laporan ringkas carta

4
LAPORAN RINGKAS Sebelum Pelaksanaan Projek Dalam semester kami kali ini, kami telah didedahkan dengan projek untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang berkualiti dengan ciri – ciri yang kreatif dan inovatif. Pensyarah kami Encik Zahari bin Zainal telah memberikan kami pelbagai input maklumat yang padat tentang penghasilan bahan bantu mengajar yang menarik. Antara kriteria yang perlu dipenuhi oleh bahan bantu mengajar yang dihasilkan ialah kos bahan dihasilkan, kebolehgunaan,mobiliti,bahan mentah, kesesuaian saiz dan warna, tatahias dan kekemasan, panduan penggunaan bahan bantu mengajar, simpanan untuk penyelenggaraan, dan inventori. Kemudian ahli kelas kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan diberikan tajuk penghasilan bahan bantu mengajar masing – masing. Kumpulan kami terdiri dari saya sendiri Ahmad Khobir, Faez dan Joejie. Kami telah diberikan tajuk carta sebagai jenis bahan bantu mengajar yang perlu kami hasilkan. Oleh itu, kami telah mengadakan perbincangan dan melakukan perkongsian idea mengenai penghasilan carta yang bersesuaian. Sepanjang perbincangan pelbagai jenis idea telah dikemukakan. Walaubagaimanapun dalam perbincangan kali pertama tersebut kami gagal mencapai kata sepakat kerana perbezaan pendapat. Kami bersetuju untuk melakukan perbincangan semula setelah membuat sedikit penyelidikan terlebih dahulu. Dalam pertemuan kali kedua kami telah berbincang semula dan mendapat kata sepakat tentang konsep penghasilan carta. Kami telah membuat pelan untuk projek kami agar memudahkan kami melihat secara visual dan bayangan rupa bentuk hasilan kami nanti. Sebagai langkah membimbing kami, pensyarah pembimbing kami Encik Zahari bin Zainal telah meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perkembangan projek kami. Kami telah

Upload: kamal-leo

Post on 25-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

aaa

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Ringkas Carta

LAPORAN RINGKAS

Sebelum Pelaksanaan Projek

Dalam semester kami kali ini, kami telah didedahkan dengan projek untuk menghasilkan

bahan bantu mengajar yang berkualiti dengan ciri – ciri yang kreatif dan inovatif. Pensyarah

kami Encik Zahari bin Zainal telah memberikan kami pelbagai input maklumat yang padat

tentang penghasilan bahan bantu mengajar yang menarik. Antara kriteria yang perlu dipenuhi

oleh bahan bantu mengajar yang dihasilkan ialah kos bahan dihasilkan,

kebolehgunaan,mobiliti,bahan mentah, kesesuaian saiz dan warna, tatahias dan kekemasan,

panduan penggunaan bahan bantu mengajar, simpanan untuk penyelenggaraan, dan inventori.

Kemudian ahli kelas kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan

diberikan tajuk penghasilan bahan bantu mengajar masing – masing. Kumpulan kami terdiri dari

saya sendiri Ahmad Khobir, Faez dan Joejie. Kami telah diberikan tajuk carta sebagai jenis

bahan bantu mengajar yang perlu kami hasilkan. Oleh itu, kami telah mengadakan

perbincangan dan melakukan perkongsian idea mengenai penghasilan carta yang bersesuaian.

Sepanjang perbincangan pelbagai jenis idea telah dikemukakan. Walaubagaimanapun dalam

perbincangan kali pertama tersebut kami gagal mencapai kata sepakat kerana perbezaan

pendapat.

Kami bersetuju untuk melakukan perbincangan semula setelah membuat sedikit

penyelidikan terlebih dahulu. Dalam pertemuan kali kedua kami telah berbincang semula dan

mendapat kata sepakat tentang konsep penghasilan carta. Kami telah membuat pelan untuk

projek kami agar memudahkan kami melihat secara visual dan bayangan rupa bentuk hasilan

kami nanti. Sebagai langkah membimbing kami, pensyarah pembimbing kami Encik Zahari bin

Zainal telah meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perkembangan projek kami.

Kami telah membentangkan idea kami dihadapan kelas dan telah menerima kritikan membina

daripada pensyarah pembimbing.

