laporan projek penghasilan mural nilai

Upload: aedy-al-firdaus

Post on 04-Nov-2015

60 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SENU

TRANSCRIPT

LAPORAN PROJEK PENGHASILAN MURAL NILAI-NILAI MURNITEMPAT: TANGGA SEKOLAHMASA: SELEPAS TAMAT WAKTU SEKOLAH SETIAP HARITEMPOH: 12 APRIL 2015 07 MEI 2015Saya dan rakan saya Mohamad Suhaimi bin Md. Dan telah bersetuju untuk menghasilkan sesuatu sebelum meninggalkan sekolah ini. Setelah berbincang, akhirnya kami berdua bersetuju untuk menghasilkan mural di dinding sekolah dek kurangnya lukisan mural di dinding sekolah-sekolah ini berdasarkan pemerhatian kami sepanjang berada di sekolah ini. Kami meminta pandangan dan kebenaran daripada Tuan Guru Besar dan juga guru-guru Pendidikan Khas. Mereka bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk memulakan projek ini secepat yang mungkin. Kami memilih kawasan tangga sekolah yang berhampiran dengan tandas murid untuk melukis mural nilai-nilai murni seperti yang telah kami rancang. Kami memilih kawasan tersebut kerana ianya agak suram tetapi kawasan tangga itu merupakan laluan utama murid untuk ke tandas dan juga kantin. Jadi, saya dan Suhaimi bersepakat untuk menghasilkan projek kami di situ. Justeru, setelah mural nilai-nilai murni ini siap nanti, ia akan menjadi sesuatu nilai tambah yang baru kepada murid. Sambil-sambil mereka berjalan menaiki dan menuruni tangga, mereka akan dapat melihat dan membaca nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai-nilai murni yang dilukis ialah berdikari, kasih-sayang, hormat-menghormati, bersyukur, kebersihan, baik hati, tolong-menolong dan prihatin. Untuk pengetahuan, kami melukis mural ini setelah tamat waktu persekolahan. Kami memulakan kerja-kerja melukis mural ini pada jam 2.30 petang selepas solat Zohor di Surau sekolah pada setiap hari. Rutin kami setiap hari adalah sama dan kami pulang pada jam 5.00 petang. Kami melukis dan mewarna sediki demi sedikit dan akhirnya projek kami berjaya disiapkan dengan jayanya. Semoga dengan adanya lukisan mural nilai-nilai murni ini, bukan sahaja mencantikkan kawasan sekolah, malah memberi dan mengajak murid-murid semua untuk mengamalkan nilai-nilai murni ini dalam kehidupan seharian.