proses penghasilan bata

9
Proses Penghasilan Bata Tanpa Bakar Bata tanpa bakar hampir serupa dengan bata bakar. Namun yang membezakannya hanyalah proses pembakaran yang dilakukan terhadap bata tersebut. Saiz bata tanpa bakar ini adalah sama seperti bata tanah liat iaitu 216mm X 103mm X 65mm. Antara proses-proses yang dijalankan terhadap bata tanpa bakar ialah:- i. Peringkat Penyediaan ii. Peringkat Pembentukkan iii. Peringkat Pengeringan Bata tanpa bakar yang dilakukan di kilang adalah sepenuh menggunakan mesin dari peringkat penyediaan sehingga peringkat pembentukkan. Bagi peringkat pengeringan pula, ia menggunakan pengeringan secara semulajadi bagi sesuatu tempoh. (a) Peringkat Penyediaan Bagi peringkat ini, biasanya lebih kepada penyediaan bahan- bahan yang ingin digunakan bagi penghasilan bata bakar tersebut. Bagi kajian ini, kulit kerang digunakan sebagai bahan tambah. Kulit kerang yang ingin digunakan di dalam campuran bata ini mestilah bersih daripada sebarang kotoran

Upload: arisanurailis

Post on 24-Jun-2015

2.442 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Penghasilan Bata

Proses Penghasilan Bata Tanpa Bakar

Bata tanpa bakar hampir serupa dengan bata bakar. Namun yang membezakannya

hanyalah proses pembakaran yang dilakukan terhadap bata tersebut. Saiz bata tanpa bakar

ini adalah sama seperti bata tanah liat iaitu 216mm X 103mm X 65mm. Antara proses-

proses yang dijalankan terhadap bata tanpa bakar ialah:-

i. Peringkat Penyediaan

ii. Peringkat Pembentukkan

iii. Peringkat Pengeringan

Bata tanpa bakar yang dilakukan di kilang adalah sepenuh menggunakan mesin dari

peringkat penyediaan sehingga peringkat pembentukkan. Bagi peringkat pengeringan

pula, ia menggunakan pengeringan secara semulajadi bagi sesuatu tempoh.

(a) Peringkat Penyediaan

Bagi peringkat ini, biasanya lebih kepada penyediaan bahan-bahan yang ingin digunakan

bagi penghasilan bata bakar tersebut. Bagi kajian ini, kulit kerang digunakan sebagai

bahan tambah. Kulit kerang yang ingin digunakan di dalam campuran bata ini mestilah

bersih daripada sebarang kotoran dan bendasing. Oleh itu, kulit kerang tersebut akan

melalui beberapa proses iaitu:-

i. Proses Pembersihan

ii. Proses Pengeringan

Page 2: Proses Penghasilan Bata

Kulit kerang tersebut didapati daripada Kedai Makanan Laut di Klang telah

memberikan secara percuma dalam kuantiti yang banyak.

i. Proses Pembersihan

Kulit kerang yang di dapati perlu dibersihkan daripada kotoran agar kotoran yang

terdapat pada kulit kerang tersebut tidak mempengaruhi kekuatan mampatan dan

kadar resapan air tersebut. Selain itu, kulit kerang tersebut mestilah dalam keadaan

bersih dari segi rupa, warna dan bau. Kulit kerang tersebut mestilah direndam dengan

air panas selama 15 minit bagi menghilang kotoran dan bau pada kerang tersebut.

Kemudian, air kotoran tersebut di buang dan digantikan dengan air paip. Air paip

tersebut akan dicampur dengan klorin (Clorox) bagi menghilangkan bau. Tambahan

pula, penambahan bahan klorin tersebut dapat memudahkan kaedah pembersihan

terhadap kulit kerang tersebut. Kulit kerang yang dicampurkan dengan klorin tersebut

dibiarkan selama 20 minit.

Seterusnya, kulit kerang tersebut dibilas dengan air air paip bagi membersihkan

permukaan kulit kerang yang masih kotor. Kulit kerang ini dibilas bagi

mengurangkan bau klorin yang kuat pada permukaan kulit kerang tersebut.

