penghasilan baju kedah

19
1 IPGKSAH RBT3120 PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN PENDAHULUAN Terdapat tiga peringkat dalam menghasilkan sehelai baju kurung kedah,iaitu: 1. Perancangan-Penyediaan rekod kerja 2. Pelaksanaan – Membuat Pakaian 3. Penilaian – Menilai hasil kerja PERANCANGAN Pemilihan Stail Pakaian 1. Kelim – Kelim Belah Kangkung 2. Lengan-Lengan Padanan Rata 3. Penyudah Tepi –Kelepet 4. Belah –Belah Slit Berlapik 5. Bahan-bahan yang digunakan – Kain kapas bercorak,benang,cangkuk dan mata. 6. Kemasan akhir mengikut pilihan dan kreativiti sendiri. 7. Keaslian produk REKOD KERJA (A ).Lakaran stail pakaian hadapan dan belakang

Upload: june-liang

Post on 20-Jun-2015

762 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

penghasilan baju kedah

TRANSCRIPT

Page 1: Penghasilan baju kedah

1

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

PENDAHULUAN

Terdapat tiga peringkat dalam menghasilkan sehelai baju kurung kedah,iaitu:

1. Perancangan-Penyediaan rekod kerja

2. Pelaksanaan – Membuat Pakaian

3. Penilaian – Menilai hasil kerja

PERANCANGAN

Pemilihan Stail Pakaian

1. Kelim – Kelim Belah Kangkung

2. Lengan-Lengan Padanan Rata

3. Penyudah Tepi –Kelepet

4. Belah –Belah Slit Berlapik

5. Bahan-bahan yang digunakan – Kain kapas bercorak,benang,cangkuk

dan mata.

6. Kemasan akhir mengikut pilihan dan kreativiti sendiri.

7. Keaslian produk

REKOD KERJA

(A ).Lakaran stail pakaian hadapan dan belakang

Page 2: Penghasilan baju kedah

2

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

(B.) Fabrik yang digunakan

Fabrik - Kapas dengan ketebalan sederhana Warna - putih, kuning,biru,ungu dan hijau Corak – Taburan bunga bersaiz kecil

(C.) Ukuran badan

Bahagian Kiraan Ukuran(Inci)

Bahu (18inci÷2) + 3 inci 12

Dada (36inci+6inci) ÷4 10.5

Labuh baju - 16

Labuh tangan 15 inci – 3inci 12

Keliling ketiak 16inci ÷ 2 8

Luas keliling tangan - 8

(D.)Proses Menjahit

Page 3: Penghasilan baju kedah

3

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Proses jahitan yang digunakan untuk menjahit baju kurung kedah:

Bil Jenis Proses Jahitan Ciri-ciri Fungsi

1 Kelim Belah Kangkung Rata dan terbuka.

Terdiri daripada sebaris

jahitan di sebelah dalam

pakaian.

Mata jahitan tidak

kelihatan dari sebelah

luar artikel.

Lebar kelim yang siap

dijahit ialah 1.25cm.

Menyambung bahagian

rusuk dan lengan pada

pakaian.

Kelengkapan rumah

tangga.

Mencantum dua atau

lebih keping fabrik.

Digunakan untuk

memberi stail dan

bentuk pada pakaian.

2 Lengan Padanan Rata Tergantung dengan elok.

Tidak berkedut atau

berlisu.

Garis tengah lengan

bertemu di garis bahu.

Kelim lengan bertemu di

kelim rusuk.

Basi kelim dikemaskan.

Kepala lengan

diseratakan dengan baik.

Kelim lubang lengan

rata.

Kedut halus dibuat dan

diseratakan elok supaya

tidak ada kedut atau lisu

di sebelah luar lengan

apabila siap dijahit.

3 Penyudah Tepi-Kelepet Keseluruhan kelepet

sama lebar.

Ditekan rata.

Ditetapkan dengan

kukuh dan kemas.

Mengemas tepi lurus

atau tepi melengkung

pada pakaian.

Page 4: Penghasilan baju kedah

4

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Mata jahitan tidak ketara

dari sebelah luar

pakaian.

4 Belah Slit Berlapik Garis belah rata.

Pangkal belah kukuh.

Tidak berkedut.

Tidak beralur di

cantuman.

Mengemas di sebelah

luar atau di sebelah

dalam pakaian.

