laporan reflektif aktiviti kembara

3
Laporan Reflektif: Aktiviti Kembara Aktiviti kembara ini dilakukan sehabis sahaja aktiviti orienteering. Sebelum memulakan aktivti kembara, semua guru pelatih dikumpulkan dan diberikan taklimat oleh Encik Abdul Rahman Bin Moidu. Guru pelatih dikehendaki mendaki bukit dan memasak makanan untuk mengisi kelaparan apabila sampai ke puncak bukit. Semua guru pelatih telah dinasihatkan untuk berpakaian lengan panjang supaya tidak tercalar oleh pohon-pohon kayu dan tidak digigit oleh pacat. Kekuatan aktiviti ini ialah membolehkan guru pelatih menghayati keindahan alam sekitar dan memberi kesedaran kepada guru pelatih supaya menyayangi alam sekitar. Selain itu, aktiviti ini juga boleh membina keserasian antara rakan sekumpulan. Malah aktiviti ini juga dapat mempuk sifat kesabaran dalam diri guru pelatih apabila mendaki bukit dengan perjalanan yang jauh. Selain itu, dalam aktiviti masakan, setiap guru pelatih telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi untuk menjalankan kerja memasak bersama-sama walaupun pada masa itu semua guru pelatih sedang mengalami kelaparan dan keletihan. Kelemahan bagi aktiviti ini ialah terdapat guru pelatih yang berasa letih dan kekurangan tenaga untuk mendaki bukit selepas menjalankan aktiviti orienteering. Malah saya merupakan salah seorang yang mempunyai kelemahan ini apabila menjalankan aktivti kembara namun dengan adanya sokongan daripada rakan sekumpulan, saya

Upload: ann-ling

Post on 17-Jan-2016

86 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Laporan Reflektif Aktiviti Kembara

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Reflektif Aktiviti Kembara

Laporan Reflektif: Aktiviti Kembara

Aktiviti kembara ini dilakukan sehabis sahaja aktiviti orienteering.

Sebelum memulakan aktivti kembara, semua guru pelatih dikumpulkan dan

diberikan taklimat oleh Encik Abdul Rahman Bin Moidu. Guru pelatih

dikehendaki mendaki bukit dan memasak makanan untuk mengisi kelaparan

apabila sampai ke puncak bukit. Semua guru pelatih telah dinasihatkan untuk

berpakaian lengan panjang supaya tidak tercalar oleh pohon-pohon kayu dan

tidak digigit oleh pacat.

Kekuatan aktiviti ini ialah membolehkan guru pelatih menghayati

keindahan alam sekitar dan memberi kesedaran kepada guru pelatih supaya

menyayangi alam sekitar. Selain itu, aktiviti ini juga boleh membina

keserasian antara rakan sekumpulan. Malah aktiviti ini juga dapat mempuk

sifat kesabaran dalam diri guru pelatih apabila mendaki bukit dengan

perjalanan yang jauh. Selain itu, dalam aktiviti masakan, setiap guru pelatih

telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi untuk menjalankan

kerja memasak bersama-sama walaupun pada masa itu semua guru pelatih

sedang mengalami kelaparan dan keletihan.

Kelemahan bagi aktiviti ini ialah terdapat guru pelatih yang berasa letih

dan kekurangan tenaga untuk mendaki bukit selepas menjalankan aktiviti

orienteering. Malah saya merupakan salah seorang yang mempunyai

kelemahan ini apabila menjalankan aktivti kembara namun dengan adanya

sokongan daripada rakan sekumpulan, saya telah berjaya mendaki bukit

tersebut sehingga ke puncaknya. Selain daripada itu, guru pelatih juga

mengalami masalah kekurangan bekalan air apabila menjalankan aktiviti

masakan di puncak bukit. Malah masalah ini telah dapat diatasikan dengan

kerjasama ahli kumpulan yang memathi arahan ketua kumpulan agar berjimat

menggunakan bekalan air yang ada.

Selain daripada itu, ancaman yang terdapat dalam aktiviti ini

termasuklah cuaca hari yang sangat panas. Cuaca tersebut telah

menyebabkan perjalanan ke puncak bukit bertambah susah dan letih namun

semua guru pelatih dapat menghadapinya dengan semangat yang tabah dan

tidak berputus asa. Malah terdapat juga ancaman seperti serangga yang

Page 2: Laporan Reflektif Aktiviti Kembara

membahayakan seperti nyamuk aedes semasa aktiviti kembara ini dijalankan.

Namun, semua guru pelatih dinasihatkan supaya memakai pakaian berlengan

panjang dan membawa racun serangga bagi mengelakkan diri daripada

diancam oleh serangga berbahaya ini.

Sebenarnya aktiviti kembara ini telah memberikan peluang yang amat

berharga ini kepada saya untuk menikmati keindahan alam sekitar. Guru

pelatih telah diberi peluang untuk menjalankan aktiviti masakan dalam

keadaan kekurangan bekalan air namun cabaran ini telah membolehkan guru

pelatih memberikan respon yang positif lalu menyelesaikan masalah tersebut

dengan adanya kerjasama ahli sekumpulan. Dengan itu, guru pelatih telah

dapat mempelajati cara untuk meneruskan hidup di dalam kawasan sebegini

dengan menggunakan sumber yang sedikit melalui aktiviti ini.

Kesimpulannya, aktiviti kembara ini telah membolehkan guru pelatih

untuk melahirkan pemikiran yang positif apabila menghadapi kesusahan atau

masalah. Semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab haruslah

diamalkan oleh guru pelatih untuk memastikan aktiviti ini dapat dijalankan

dengan lancar. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang bakal guru, kami

hendaklah sentiasa bersikap positif apabila berhadapan dengan anak murid

dan sentiasa mencari cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.