Page 3: Proses Penghasilan Bata

Kulit kerang dibilas dengan air setelah direndam dengan klorin

Kulit kerang yang telah dibilas

ii. Proses Pengeringan

Kulit kerang yang telah dibilas tersebut akan dicemur dibawah cahaya matahari

untuk tujuan pengeringan. Kulit kerang tersebut mestilah berada dalam keadaan yang

cukup kering sebelum di simpan di dalam guni. Ini bertujuan untuk mengelakkan

kulit kerang tersebut daripada berbau apabila disimpan.

Page 4: Proses Penghasilan Bata

Proses pengeringan kulit kerang

Kulit kerang yang telah dikeringkan di simpan sebelum dibawa ke kilang

Page 5: Proses Penghasilan Bata

(b) Proses Pembentukkan

Kulit kerang tersebut akan di bawa ke kilang penghasilan bata tersebut. Kulit

kerang tersebut mestilah dihancurkan terlebih sebelum dimasukkan ke dalam campuran

bata tersebut. Tujuannya adalah bagi mendapatkan permukaan yang rata bata apabila

kulit kerang digunakan dalam campuran tersebut. Dalam kuantiti yang banyak, kulit

kerang tersebut akan dihancurkan menggunakan mesin. Mesin yang digunakan ialah

mesin penghancur (crusher machine). Penghancuran kulit kerang perlu dilakukan

beberapa kali bagi memastikkan kulit kerang tersebut hancur. Bagi kuantiti yang kecil

pula, kulit kerang tersebut boleh dihancurkan dengan kaedah manual iaitu dengan cara

menggunakan tukul.

Kulit kerang yang telah dihancurkan tersebut akan digaul dengan tanah laterit dan

simen cepat mengeras secara manual kerana ia melibatkan kuantiti yang sedikit. Di

dalam mesin ini, tanah laterit, simen dan kulit kerang akan digaul dengan rata bagi

mengelakkan berlakunya pengasingan bahan. Bagi komposisi bata tersebut, simen dan

tanah laterit masing-masing mempunyai 1:8. Manakala, kulit kerang mengikut peratusan

daripada seketul bata. Di dalam mesin ini, jumlah tanah laterit adalah lebih banyak

berbanding jumlah simen dan kulit kerang. Selepas itu, bancuhan itu, di salurkan kepada

mesin terakhir iaitu mesin pembuat bata (brick mall machine). Di dalam mesin ini,

bancuhan ini akan sekali lagi di gaul bagi mendapatkan gaulan yang sempurna bagi

bancuhan tersebut.

Kemudian, bancuhan tersebut akan mengisi plet-plet bata yang terdapat di dalam

mesin ini. Ia berfungsi seperti acuan bagi bancuhan tersebut. Selepas itu, bata akan

dikeluarkan dari mesin ini, maka terbentuklah bata. Bata yang terhasil akan dikutip oleh

para pekerja tersebut. Bata yang terhasil perlu di kendalikan dengan berhati-hati bagi

mengelakkan bata tersebut daripada pecah kerana ia masih berada di dalam keadaan yang

sedikit lembap.

Page 6: Proses Penghasilan Bata

Proses penghancurkan kulit kerang secara manual

Proses penghancuran menggunakan mesin

Page 7: Proses Penghasilan Bata

Mesin pembuat bata (brick mall machine) ini akan menghasilkan bata

(c) Peringkat Pengeringan

Setelah bata tanpa bakar tadi siap dibentuk, tibalah giliran untuk peringkat

pengeringan. Bata tanpa bakar tidak melalui peringkat pembakaran. bata tanpa bakar ini

akan dikeringkan pada suhu bilik. Bata ini akan dikeringkan selama 28 hari bag

memastikan bata tanpa bakar tersebut cukup kering serta bata yang terhasil adalah

berkualiti. Bata ini akan diletakkan di suatu rak khas yang berbumbung demi

mengelakkan ia terdedah kepada hujan. Menurut kata, En Zakaria yang merupakan

penyelia tapak di kilang tersebut bata ini akan dikeringkan secara semulajadi bagi

menghasilkan warna semulajadi iaitu warna coklat kekuningan serta kekeringan pada

bata pada tahap maksimum.

Page 8: Proses Penghasilan Bata

Bata yang telah dikeluarkan untuk dikeringkan