Jenis Jahitan yang diguna

No Jenis Jahitan Fungsi

1 Jahitan Silang Pangkah Digunakan untuk menjahit

kelepet, lapik,pita zip serta

digunakan sebagai jahitan

salaman.

2 Jahitan Insang Pari Digunakan untuk jahitan lubang

butang, cangkuk dan mata.

Digunakan untuk mengemas

tepi fabrik dan sebagai jahitan

perhiasan untuk menjahit motif.

Kelim Belah Kangkung

Page 5: Penghasilan baju kedah

5

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Stail Pakaian

Kelim Belah Kangkung

Jahitan Insang Pari

Jahitan Silang Pangkah

Cangkuk Dan Mata

Kelim - Kelim Belah Kangkung Lengan – Lengan Padanan Rata

Page 6: Penghasilan baju kedah

6

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

(E.) Melakar dan susun atur pola

Pola Badan Pola Lengan

Kelim - Kelim Belah Kangkung Lengan – Lengan Padanan Rata

Penyudah Tepi - Kelepet Belah – Belah Slit Berlapik

Bahan-bahan yang digunakan – kain kapas bercorak,benang,cangkuk dan mata

Page 7: Penghasilan baju kedah

7

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Menyusun Atur Pola

1. Sebelum membentang fabrik ,kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar

fabrik.

2. Pola yang besar hendaklah diletak terlebih dahulu diikuti oleh pola yang

kecil.

3. Kepingan pola hendaklah mempunyai tanda lipatan di mana ianya

mestilah betul-betul terletak pada lipatan ira fabrik.

4. Kepingan pola yang telah dijajarkan dengan betul di atas fabrik

hendaklah disemat dengan peniti untuk menetapkan kedudukannya.

5. Kesemua kepingan pola hendaklah disusun di atas fabrik sebelum fabrik

mula dipotong.

Pola Badan Pola Lengan

Page 8: Penghasilan baju kedah

8

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

(F.)Langkah-langkah menjahit

Page 9: Penghasilan baju kedah

9

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Langkah 1 1. Mengambil ukuran badan:

Bahu

Dada

Labuh baju

Labuh tangan

Keliling ketiak

Luas keliling tangan

Langkah 2 1. Melakar pola baju kedah:

Badan

Lengan

Leher

Langkah 3 1. Gunting lakaran pola yang

telah siap dilakar.

Langkah 4 1. Fabrik dilipat dua.

2. Letakkan kepingan-kepingan

pola yang telah siap

digunting di atas fabrik dan

semat dengan jarum peniti.

3. Gunakan kapur untuk

menanda garisan gunting.

Page 10: Penghasilan baju kedah

10

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Langkah 5 1. Mengunting fabrik mengikut

garisan gunting .

2. Gunting kepingan besar dan

diikuti dengan kepingan

kecil.

3. Tebuk lubang leher di

kepingan fabrik badan.

Langkah 6 1. Gunakan lebihan kain yang

ditebuk untuk membuat lapik

leher.

2. Kemaskan leher dengan

menggunakan kertas gam

nipis.

Langkah 7 1. Jahit keliling lubang untuk

mencantum leher pada fabrik

badan .

2. Catumkan fabrik badan

dengan fabrik lengan dengan

jahitan mesin.

3. Kemaskan bukaan lengan

dan bahagian bawah baju

dengan jahitan mesin.

Langkah 8 1. Kemaskan leher dengan

jahitan silang pangka.

2. Jahitkan cangkuk dan mata

dengan jahitan insang pari.

Page 11: Penghasilan baju kedah

11

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

(G.) Pengiraan Kos

Kos Bahan

Bil Bahan Harga Seunit(RM) Kuantiti Harga(RM)

1 Kain Kapas 5.00 semeter 2 meter 10.00

2 Kertas Pola 0.50 sekeping 1 keping 0.50

3 Kain Gam 2.00 semeter 1 meter 2.00

4 Benang 0.70 segulung 1 gulung 0.70

5 Cangkuk dan Mata 0.30 sebiji 1 biji 0.30

Jumlah 13.50

Kos Upah

Bil Kepakaran Upah seorang/jam Bil jam Jumlah upah(RM)

1 Membuat pola 3.00 sejam 1 jam 3.00

2 Menjahit baju

kurung kedah

3.00 sejam 7 jam 21.00

Jumlah 24.00

Kos Sampingan

Bil Perkara Jumlah(RM)

1 Elektrik 2.00

2 Jahit kemas tepi 0.80

Jumlah 2.80

Kos Projek

Bil Perkara Harga(RM)

1 Kos bahan 13.50

2 Kos upah 24.00

3 Kos sampingan 2.80

Jumlah 40.30

Page 12: Penghasilan baju kedah

12

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Refleksi

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Puan Syazlina Mohamad Nawi yang telah memberi tunjuk ajar dan penerangan

yang begitu jelas tentang cara-cara menghasilkan sehelai baju kurung kedah.

