seminar r&d 2014 · simulasi, teknologi perubatan nuklear, fizik nuklear, ... plant mutation...
TRANSCRIPT
SEMINAR R&D 2014
Bangi - Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) di bawah KementerianSains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan Seminar R&D 2014 yang
merupakan program dua tahun sekali yang telah dimulakan sejak tahun 2000.
Majlis Perasmian Seminar R&D tersebut telah di sempurnakan olehYBhg.Dato’ Dr.
Mohd. Azhar Bin Haji Yahya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasipada 14 Oktober 2014 di DewanTun Dr. Ismail, Agensi Nuklear
Malaysia.
Seminar R&D 2014 yang diadakan pada 14-16 Oktober 2014 ini merupakan platform
pengkongsian ilmu dengan penglibatan ahli-ahli penyelidik dan warga kerja di Nuklear
Malaysia kearah memperkukuh program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan
aktiviti lain dalam kitaran R&D di agensi ini.
Tema Seminar R&D 2014 ialah R&D dan pengkomersilan. Ini adalah bersempena
dengan Tahun 2014 sebagai Tahun Pengkomersilan (MCY 2014) oleh MOSTI. Proses
penyelidikan harus diteruskan sehingga menghasilkan inovasi yang boleh dikomersilkan
dan ini memerlukan kerjasama daripada, para penyelidik, usahawan technopreneur
yang berteraskan inovasi, syarikat-syarikat yang proaktif mengkomersilkan hasil R&D
dan agensi kerajaan yang mesra-inovasi. Ia memerlukan komitmen, usaha yang lebih
proaktif dengan pelbagai dasar yang lebih mesra-saintis dan mesra-inovasi.
Sebanyak 102 kertas kerja dan 40 poster dibentangkan yang melibatkan 400 kumpulan
penyelidik daripada Agensi Nuklear Malaysia. Topik yang dibentangkan melibatkan
teknologi reaktor, pengurusan alam sekitar, bioteknologi, aplikasi sinaran, Pengurusan
dan pembangunan organisasi, intrumentasi nuklear, teknologi maklumat/perisian dan
simulasi, teknologi perubatan nuklear, fizik nuklear, keselamatan sinaran dan aplikasi
sinaran.
Sempena perasmian seminar R&D ini juga, seramai tujuh orang pegawai Agensi
Nuklear Malaysia telah di beri penghargaan atas kejayaan mereka yang telah
dinobatkan sebagai penerima IAEA Superior and Outstanding Achievement Awards in
Plant Mutation Breeding pada Persidangan Agung Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
(IAEA) kali ke 58. Penerima tersebut ialah Dr. Rusli Bin Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Bin
Harun, Dr. Zaiton Binti Ahmad, Cik.Affrida Binti Abu Hassan, Puan Sakinah Binti Ariffin,
Puan Sakinah Binti Salleh danEncik Suhaimi Bin Shamsudin.
YBhg.Dato’ Dr. Mohd. Azhar Bin Haji Yahya, TimbalanKetuaSetiausaha (Dasar),
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Anugerah ini merupakan tanda
pengiktirafan Agensi Tenaga Atom Antarabngsa (IAEA) kepada pasukan penyelidik
Nuklear Malaysia di atas pencapaian cemerlang di bidang biak baka mutasi tumbuhan
di Malaysia dan Asia Pasifik. Anugerah ini telah disampaian oleh Encik Aldo Malavasi,
Timbalan Pengarah Aplikasi Nuklear di IAEA kepadaY.Bhg.Datuk Seri Dr. Noorul
Ainnur Binti Mohd Nur, Ketua Setiausaha MOSTI semasa ulang tahun bersama FAO
dan IAEA Division of Nuclear Techniques in Food and Agriculture yang ke 50 di Vienna
baru-baru ini.
Penghargaan ini merupakan simbol kejayaan dan pengiktirafan badan antarabangsa
IAEA kepada Malaysia dan Nuklear Malaysia khususnya di atas sumbangan yang amat
membanggakan dalam meningkatkan keselamatan makanan menggunakan sinaran.
Sebanyak 33 variasi mutan tanaman telah dihasilkan di Malaysia melalui kolaborasi
pakar yang diketuai oleh Dr. Rusli Bin Ibrahim. Antara variasi mutan tanaman yang
dihasilkan ialah beras, pisang, kacang serta tanaman hiasan seperti bunga orkid dan
kekwa.
Selain itu, anugerah ini juga merupakan pengiktirafan kepada Nuklear Malaysia di atas
pembinaan Rumah Hijau Gamma bagi penyinaran kronik sampel pertanian yang telah
banyak menyumbang kepada pembangunan kapasiti selain menjadi Pusat Sehenti
Penyinaran di Peringkat Tempatan dan Antarabangsa.
Diharap program Seminar R&D 2014 ini dapat meningkatkan lagi penguasaan di dalam
bidang sains dan teknologi khususnya teknologi nuclear serta mampu menjadi
pelengkap kepada usaha untuk meningkatkan kemahiran serta menyebar luas
maklumat teknikal secara berkesan dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan
perkembangan ilmu teknologi nuklear di Malaysia.