laporan ringkas program budi penyayang

6
6 Julai, 2014 [LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB ANDAK, KULAIJAYA] 1 Laporan Program Budi Penyayang "Transformasi Persekitaran Lestari Felda Taib Andak" FELDA TAIB ANDAK, KULAIJAYA, JOHOR DARUL TAK'ZIM 20 hingga 22 Jun 2014 Pengenalan Program Budi Penyayang "Transformasi Persekitaran Lestari Felda Taib Andak" telah diadakan pada 20 hingga 22 Jun 2014 bertempat di Felda Taib Andak, Kulaijaya, Johor. Program bermatlamatkan mempertingkatkan kualiti persekitaran masyarakat Felda Taib Andak khususnya di kawasan Pekan Felda Taib Andak. Program ini berkonsepkan khidmat masyarakat. Program telah membawa mahasiswa seramai 30 orang daripada Kursus Budi Penyayang, Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum serta 22 orang daripada Kolej Tuanku Conselor telah mengambil bahagian. Program ini dikordinasikan oleh seorang Pensyarah dan seorang Pembantu Teknikal. Kandungan Program Keseluruhan Program melibatkan Mahasiswa dan staf UTM serta Masyarakat Kampung Felda Taib Andak yang juga diwakili oleh Kelab "Low Carbon Society" Felda Taib Andak. Diantara acara program yang telah diatur adalah Program Bersama Keluarga Angkat - Mahasiswa dan Masyarakat Kampung, Forum Perdana Islam bertemakan Persekitaran Lestari - Masyarakat Bestari, Senaman Sekampung, Program Motivasi Sekolah Rendah, Malam Seni dan Kebudayaan, Gotong Royong Perdana dan Pembangunan Laman Persiaran Warung serta Majlis Perasmian dan Penutup. Program Perasmian dan Penutup serta Pelancaran Projek Laman Persiaran Warung telah diadakan pada 22 Jun 2014 bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Taib Andak. Acara yang berlangsung pada jam 2:30 petang tersebut telah dihadiri dan dirasmikan oleh ADUN Bukit Permai, Yang Berhormat Saudara Ali Mazat. Selain itu, pihak UTM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sani dan Pihak FELDA pula diwakili oleh Tuan Hj. Ismail Samingin, Pengarah Besar FELDA Wilayah Johor Bahru. Turut serta adalah En Zulkifli, Akitek Landskap Negeri Johor. Tetamu tetamu yang hadir juga adalah Pensyarah dan Staf Pelaksana UTM, Masyarakat Kampung dan juga Mahasiswa.

Upload: tranngoc

Post on 23-Dec-2016

283 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Ringkas Program Budi Penyayang

6 Julai, 2014 [LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB ANDAK, KULAIJAYA]

1

Laporan Program Budi Penyayang

"Transformasi Persekitaran Lestari Felda Taib Andak"

FELDA TAIB ANDAK, KULAIJAYA, JOHOR DARUL TAK'ZIM

20 hingga 22 Jun 2014

Pengenalan

Program Budi Penyayang "Transformasi Persekitaran Lestari Felda Taib Andak" telah diadakan pada 20 hingga 22 Jun 2014 bertempat di Felda Taib Andak, Kulaijaya, Johor. Program bermatlamatkan mempertingkatkan kualiti persekitaran masyarakat Felda Taib Andak khususnya di kawasan Pekan Felda Taib Andak. Program ini berkonsepkan khidmat masyarakat. Program telah membawa mahasiswa seramai 30 orang daripada Kursus Budi Penyayang, Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum serta 22 orang daripada Kolej Tuanku Conselor telah mengambil bahagian. Program ini dikordinasikan oleh seorang Pensyarah dan seorang Pembantu Teknikal.

Kandungan Program

Keseluruhan Program melibatkan Mahasiswa dan staf UTM serta Masyarakat Kampung Felda Taib Andak yang juga diwakili oleh Kelab "Low Carbon Society" Felda Taib Andak. Diantara acara program yang telah diatur adalah Program Bersama Keluarga Angkat - Mahasiswa dan Masyarakat Kampung, Forum Perdana Islam bertemakan Persekitaran Lestari - Masyarakat Bestari, Senaman Sekampung, Program Motivasi Sekolah Rendah, Malam Seni dan Kebudayaan, Gotong Royong Perdana dan Pembangunan Laman Persiaran Warung serta Majlis Perasmian dan Penutup. Program Perasmian dan Penutup serta Pelancaran Projek Laman Persiaran Warung telah diadakan pada 22 Jun 2014 bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Taib Andak. Acara yang berlangsung pada jam 2:30 petang tersebut telah dihadiri dan dirasmikan oleh ADUN Bukit Permai, Yang Berhormat Saudara Ali Mazat. Selain itu, pihak UTM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sani dan Pihak FELDA pula diwakili oleh Tuan Hj. Ismail Samingin, Pengarah Besar FELDA Wilayah Johor Bahru. Turut serta adalah En Zulkifli, Akitek Landskap Negeri Johor. Tetamu tetamu yang hadir juga adalah Pensyarah dan Staf Pelaksana UTM, Masyarakat Kampung dan juga Mahasiswa.

Page 2: Laporan Ringkas Program Budi Penyayang

6 Julai, 2014 [LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB ANDAK, KULAIJAYA]

2

Keseluruhan Program ini telah berjalan dengan amat baik dan lancar. Impak daripada Program ini telah memberikan pendedahan kepada Mahasiswa UTM didalam menjalani kehidupan bersama masyarakat FELDA Taib Andak serta membina nilai jati diri bersama masyarakat. Sumbangan Mahasiswa juga khususnya didalam aktiviti gotong royong telah menjadikan persekitaran Kampung yang lebih baik, bersih dan indah. Program Motivasi yang telah dijalankan di Sek. Ren. Keb. Felda Taib Andak pada 21 Jun 2014 telah berjaya memberikan satu inspirasi kepada peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 4 dan tahun 5 untuk berjaya didalam bidang akademik masing masing serta menanamkan semangat cintakan ilmu yang mendalam.

Program Pembangunan Pekan Felda Taib Andak telah memberi peluang kepaa Mahasiswa mengasah bakat masing masing didalam bidang senireka landskap serta mengimplimentasikan pembelajaran di universiti kepada sumbangan masyarakat. Diantara tugasan mahasiswa adalah acara penanaman pokok, mengecat struktur landskap serta pengemasan tapak bagi acara Pelancaran Pembangunan Laman Warung Felda Taib Andak.Program Malam Seni dan Budaya yang dikenali sebagai Malam Semarak Kasih pula bersifat santai telah mengeratkan lagi perhubungan mahasiswa dan masyarakat selain ianya juga memberikan peluang kepada mahasiswa menonjolkan bakat bakat seni masing masing seperti persembahan nyanyai kior IM4U dan Lakonan bertemakan Kesedaran Mencintai Ibu Bapa. Pihak Masyarakat kampung juga telah mengambil bahagian didalam acara ini seperti kior daripada pihak JPB FELDA, Persembahan RELA dan nyanyian individu.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya Program Budi Penyayang yang bertemakan "Transformasi Persekitaran Lestari - Low Carbon Society" telah berjaya mencapai matlamatnya. Program selama 3 hari tersebut juga telah membawa mahasiswa dan staf UTM kepada aktiviti aktiviti pembangunan kemasyarakatan di FELDA Taib Andak. Impak yang positif juga berhasil daripada penerimaan dan penglibatan masyarakat didalam program ini. Persekitaran masyarakat yang telah dibangunkan dengan lebih baik dan berkualiti akan meninggalkan impak yang positif didalam kehidupan masyarakat seharian di FELDA Taib Andak. Penglibatan yang aktif mahasiswa Kelab Budi Penyayang dan mahasiswa Kolej Tuanku Canselor menjadikan segala perancangan program dapat dilaksanakan dengan amat baik.

