laporan reflektif analisis swot fasa 4

Upload: siti-zawiyah-abdul-halim

Post on 13-Oct-2015

342 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM

SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM760228-07-5116

Laporan Reflektif (Analisis SWOT) Pada 29 Mei 2014 yang lalu, para pelajar kelas Sains 1, IPGM Kampus Tuanku Bainun telah melaksanakan satu program BIG Fasa 4 iaitu PROGRAM SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA bersama-sama dengan Panitia Sains SK Taman Kenari, Kulim, Kedah. Tujuan program tersebut diadakan untuk merealisasikan sekolah dalam taman, menyediakan suasana sekolah yang segar dan ceria, membantu murid dan guru untuk mengenali tumbuhan herba yang boleh disemai dan ditanam dalam kawasan sekolah.a) Sebelum Program dijalankan. Sebelum program ini dijalankan, semua pelajar PPG Sains 1 telah mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan mengenai jenis program,tempat, sasaran, dan tujuan program ini dijalankan. Setiap pelajar PPG Sains 1 telah diberikan tanggungjawab mengikut jawatankuasa jawatankuasa seperti jawatankuasa pendaftaran, jawatankuasa persiapan tempat, jawatankuasa makanan, jawatan kuasa cenderahati dan sijil, jawatankuasa kebajikan, jawatankuasa keselamatan dan jawatankuasa laporan, dan sebagainya mengikut keperluan.Kami juga membincangkan mengenai anggaran perbelanjaan untuk program ini. Kami juga sebulat suara untuk mengutip sebanyak RM50 untuk kegunaan program tersebut. Surat menyurat seperti kebenaran guru besar dan surat kebenaran waris juga perlu dibuat oleh setiausaha iaitu Pn Azura dan En Sabri.dalam melengkapkan lagi persiapan program ini.b) Semasa Program dijalankanPada hari ini, iaitu 29 Mei 2014 (Khamis), semua pelajar PPG Sains 1 telah sampai ke SK Taman Kenari,Kulim, Kedah seawal pukul 7.45 pagi. Saya yang di tugaskan sebagai jawatankuasa pendaftaran telah menjalankan tugas yang diamanahkan untuk mencatat kehadiran murid dan guru PPG Sains 1.Pada pukul 8.00 pagi semua murid telah diberi taklimat oleh Pn Azura tentang tugasan yang akan dijalankan pada hari ini. Selepas itu semua bergerak ke kawasan yang bakal dihiasi dan ditanam dengan tumbuhan herba. Di kesempatan ini juga, kami mengambil peluang menyerahkan pokok/tumbuhan herba ini kepada tuan guru besar SK Taman Kenari iaitu Encik Othman bin Abdullah. Selepas selesai aktiviti penyerahan pokok, semua guru PPG yang ada bersama murid memulakan kerja-kerja membersihkan kawasan yang telah dikenalpasti. Kehadiran murid dalam program ini banyak membantu melancarkan kerja-kerja untuk merealisasikan taman herba di sekolah ini.Selepas rehat pada pukul 10.00 pagi, semua guru dan murid meyambung kerja-kerja utnuk taman herba ini. Cuaca yang panas tidak dipedulikan, hampir pukul 1.00 tengah hari taman herba dapat dilihat, berbaloi kami bertungkus lumus menyiapkannya sebelum makan tengah hari. Selepas selesai aktiviti Program Sayangi Sekolah Anda satu aktiviti LDK telah diadakan. Aktiviti ini dikendalikan oleh Encik Fauzi dan Pn Azilawati. Aktivti LDK ini ada kaitan dengan tumbuhan herba yang ditanam di taman herba. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, ada perbincangan dalam kumpulan dan kerja lapangan yang bertempat di taman herba. c) Selepas programAktiviti terakhir adalah acara penutup. Pn Rohaya menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak sekolah yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini. Encik Mohd Nazri mewakili pelajar PPG Sains 1 juga menyampaikan ucapan. Hadiah dan cenderahati diberikan kepada pihak sekolah dan Pn Rohaya yang sudi memantau perjalanan kerja kami.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM CERAMAH SAYANGI SEKOLAHANDA.a) Kekuatan Programi)Pengurusan ProgramPengurusan program berjalan dengan baik dan teratur dan semua pihak yang telibat memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan program TAMAN HERBA. Penglibatan dan kehadiran pensyarah Pn Rohaya bt Ahmad banyak membantu tentang pengendalian dan perlaksanaan BIG . ii)Pemilihan Taman HerbaTaman Herba dipilih kerana ianya begitu dekat dengan sains, bersesuai dengan opsyen dan dapat membuat hubungkait dengan aktivti LDK. iii)Kerjasama Kerjasama yang diberikan oleh ahli jawatan kuasa dalam menyiapkan program ini sangat baik. Setiap ahli yang dilantik menunjukkan komitmen yang tinggi dengan menyiapkan tugas yang diberikan. Selain itu, kerjasama dari pihak sekolah dan murid yang terlibat juga amat baik iv)TempatSemua sepakat untuk mengadakan di SK Taman Kenari, kerana mempunyai keluasan yang bersesuaian dengan tenaga kerja yang ada. Kami memilih berdasarkan kemampuan untuk melaksanakannya. b)Kelemahan - c)PeluangSaya mengambil peluang dalam penyertaan saya dalam program ini untuk mengenali tanaman herba. Banyak yang ilmu yang diperolehi seperti mengenali pokok belalai gajah, jenis-jenis herba seperti perbezaan pokok serai wangi dan pokok serai biasa. Peluang untuk mengetahu kehebatan tumbuhan herba yang ditanam pada hari ini. d)Ancaman Semasa berlangsungnya program ini, saya dapat tiada ancaman yang mengganggu program ini. Semuanya dalam keadaan yang baik. Pensyarah yang hadir juga memberi kata-kata perangsang untuk kami meneruskan aktiviti ini.

LAPORAN REFLEKTIF ANALISIS SWOTKEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)a) Kekuatan i)Kehadiran pensyarah pembimbing BIG Sepanjang saya menjalankan BIG ini, saya telah melihat pelbagai kekuatan dalam BIG ini antaranya ialah sikap positif dikalangan para pensyarah yang terlibat dalam membimbing kami dalam melaksanakan BIG ini, walaupun terpaksa pulang awal tetapi pensyarah banyak memberikan nasihat dalam melaksanakan BIG kali ini..

ii)Kerjasama semua pihak. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak memungkinkan program LDK berjalan dengan baik. Guru yang terlibat mengatur perjalanan LDK dengan baik.

b)Kelemahan Pada pendapat saya, LDK tidak sesuai di adakan selepas aktiviti tanaman herba, murid sudah letih, begitu juga dengan guru.c)Peluang Saya dan rakan-rakan mengambil peluang yang ada ini untuk menaburkan bakti kepada masyarakat dengan cara membimbing murid menyelesaikan tugasan yang diberi berkongsi ilmu.

d)AncamanAncaman psikologi kerana keadaan murid yang sudah keletihan. Murid tidak berapa fokus dengan apa yang diberi.