Projek tugasan ini adalah untuk menilai kefahaman saya terhadap apa yang

telah saya pelajari.

Sebelum ini, saya tidak mempunyai pengalaman terhadap jahitan.

Tugasan ini memang mempunyai banyak cabaran.Semasa mengambil ukuran

badan dan melakar pola,tiada masalah yang saya hadapi ,kerana pensyarah

telah memberi tunjuk ajar dan penerangan yang jelas.Saya dan rakan sekelas

bergilir-gilir mengambil ukuran badan,kami berasa sangat seronok kerana

berpeluang melakukan aktiviti ini.Semasa mencantum lubang leher pada fabrik

badan ,saya telah menghadapi masalah yang besar.Jahitan keliling lubang leher

saya tidak lurus menyebabkan tertimbul sedikit kecacatan pada leher, seperti

dalam rajah 1 .

Rajah 1

Semasa mencantum fabrik lengan dengan fabrik badan,cantuman

bahagian lengan berjalan dengan lancar,tetapi saya telah melaku sedikit

kesilapan semasa menjahit bahagian tepi badan dan menyebabkan bahagian

tepi baju kurung kedah saya berkedut,seperti yang tertunjuk dalam rajah 2.

Page 13: Penghasilan baju kedah

13

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Rajah 2

Saya telah mencari banyak maklumat tentang jenis-jenis jahitan.

Walaupun saya telah berulang kali membaca nota yang saya cari ,namun saya

masih tidak faham cara-cara menjahit .Untuk menyelesai masalah ini, saya

mencari video tutorial jahitan silang pangka dan jahitan insang pari dari

Youtube.Saya berulang menonton video sambil mengikut langkah-langkah

menjahitnya.Dengan cara ini,saya dapat melakukan kemasan leher dengan

jahitan silang pangka dengan elok.

Walaupun saya telah menguasai cara menjahit jahitan insang pari ,tetapi

semasa menjahit jahitan insang pari pada cangkuk dan mata yang berbentuk

bulat ,jahitan saya kelihatan pelik dan tidak cantik seperti dalam rajah 3.

Rajah 3

Saya mengulang proses menjahit cangkuk dan mata ,tetapi masih tidak kemas.

Kesimpulannya,saya berasa syukur dan gembira kerana dapat

melaksanakan tugasan ini dengan lancar.Yusoff,(2006) menyatakan bahawa

saya dapat memahami lebih lagi bagaimana setiap kemasan dan jahitan

dilakukan kerana saya terlibat diri secara langsung untuk melakukan aktiviti

tersebut. Saya telah mempelajari banyak melalui tugasan menjahit baju kurung

kedah ini.,

Page 14: Penghasilan baju kedah

14

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Bibliografi

(a)buku

1. Sarimah Bt Abd.Razak,Zahrah Bt Esa.(2003).Ekonomi Rumah Tangga.Kuala

Lumpur: Blue-T Communications Sdn.Bhd.

(b)Media elektronik.

1. Zaharinorlin.(2011). Kelim Belah Kangkung. Diperoleh April 7 ,2014

dari http://zaharinorlin.blogspot.com/2011/12/kelim-belah-kangkung.html

2. Sifu Joe.(2012). Kelim Dan Kelepet. Diperoleh April 7,2014

dari http://sifukreatif.blogspot.com/p/kelim-dan-kelepet.html

3. 2. Sifu Joe.(2012). Jahitan. Diperoleh April 8,2014

dari

http://sifukreatif.blogspot.com/p/mata-jahitan-asas-tunjuk-cara-

menjahit.html

4 .Emdi’s Group.(2012).Asas Jahitan. Diperoleh April 8,2014

Dari http://ertmudah.blogspot.com/2012/05/jahitan-insang-pari.html

Page 15: Penghasilan baju kedah

15

IPGKSAH RBT3120PPG BCN6E EKONOMI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN