELEMAHAN

- Kursus ini dijalankan pada waktu petang membuatkan peserta berasa mengantuk dan tidak selesa setelah seharian berada di sekolah menjalankan tugas mereka. (badan yang melekit akibat berpeluh terutama dalam keadaan sekarang ini yang begitu panas)

- Masa yang diambil terlalu lama mungkin disebabkan kursus ini dimulakan terlalu lewat kerana terdapat masalah teknikal. (penceramah datang lewat kerana terlalu jauh dari sekolah beliau untuk sampai ke tempat kursus)

Page 2: Laporan LDP sekolah

CADANGAN/USUL

- Dicadangkan program seperti ini diteruskan pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih padat dan mantap.

- Diadakan sekali dalam tempoh 3 bulan, ini kerana kursus yang terlalu kerap akan menyebabkan guru-guru merasakan satu tekanan yang cukup berat tambahan pula dilaksanakan pada waktu petang. Kebanyakan guru terlibat dengan kelas tambahan dan aktiviti ko-kurikulum.

Sekian.

Disediakan oleh Disahkan oleh

(Nik Aizon Nik Baidilleh)SetiausahaLatihan Dalam Perkhidmatan

Page 3: Laporan LDP sekolah

Gambar-gambar semasa Latihan Dalam Perkhidmatan Kali ke 5

Pengacara majlis memulakan kursus dengan ucapan aluan serta memperkenalkan penceramah jemputan.

Penceramah sedang menyampaikan maklumat tentang KSSR dan PBS.

Peserta-peserta kursus yang hadir pada hari tersebut sedang mendengar ceramah yang diberikan