Antara idea tambahan yang diberikan adalah mewujudkan unsur saspens dalam

persembahan carta kami kepada murid – murid dengan mengadakan penutup khas untuk carta

kami. Penutup tersebut bertujuan membuatkan murid tertanya – tanya akan apa yang dibawa

oleh guru. Dengan ini murid akan cenderung untuk memberikan perhatian kepada

pembentangan guru iaitu carta yang mengandungi maklumat pembelajaran yang ingin

disampaikan guru tersebut.

Page 2: Laporan Ringkas Carta

Semasa Proses Pelaksanaan Projek

Selesai melakukan perbincangan dan mencapai kata sepakat, kami telah bertolak ke

bersama untuk mendapatkan bahan – bahan menghasilkan projek kami. Bahan utama yang

kami perlukan ialah mounting board, stryfoam, dan ringfile. Peralatan lain kami gunakan bahan

sedia ada pada kami seperti gunting dan alat laminate persendirian. Secara ringkas dapat

dikatakan kos penghasilan carta kami adalah murah kerana banyak melibatkan peralatan sedia

ada yang boleh digunakan.

Kami dapat melaksanakan proses penghasilan dengan lancar kerana telah melakarkan

idea kami terlebih dahulu. Dalam proses melaksanakan projek juga kami telah melakukan

pelbagai penambahbaikan dan idea baru. Projek kami ini kami telah laksanakan dengan

kerjasama yang baik antara setiap ahli. Setelah selesai kami cuba membuat demonstrasi

sendiri antara kami dan bertanya kepada beberapa rakan lain untuk memberikan pendapat

kepada hasilan kami. Proses menghasilkan bahan bantu mengajar carta kami tidak dapat

dinafikan sememangnya memerlukan perancangan, agar hasil akhir adalah memuaskan dan

berada di tahap yang optimum penggunaannya.

Dalam proses melaksanakan carta ini kami telah berkumpul di suatu tempat bersama

bahan dan peralatan yang diperlukan. Perjalanan proses kami tidak mengalami sebarang

masalah kecuali berlaku pengubahsuaian apabila muncul idea – idea baharu yang bertujuan

menambahbaik hasil carta yang akan digunakan dalam pengajaran. Kami telah

menggabungjalinkan warna dan bentuk serta gambar yang kami fikirkan akan menarik

perhatian murid agar minat dengan pengajaran guru. Warna yang kami pilih untuk dinding carta

sendiri adalah warna yang menarik iaitu warna maroon dan ungu.

Gambar yang kami pilih juga adalah gambar yang dapat menimbulkan minat murid

untuk mengetahui lebih lanjut tentang isi pemebelajaran. Kami juga meletakkan hiasan

disekeliling carta untuk mewujudkan bentuk bingkai pada carta kami dengan menggunakan

batang ais krim yang dibentuk dengan kreatif. Tajuk kami yang berkaitan dengan zaman purba

telah menyebabkan kami meletakkan gambar – gambar seperti tempat tinggal zaman dahulu

seperti zaman Paleolitk dan alatannya. Dengan adanya gambar murid – murid akan dapat

membentuk imaginasi sendiri dan membayangkan keadaan pada masa dahulu. Hal ini sudah

pasti akan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran yang sedang dipelajari.

Page 3: Laporan Ringkas Carta

Selepas Pelaksanaan Projek

Kami telah dikehendaki membentang mengenai hasilan projek carta kami di hadapan

kelas. Sepanjang proses pembentangan kami telah menjelaskan kelebihan dan kekuatan

produk hasilan kami mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Kami juga menerima idea

tambahan daripada pensyarah pembimbing dan rakan – rakan pelajar yang lain. Kami berterima

kasih kepada pensyarah pembimbing Encik Zahari bin Zainal kerana memberikan panadangan

dan cadangan bernas beliau. Kami juga mulai sedar akan kepentingan bahan bantu mengajar

dalam pembelajaran dan kepentingannya.

Bahan bantu mengajar sememangnya amat diperlukan dalam usaha melahirkan pelajar

yang penuh informasi. Guru perlu mempunyai idea kreativiti dan inovasi yang tinggi agar dapat

mendidik murid – murid dalam suasana pembelajaran yang riang dan kondusif. Oleh itu,

komitmen guru terhadap pembelajaran menjadi penanda aras kepada tahap pembelajaran

murid. Hal ini kerana guru yang bersungguh dan mempunyai daya pemikiran kreatif dan inovatif

akan cuba menjadikan pengajarannya untuk menjadi lebih menarik dan berinformasi.

Ringkasnya banyak kebaikan yang kami terima dengan melaksanakan tugasan yang diberikan

kepada kami.