Tapak Warung Sebelum Pembangunan Tapak Warung Selepas Pembangunan

Page 3: Laporan Ringkas Program Budi Penyayang

6 Julai, 2014 [LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB ANDAK, KULAIJAYA]

3

Gambar gambar Semasa Program

Program Penyerahan Keluaraga Angkat

Program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Masjid Jamek Nurussa' Dah FELDA Taib Andak

Program Penyerahan Keluaraga Angkat Mahasiswa dan keluarga

Program Gotong Royong Membangunkan Persekitaran Lestari dan Laman Persiaran Warung

Program Senaman Sekampung - Mewujudkan Masyarakat yang Sihat dan Ceria

Program Mananam Pokok / Landskap dan Menyiapkan Laman Persiaran Warung

Page 4: Laporan Ringkas Program Budi Penyayang

6 Julai, 2014 [LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB ANDAK, KULAIJAYA]

4

Program Gotong Royong Membangunkan Persekitaran Lestari dan Laman Persiaran Warung

Program Gotong Royong Membangunkan Persekitaran Lestari dan Laman Persiaran Warung

Landskap dan Laluan Berbasikal yang telah siap dan Dirasmikan oleh YB Saudara Ali MAzat, ADUN Bukit Permai

Page 5: Laporan Ringkas Program Budi Penyayang

6 Julai, 2014 [LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB ANDAK, KULAIJAYA]

5

Acara Perasmian di Laman Persiaran Warung : Pembangunan bagi kemudahan OKU

Gambar keseluruhan Laman Persiaran Warung Fasa 1 yang telah disiapkan

Tarian Zapin oleh Masyarakat Tempatan sewaktu Malam Semarak Kasih - Masyarakat dan Mahasiswa

Persembahan oleh Mahasiswa, nyanyian kior lagu IM4U di Malam Semarak Kasih

Acara Menandatangani Banting oleh YB Ali Mazat, ADUN Bukit Permai di Majlis Perasmian dan Penutup Program

Tetamu Jemputan, Mahasiswa dan Masyarakat yang hadir sewaktu Majlis Perasmian dan Penutup Program

Page 6: Laporan Ringkas Program Budi Penyayang

6 Julai, 2014 [LAPORAN PROGRAM BUDI PENYAYANG DI FELDA TAIB ANDAK, KULAIJAYA]

6

Laporan Pendapatan dan Perbelanjaan Kewangan Program

Pendapatan Debit (RM)

Perbelanjaan Kredit (RM)

1. Peruntukan Kelab Budi Penyayang Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum

3000 1. Tshirt Mahasiswa dan printing (Factory Uniform Marketing)

1500

2. Peruntukan dari pihak UCTC UTM

1000 *belum diterima

2. Catering Makan (Aisah A Bakar)

1000

3. Stationery (Rainbow Art)

111.60

4. 1 Rim Sijil Paper (Rainbow)

35.60

5. 3 Disposable Bag (Ternag Kurnia Sdn Bhd)

13.50

6. Sourvenir (UTM Sourvenir Shop)

24.30

7. Membekal Sarapa dan Mineral Water (Iddin Enterprise)

250

8. Hadiah Program (Giant Hypermarket)

47.52

9. Bahan Program Motivasi (MYDIN)

22.40

10. Banting / Poster (ADIN Trading)

50

11. Barang Landskap Perabut Landskap dan Pokok (Nature at Work)

1060

Jumlah keseluruhan 4000.00 4114.92

Laporan disediakan oleh:

Dr Mohd Hisyam Rasidi Pensyarah / Kordinator Kursus Budi Penyayang Jabatan Senibina Landskap Fakulti Alam Bina [email protected] / Talian: 07 5537362