laporan program seminar perubatan islam 2014

7
LAPORAN PROGRAM SEMINAR PERUBATAN ISLAM Tarikh : 20 Mac 2014 (Khamis) Masa : 8.00 pagi 5.00 petang Tempat : Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan Anjuran : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan Peserta : 200 orang staf dan pelajar PIS serta masyarakat sekitar Penceramah: Ustaz Sharhan Bin Shafie, Moderator TV Alhijrah dan TV9 (pengamal perubatan islam) Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran. Firman Allah maksudnya: "Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17) Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.(Al-An'am 112) MAKNA PERKATAAN JIN Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat. ASAL KEJADIAN JIN Firman Allah maksudnya: Dan diciptakan jin dari nyalaan api.(Ar-Rahman 15) "Al-Maarij" Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin). "Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas." (Al Hajar 27) "Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.(Al A'raf 12)

Upload: md-saifuddin-md-yusop

Post on 30-Sep-2015

48 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Perubatan 2014

TRANSCRIPT

  • LAPORAN PROGRAM

    SEMINAR PERUBATAN ISLAM

    Tarikh : 20 Mac 2014 (Khamis)

    Masa : 8.00 pagi 5.00 petang Tempat : Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan

    Anjuran : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

    Peserta : 200 orang staf dan pelajar PIS serta masyarakat sekitar

    Penceramah: Ustaz Sharhan Bin Shafie,

    Moderator TV Alhijrah dan TV9 (pengamal perubatan islam)

    Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh

    mereka di dalam Al Quran.

    Firman Allah maksudnya:

    "Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan

    menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi

    mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan

    mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)

    Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari

    kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang

    lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas

    muka dunia ini.(Al-An'am 112)

    MAKNA PERKATAAN JIN

    Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya

    "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

    ASAL KEJADIAN JIN

    Firman Allah maksudnya:

    Dan diciptakan jin dari nyalaan api.(Ar-Rahman 15)

    "Al-Maarij"

    Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang

    sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

    Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya

    dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin

    Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).

    "Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."

    (Al Hajar 27)

    "Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku

    menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api

    dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.(Al A'raf 12)

  • KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

    "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan

    tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;

    Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan

    (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki

    yang Kami berikan kepada mereka.(Al Baqarah 2)

    Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh

    sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan

    syaitan.

    Dalil Al Quran

    Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang

    kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri

    bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat

    ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka

    kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

    (Al Ah Qaf 29)

    Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari

    kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-

    perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan

    hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri

    kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan

    oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari

    akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang

    yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

    (Al An'am 130)

    TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

    Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya

    tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar

    namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-

    bauan dan sebagainya. Mudah-mudahan program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan secara tidak

    langsung memberi impak kepada seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan yang menjadi

    Peneraju Ilmu Sejagat.

    Disediakan oleh

    (MD YUSRI BIN JANI)

    Setiausaha

    Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

  • Peserta sedang menghayati kursus

    Peserta wanita

  • Pengisian Seminar

    Penceramah sedang memberikan pengisian

  • Sesi Scan baru bermula

    Sesi rawatan pesakit

  • Jualan ubatan untuk rawatan Islam

    Peserta mendapatkan maklumat berkaitan ubatan

  • Majlis Perasmian penutup

    Sesi penyampaian cenderahati